Wednesday, December 8, 2010

hoi hanjing!

iye aku tau tajuk entry ni agak sarcastic..tp iye..itu je la perkataan yg meluncur laju dari mulut aku sebelum aku istighfar berkali2..[konon2 dah di maafkan sebab dah istighfar]

actually aku ade cerita yang sangat menarik utk dikongsi bersama...banyak sangat idea menulis ketika driving balik ke rumah tadi..ketika naik lif, aku siap bole bayangkan ape ayat2 yg bakal meluncur laju dari jari jemari bila aku bukak blog..dan aku da dapat bayangkan, sejurus selepas aku buka pintu rumah, pasti aku akan terkam laptop dan tros blogging..tapi tiba2 je..idea aku sume berderai bila tiba didepan pintu rumah...

sebenarnye aku adelah seorg yang agak susah nak naik angin..tp kalo aku marah, aku agak cepat mencarut walaupon tak bermaksud utk berbuat demikian...[iye2..aku try ubah ye perangai buruk nih..ces]

ok..sebenarnya aku cm tak kesah berjiran dengan sesiapa pon..[coz aku cam tak bercampur gaul sgt ngn jiran2..so aku cm glad dapat duduk rumah yg jiran2 pon tak kesah sgt pasal aku..boleh gitu?huhu]..untuk pengetahuan korg, satu floor rumah aku nih chinese..cm tak kesah sangat la..diorg ok jer..walaupon acap kali mendengar org tua karaoke lagu opera cina, aku ok je..takde masalah pon..syok jugak layan kadang2 tu..haha..aku tak ada sebarang masalah pon dengan jiran2 tetangga

sehingga la awal bulan lepas..jiran depan rumah aku telah pindah kerana telah mendirikan rumah tangga..jadi rumah beliau telah dihuni oleh sebuah keluarga kecil..seorg ibu, seorg bapa, seorg anak perempuan, seorg anak lelaki dan seekor doggy

ok, aku mula tak selesa sgt..coz faham2 la..sepatutnya mana boleh membawa sebarang binatang peliharaan kat apartment kot? ok, pasal bising tu aku cm tak kesah sangat..aku cm faham bila chinese sygkan doggy mereka..sebab yuki pon ade ah ben yg comel [jgn salah anggap, aku tak pernah mendekati apetah lagi membelai manja beliau]..so ok..aku terima, ko ade anjing..tak kesah la bila dia tak stop bark kat aku setiap kali aku blk keje..dan aku masih bole tahan bau hama doggy depan rumah ko..aku masih boleh bersabar lagi

tp nk dijadikan cerita..pada hari rabu yg mulia ni..tiba2 gua rasa nak bermesra dengan jiran depan rumah gua ni...rasa cm nk ketuk pintu rumah dia gaya lagak seperti ahlong bukit beruntung pon ade jugak..bukan sebab dia ada anak handsome macam aaron kwok..tp gua bengang betol dengan sikap dan perangai lu..cilakak! nak bela hanjing tu pandai2 la kemas najis dia...lu bole biar depan pintu gua? lu da lame hidop ke?

p/s: aku rush masuk dalam rumah sebab tak solat asar lagi tadi...selepas solat asar, aku rasa aku bagi dia sikit masa lagi..jiran oh jiran...kamu memang menguji kesabaran saya

Friday, December 3, 2010

king of hearts

entry ni tak ade kene mengene ngn poker, las vegas, macau atau yang mana-mana yang sewaktu dengannya. entry ni mengisahkan tentang seorg yang berjaya menambat hati semua orang disekelilingnya dengan hanya menjadi dirinya yang sebenar. tidak ada tokok tambah perisa dan cerita liar dari sumber2 yang tidak boleh dipercayai.

ye, hari ni (3 Disember) merupakan tanggal kelahiran seorg gentleman yang berjaya menambat hati ramai gadis dan jejaka. yang pastinya gentleman ini adalah seorg yang berjaya dalam hidup (insya'allah dunia dan akhirat nya). jadi agak sukar bagi orang2 yang biasa seperti aku untuk merancang surprise party dan yang paling penting, setiap tahun pasti aku akan tertanya2...apekah hadiah yg paling sesuwai nk diberikan kepada gentlemen ini. Biar aku describe beliau. Beliau adalah:
  1. Seorg yang sederhana
  2. Suka masak dan berkebun
  3. Tak banyak cakap (agak secretive)
  4. Suka berjenaka
  5. Agak serius
  6. Tak suka cakap bye2 at the end of any phone conversation..bukan sombong, tp bila ditanya..style katenye [comel kan? hak3]
  7. Caring
  8. Berjiwa kepimpinan dan mempunyai pandangan terkehadapan [sangaaat hadapan ye]
  9. Suka aku (eh?)
Beliau adalah ayahanda saya, Hj Mohamed Hj Khamis..[iyee tau2..comel punyee..].. sebelum aku merepek dengan lebih lanjut, baik aku ke point sebenar entry ni. Sebenarnye aku nk minta pendapat ramai, agak2nye apekah hadiah yang sesuai untuk ayahanda saya bagi menyambut ulang tahun kelahirannya? every year asyik bagi perfume je. bosan pula rasanya. berikut merupakan list yang dah slalu bagi

  • perfume
  • jam
  • pen
  • purse
  • baju [tolong lah ni da selalu bebenor..takde hari jadi pon asek bagi baju je]
  • handphone

selain daripada perkara2 di atas, apekah perkara yang boleh diberikan kepada seorang Super Daddy seperti ayahanda saya?huhu