Sunday, December 25, 2011

money drop

sisa-sisa 2011 akan diteruskan dengan harapan yang tak pernah luput.. tanpa sebarang tindakan yang pincang daripada objektif sebenar hidup yang telah dipegang setelah sekian lama.. [chup, adekah kau percaya yang org akan teruskan entry ini dengan ayat2 wawasan 2o2o?tidaakk] tak, aku masih belum buang tabiat lagi.. aku belum lagi nk buat entry penutup tahun 2011.. walaupun sebenarnya aku tak yakin samada aku ada lapangan masa atau tak untuk menulis dalam masa beberapa hari ni.. da lama sangat rasanya aku tak berkongsi kisah2 jenaka dipasaran kan? hehe.. nih ada satu..




p/s: money drop anyone? huhu..oh ya..money dah drop abes dah shop like hell kat johor premium outlet semalam.. dem..

Thursday, December 22, 2011

state of ignorance

dalam hidup ni, mane ade jalan mudah nak jadi senang? kau kalau nk mandi pun kena ada keazaman tinggi untuk bukak mata, bangun tidur, dan turun dari katil.. semua matlamat pun perlu jalan kerja untuk capai kejayaan.. daripada semudah-mudah task sehingga ke masalah negara sekalipun.. hyperbola di sana.. tapi iya, begitulah sedikit sebanyak mukadimah yg aku nk ketengahkan malam nih..

aku ada satu benda yg aku pelik bin ajaib dengan keadaan sekeliling.. melakukan kesalahan yang sama sebanyak lebih daripada 2 kali itu mungkin kategori pemilihan untuk melaksanakan kesalahan dengan sengaja dan jayanya.. kadang2 ni, yang anehnya.. semua org dah tau ape consequence bila invest big amount of money secara tak tentu hala.. semua org tahu skim cepat kaya tu penipu.. semua org tahu gores dan menang akhirnya akan gores poket anda hingga nipis.. dan semua org tahu MLM itu merimaskan sehingga kadang2 anda tak boleh nk buat bisnes.. coz bila org dengar je MLM org terus hempas muka pintu tepat pada muka anda..

walau apa term yg menggantikan perkataan MLM seperti triangle business dan sebagainya.. ianya tetap MLM bagi aku.. tapi pointnye di sini.. kita tau ini semua bakal merugikan di kemudian hari.. samada soon or sooner.. eh maksud aku sooner or later kan? huuhu.. tp dengan wujudnya org2 yg mampu convinced others ni membuatkan org yg tertipu semakin ramai.. dan mereka tahu mereka di tipu, but the state of ignorance membuatkan mereka berjaya meyakinkan diri sendiri yang mereka sedang menuju kejayaan yang kemuncak hampir mencecah planet pluto gamaknyer..

korg, duit nak spend sekelip mate je.. tp cuba fikir.. lebih baik kau spend berbanding kau buang dan cmpak kepada org lain.. ini tak boleh consider sedekah sebab kalau duit kau hilang sebab investment yang bukan2 ni, putih mate kau.. abes terpusing part mata hitam.. tinggal putih je la kesimpulannya.. sayang duit weh.. nak carik kemain susah.. nak masuk kemain payah.. sedap2 je nak kasik org.. adeih..

ok lah.. penat membebel.. nak tido pula.. nanite korg..


p/s: state of ignorance might make u take the wrong turn.. be careful..


Tuesday, December 20, 2011

ribut tropika washi

perjalanan jarak jauh sedikit sebanyak buat pinggang aku rasa mcm orang dalam lingkungan umur warga emas.. bukan takat tak boleh nak bongkok, malah nak duduk lama pun rasa resah sekali.. ah, abaikan pinggang aku.. [eh?boleh ke?haha] ah, gasak lah.. yang penting nih nak kasi tau.. sepanjang hari, hujan berderu sana sini.. dari semalam dan semalam punye semalam sebenarnya.. aku biasanya akan sangat tertunggu2 saat mcm ni.. aku akan pastikan bantal gebu, tilam empuk, comforter tebal jadi kepompong aku.. [aaa..nyamanye keadaan di atas.. baru bayangkan dah rasa nyaman, ni kan pulak kalau dapat.. fuh]

tapi, walaupun johor dilanda ribut tropika washi sekalipun.. aku sedikit pun tak dapat nak tertidur pulas seperti yang diharap2kan.. punye ah bz.. kurang sikit dari PM je rasanya.. mane tak nya.. kalau kak fhaten tak kasi aku tadi, smpai sekarang aku tak tau yg cinta elyssa dah abes pun sebenarnya.. n kalau hadi tak update aku tadi.. mmg aku tak tau ntah ape nama drama baru malam ni.. bunga april ke, september atau oktober dah mula malam nih.. hey hey

memanglah bagus kalau bizi ni kan? takdelah nampak cm life wasted.. tp err.. kalau bizi sangat pun rasa mcm wasted gak.. kah kah kah.. kesimpulannya.. bizi tu bizi gak la.. tp jgn smpai quality time untuk diri sendiri takde kan? bukan aku nk kata aku takde quality time dgn diri sendiri, cuma aku tak dapat nk buat benda yg aku suka nak buat selalu..

tapi takpelah.. janji ada time utk family.. tak, bukan maksudnya aku dah berumah tangga.. cuma nak kasik tau.. hari tu baru pas berjimba2 dengan kak yati, batrisha, mak, ayah, abg hazlee.. hehe.. tu je tujuan entry nih.. mukadimah kemain panjang gamaknye..

malas nak upload banyak.. satu sudey


nah hamek kau.. kali kedua visit USS utk bulan ni.. apekejadahnye? dah a gaji aku belum masuk smpai ke saat ni.. geram je tengok org lain gaji da masuk.. ha, sape nk blanje dinner malam nih? jom.. i stuju :)


p/s: yes, i'm happy too.. hope that statement was for me too ;p

Tuesday, December 13, 2011

periuk nasik

parents aku ade kat rumah.. hehe, ofcoz la happy tapi ada sikit berdebar-debar.. mane taknye.. rase cm spot check pun ade gak.. hehe.. ayahanda call aku jap tadi.. and cm biasalah, kalo dia yg call, pasti short conversation saja.. straight to the point.. just nak tanya pasal periuk nasik je sebenarnya.. bunyik nye sikit cmni:-




ayah: mane periuk nasik kau?

aku: ade kat bawah tu..

ayah: bawah mane?

aku: alaa.. bawah tu la..

ayah: bawah? tingkat bawah? rumah kat bawah ke?

DANG!


tapi pedas bukan? hahahha.. alaa ayah.. jgn la perli cmtu sekali.. oa tak masak tp takde la smpai sedekah periuk nasik kat rumah bawah.. adesh!


p/s: sila jaga periuk nasik anda :)

Tuesday, December 6, 2011

back to basic

ah, tak perlu nk dramatis sangat tajuk.. straight foward sudey.. aku rasa mcm banyak features tak boleh kasi view kat dlm tamplate baru aku yg lepas.. jadik, aku rasa, lebih baik aku tukar.. huhu.. tp takkan nak tukar layout tanpa menulis sebarang entry kan? tak sopan plak rasanya.. mm, nih ada satu cerita.. tak video sebenarnya.. johan dok promote dari siang tadi.. maka aku pun dah ter view lebih dari sekali.. haha.. ok lah lawak boleh tahan.. tp mane boleh lawan fifi fairuz fuyoo.. nah ini iklan utk entry kali nih..



kam kam kam kam kamilia.. boleh pergi jauh nih.. hahah


p/s: yes, the world is being cruel to me right now.. kalau roda itu sedang berputar, aku sedang berada di paling bawah lenyekkan..



Thursday, November 3, 2011

perhimpunan sex bebas: kesan globalisasi

sebelum kemasukan internet di Malaysia lagi, saya percaya mantan PM juga sudah dapat melihat kesan globalisasi yang bakal melanda seantero negara.. kita tidak boleh nafikan kesan-kesan ini memang memberikan impak yang sangat besar di dalam aturcara kehidupan seharian.. kesan-kesan ini mungkin kesan positif dan kesan negatif.. antara kesan-kesan yang ketara dapat dirasa oleh masyarakat adalah seperti:-

  1. menerima maklumat dihujung jari
  2. berkomunikasi dengan kadar yang rendah
  3. sebaran maklumat yang amat pantas
  4. peningkatan budaya membaca
  5. perkembangan pesat industri teknologi


baiklah, contoh2 tersebut hanya yang ketara dan jika difikir semula.. kesemua kesan-kesan tersebut obleh meninggalkan impak positif dan impak negatif secara langsung mahupun tidak langsung.. mungkin di sini lebih jelas jika saya sisipkan contoh.. kita ambil semula points di atas..

  1. menerima maklumat dihujung jari: positif:: segala maklumat mudah di cari, dimana jua anda berada.. negative:: terlalu banyak plagarism
  2. berkomunikasi dengan kadar yang rendah: positif:: lebih banyak networking yg boleh diwujudkan sesama umat di seluruh dunia.. negative:: nak bergaduh mulut sesama negara pun makin senang... tengok je la kalau org indonesia mula bergaduh ngn org malaysia dimana2 social network.. panasss isu2 diorg.. mcm boleh jadi perang lah..
  3. sebaran maklumat yang amat pantas: positif:: senang nak sampaikan maklumat bagi mereka yang memerlukan sebarang pemberitahuan kepada focus group yang ramai.. dan ini juga cara yang bukan saja pantas dan mudah, malah murah dari segi kos.. negative:: nak sebar fitnah pun pantas..
  4. peningkatan budaya membaca: positif:: semua yang tertulis di internet memang perlu dibaca.. contohnya seperti blog ini [and of course it is your imagination that make my voice sound] negative:: wujud pelbagai ayat2 serta perkataan2 yang sengaja dieja sepewtie innieee.. swampy kan saiiyye pown ta bowley bwac3 taww... haaa amende nih? korg agak2 je la..
  5. perkembangan pesat industri teknologi: positif:: meningkatkan ekonomi negara dari pelbagai perspektif.. negative:: mewujudkan persaingan yang tidak sihat diantara kanak2 serta remaja.. di mana saya percaya, bukan semua keluarga mampu untuk menyediakan gadget yang latest untuk anak2 yang masih bersekolah.. jika ada, rakan yang tidak mampu cenderung untuk 'berbuat apa sahaja' untuk memiliki gadget tersebut..

cukup dengan isu2 nyata.. bagaimana pula dengan isu2 halus mainan globalisasi ini? akhlak.. ya, itu merupakan tunggak pembentukan sosial bagi sesebuah masyarakat.. runtuh akhlak, runtuh masyarakat.. jelas di sini, kita dapat lihat dengan adanya perhimpunan sex bebas yang dirancang untuk dianjurkan di malaysia ini, rakyat malaysia telah mula menerima impak negative ini secara perlahan-lahan.. walau bagaimana globalize sekalipun dunia sekeliling saya.. saya tetap rasa.. 'kau gay, kau tak ok!'

p/s: dengan ini, sebagai seorang individu islam di malaysia.. saya mengutuk dengan keras dan membantah perhimpunan sex bebas di malaysia.. sekian

Tuesday, November 1, 2011

red line

banyak benda yang berlaku dalam hidup kita.. walaupun dalam masa satu hari.. bagi aku.. setiap yang berlaku, ofcoz lah.. pasti ada hikmah disebaliknya.. dan pada aku yang agak aggressive nih, memang emosi dan fizikal aku cepat react ke atas sesuatu yang betul2 menyentuh perasaan aku.. tp tindakan aku bukan tindakan yang terburu2.. tindakan yang aku pasti akan berhenti sebentar, dan aku paksa diri berfikir positive.. sebab aku tahu, aku seorang yang sangat panas baran.. and if i react as soon as i heard the 'thing'.. it will become a disaster..

jangan risau, aku bukan jenis yang suka dengar cakap orang.. tp sape tak panas bila kau dengar benda tak sedap pasal diri kau daripada orang lain.. tapi bukan ini yang terjadi pada aku.. to me, body language speaks louder than words..

ok, let me go straight to the point.. sekejap.. no, i'll never tell u the whole story.. not even a little bit.. but you should know that this entry was written because of my undoubted frustration upon something that had just happen.. toward someone who don't even know what they're doing.. and don't even understand why on earth did god bless them everyday without fail.. and, don't even know how to appreciate a single shit that they got today.. cilake.. haaa hamekaw.. keluau bahase melake aku..

however, this frustration leads me into something that is even better.. i have to move on.. [don't get me wrong, i've overcome my past.. but now, i guess it is time for me to move on from where i've been stuck for the past few years..] this is a grudge that cannot relieve with a scream.. its the thing that i should do after so long i've given a chance to myself to be more patient.. i've had enough..


p/s: there will be time when you have had enough.. you just can take it no more.. everyone have their own red line.. and you've reached mine

teettttttttttttttttttttttttt



kita satu

ini maniss sekali..






p/s: kalau nak manis2.. kena la cari si manis sekali.. mm, mane awak? ntah2 jalan sebelah pun tak nampak..


Thursday, October 27, 2011

demam masterchef malaysia

sane sini aku pegi, org dok sebut pasal masterchef lah, top chef la.. nampaknya rancangan masakan kini telah menjadi trending.. menggantikan fenomena rancangan realiti mencari penyanyi suatu masa dahulu.. sebagai seorg yg mengikuti perkembangan dunia semasa, haruslah aku pun ikut trending tersebut.. banyak gak la impak positif tonton rancangan masakan mcm ni.. esp. utk aku yg tidak ada perassan minat terhadap memasak nih ha.. tp, lepas tonton.. fuh, aku plak rasa mcm aku masterchef.. kah kah kah

oleh itu bersempena dengan rancangan masterchef malaysia yang sedang rancak diperbualkan, kak sally dengan jayanya telah memberi buah fikiran untuk melaksanakan satu pertandingan masakan antara aku, dia n hubby dia.. haaa... dah mcm Hell's kitchen rumah aku kejap tadi.. mane taknye.. dak batrisha kemain sibuk menolong utk menghias segala.. hahaha.. ok2.. long story goes short.. kitorg diberi 3 task yang berbeza.. setiap sorg kena buat task masing2 dalam masa 40 minit.. fuh.. gelabah katak aku tadi..

kak sally sediakan 2 recipe setiap sorg.. then batrisha pick and distribute to contestant.. contestant boleh pilih recipe dan tokok tambah recipe tersebut.. ah.. dramatis betul, padehal kitorg nk siapkan lunch je.. hehe, in an interesting way la tp nyer.. sembangat betei tadi.. hahaha baiklah, hasilnye adelah sedemikian rupe:-


task kak yati: batrisha snow white tom yum [over punye name..huh]



task abg hazlee: chicken bistik black paper




task aku: kailan stim with garlic gravy haaaa.. kemain lagi namenye



ni gambar bergabung..



and the judge.. err, bibik.. kah kah kah.. alaaa, abes tu dah sume juri profesional jadik contestant.. terpakse la pilih bibik jadik judge.. karang sendiri masak, sendiri kata best.. bergaduh plak karang.. ceh


Aku takut la nak sambung tulis nih.. mcm menyambung nyawa.. ni kak sally dok pantau mcm SPM kat sebelah nih.. siap bawak pembaris lagi.. amboi.. sebenarnya keputusan, semua pun menang sebab dapat siapkan lunch for everybody today.. tp nih ha.. kak sally, tak puas hati plak kalo aku tak tulis dia dapat no. 1.. aku suspek bibik takut ngn die la.. hahahahahaha mane taknye.. mase bibik test food dia, kemain jegil mate aku tengok! hahaha adei, saket perot aku..

ok lah, aku nk blk jb.. selamat maju jaya..



p/s: kepada jaya balachandran, selamat depavali..


Sunday, October 23, 2011

aktiviti ketika hujan

hujan lebat membasahi bumi johor membuatkan aku rasa mood yang paling sesuai sekarang ini adalah menulis.. aku tak nafikan sejak dari zaman kanak2 aku suka bau hujan.. kau tak tahu ape tu bau hujan? cuba perihatin dan cuba diri dekat jendela rumah ketika hujan.. dengan sedikit2 percikan air di muka, dan bau segar hujan.. memang boleh buat aku tersenyum.. sebab bau hujan kat mana2 pelusuk dunia adalah sama.. dan sekiranya ketika hujan tu aku berada jauh dari rumah, pasti aku homesick gile.. mane tak nye.. mesti aku terus terfikir ape aktiviti waktu hujan ketika di rumah..

masa aku kecik, arwah nenek aku jaga aku.. aku tinggal rumah nenek aku [ah, dramatis gile bunyiknye.. walhal rumah nenek aku adalah di hadapan rumah parents aku.. boleh lari2 tak pakai kasut lagi] so, pendek kata.. aku ni cm manja gile la ngn nenek.. setiap kali hujan, aku mesti nk pergi berkepit kat nenek.. smpai dia rimas.. ngeeeheeehe jadik, setiap kali hujan.. nenek mesti prefer aku tido berbanding berkepit ngn dia.. atau utk pancing aku, dia akan masak ubi rebus dengan sambal tumis.. fuh.. ni memang makanan wajib ketika hujan.. sedap tau tak?


gambar amek kat sini


selain tu, aku masih ada memory main khemah2 ngn kak sally.. kitorg buat khemah guna blanket.. lepastu letak torch light kat tengah2.. then buat cerita hantu [walhal sekor2 penakut].. dan kebiasaannya kalau abang joe dapat hidu kegiatan kami, dia lah hantunye.. hehehe mesti kitorg kene sergah.. pastu khemah kene roboh.. pastu kak sally mesti nangis.. haha.. ok, aku cm tak kuat nangis sangat time kecik2 dulu.. skarang je cengeng sket.. kah kah kah

selain daripada tu, ofcoz activity tido.. tp aku suka pilih port.. aku suka duduk dekat jendela.. haaa, rumah arwah nenek aku memang rumah melaka.. so, semua tingkap bukan tingkap biasa.. semuanya jendela.. kat dapur je ada tingkap nako <-- tu pun kalau kau faham ape tu tingkap nako.. hahaha.. nape aku pilih port tepi jendela? sebab mood nak tidur secara auto akan sampai bila dapat bau hujan dan dapat rasa sikit2 tempias percikan hujan kat muka.. hmmmm damainye.... tp biasanya nenek akan angkat aku tepi sket coz tak kan dia nk biar aku basah kan? hehe.. lagi pun mane ade org biar tingkap tebukak time hujan.. aku sorg je.. ceh

tak.. ni bukan rumah nenek aku.. tp cm lebih kurang la architecture dia.. amek dari sini


those were the days... jadi, apekah aktiviti ketika hujan anda? adakah lebih menarik?


p/s: i felt empty inside..


someone like you

great voice adele..

jgn buat spekulasi, lagu ni takde kene mengena langsung dengan hidup ataupun perasaan aku sekarang.. in fact, i don't miss my history.. let bygone be bygone... but still, this is a great song..

p/s: i am much more interested in my future.. don't you?


Saturday, October 22, 2011

kau, aku dan penipu

aku tak tahu lah apehal rumah berhadapan dengan apartment aku ni rajen betul main fire crackers.. tak kira ada event atau tidak.. memang best la kalau tengok sekali sekala.. nih dah apehal kau tak kira masa mesti nak main bunga api nih? eeeh? aneh tahu? ah, biarlah diorg.. sebenarnya aku tak ada perasaan marah pun terhadap percikan bunga api dari jiran aku.. cuma aku rasa aneh.. mungkin dia tokan bunga api sebab pada aku, rasa mcm bakar duit ketika main mercun tu.. bukan apa, bunga api yg diorg main ni bukan jenis yang 3 ikat seploh hengget tu, tapi ni yg jenis berdas-das kuar yang percikan sehingga menjangkau 40-50 kaki ke langit tu.. haa, kire cm satu tebrau boleh saksikannya.. haaa..

baiklah, abaikan kisah bunga api mahupun kes2 jiran sebelah menyebelah.. hari ni aku nk bawak korang semua untuk menyelami isu penipuan.. ha.. ni bukan isu puan puan, tp penipuan..

kau, aku dan penipu [gambar di amek dari sini]


kita biasa tengok ramai orang yang tidak bercakap benar.. walaupun dalam keadaan sedar, kita tetap membiarkan penipuan itu berlaku.. kadang2 isu penipuan ni melibatkan perkara yang amat besar.. namun, kita sendiri tidak ada kemampuan untuk melaksanakan apa2 bagi reveal kes penipuan tersebut.. haa.. jangan pening, [aku harap korang tak pening] sebab kita memang seringkali terperangkap dengan situasi seperti ini..

bagi aku, kalau aku tak mampu reveal, aku cuma mampu perhati.. dari pemerhatian tu lah aku rasa ada beberapa sebab utama kenapa penipu memilih jalan untuk tidak bercakap benar.. mari kita cungkil ape sebabnye manusia ni menipu..nah, ni aku sisipkan sebab musabab orang nak menipu:-


1. duit

as what they have said.. MONEY IS THE ROOT OF ALL EVIL.. memang betul pun.. jangan cakap menipu, skang ni aku tengok kat tv, duit punye pasal.. anak sembelih mak bapak, adik tikam kakak, boyfriend simbah asid kat girlfriend.. and the list goes on.. karang kalau aku listkan ape consequences pasal duit ni, mau penuh entry ni dengan kes-kes jenayah.. tapi tipu pasal duit ni biasanya dalam satu kategori dimana satu pihak akan mengambil keuntungan [dan iya, ini adalah pihak penipu] dan satu lagi pihak menjadi tipah tertipu.. as usual.. huh


omak aih.. ni jual dadah ke duit banyak2 siap ikat ngn tali rapia?


2. jaga air muka

iyaa.. part jaga air muka ni aku mmg nk tekan kan sket.. ade jenis org yang sanggup menipu semata-mata nak orang nampak dia jauh lebih tinggi berbanding siapa diri dia yang sebenarnya.. seriously, ini peringatan untuk kau, aku dan si penipu.. kesan pada masa hadapan adalah sangat tak bagus.. selama2 orang akan cop kau 'acting like some big shot, tp habuk pun tarak' haaaa.. i've seen these baanyaaak kali.. malu weh kalau dah kantoi.. so, jangan.. jangan.. jangan sesekali terfikir nak buat pun.. biar orang nk kata kau bukan high class, yang penting kau tak create cerita kononnya kau sangat high class.. kau akan jadi class memasak saje sudahnya


3. elak tanggungjawab

ha, ni memang lah mintak lempang [ah, semua penipuan pun mintak lempang sebenarnya].. ni yang aku rasa dalam banyak2 alasan, alasan ni lah yang paling top menjengkilkan aku.. mane tak nye? kau tengok eh, kalau ape2 hal nak kena involve commitment, adeee sajeeeeee alasan kau kan? bukan orang tak tahu yang kau sebenarnya sedang menipu.. agak2 la nak kasi alasan, satu kali, orang boleh terima.. dua kali orang ckp fine, everybody deserve the 2nd chance.. 3/4/5/6 kali? tak ke ketara kau sedang menipu saitan?


4. malas

ni aku malas nak comment.. [eeeeh comment pun malasss].. bukan ape, tak perlu lah nak kutuk sana sini, aku pun kadang2 [fuh takmo ngaku] tipu je kalau dah malas kan? contohnya, kakak aku suruh masak.. [dan keadaan malas memang melampau batasan] aku cakap lah.. sorry kak, sakit perut la.. err, sakit kepala sekali.. cm rasa nak demam pun ada.. haaaaa [but as usual, kau igt kakak aku layan?tak mungkin] mestilah kakak aku tengok muka aku pun dia tahu aku menipu weh.. memang dia tambah2 lagi kerja... haaa kan aku da ckp, hasil penipuan ni biasanya 2-3 kali ganda tak bagus berbanding hasil kau berterus-terang [erk,tak jugak.. takkan kau nk mengaku.. alaah malas lah.. ha, nak kena maki free?]


5. habit

ini merupakan kategori penipuan yang amat berbahaya.. ya, kadang2 ada orang dah jadikan penipuan tu satu habit.. contohnya, kita just tanya hey, kau makan kat mane tadi.. dengan pantas orang tu menjawab, kat warung je tadi.. walhal pegi makan kat mcd.. sebenarnye tak kisah lah kau makan mane sekalipun, kau dah makan dah pun.. bukan ada orang boleh nak buat ape2 ke atas kau.. tapi sebab dah jadi habit nak melepaskan diri dengan cara menipu, pantaaas je mulut kau senah nak menipu sana sini.. ingat2 lah sikit kat tuhan weh.. sedangkan benda kecik mcm ni kau terdorong nak menipu, inikan pula benda besar.. kadang2 orang tu menipu tanpa ada alasan yang munasabah.. kadang2 [dan yang lebih teruk] diorg sendiri tak tahu kenapa diorg nak menipu..haaaaa kronik tak kronik u olss?


macam biasalah, semua orang yang menipu memang nak menyelamatkan diri.. tapi selamatkah hidup mereka selepas menipu? renung-renungkan lah dan selamat beramal..


p/s: just remember one thing, liar liar, u've just put your pants on fire

Tuesday, October 18, 2011

move like jagger

sibuk pergi cakap good night kat semua org.. walhal diam2, aku pergi curik2 tulis lagi satu entry.. haha, rindu la weh nak menulis rancak seperti bunyik popcorn masak.. kasi can lah.. hahaha.. ok, aku agak terkejut bila kak molly tahu akan lagu 'move like jagger' by maroon 5 ni ha.. ye la, bukan ke dia ni jenis2 zaman lagu keroncong? eh..silap, zaman2 lagu ahwie, amy, hattan.. haaaa mane aku tak terkejut?.. ah, kita biarkan isu kak molly dengan perkembangan dunia muziknya..

aku mmg dah default perangai, kalau tak tau ape2, aku pantas cenderung untuk type permasalahan di google.. dan di pendekkan cerita, aku pun google la jagger tu amende.. dan menurut pemerhatian aku, jagger adalah nama org.. huhu, aku igt cm satu term untuk cm org yg cool ke, poyo ke.. ape ke.. huhu, silap rupenya.. anyway, its a nice song.. nah amek untuk tontonan umum




p/s: tajuk entry kau pun, tak agak2.. hampir tercabut jantung aku dengar.. hahaha, and yes, i did found you


invention

memang dunia kini menggalakkan semua individu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.. dan dengan semangat ini.. pelbagai dorongan terhadap beberapa inisiatif untuk mencipta telah wujud.. manusia menjadi lebih maju dengan adanya culture untuk mencipta sesuatu yang baru.. soul untuk invention ini pada awalnya adalah untuk menyediakan kemudahan untuk manusia yang pada asalnya dianggap susah.. atau dengan ayat yang lebih mudah, mempermudah perkara yang susah dalam hidup ni..

contohnya [ya, aku akan sisipkan contoh2 biasa digunakan daripada sekolah rendah lagi] ford yg cipta kereta sebab penat nk jalan dan nak kurangkan azab naik kereta kuda/haiwan lain.. supaya lebih convenient.. hasilnya.. kereta [dan tidak ketinggalan, generasi yang kurang exercise seperti aku] oh ya, bercakap tentang kebaikan dan keburukan inovasi, long story goes short.. aku sebenarnya ada terserempak dengan sebuah inovasi err nak kate canggih takde la canggih.. tapi kreative la.. kau tengok invention ni..

teori yang digunakan, sama mcm teori prisma kaca [tak ingat?boleh refer buku teks science f2.. haaa]

adekah ini kreatif? atau membuat orang makin malas? atau memang bagus untuk elak kau sakit tengkuk? ah.. aku sendiri confuse.. tp kalau ada bagus jugak.. nak jugak try.. kah kah kah.. mula-mula aku tengok, mcm hek eleh.. ni pun sakan aih nk invent segala.. tapi bila lama2 aku tengok.. huhu, aku pun slalu je baca buku cmni.. kadang2 [err..selalu je sebenarnya] nak membaca smbil rilex b4 tido yg kebanyakkannya memang habis smpai 2-3 jam.. bila tengkuk dah sakit baru tido.. haa.. memang yg invent ni mesti ada habit cm aku.. wah.. bagus sungguh.. terbaeklah.. ha, ni kalau ada mane2 MLM jual menda ni, meh sini promote kat aku k.. hik hik hik


p/s: we have our own story board..care to share? :)


heeey macarena, aaight!

yes, its tuesday again peeps.. ha, ape yang engkau orang buat bekerja lagi di sana? sepatutnya paling lewat pun lepas solat maghrib, baik kau balik rumah.. bukan ape.. kan kegembiraan malam weekdays kemuncaknya pada malam selasa.. mula2 aku mcm tak perasan yang aku mempunyai keinginan bahawa setiap malam weekdays adalah malam selasa sehingga ke satu hari, aku balik terkocoh-kacah dengan harapan dapat berjumpa dengan fifi fairuz fuyoo.. tapi harapan kecundang sebaik sahaja sedar bahawa ianya malam khamis sebenarnya.. ah, frust.. oh ya, cerita botak ni pun makin sweet.. syok gak tengok gangster feeling2.. janggal.. haha

dan satu lagi, soffiya ni, kan ke sangat typical.. semua cerita melayu nk mcm ni.. semua2 akan suka pada sorg perempuan tu je.. dari pakcik tukang kebun sehingga ke jutawan negara.. ah, so damn typical.. [tapi aku masih menonton.. cis].. tapi mungkin tu reality sekarang.. kalau org hot, semua org nk kat dia.. org tak hot.. mungkin boleh terus jadi watak picisan, yg kadang2 orang tak perasan pun kau wujud.. yes, life is unfair.. but it is still good anyway..

selepas menulis 2 paragraph di atas, baru aku sedar, OMG.. aku sangat kaki drama ok! [tu la, asyik ckp mak suke tengok sinetron, kan aku dah berjangkit..at least mak ada pada tahap international.. sedangkan aku lebih taste melayu ye] walhal sekarang ni, tahap busy aku dah bertambah 2 kali ganda.. project dah bertambah, dan aku tambahkan lagi schedule dengan study.. fuh.. aku ingat aku akan meninggalkan dunia menonton drama.. tapi ternyata.. tidak.. kenapa aku mcm main2 sangat ni? gosh.. bila la i wanna get serious nih? hey hey hey!


hehe, almost like nevaaaah


ok, aku rasa ni mungkin entry mukadimah.. cm gatal plak nk menulis malam ni.. sedangkan paper banyak lagi boleh tulis.. kah kah kah


p/s: yes, i miss all my post script about you.. ;p


Friday, October 7, 2011

bajet 2012



mengikut analysis yang amat kritis yang telah saya jalankan, ramai juga yang agak kecewa dengan keputusan bajet 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebentar tadi.. saya tidak sempat untuk menonton sepenuhnya sebaliknya lebih banyak membaca update status di facebook dan timeline yang bergerak selaju 120km/h sepanjang masa bajet dibacakan sebentar tadi.. walaupun tv hanyalah beberapa meter daripada tempat duduk, namun crowd yang mengunjungi office sebentar tadi umpama mereka yang datang untuk concert faizal tahir gamaknya.. gegak gempita jeritan suara mereka.. sabar, sabar... jangan buat perception yang bukan2.. bukan customer mengamuk, tapi hujan lebat sangat di luar sehingga ada yang terpaksa meninggikan suara untuk berkomunikasi sesama mereka..

baiklah, kita ketepikan keadaan sekeliling yang agak mengganggu rancangan bajet 2012 sebentar tadi.. ape yang aku nk sampaikan dalam entry ini adalah berkenaan dengan beberapa benefit yang sempat aku capture.. benefit ini khususnya untuk kakitangan kerajaan.. ya, sebab aku juga merupakan kakitangan kerajaan, maka sudah pasti isu2 seperti inilah yang dinanti2kan.. aku percaya, kalau kau juga kakitangan kerajaan, kau juga ternanti2 dengan hebahan setahun sekali ini.. di sini, suka aku kongsikan beberapa benefit yang amat menarik..

1. guru mendapat gred44 pada tahun ke-8 perkhidmatan dan gred48 pada tahun ke-16 perkhidmatan

tidak, aku bukan seorg guru.. tapi kakak kesayangan aku seorg guru.. yes, they do deserve this.. thanx to our government.. bukan ape, in fact aku syorkan lebih banyak ganjaran kepada guru2.. kau igt senang ke nak jadi guru pada zaman sekarang nih? budak2 sekolah sekarang ni bukan mcm kite dulu2.. kita nakal memang nakal.. tapi nakal kampung.. sekarang ni budak2 nakal, nakal omputeh.. sume nak jahat yang ya rabbi punye jahat.. cikgu kat sekolah kalau tak ada ketahanan mental yang kuat, kau pikir boleh bertahan lama? tak mungkin ok... daripada pandangan personal, aku memang respect semua warga pendidik yang tabah menghadapi karenah anak2 yang pelbagai mcm ragam.. dan ganjaran seperti ini terlalu kecil bagi kita untuk hadiahkan kepada mereka, tapi bagi mereka.. at least something that make them feel appreciated..



2. Penawaran 5000 peluang untuk tempat ijazah sarjana dan 500 peluang untuk peringkat kedoktoran kepada penjawat awam

buckle up peeps.. time untuk sambung belajar sume! iye yang ini aku cm sangat teruja ye.. memang aku cm fuh bersyukur gile la.. banyak peluang nih weh.. korg, grab the chance while we still can.. baru la boleh kaya... hehehe ;p chup.. selain kaya.. weh sape nak tanggung kau smbung blaja weh? ni dah ada peluang, amek la.. bak kate mak aku, bukan senang nak jadik senang ni.. no short cut at all.. lagi pun, best ape kalau lagi pandai daripada org lain.. bukan untuk belagak, tapi pecayalah segala tindakan dan keputusan yang korg buat nnt pasti lebih wise berbanding org lain.. sebab, korg ada belajar punya orang.. haaaa.. [sume dialek aku pakai]


3. bonus lagi setengah bulan gaji pada hujung tahun ini..

yeay.. alhamdulillah.. berbanding cuma rm500 tahun lepas ketara ekonomi malaysia memang menunjukkan peningkatan yang bagus.. come on peeps.. setengah bulan gaji pun, sape nak bagi weh.. oh ya.. kat sini memang agak gatal la tangan aku nk menulis secara laju.. mana tak nya.. ada pulak aku dengar org kutuk, ckp ala.. seronok la org goment, keje lepak2 pastu tau2 ujung taun dpt bonus.. [sini kau, datang office aku tengok mcm mana org kerja.. kalau aku dapat muke kau, memang aku bagi kiri kanan atas bawah] come on, tak ya nk banding2kan goment ke swasta ke.. korg berbaloi la skali bonus berbulan2 gaji.. kitorg yg dapat setengah bulan gaji ni pun nk dengki ke? ape lah..


dan banyak lagi sebenarnya.. apapun pandangan personal anda, pada saya.. alhamdulillah.. nowadays setiap tahun negara kita menunjukkan peningkatan didalam ekonomi.. banyak atau sedikit itu memang ukurannya.. kalau sedikit, apa yg kau rasa kau boleh bantu? kalau kau tak mampu nk bantu, mulakan dengan bantu diri sendiri.. baiklah.. sehingga di lain lembaran..


p/s: tak rasa langsung sedang menunggu jika bertemu dengan internet.. weweweweeee... **waiting for my baby, 1st service.. heeheee love love...oh ya.. bajet 2012 kerajaan dah keluar, bajet kau pulak? mcm mane? jangan asyik bajet bagus je sudey.. kah kah kah



Thursday, October 6, 2011

what are you afraid of?

lets do some reality check..


p/s: so, what are you afraid of? yourself perhaps?


Monday, October 3, 2011

sampai bersawang, baru nak update



jangan risau, entry ini tidak ada kena mengena langsung dengan mana2 jenis serangga mahupun labah2.. saje je kasi expression lebih sket.. ye la.. blog nih dah naik bersawang tak berupdate.. hehe, bukan ape.. kadang2 isu2 dunia ni banyak yang melalaikan.. baiklah, sebelum aku terus melalut jauh.. baik kita terus ke point sebenar entry ini di tulis..

sebenarnya ketika aku mula nak menulis.. mcm2 idea bernas kat otak nak menulis.. tiba2 ada sesuatu yg menarik perhatian aku.. design baru tamplate blog ni ha.. haaa.. dengan semangat berkobar2 aku pun tukar sana sini [konon2 creative abeh dah idea aku].. there you goes.. ini tamplate terbaru.. tapi aku rasa mcm ada yg tak kene je.. mm..

takpe.. untuk tempoh masa percubaan kali ini.. aku akan biarkan je dulu design mcm ni.. later on baru lah aku tukar lagi kalau tak sesuai.. alaa.. yang sana tu jangan la dramatis sangat.. tukar background je pun.. bukan tukar hak milik..dah pergi kesat air mata kau..

p/s: people change rapidly.. accordingly to their environment.. if you doesn't change much.. you better move on to some new places that will make you change :) Dare to try something new.. :)


Sunday, September 25, 2011

hanging by moment

old song that always be in my top 10 list ;p


lifehouse..



p/s: no guts, no glory..

Wednesday, September 21, 2011

impak maksima

aku tak tahulah daripada mana impak yang sangat kuat dah menghentam kat kepala aku.. bukan apa, bila kadang2 nak usap2 manja kat kepala, rasa mcm baru lepas terhantuk pun ada.. sakit yang ngilu2 sikit.. ah, aku pasti korg tak berapa dapat nak bayangkan rasanya mcm mana.. tapi rasa sakit kepala ni sedikit sebanyak buat aku terfikir-fikir ape sebab musabab punca kesakitan..

nak kata tekanan persekitaran, kerja ok, study ok, parents ok.. mm check sume ok je.. rakan2 saitan social network pun sume sihat2 belaka.. gossip sume dah check, takde yang tertinggal.. duit? gaji esok dah masuk.. ape yg aku runsing sampai sakit kepala agaknya?

mungkin bukan runsing.. mungkin terlebih gelak sehingga sakit kepala.. mane tak nya, semalam sebuk promote tayar buatan tempatan.. tayamum..

ohya.. sebelum aku terlupa.. ada juga selitan adegan impak maksima.. yg aku rasa Hollywood sikit pun tak boleh tiru.. dan kalau pengarah impak maksima tonton pun.. aku rasa dia pun nak menangis kagum.. nah



the matrix pun kalah teruk punye


p/s: samina mina e eh, waka waka che' yeh...


Tuesday, September 13, 2011

malam selasa

seriously, aku dah mengantuk.. tp tv3 memang hebat strategi mereka untuk keep aku stick kat depan kaca televisyen dengan menyediakan 4 persembahan hebat in a row.. ape persembahan tersebut? berikut disediakn tentative tv pada hari selasa:-



1. buletin utama




ah, ini kira dah mcm darah daging la.. kalau tak tengok berita, mcm mana nk update dengan perkembangan isu semasa.. walaupun tengok berita sambil online.. err, tengok tv mmg sambil online baru la best.. dapat banyak info dalam satu masa.. haaa.. anda tak percaya? boleh cuba selasa depan k.. :) [esok pun boleh sebenarnya]




2. kasih elyssa


ini kisah baru yang menggantikan cerita ana lu'lu.. ok..sebab kebetulan aku tengok dlm episode pertama, maka cerita ini masih belum hebat lah.. namun bibit-bibit untuk menjadi panas mungkin ada.. sebab aku dan rakan2 social network seperti kak fhaten dan saydino menjangkakan percintaan ironic sesama cousin bakal tercetus dalam masa yang terdekat.. tp cm ganas woo hero dia.. maklumlah... baru keluar dari henry gurney .. buat kes juvana [eh?apesal aku rasa mcm ter mix up cerita ni.. memang tengah mamai ke ape nih?]




3. EDISI KHAS


ini memang buat malam aku ceria.. sampai nak tido pun rasa tak sampai hati.. kau ingat mudah ke nak jadi hazami minggu ini? minggu lepas saleem tapi saaiiyyyaaannggg? ha? ni memang lawak pecah perut.. pening kepala aku cuba tahan gelak kuat.. jiran corridor atas asek berdehem dari tadi.. aku anggap je dia tercekik asap rokok yg dia hisap berkepul2 sejak ramadhan lepas.. kah kah kah




4. jiwa & lara
ini pun cerita baru.. bagus tak bagus la strategi memperkenalkan episode 1.. start2 je dah muka aaron aziz.. hey, kau igt aku yg dari tadi da di seru2 oleh bantal busuk boleh terus masuk tido ke? memang bagus kan stretegi beliau? pastu dalam satu scene tu je.. ni da stengah jam aku tunggu.. bayang aaron pun da tak kuar lagi.. cis.. memang ada rupe cite ape ntah namenye hari ahad tu.. sket2 je kuar aaron.. ni kes2 nk buat pelaris ke hape?



ok, aku terpaksa tinggalkan dulu dunia drama hari selasa.. mungkin boleh sambung minggu depan.. kah kah kah.. ok nanite u olss..


p/s: sekian, salam satu malaysia.. salam satu satu, saya sayang ibu.. dua dua, saya sayang ayah.. selamat malam sayang...


patriot, bukan isu baru..

aku bukanlah yang jenis2 berkempen sana sini untuk berpolitik atau sebagaimana yang sama waktu dengannya.. tapi ada beberapa isu sensasi negara yang memang mudah menarik perhatian aku untuk bersemangat patriotik secara default.. biasanya semangat2 mcm ni datang bila adanya pertandingan2 sukan yang melibatkan pasukan Malaysia di peringkat antarabangsa.. haa.. waktu tu, jgn cakap aku.. makcik2 yg pegang senduk kat dapur pun, kalau boleh nak lekat tv kat dinding dapur tau.. nak tonton pertandingan2 tersebut secara live..

tidak ketinggalan juga pasukan2 sorak di sekitar social network.. facebook, twitter dan sebagainya.. kalau kau tak berada di hadapan kaca televisyen pun kau boleh rasa debarannya.. mana tak nya.. time2 game hangat seperti ini, timeline atau wall bergerak 120km sejam.. haaa.. sume2 nak update.. kira kalau ada bunyi suara, pengomen sukan kira dah boleh gulung tikar lah.. huhu.. sebenarnya tujuan entry ini ditulis adalah untuk berkongsi vids yang menarik perhatian aku sebentar tadi.. sedap jugak bila dengar 2-3 kali.. jom dengar sesame..



best kan?


memang jelas banyak pihak cuba usahakan penerapan perpaduan dari pelbagai aspek.. tapi ada juga isu yang mengecewakan.. ini tidak ada kene mengena dengna isu2 yang telah di bincangkan atau di paparkan dalam warta berita.. tetapi, ini adalah pengalaman kisah benar yang aku temui beberapa hari lepas.. aku betul2 tak faham lah kenapa ada juga manusia yang lebih2 nak membanggakan negara lain berbanding negara sendiri.. itu kan aneh? awak tu duduk dalam malaysia.. mane awak tahu yang negara lain itu lebih bagus? kalau indah kabar dari rupa pun awak mane tahuuu.. dan lagi satu, yang awak nampak tu dah tentu2 yang baik2 sahaja.. mana ada negara yang purposely menonjolkan keburukan mereka kepada masyarakat umum? pakai akai la sket.. yang awak nampak, kebaikan negara orang, keburukan negara kita.. yang baik negara kita di mata orang? mana? mana? mana awak taruk? hey hey, emosi pula di sini...

sekali lagi, aku bukan nak berkempen atau ape.. kalau kau rasa sini tak bagus, pegi kau.. pegi keluar sana.. jgn balik lagi.. haa.. amacam? ada bran? tak payah jumpa lemang, dodol, ketupat, rendang lagi time raya.. kau nak? haaa

kesimpulannya di sini.. mcm mana teruk sekalipun tanah air pada mata kau, kau kena ingat balik, ape yg kau dah buat utk negara utk memperbetul benda yg kau kate tak betul tu? ade? ade? huhu ok la.. sehingga di lain lembaran..


p/s: aku curious.. kau bagaimana?




Wednesday, September 7, 2011

positive kah anda?

rasanya masih belum terlambat utk wish selamat hari raya, maaf zahir batin.. sepanjang bulan ramadhan yang lepas, saya tak nafikan.. masa terluang memang tidak digunakan sepenuhnya untuk blogging.. jadi, skill penulisan juga menjadi sedikit tumpul.. ye la.. mcm yg orang cakap, practice makes perfect.. so, kalau anda tak practice.. macam mana nak perfect bukan? tapi hari ini, bukan topic perfect yang ingin kita bincangkan di sini..

seperti yang telah saya mention dalam banyak entry2 yang lepas.. setiap hari merupakan hari yang menarik.. jadi, tak kira lah ape jua yang berlaku dalam satu hari itu, sekiranya anda telah meletakkan mindset anda untuk mengatakan hari tersebut suram, makanya suram lah jadinya hari tersebut.. oleh kerana itu, wujudlah satu field of study yang berorentasikan pemikiran positif.. [ok, apehal ayat aku ni kearah critical thinking?ah.. abaikan..] jadi, bagaimanakah anda memanfaatkan pemikiran positif ini terhadap kerja harian anda? saya ada beberapa contoh kejadian harian yang berlaku dan beginilah saya mempositifkan mindset saya..



1. apabila customer datang dan marah2 complaint tentang services yang telah diberikan

situasi: dah lah kita kerja masuk pagi2 buta.. balik tak jumpa matahari.. senyum sampai rasa naik cramp pipi ni ha.. da serupa joker dalam dark night.. kau boleh datang, tengking2 tanpa usul periksa.. kau ingat ni kau tengah cakap ngn machine ke? dengan air liur tersebur2.. heeeey! ni buat aku naik hangin nih..

positive thinking: kalau customer tu datang semula pada anda dan complaint, bermakna dia masih memberi harapan yang tinggi untuk menerima service anda.. maknanya dia suka dengan institusi anda.. dan anda juga.. jika mereka sudah tak suka, jangan harap nak complaint.. jejak kaki juga tidak mungkin lagi

hasil: anda akan dapat bercakap dengan tenang, membuatkan customer sejuk hati dan percaya kepada anda.. dan anda boleh senyum puas apabila dia bangun dari kerusi dan mengucapkan terima kasih pula kepada anda.. sedangkan ketika datang tadi, salam pun ntah ke mana.. haaa amace?




walaupun tadi saya mention saya ada beberapa contoh situasi untuk mempositifkan mindset, tapi saya tak cakap saya nak share kesemuanya.. hehehe kenapa? sebab


got it? hehehehe



p/s: bukan semua orang tahu apa yang anda tahu.. dan bukan semua yang anda tahu perlu diberi tahu.. sekian terima kasih..



Tuesday, September 6, 2011

what is a home to you?

definition might be subjective.. even to a very simple question like this:-

what is a home to you?




for me a house is never a home until

you have someone you love the most

that you knew, they will always wait for you..



p/s: are you at home yet? :)




Monday, September 5, 2011

aksi luar biasa

dengan mengenepikan keadaan penat maksimum kerana baru balik dari tempat kerja, aku terus terkam laptop untuk blogging.. bukan apa, time2 penat cmni la idea mencurah2 nak menulis.. tp sebab dah lama tak menulis, hari ni aku bercadang menulis topik yang ringan2 je.. berat sangat nnt, aku yg naik migrain.. baiklah, mari kita terus masuk ke dalam topik utama hari ni..

sebenarnya hari ni aku jaga counter student pass untuk international student kat postgraduate's registration day.. jadi, memanglah luas pemandangan banyak pengalaman lah kan? macam2 jenis orang aku jumpa.. ape yg aku nak share hari ni adalah beberapa jenis reaksi common bagi soalan wajib aku untuk setiap student hari ni.. script pendek aku berbunyi seperti berikut:-


good day sir/mam, please have a sit [sebab diorg tend to berdiri ketika berurusan]
i need your check list and your personal details [2 borang wajib kutip]


dan reaksi soalan ini lah yang aku nk kongsi dengan korg sume:-


i need to know whether you come here alone in Malaysia or you have any dependent with you?


haaa.. soalan tampak begitu direct.. aku cuma nak tahu samada student nih perlu apply student pass sahaja atau perlu apply family social visit pass sekali.. tapi reaksi mereka, ternyata yang aneh2 belaka.. contohnya seperti:-


1. Noooooo... I am still single... [dengan ekspresi muka senyum lebar]


ya, ini jawapan yang paling common dan yang paling banyak kekerapannya hari nii.. tapi aku banyak kali gak try nk rephrase soalan aku.. takmo kasik diorg salah faham.. bukan lah maksud aku nk tahu marital status kau.. maksud aku, tak semestinya diaorg bawak wife/anak.. maybe diorg bawak parents.. parents tu pun kira mcm tanggungan gak la kan? ah.. typical betul mindset korg..


2. No, I'm not married yet.. [pastu angkat2 kening, senyum senget.. damn it.. geli siot]


aku tak tau la ape yg seronok sangat nak menjawab perkara seperti ini.. tapi ya, ternyata yang menjawab dengan gaya ini adalah semua student lelaki ye.. tapi lelaki ke perempuan, aku cm tak selesa ok.. ni apehal angkat2 kening nih? kau ingat aku tanya sebab nak mengurat kau atau ape? aku berniat baik just nk bagi2 numbering counter je.. cis gataiyabang!!


3. i am married but i'm here alone.. you wanna give me sweets? [eh?apehal plak kena bagi gula2 nih? aneh lah]

iye.. ini aneh.. kalau sorg yg ckp mungkin aku anggap dia sorg je aneh.. ni da sampai berbelas mintak gula2? ape nih? kalau kau tinggal spouse kau, adekah orang lain perlu kasi kau gula2? eh? ape nih? serious aku tak faham langsung? [aku harap ini bukan double meaning.. sekian]


4. depend? i don't depend.. to who?

seriously, nak gelak tak sampai hati.. eh tak, bukan tak sampai hati, tak larat sebenarnya.. letih.. jadi aku pun senyum lebar.. jadi translation terpaksa dibuat menggunakan perkataan2 mudah sperti:

  • your wife?
  • children?
  • parents?
dan jawapan seterusnya akan berulang seperti nombor 1,2 dan 3...


5. Renungan tajam... [hohohoooii ni mmg buat aku rasa serba salah]

kenapa rasa serba salah? mane tak nya.. aku tanya dia, dia renung aku dengan tajam sekali.. eh? aku ade silap cakap ke? bila aku repeat soalan, lagi tajam renungan.. adoi.. menusuk kalbu.. serba salah weh.. mcm2 aku fikir.. dia tak faham ke soalan aku? ke dia tafsir soalan aku jadi makna negative ke? ke soalan aku ni sensitive ke? eh? ape nih? tak ke haru biru jadinye? ha? ha? ha? huhuhuhuh.. mcm2 hal lah.. sekali datang tunggu translator la bai.. dia tak faham rupenye.. hurrmmm.. cmno nk blaja bang oi? kat sini mane ade kelas bahasa parsi? hahai..


dan pelbagai lagi aksi2 aneh hari ni.. tp bila balik.. time aku menulis ni.. baru aku terasa.. mmg agak menghiburkan mereka ni sebenarnya.. hahahaha.. ok la.. nk tido.. bye


p/s: jangan cenderung berfikir yang bukan2.. apa yang anda nampak luaran, tak semestinya itu yang berlaku pada dalaman.. renung-renungkan dan selamat beramal.. selamat malam sayang



Wednesday, August 24, 2011

kemudahan atau kelecehan?

assalamualaikum dan selamat sejahtera.. sebenarnya susah gak nk curi2 masa time bulan ramadhan utk tulis blog nih.. dengan orientation week lagi.. mane nak layan lagu raya lagi.. mane nk pegi appointment iftar sane sini lagi? fuh.. busy kalah menteri2 lah.. tapi mlm ni aku terdorong nak menulis dengan jaya nya... alah, bukan lama sangat.. takat 15 minit.. tak lari mana lah biological clock aku.. ok.. sebelum aku merepek sampai ke bulan, baik kita masuk ke main point entry ini..

berikutan dengan kejadian semasa, aku sebenarnya nk bercerita ttg keselamatan bangunan/residence yang anda diami sekarang.. banyak kawasan rumah yg telah mengamalkan sistem satu pintu.. iaitu, bagi mengakses kawasan rumah tersebut, kita hanya dapat menggunakan satu pintu gerbang utama yang dilengkapi dengan guard dan tidak ketinggalan sistem access card.. **ye, rumah aku la tu..

memang aku tak nafikan.. dari pandangan mata kasar, memang lah kita nampak cm selamat.. ye la.. kawasan yg ada org jaga.. tengok2an.. kawalan agak ketat.. korg tak leh kuar-masuk suke2 hati.. jadi jika org tak dikenali masuk, guard senang nk recognize.. tapi sedarkah anda, terdapat beberapa pro n cons bagi perkara access card ini?

sebenarnya, masuk kali ni... dah berapa kali ntah aku asyik miss placed access card parking rumah aku nih ha.. sehingga aku terfikir.. adakah kewujudan access card ini baik atau tidak? ye lah.. smpaikan kau sendiri nak masuk rumah sendiri pun payah.. tak ke kadang2 tu rase mcm tak masuk akal? ye.. oleh itu, aku telah mengambil keputusan utk menyenaraikan kebaikan dan keburukan sistem access card ini..



kemudahan atau kelecehan?



Kebaikan
  1. Keselamatan lebih terkawal
  2. Dapat mengurangkan jenayah seperti pecah rumah dan kecurian [ya, hanya mengurangkan.. bukan 100%]
  3. Beri peluang pekerjaan kepada guard


Keburukan
  1. Kalau kau hilang/miss placed/ tertinggal card dlm rumah, nak masuk rumah sendiri pun payah
  2. kalau kau terima tetamu luar.. diorg nk masuk pun susah [nnt terdetik pula 'hai, dia ni nk kasi kita datang ke tak nk kasi datang nih?']
  3. kenduri kendara, mcm mana guest kau nk masuk? kalau kenduri kawen, kau nk kasi list 1000 org kat guard?
  4. access card parking ngn pool lain2... kalau terlupa bawak satu, hape pun tak boleh.. [malas nk terangkan.. kesimpulannya kenapa kau kena ada 2 yg berbeza?]

ok lah.. better aku berhenti sampai di sini.. bukan apa, tulisan ini memang dipengaruhi dengan emosi yg kurang stabil akibat aku tak dapat jumpa mana perginya access card aku nih.. dah naik amuk dah sebenarnya.. haaaisshh


p/s: **so clumsy me.. kan best kalau bangun2 je esok, tiba2 jumpa dah access card tu.. boleh tak? boleh tak? plzzz... ok lah... sekian, selamat malam sayang


Wednesday, August 17, 2011

epilog seram ramadhan

seriously, aku rindu gile nk blogging.. tapi kerana kekangan masa dan keadaan, ye la.. faham2 lah.. bulan ramadhan.. semua benda perlu dilaksanakan dalam masa yg pantas.. nk rebut masa malam dengan pengisian rohani.. jadi, harini aku memang selitkan juga masa pada waktu tengah hari utk blog seperti selalu.. almaklumlah.. jari jemari dah gatal nak menaip laju2..

baiklah, tanpa membuang masa lagi.. mari kita mulakan cerita hari ni.. kedengaran amat mistik bukan? tapi iya.. itulah kenyataannya.. ceritanya bermula semalam.. aku sebenarnya kecur gila bila kak amy (bukan nama sebenar) sibuk promote yg husband dia jual gulai tempoyak ikan patin temerloh.. fuhh.. mmg lah provoke aku untuk melantak secara dahsyat nyer pada berbuka [adik2.. jgn tiru ok..] tp tak best pulak beli gulai, makan sorg2 je kat rumah.. takdak feel langsung.. so long story goes short, aku pun berbuka bersama kak amy semalam [ah, dah 2 mlm berturut2 sebenarnya]

selepas makan kurma 2-3 biji, kitorg solat maghrib.. then baru lah makan makanan berbuka tadi.. sementara bersedia untuk makan, keluarlah cerita misteri pada bulan ramadhan.. conversation ini merupakan conversation pendek aku n kak amy:-

aku: kak, u know that story from kak linah? [cis, gaya kepoh bukak cerita]

kak amy: cite ape? kalau hantu, akak taknak tau..

aku: ok

kak amy: kat mana kejadian? <-- see? this is why we have the idioms 'curiosity kills the cat'; meooww

aku: kat sini lah

kak amy: ok akak taknak tau

aku: ok

kak amy: ape jadi kat org tu? sape yg terlibat?

aku: [pandangan serong] nih dah jadik satu episode penuh ni.. dah la, sya cite je la

kak amy: tak nak!

aku: takde lah.. petang tadi kak lina [bukan nama sebenar] ajak sya teman pegi toilet.. mcm aneh lah.. sbb mane pernah kak lina takut pegi toilet sorg2? kalo sya logic gak la.. mmg penakut since born..

kak amy: eh? kenapa <-- see? dia dah mula interested kah kah kah

aku: ceritanya mcm ni.. 2-3 hari lepas, ada 2 org ni.. tugasnya memantau perabot baru yg di hantar di tempat kediaman.. sedang mereka memantau2.. datanglah satu idea bernas dari salah seorg daripada mereka.. beliau telah bercadang untuk curi2 tidur di bilik yang berasingan.. saja nk test katil n tilam baru katenyee.. haaa

kak amy?: pastu?

aku: haa.. diorg pun menjalankan idea bernas tersebut..

kak amy: [focus]

aku: tiba2.. pemberi idea tadi, sedang dia berehat2.. dia terdengar rakan dia mengerang di bilik sebelah.. makin lama makin kuat.. dia pun rasa mcm.. hey, tak boleh jadik nih.. dengan membuang rasa seram tersebut, beliau pun ke bilik sebelah utk melihat keadaan rakannya.. alangkah terperanjat nya beliau apabila melihat rakannya yang sedang mengerang kesakitan dengan keadaan mata tertutup rapat [seperti dihempap sesuatu] sedang di 'belai' oleh seorg wanita yg sangat cantik.. dia cuba utk menolong rakannya, tapi di kakinya terdapat 2 belah tangan berbulu memeggangnya.. haaaaa

gambar amek kat sini


kak amy: kan bulan ramadhan setan sume kena ikat?

aku: ntah.. jin kot?

aku n kak amy: [goosebumps.. dua2 diam.. pastu buat2 tak tahu.. lalalala]


haaa... mistik tak mistik la.. aku yg tengah menulis nih pun ada rasa serba tak kena sebenarnya.. so, utk positivekan perasaan ini, aku anggap je.. mungkin ini semua psychology je.. mind set.. kalo goosebumps mesti benda tu ada dekat2 kita [dem, aku sendiri makin rasa takut.. ok la.. tak mo cite lagi]

haaa.. tu dia.. antara cerita menarik yg boleh dikongsikan setakat ini.. seperti yang anda telah tahu, hidup saya [dan anda juga] amat menarik setiap hari.. kerana setiap hari dipenuhi dengan pelbagai warna warni kehidupan.. apa? hidup anda grey scale? anda cuma perlu menjadi lebih sensitive dan luangkan sedikit masa utk alam sekeliling.. selamat mencuba :)


p/s: fuh, tercapai gak hasrat nk blogging.. haha..


Wednesday, August 10, 2011

what makes you beautiful?

sweet ok.. hahaha




p/s: **flip hairs.. hahahaha


jar of hearts

who do you think you are?


i've heard you've asking all around.. if i'm anywhere to be found...


p/s: nk tido la.. plz


Friday, August 5, 2011

In Time

this is totally the kind of movie that i'm surely not gonna miss!



yes, its that damn hot justin timberlake


p/s: its the century where stealing time is a crime.. hehe, so don't waste my time :)


berdegup kencang

walau teruk mana atau kucar kacir sekalipun hidup kita, perjalanannya masih tetap diteruskan.. semua orang ada masalah mereka masing-masing.. aku, kau, dia, mereka.. perbezaannya cuma bagaimana kita handle masalah tersebut.. dengan cara masing2.. kalau salah handle, masalah kecil boleh jadi masalah dunia bagi seseorg.. contohnya:-

1. tak basuh kasut sekolah pada malam ahad
2. baju sukan belum kering walhal petang ni nak game
3. cikgu add mintak homework, tp tak siap
4. result exam teruk bila nk bawak balik report card kat parents
5. terserempak ngn warden time fly makan roti canai kat dataran
6. kantoi sorok kat compartment time prep
7. spot check carik handphone [tuhan je tahu creativity maksima secara spontan ketika ini]
8. kantoi mess dlm kelas ngn cikgu
9. handphone vibrate dlm beg yg ada atas meja prefect [pffft!]
10. di suruh mewakili sekolah untuk kem fizik walhal fizik fail sepanjang tahun..

suatu masa dulu, semua tu pernah jadi masalah dunia bagi aku.. tapi ofcoz lah, sekarang tidak lagi.. dan apabila ianya menjadi suatu isu atau bahan perbualan, sume tu adalah bahan gelak tawa sahaja.. keadaan cuak ketika berada di tempat kejadian menjadi memori indah dan lawak.. walhal, pada waktu tu.. jantung mcm dah berdegup kat luar badan.. lebih menyeronokkan apabila diskusi adalah melibatkan idea2 bernas rakan2 yang cuba mengelak dan melepaskan diri daripada masalah tersebut.. alah, biasalah.. budak2.. creative mana sangat lah kan? tp yg cuba2 buat lebih creative nih yg lawak... hahaha

kesimpulannya.. jika kita terus mengharungi masalah... tanpa melarikan diri daripada masalah tersebut, percayalah.. ianya pasti menjadi kenangan yang terindah suatu hari nanti.. jadi, untuk pedoman diri aku, kau, dia, dan mereka.. apa jua jenis masalah, berat mana pun masalah tersebut, kongsi lah dgn yg terdekat.. [jika boleh di kongsi] selesaikan sebaik mungkin.. dan jangan sesekali lari dari masalah tersebut.. sebab ianya hanya akan membuatkan masalah itu semakin besar.. aku tau itu tidak mudah.. tapi itu perlu..

apa yg aku pernah lalui dulu, mungkin tidak sama dengan apa yg aku lalui sekarang.. tp masalah sentiasa ada.. debaran hadapi masalah juga sama.. mungkin cara persediaan mental juga perlu lah sama bukan? sekian coretan lunch hour.. sehingga ketemu lagi di lain entry


p/s: rindu itu pasti.. mungkinkah ia akan berhenti?

Thursday, August 4, 2011

poison

assalamualaikum dan salam sejahtera.. apa khabar anda di sana? saya di sini, sihat sahaja hendaknya.. chup.. tak, aku tak berapa nk sihat sebenarnya [shh shh yg tepi sana, jgn cuba ckp mental saya mmg tak sihat ye..] jika anda mengikuti perkembangan saya di social network, anda pasti tahu yg saya baru pulang dari indonesia.. i went there for family vacation.. insya'allah, kalau ada time, aku tulis kejadian harian selama 6 hari di sana ye.. ok, lets cut the crap.. and go straight to the point..

sebenarnya aku terpaksa tambah satu lagi hari cuti dengan cuti sakit.. bukan apa, memang aku mengaku.. aku adalah galak gile mencuba semua makanan kat sana.. i mean makanan yg halal la, ofcoz bebeh.. dari makanan jawa ke makanan padang dan sunda.. mcm2 aku rasa yg masuk dalam perut nih ha.. keputusannya, pada hari terakhir aku di sana, there goes my azab weh.. food poisoning.. fuh..

almost all of my family members sakit pewot.. tp yg bestnyer.. aku adalah sehingga sekarang walaupun dah pergi jumpa bomoh.. hey2.. jumpa doctor lah.. ceh, kurafat perangai pegi jumpa bomoh.. ah, sebenarnya mood bercerita terganggu sedikit bila perut mula meragam.. mcm kena pijak pun ada gak.. ouch.. dugaan ramadan ku..


nape aku sorg je cengginih? ouch


p/s: namun, jari jemari tetap rasa gembira sedikit2 sebab dapat update blog.. sekian..


Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan dari Perantauan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. bulan julai ini merupakan bulan yang aku bz tak cukup tangan.. training sana sini.. dan memang full blast bekerja kerana ingin menyiapkan diri dengan schedule yang bakal berubah pada bulan hadapan.. ada apa dengan bulan ogos 2011? kalau anda tak tahu, anda jahil.. sebab pada bulan ogos, kita akan menyambut bulan ramadhan al mubarak..

baiklah.. tujuan entry ini ditulis adalah bagi mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubarak.. Semoga ramadhan kali ini memberi lebih makna daripada yang lepas.. suka saya mengingatkan anda semua [dan utk diri saya sendiri] untuk mengambil peluang mengerjakan sebanyak mungkin ibadah kerana bulan ini hanya datang setahun sekali..


source: mr. google :)

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf sekiranya terdapat sebarang dosa2 lepas kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya.. untuk makluman, saya telahpun memaafkan anda semua.. seingat saya, kecuali PTPTN, saya tidak berhutang wang ringgit kepada sesiapa.. namun, sekiranya terdapat mana2 pihak yg mungkin saya terlepas pandang.. minta maklumkan hutang tersebut.. insya'allah saya akan selesaikan secepat mungkin..

dengan ini, sekali lagi saya ingin ucapkan kepada semua warga negara malaysia, selamat menyambut ramadhan al-mubarak..

p/s: sekian laporan dari jakarta, indonesia.. :)

Tuesday, July 26, 2011

block

jari jemari laju je menaip.. seolah2 menaip surat formal dari jabatan-jabatan berkepentingan.. walhal bila orang jenguk, dengan pantas kau ubah window tab lain.. berikut merupakan salah satu senario biasa yang dialami mana2 pekerja di bawah syarikat yang tidak block sebarang application online yg tidak mudasabah.. tidak munasabah? sejauh manakah tidak munasabah itu? yaaa itulah topik yg bakal dibincangkan hari ini..


social network, blog, dan youtube merupakan antara laman2 yang common di block oleh kebanyakkan syarikat2 di luar sana.. antara tujuan syarikat2 ini block laman2 tersebut adalah:

  1. bagi mengelakkan staf menangok melayan benda2 tidak berfaedah
  2. mengelakkan kekurangan produktiviti akibat lalai melayan internet
  3. memastikan pencapaian staf adalah pada tahap maksimum tanpa sebarang gangguan curian masa
  4. mengelakkan perkara2 tidak beretika ketika bekerja seperti melayari gambar2 atau video2 yg tidak sopan
  5. memastikan

tapi, tahukah anda, sebelum kehadiran internet, pembaziran masa juga telah berlaku.. malahan lebih dahsyat lagi.. sekurang2nya sekiranya anda memberi kelonggaran utk mereka melayari laman2 yang telah dimaksudkan tadi, anda dapat mengelakkan mereka daripada pergi minum pagi sehingga setengah jam.. merokok setiap 30 minit, dan makan tengah hari lebih daripada 1 jam.. mereka akan lebih cenderung untuk melekat di hadapan pc.. haa.. berikut pula disenaraikan kebaikan sekiranya laman2 ini dikekalkan bagi akses staf2 anda:

  1. Mengurangkan masa rehat [masa utk berjalan keluar tidak dibazirkan]
  2. Memberi stress release yang paling murah, tepat dan padat kepada staf yg tekanan melaksanakan tugas2 routine
  3. Memberi peluang untuk staf bertukar2 pendapat berkenaan dengan kerja harian mereka dengan rakan2 yg melaksanakan routine yg sama setiap hari
  4. Memberi peluang kepada staf yg tidak pandai mengakses internet berjinak2 dengan internet [kes2 company yg ramai staf lama]
  5. Meningkatkan tahap kelajuan menaip staf anda.. haaa look positively

bagi staf2 yg telah diberi kelonggaran utk mengakses social network nih, jangan la pulak tidak kenal dek untuk.. haa, bukan nak laser, tapi dah tu.. bila orang kasi akses.. 24/7 kau seolah2 bekerja dengan Mark Zuckerberg plak.. walhal percaya lah ckp aku, dia sikit pun tak kenal kau.. kena ingat sama lah.. takkan la company tu bayar kau sebab nak majukan facebook atau mana2 laman yg lain.. kalau dah rasa tak boleh berpisah langsung dengan rangkaian internet nih, memang sesuai sangat pegi beli smart phone.. baru lah melekat.. kan?huhu jadi, bagaimana? mari kita sama2 renung2kan lah dan selamat beramal.. huhu


p/s: seriously, susah sangat ke nak senyum? u ols ni ada masalah otot pipi ke? gosh

Monday, July 25, 2011

janji melayu

bulan July kali ni merupakan bulan yang agak sibuk bagi aku.. pendek kata, tak menang tangan nak melayan schedule sendiri.. tak de lah kalah menteri2.. tapi mm, agak padat lah.. tak mengapa, abaikan sahaja schedule aku.. kerana semua dalam perancangan, selagi allah benarkan, ianya tetap perlu dijalankan seperti biasa.. beberapa hari aku rasa telah mengabaikan blog tercinta ini.. jadi, dengan itu.. aku akan mulakan semula penulisan dgn cerita-cerita pendek.. kalau kat sekolah rendah dulu.. mereka panggil ini cerpen.. [singkatan cerita pendek] oh ya.. baru aku tahu mana budak2 skolah aku dapat idea utk pershion, harkup, dan juga bejot... ok abaikan itu kerana ianya agak keluar topik..


cerpen hari ini adalah berkenaan dengan ketepatan masa [ya aku prasan, dah banyak dah entry pasal masa.. cuma nak mengingatkan lagi diri sendiri dan juga orang lain :) ]..

simboliknya nak bagi tahu.. masa itu wang.. source


dah jadi mcm trending plak kat Malaysia nih untuk orang tidak menepati masa.. dan mereka seolah-olah sinonim dengan panggilan janji melayu.. bukanlah aku nak cakap yang aku tak mengaku diri melayu atau apa.. tapi ini seperti penghinaan kepada orang Melayu plak rasanya.. sampai ada sesetengah orang [termasuk orang Melayu sendiri] tidak percaya apabila ada seorg Melayu ingin bertemu janji bersama mereka.. ini semua kerana frasa JANJI MELAYU itu tadi.. ya, aku nk terangkan di sini, aku tidak suka dengan frasa janji melayu.. abeh kalau yang lambat itu mat saleh? takde plak kau ckp ah, mat saleh ni janji melayu lah.. mesti kau akan cenderung utk cari alasan baik punyee utk diorg..

pada aku ketepatan masa adalah amat penting terutamanya apabila menghadiri tugasan2 formal seperti interview, meeting, dan appointment.. ya.. appointment terutamanya.. bukan apa.. apabila anda membuat appointment bersama seseorang individu, sudah pasti individu tersebut amat sibuk sehinggakan tidak mungkin anda akan terserempak dengan beliau sekiranya tidak ada sebarang temujanji di buat.. jadi, secara logiknya.. tergamak kah anda untuk membuang masa beliau yg sepatutnya bersusun orang lain nak jumpa beliau? tahukah anda orang2 seperti ini rasakan masa yang terbuang [walaupun 5 minit] utk menunggu anda merupakan suatu yang sia2 dan membazir? consequence nya.. anda mungkin akan di senarai hitamkan daripada membuat temujanji dengan beliau.. ini bukan seperti black list seperti bankrupt... tetapi di anggap tidak serius dgn temujanji yang dibuat.. haaa panjang luahan di sini..

walaupun ketepatan masa bukan sahaja patut di embrace utk sesuatu yg formal.. bg yg tak formal, apetah lagi.. ya, sanggupkah anda dimarahi oleh rakan-rakan seperjuangan atau lebih teruk lagi [yaa lebih teruk] dengan pasangan anda apabila anda lewat? pasti tidak bukan?

kesimpulannya di sini ketepatan masa adalah amat penting untuk semua pihak.. jadi, laksanakan tanggungjawab anda bagi memastikan nama anda tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana pihak.. sekian, sehingga di lain entry:


p/s: tahukah anda.. pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang itu bezanya adalah 2 jam? jangan lah merungut jika orang tidak layan anda.. harap maklum

10 kerdipan mata

berehat sebentar ketika bekerja membenarkan aku utk menulis satu entry.. haa.. menyempat je mak nok.. ni ha, nak kasi tau.. aku keje kat KL 2 hari.. hari ni dan esok.. bagi sesiapa yg berada berdekatan yg agak2 nk melepaskan rindu, roger aku k.. kita kuar minum2 pastu gossip sehingga sudah.. kah kah kah..

hari ni bkerja di UTMKL ni, membuatkan aku tersedar, betapa untungnya mereka yg bekerja di sini.. beberapa minit je dah sampai ampang park, klcc, K avenue dan nk lorat2 sket masjid india.. tp aku tau.. org2 sini sume dah tak heran kan sume tu kan? huhu.. dah tu, distance dari ruma kakak and abg aku to UTMKL dalam 10 kerdipan mata sahaja.. haaaaa tak ke seronok tu..

ok, mau sambung kerja.. sehingga di lain entry, oh ya.. nah aku sisipkan lagu yg sume org tengah hangat dengar.. almaklumlah.. demam drama melayu lah katakan.. nah..



p/s: rindu nak update banyak2.. nnt ada masa sikit, aku update ye blog tercinta.. dah2, jgn nangis.. pegi sambung kerja sana..

Thursday, July 21, 2011

smile campaign

come on peeps... we don't need these.. we are way batter than this.. it comes from the heart.. or else, it won't work..



p/s: In support with UTM Smile Campaign :)

Sunday, July 17, 2011

Crazy Marriage Proposal

love do drive people crazy.. but seriously, this dude wins.. hahahaha



it is like the best 'sweet+i wanna kill u+i will remember this forever' moment..


girls, if there's a guy who crazy enough to do crazy things for you, he's definitely crazy about you :) .. and vice versa :( [yes, the truth hurts.. hehe] .. i would like to wish all of single ladies out there including me.. best of luck baby.. kah kah kah

and guys, yes.. we, girls love the excitement within relationship.. so, do you dare to be a little out of your mind to spark this feeling? hahaha, i dare you to do so... :) by the way, this vids proof that this guy prefer to jump off the roof rather than saying these words "will you marry me?" hahahaha.. epic!


p/s: there are a lot of people out there who work really hard just to jeopardize other's position.. and that's just for their own personal satisfaction.. yeah, you're such an evil..

Saturday, July 16, 2011

Awesome!

Bengkel kali ni bukan calang-calang bengkel.. bukan seperti bengkel2 yang biasa aku pergi sebelum ini.. one word for it.. AWESOME!! Hahahaha.. ok..seperti yang aku telah war2kan sebelum ni.. memang aku akan menghadiri workshop di desaru… walaupun as expected, connection internet di sini amat menghampakan.. namun aku tetap rasa workshop ini awesome.. anda ingin tahu kenapa?

Jawapannya adalah kerana kami menjalankan workshop ini di Lotus Beach Resort.. ada apa dengan resort ini? Jawapannya adalah.. pakej yang diberikan kepada setiap perserta workshop student activity enhancement ini adalah:-

  1. 2 rooms Apartment for 4 pax.. dilengkapi dengan microwave dan icebox.. tampak kekesalan di wajah kak amy kerana tidak membawa sebarang stok frozen food utk dikendurikan.. kah kah kah
  2. 5 times meal including one bbq diner… tadi baru makan buffet diner dia.. weh.. best gile kot.. sangat banyak choice yg smpai tak terpilih.. makan dengan riang gembira gelak tawa..
  3. Dan yang paling awesome.. free pass to water theme park sepanjang penginapan anda di sini… iya, sepanjang penginapan ye.. dan mereka juga ada dry park,paintball,normal swimming pool,karaoke [itu setakat yg aku dapat explore petang ni saje] I was like OMG.. ini sangat seronok duaronok tiga ronok ok.. I don’t care about the restless moment anymore

Ape yang aku laksanakan hari nih? Setibanya di perkarangan hotel, kami mendaftar dan terus ke bilik dan menunaikan solat asar.. dengan kadar persiapan pantas maksimum, kitorg menukar uniform formal ke uniform sukan air… haa… view dari bilik aku.. fuh, terbaik lah.. Nampak park tersebut secara terus.. nnt2 aku share kan view nya.. kan aku dah mention tadi.. internet connection amat low..

Hujan rintik2 tidak membatalkan niat kami untuk menantikan simbahan air kelapa yang lebat hendaknya.. sume mak2 budak dah jadi budak2 tanpa anak2 di dalam gengaman mereka.. mana tak nya.. sorg2 bergabung tenaga dan suara teriakan ketika menaiki gelongsor mencabar di lazy river… namanya saja lazy river.. tanpa pelampung ianya menjadi thrilling river.. haa..

Bila kita seronok.. serious, sikit pun tak rasa penat… otot2 di bahagian bahu tidak langsung menampakan simptom2 tekanan.. semuanya renggang saja.. balik tu, kitorg satu bilik bersiap, mandi dan mengadakan sesi kelas make over secara percuma.. hahaha.. sementara menunggu kehadiran azan maghrib, kami telah menghabiskan masa dengan saling menyelongkar make-up kit masing2..

Lepas je solat maghrib, terus pegi makan buffet diner.. kami dimaklumkan yang kat sini, bukan saja kontijen dari utm datang untuk berbengkel.. kami juga ditemani kontijen petronas yang hadir ke sini bagi tujuan berhari keluarga.. haa.. memang sesuai la utk aktiviti hari keluarga.. kelengkapannya lengkap di sini..

Selepas makan malam.. kami terus bergerak ke dewan perbincangan bagi memulakan sesi workshop yang ketaranya memang memerlukan permikiran kritis dan kreatif.. perjalanan pendek dari café ke dewan membenarkan kami memantau keadaan sekeliling dimana kami dapati terdapat 2nd pool opposite the hall.. and right beside the hall, adalah club lounge yang lengkap dengan live band.. tapi seriously, sedikit pun tak mengganggu perjalanan bengkel kami.. sangat sound-proof ye hall nyer.. bagus sekali..

Pada kebiasaannya,ketika sesi brainstorming.. aku cenderung untuk hilang focus selepas 45 minit pertama.. bukan apa, agak tensi sebenarnya bila kita perlu berfikir secara kritis.. tapi sejujurnya aku mengaku.. tadi sebenarnya aku tak perasan yang perbincangan telah berlangsung selama 2jam tanpa henti.. alhamdullilah.. banyak jugak yg dapat produce.. a good start for a brainstorming session… dan ini juga serious, tak sabar rasanya nak sambung workshop ni esok..

p/s: I wish you were here.. mesti lebih seronok kan? Kah kah kah