Tuesday, June 28, 2011

nigahiga

dah lama rasanya aku tak tulis entry panjang mcm entry ni.. huhu.. seriously.. PUAS! walaupun tidak ada kena mengena dengan dunia nyata... namun tulisan itu pun dah cukup release my stress.. haaa.. korg rasa aneh? cuba lah.. tulis.. then rasa kepuasannya.. haaa, tp tak jugak kan? lain org, lain cara release stressnya.. terus terang.. entry kali ini pula tujuannya untuk menghabiskan sisa sisa stress.. once and for all.. hahaaha, ok entry pendek.. yang ingin aku kongsikan adalah berkenaan dengan addiction terbaru di youtube.. nigahiga.. amat lawak k.. hahaha, international version of matlutfi.. tp seriously, matlutfi tetap di hati.. sebab lawaknya tempatan dan original.. haaa, kau tak suke? eh..suka hati kau lah.. haha

berikut merupakan vids nigahiga pilihan..




bukan nak jual gelang.. cuma nak gelak2 je.. hehe



sebenarnya dah hilang da stress aku dok tengok edisi khas nih.. lawak gile johan nih ha.. hahaha.. "kalau tak nak hidup berjiran, umpama mati.. tanam sendiri" hahahaha epic!

p/s: i'm sorry i'm late, but i'm worth the waitings.. [faliq fahmi, 2011]


fashion rambut dan orang bertudung

senang cerita, aku memang dalam keadaan emosi tak stabil.. umpama berdiri sebelah kaki.. lepastu tenjet try guna ibu jari je untuk diri selama beberapa jam.. untuk seorg yang ceria mcm aku, ini merupakan state yang amat jarang sekali berlaku dalam hidup seorg yg cemerlang.. jadi, bagi memberi ruang untuk bernafas pada hati aku yg dari tadi asik berasap, aku mengambil keputusan untuk blog benda2 yang menarik.. heehe.. there goes my emotional introduction.. [obviously aku emotional tak panjang.. paling2 pun takat beberapa jam yg tak sampai 1 hari..haha, bukan apa.. aku ni naturenya mmg malas.. jadi memang aku malaaassss nk pk banyak2 terutama untuk kes2 unnecessary pressure seperti ini..eh panjang pula iklan tag kotak [] aku kali nih.. kah kah kah] baiklah, entry pertama hari ni [ya pertama..ada lagi yg bakal menyusul k.. haha] adalah berkenaan dengan fashion rambut..

aaa.. aku memang berada di kalangan orang yang bertudung.. ada org cakap, orang yang bertudung ni don't give a damn about hairdo.. u'uh, u're absolutely wrong.. at least pada aku lah.. sebab bukan saje aku, malah rakan2 aku juga yang bertudung amat mementingkan hairdo.. namun aku langsung tak menafikan bahawa ramai orang pasti akan pelik bila orang bertudung sebok mengatakan tentang hairdo [fesyen rambut].. aku tak tahu lah ape yang pelik sangat.. tapi aku biasa di suakan dengan soalan2 seperti berikut:-




1. kenapa nk buat rambut, bukannya orang nampak?

aaaa..ni soalan lazim lah.. aku tau kalau kau pun pakai tudung, mesti dah naik bosan dengar soalan ni.. aku pasti ramai ada cara masing2 untuk menjawab soalan ini.. tp jawapan standard artis2 malaysia, sesiapa pun akan jawab:

  • satu: "bukan semua yang cantik tu untuk di tunjuk2an"
  • dua: "yang cantik tu lah yang kena sorok"
  • tiga: "kita buat bukan untuk tunjuk kat org"
  • empat: "nak bagi husband i tengok lah..utk dia sorg je" <-- [jawapan ini jelas sekali tidak relevan bagi yg belum berumahtangga..]
  • empat: "bukan mintak duit kau punn..suke hati aku lah" <--ok ini emosi tak tentu hala..haha

pada aku, senang je.. abeh kau ingat... aku ni tuan punya kepala yang berambut ni, bukan orang ke? dah sah2 aku buat sebab aku sendiri nak tengok... apa da soalan nih?




2. u ols kesah ke rambut u nampak mcm mana pun? kan tutup?

jawapannya..eeeeh, ofcoz lah kesah.. u ols ingat gembira ke bila rambut sakai bila buka tudung? walhal time ke tempat kerja.. tu ha.. kemas betul.. kalau gosok baju, side tu fuh.. boleh luka lah jari kalau terhiris.. haaa.. aku pun tatau ape kene mengena side baju ngn rambut.. tp point aku adalah.. kalau nk cantik.. mesti lah luar dalam.. yang dalam tudung tu.. kau je lah tau.. selesa ke bila kau tahu dalam tudung tu sakai? eeuw




3. kenapa nak pergi saloon segala? nnt kempis gak pas masuk dlm tudung?

haha.. ni aku tak nafikan..mmg pas pakai tudung.. segala mcm fashion yg kau blow sebentar tadi di saloon pasti akan rata...flat abeh la.. hahaha.. tp point dia sekarang ni, pada aku lah.. kalau kita buat rambut.. kita kena pastikan fashion rambut kita tu adalah kekal.. bukan maksud aku kekal abadi hingga ke akhir hayat.. tidak, itu tak masuk akal.. maksud aku, kalau kau buat fashion rambut.. ianya harus kelihatan cantik walau ape jua keadaan.. contohnya tetap cantik walau kau sebenarnya baru keluar dari swimming pool.. aaa.. sama juga konsepnya dengan bertudung.. pilih satu fashion yang tetap kekal walaupun selepas buka tudung.. aaa amace? [maaf,tak dapat lah aku nk cadangkan fashion apa di sini..nnt korg cenderung nk imagine rambut aku mcm mana plak kan?].. yang pentingnya, jgn lah fashion2 yg over lagi aneh sampai tak muat nak masuk tudung..seperti ini:

ini barulah PACAK!




4. pelik kan? kenapa nak buang duit utk hair spa? bukan sape pun nk tengok?

kebersihan tu salah satu tuntutan islam juga.. personally, kau tak rasa gembira ke bila rambut kau di buai lembut dengan segala macam solution dan hasilnya ianya berbau wangi, lembut dan seronok [haha, aku tak pasti nk terangkan mcm mana perasaan seronok pada rambut]? kan? kita buat ni semua untuk kebersihan.. jadi tak adalah istilah harkup dalam diari hidup kau.. oh ya.. perkataan harkup merupakan invention budak2 STF yang creative.. berikut merupakan formula harkup:

haruman + serkup = HarKup =)

cis..selekeh ok.. aa.. so korg baca pun rasa selekeh kan? sebab tu lah penting jaga kebersihan rambut yg ada dalam tudung nih... kalau tak..takde lah sunsilk susah2 nk invent syampoo warna hijau ada gambar limau nipis depan dia tuuuu... [aaa, sket men panjang explanation jenis shampoo sebab obviously aku tatau jenis ape itu..hahaha]




5. eh, cantiklah rambut u.. tak nak try bukak tudung ke?

haaaa...yang ni kategori mintak lempang.. hahaha.. tp u ols jgn salah anggap.. aku berkawan dengan orang2 yang datang dari pelbagai jenis agama dan bangsa.. kebiasaannya, soalan seperti ini datang daripada org yg bukan muslim.. kadang2 tak dapat elak bila diorg terserempak ngn kita kat toilet time amek wuduk.. so bila diorg mula tanya soalan2 cmni.. jawab elok2 je lah.. contohnya jawapan lazim aku "tak boleh leyyy.. haram tau.." <--dan seterusnya diorg akan tanya haram tu apa.. kalau nk jawab terpaksa buat entry lain sebab diorg pasti akan cenderung compare, eh..kenapa dia bole buka tudung meh?kenapa u tak boleh?.. aaa..melarat nnt entry nih


ok, sekian sahaja comment panjang saya berkenaan dengan soalan2 lazim yang biasa dikeluarkan kepada mereka yang bertudung namun rajin berfashion rambut.. dan ketara, saya tak rasa tulisan ini habis di sini.. anda bebas mengatakan tentangnya dimana2..betul, saya tak marah langsung.. malah happy.. hahaha

p/s: kalau takut dilambung ombak.. janganlah berumah di tepian pantai.... haaa punyalah menusuuk jiwa postScript aku kali ni.. jitu jitu.. kah kah kah


Sunday, June 26, 2011

karma

salam sejahtera.. entry ini ditulis hasil daripada excitement menonton faizal tahir di konsert jom heboh sebentar tadi.. jangan salah faham, aku masih di jb dan bukannya di sabah bah.. tapi satu yg kau kena faham, excitement tadi adalah seperti berada di konsert sebenar... dino siap bawak banner ngn lighter...walhal smbil pakai seluar kotak2.. mmg fanatik.. tp entry ini sebenarnya nak bagitau korg yg kat luar sana yg mana belum lagi tengok vids ni, mmg brilliant.. lepas kau tengok, effect dia adalah seperti lepas tengok movie.. sangat kejam dan menyakitkan hati.. haaa padan muke kau.. nah amek ini utk faham ape repekan aku sebentar tadi..




oleh kerana kes seperti ini banyak ada di malaysia.. aku harap kepada sesiapa yg rasa2 nk terjebak dengan kes haruan makan anak nih, rasa insaf sket lah bila tonton vids ini.. kau ingat wanita lemah ni tak tau amok? kau silap besar.. dendam kesumat punye tu.. anyway faizal tahir, this is among the best short movie ever.. good job...



p/s: he rocks.. i love your ray ban.. always do..


love you like a love song

setelah separuh hari berhempas-pulas housekeeping, nampaknya masih banyak yang belum siap.. skarang layan berita artis2 kat tv sambil lipat baju.. pastu buat muka critical thinking bila ada artis yang nikah kat thailand.. macam nak buat research dia punya critical thinking.. ni tinggal takde sirih selit kat mulut... kalau tak, confirm serupah mak joyah weh.. biasanya kalau malam2 dalam pukul 8, aku cenderung untuk melakukan aktiviti internet surfing berbanding menumpukan perhatian terhadap berita dunia di mana2 siaran malaysia.. namun bila aku tengok berita artis2 kat melodi nih.. hamboi, tak berkelip.. jadi untuk berlaku adil, aku pun tulislah entry ini..

entry kali ni mengambil masa lebih daripada 15 minit.. bukan apa.. asyik tertarik dengan isu2 politik dalam gosip artis2 nih ha.. nak taruk title ape pun aku masih fikir.. jadi aku buat keputusan untuk membuat entry lagu terbaru.. haaa.. [memang pengaruh dunia seni betul lah..] nah utk perkongsian bersama..




p/s: love u like a love song ;)


nice guys

jalan2 kat youtube tadi.. terserempak dengan ini yang amat melucukan.. perlulah di share supaya ramai2 gelak sama..



amace? nak masuk tak class nih? hikhikhik


p/s: housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping housekeeping till fade

Saturday, June 25, 2011

Saturday is No Plastic Bag Day

tadi baru balik shopping groceries.. lupe plak nk bawak shopping bag.. sebab memang tak teringat langsung yang Saturday is No Plastic Bag Day... haaa kan dah bersepah2 barang kat blakang boot kete.. nih nak bawak naik lagi satu hal.. kan best kalo ade bibik... hehe [nagade2..dok sorg pun nk pakai bibik segala kan? kah kah kah]

suka saya mengingatkan rakan2 pembaca.. sokonglah inisiatif untuk menyelamatkan bumi kita.. selain daripada tidak menggunakan plastik pada hari sabtu, anda juga dinasihatkan untuk lebih sensitif dengan kebersihan alam sekitar.. pelbagai inisiatif daripada kerajaan dan juga badan bukan kerajaan utk meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan persekitaran.. salah satu ini usaha adalah daripada budak ini:-



ingat, persekitaran yang bersih melambangkan penduduk negara yang berdisplin.. selamat maju jaya


p/s: baru dpt lepak rumah jb time hujung minggu selepas 5 minggu berturut2 ada hal di kampung halaman... phew byk benda nk kena buat.. sape nk tolong, angkat tangan k.. nnt saya blanja cool blog.. amace? ;p

bukan sebarang forum

jika anda merupakan rakan2 perbualan saya di facebook mahupun twitter.. anda pasti perasa beberapa tagline baru yg saya utarakan di social networks tersebut.. tagline tersebut adalah 'aaa sempuuut'.. seperti yg telah saya terangkan didalam entry yang lepas, saya memang follow gak a maharaja lawak nih.. tagline semput tadi juga telah di ambil khas daripada sebuah forum yg dinamakan manisnya kurma ini..haaaa pada yang tak follow maharaja lawak dan tertanya2 bagaimanakah tone yg patut digunakan untuk tagline 'aaa...seempuuut' ini, disini saya sisipkan video untuk tatapan ramai..


semput tak u olz?


p/s: pas final nih.. mana lagi nk cari sumber lawak2 bernas seperti ini? haaaaiiisshh

terlebih sudah

dah memang jadi nature untuk semua wanita untuk menggunakan barang kemas sebagai perhiasan diri.. namun suka untuk saya mengingatkan semua pembaca untuk sentiasa bersederhana dalam memakai sebarang jua bentuk barang kemas [iya, iya.. saya tahu ini lebih kepada pengaruh rancangan tanah kubur di kaca tv pilihan anda] ini sekadar peringatan.. bukan apa.. anda tahu tak kalau pakai perhiasan secara berlebihan sebenarnya memang memudaratkan.. berikut disertan beberapa point kenapa barang kemas yang banyak boleh memudaratkan:-




1. Mengundang pencuri/peragut/penjahat



dan segala pe pe pe pe yang lain.. haaa.. ni common lah kan.. kadang2 kalau kita tengok berita berkenaan dengan kes2 ragut ni.. ramai polis yg dah mengingatkan kita utk tidak memakai barang kemas terlalu menarik perhatian.. bukan apa.. kadang2 org jahat ni mane nak tau yg korg pakai barang tiruan? mereka sume tengok asal berkilau je, bole pajak kat kedai mas.. pada mereka lah.. kalau tak laku tu da blakang kira lah.. jnji dirog kutip dulu.. hasilnya.. si pemakai yg sakit.. dah la tercedera ketika diragut/rompak.. tu pun kalau nasib baik sebab panjang umor lah.. hiiissk choooy



2. Sengal sendi dan otot2


kalau dah rantai berat cm rantai beskal.. haaa ni dah ape cite nih? tak sengal plak leher kamu? dah tu bukan satu tapi lebih haaa... ni org angkat dumbbell kat tangan..kau mungkin practice angkat pakai tengkok nih nox.. dont try this at home ok.. strictly just for professional..

kalau rantai pagar hilang.. amek yg ni pon boleyy



3. sebenarnya nampak buruk


malam2 mcm ni aku tak niat nak bawak pembaca terlalu ke tempat lain.. jadi biar aku berterus terang.. korg, sebenarnya kalau korg dah over sangat pakai barang kemas.. nampak buruk.. dah tak jadi perhiasan dah.. dah jadi semak tau.. serius.. tak tipu.. kalo korg tak caya, korg tengok nih...



eh? celah mana yang cantiknyer nih? celah gigi tu? haaaaiiissh


p/s: sepah pun okay..


Friday, June 24, 2011

the power of signboard

[click on picture if you're curious.. huhu]


this is a prove where signboards did works anyway.. hehe



aktiviti rehat hari jumaat kaum hawa

Assalamualaikum dan salam tengah hari jumaat.. seperti yang di praktis kan di kebanyakkan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, hari jumaat pasti akan ada masa rehat yang agak panjang bagi memberi laluan kepada kaum adam untuk menunaikan solat jumaat secara berjemaah di masjid2 berdekatan.. tidak kurang juga terdapat beberapa negeri di malaysia ini yang memberi cuti umum setiap hari jumaat dan sabtu [instead of saturday and sunday].. bagi kaum hawa yang bekerja pada hari jumaat, apakah aktiviti yang anda isikan pada waktu rehat yang lama ini? di sini suka saya kongsikan apakah aktiviti2 yang mungkin anda lakukan untuk rehat selama 2jam 15 minit ini..


1. shopping

ini merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi kaum2 hawa ketika hari jumaat.. bukan apa... banyak yang merebut peluang ini untuk mengisi masa lapang.. nak nak lagi yang kerja dekat2 ngn masjid india.. org kat masjid solat jumaat.. dia pun sebok berjemaah kat kedai2 sebelah tuuu.. aa cane? huhu


2. makan banyak luar biasa

kadang2 ni boleh jadi makan cm biasa ja...tp ambil masa yg lamaa.. kalau hari2 makan lunch mcm nk kena kejar train, tp hari jumaat makan santai je... haaa.. smbil tu borak2 kan cm release stress kerja.. katanya..


3. kareoke

terapi seperti ini sebenarnya sesuai sgt bagi mereka yang tensi bekerja pada pagi.. betul.. tak tipu.. korg try la kareoke sejam je.. masuk pkol 12:30 and kuar pkol 1:30.. rasakan perbezaannya.. hehe, ujian telah dilaksanakan kepada beberapa individu dan keputusannya 100% memberikan feedback.. waaahh release stress saya.. haaa..


4. movie

kalau nk keluar dan pegi tengok movie kat cinema mmg tak dan lah.. tp bg yg tengok2 movie download tu ok kot.. tak yah kuar office.. relax jap.. layan movie sepam dua.. tak buang duit minyak kete member kan? hehehe


5. balik rumah dan tido

ah yg ni common bebenor lah.. terutamanya yang rumah dekat dan berkeluarga.. diorg nk kena siapkan lunch utk family, sempat tu masak ayam rendang segala.. then rest suma kat rumah.. syok woo


6. santai2 di office

ini aku.. prefer santai2 kat office.. boleh wat keja sket, tp relax-relax tenang je gitu.. tak terkocoh kacah.. amek 15 tulis blog jap.. then sambung buat keje sket2.. prepare ape yg patut utk pukul 2:30 karang.. then amaaan je bila kat office senyaaap je gitu.. lampu pun tak on.. seriously relax..


kalau penat sangat.. haa relax cmni


tp tak boleh lama sangat keadaan relax cmni.. cukup lah sekadar 2jam 15 minit yg di provide utk rehat.. nanti kalau lama2 sangat jadi lemau pulak.. jgn lupa solat zohor skali.. karang dah senang.. maklumlah bape jam sangan 2:30 smpai pukul 5 tu kan? karang hape pun tak sempat nk buat... aaa.. berikut merupakan aktiviti2 rehat hari jumaat kaum hawa yang boleh di buat.. anda bagaimana?


kesimpulannya di sini, hari jumaat memang merupakan hari yang tenang gemilang dan terbilang.. ofcoz sume org suka jumaat sebab esok weekend.. tak tau lah kalau ada yg simpan dendam dengan hari jumaat ni kan?ok sehingga di lain entry.. renung2kan lah dan selamat beramal..


p/s: teamwork requires everybody to work together.. if you are not participating, then you are choosing not to be apart from the team.. as simple as that..

Thursday, June 23, 2011

mistik malam jumaat

kenapa asal malam jumaat je, mesti nak hidangkan dengan cerita2 yang bergenre mistik? bukankah malam jumaat tu malam yang indah? kalau kau asyik cerita misteri mcm ni dah jadi gloomy malam jumaat ni ha.. aku bukan ape, mmg jenis2 yg hati kecil sedikit berbanding gadis2 biasa di luar sana.. biasalah, manja katanya.. sedangkan tengok cite hantu mak limah pun aku rasa seram.. ini kan pula kau ajak aku tengok karak? memang tak lah weh.. silap org kot.. aku most probably bawak kaca mata hitam kalau terpaksa.. haaaa ape tu? diva betul tengok movie pakai sunglasses kan?


ramai gak kawan-kawan aku yang tanya.. nape a nk paranoid sangat? aah, korang mane tauu.. korg takde igauan alam asmarama... ah, asrama sebenarnya.. kat skolah dulu... cerita sembang kalau kencang pasti pasal alam2 mistik ni ha.. kau bukan tak tau.. kadang2 cerita yg kecil jadik mcm movie kalau mak jarah bercerita.. tapi kes2 seperti ini..err aku cm no comment sangat lah.. nk ckp banyak tak berani.. kah kah kah.. korg tengok je la k..



video

amacam.. dah ke belum?



aku tak bercadang untuk berceloteh panjang..tapi sedar2 eeeh.. semacam je jari ni menaip.. hahaha..ok lah.. aku nak tido dah nih.. korg? bila lagi?


p/s: lama tak nampak...hilang p mana? kah kah kah

Wednesday, June 22, 2011

no smoking please

aku jenis yg malam2 memang suka bukak sliding door.. suke tengok view malam dari rumah aku.. mmg nice laa.. haha nnt2 aku kongsi pemandangan malam dari rumah aku k.. haaa.. tu yang hidup digelumangi misteri nusantara, kau tak payah nak susah2 create cerita2 puaka kat aku.. karipap lah, salam lah.. jgn nak ngade2 ee.. Huhu

sebenarnya, semenjak dua menjak ni.. malam aku agak tak tenteram.. asal aku bukak je sliding door aku.. mesti masuk bau asap rokok.. adoooiiiyaai pencemaran udara betol lah.. potong aku punya mood nak berdondang-sayang sorg2.. pening weh.. kalau tenaga sebenarnya simpan utk tido lewat malam.. terus kena tido awal sebab pening kepala bau pembakaran tobacco terbuka di luar tingkap..

bukan ape, aku ada pernah terbaca.. orang yang bau asap rokok lebih cepat dapat penyakit berbanding orang yang hisap rokok [budak2.. plz jgn jadikan alasan ini utk memilih utk jadi perokok ye] tp itu sume alasan ntah yg ke berapa.. alasan utama kenapa aku tak brape bekenan ngn keadaan yg aku sedang alami sekarang adelah... NIH APEHAL AKU NK TIDO TAPI BAJU N SATU BADAN BAU ASAP ROKOK NIH? haaaaa kan dah kene mandi jam tengah2 malam.. kau igt seth suka gadis mandi tengah malam? huh


kepada perokok2 luar sana.. kalau nk hisap rokok, jauh2 sket la ye.. bukan apa, ramai je perokok berada dikalangan org2 yg terdekat ngn aku.. tp, duh.. diorg faham je kot.. kalo isap rokok sila ke tempat lain.. chup.. jap ni cite pasal jiran tetangga yg tatau duduk floor mana hisap rokok kat balcony kan? hahaha technically suke hati dia lah.. rumah dia.. tp ni dah masuk udara rumah aku, kat mane aku nk tampal sign ni sebenarnya nih?

hahaha..amace?

p/s: see? you just cant stop them from smoking.. they just feel so damn smoking hot when they do so... hahaha good night peeps..

mata tajam

ah, jgn tipu lah.. ramai gak yg follow maharaja lawak ni sebenarnya kan? walaupun competition ni ketara sengit... aku mmg suka Jozan.. hehe, sepah not bad la.. tp serious.. masih suka jozan lah senang cite.. nih antara yg faveret lah..




kadang2 TV Samseng pun nice gak kalo dah smpai 60 inch kan? kah kah kah


p/s: maaf, mata agak tajam.. tp mcm perasan sesuatu dlm crowd.. kah kah kah, selami jiwa, selami akal, selami lautan dalam..


kaki drama

salam sejahtera dan salam perantau kepada semua yang tinggal jauh daripada keluarga.. bukan apa, kadang2 perantau ni kita kena kasi semangat lebih sikit.. maklumlah, nanti karang diam2 mata mengalir.. homesick katanya.. haaa baiklah, cukuplah 2-3 baris mukadimah, entri kali ni adalah berkenaan dengan sepotong scene ketika dalam mesyuarat pada siang tadi..

sebenarnya siang tadi, aku ade meeting yang agak panjang.. jadi kami mengambil keputusan untuk rehat selama beberapa minit ditengah2 meeting yang memang rancak ala2 irama pop rock ballad.. ada sorg member aku ni tak brapa sihat.. jadi short conversation oleh org2 dalam meeting berbunyi seperti ni..

a: err, saya tak sihat sangat lah
b: maklumlah, dia kan nora elena..
a: ha'ah.. saya memang nora elena.. sebelum anak dia kena curik

[hahahaha..ketara pulak aku rasa]

b: hahaha.. biar nora elena, jangan annisa sudah
c: [tiba2 menyampuk, tak tahan..pasti kaki drama gak nih.. hehe] teruk betul hero cite tu
b: haaa tu lah
c: ntah nyer.. dah la nama farid.. buat malu je..

aku: [walaupun hampir setiap malam berlakon di social network.. hanya mampu terbeliak, terdiam dan akhirnya, tergelak besar] hhahahahhahaha


nih gambar scandal husband annissa yg nama farid tu.. ya tu rozita che' wan ye.. gambar aku cilok baek punyer dari sini



ok, ketara, aku normal.. bukan aku sorg je tengok tv ok.. hahaha, balik rumah.. terkitai2 cari dino, ajak blakon jadi tina lah, sahara lah, ashraf dan kadang sosial sikit jadi pasha.. hahaha.. kire kalau tak tengok sangat, janji aku faham lah ape org tengah bualkan kan? takdelah rase cm outdated nau kan? hahahaha dah2.. banyak lagi benda penting aku nk tulis sebenarnya.. tp haruslah di lain entry.. hahaha


p/s: drama tu drama gak.. jangan sampai tak solat maghrib.. lempang karang...


Monday, June 20, 2011

entry yang relax saje

rasa nak menulis..tp penat... rasa nk berbuat sesuatu tetapi dah malam.. macam ni ke rasa bila kau subuh di negeri lain, zohor dan asar di negeri lain.. kemudian maghrib dan isyak juga di negeri lain? pinggang dari tadi da mcm merusuh.. nvm cik pinggang... now you may havva good rest..

malam2 layan coldplay memang syiok woo.. mata mmg rasa nk lelap je.. jap ye.. sikit je lagi.. jap lagi boleh tido...





tell me your secrets and ask me your questions..
oh, lets get back to the start..



p/s: sleep tight peeps.. ready to buckle up! tomorrow's gonna be very hectic.. huuhu..


Saturday, June 18, 2011

total distraction

campur minggu ni, dah 4 minggu berturut2 aku balik kampung.. mm definition kampung tu terletak kepada dimana parents aku ada.. so kalau parents aku kat kl, aku blk sana.. kalo diorg kat melaka, aku balik sini lah.. kalo diorg kat oversea? <-- melampau pula nak mengaku kampung kan? kah kah kah..tapi baik di kl mahupun melaka, katil aku di kedua2 lokasi memang... err susah nak cakap lah.. ada magnet kot? tp magnet yang boleh diklasifikasikan sebagai ajaib lah.. tak tarik besi..tp tarik perhatian.. fuh.. dah mcm aaron aziz da gamaknyer.. tp kalo kat jb tak brapa nak rasa cmni sangat la nikmat tido nyer.. pulaknya skarang nih dah start bunyik guruh2 manja di luar..

mmmm.... [sedut nafas dalam2] aaaaaaaaaa.. sedapnya bau kampung.. mcm bau masak lemak.. cis, diam2 menyelinap masuk dapur.. kalo kat jb punya lah jaga konon takmo makan malam segala.. ni skang da depan mata aaacane? pukul 1 pagi kot? huumaangaiih... jadi mcm biasa, kononnya utk distract, aku pun blogging lah.. walhal dah mmg naturenya bilik aku lokasinya di dapur.. kau igt bau ni boleh hilang bila bukak laptop?

baiklah, ketara entry kali ni motifnya bersepai.. lebih kepada luahan emosi yang meracau seluruh bilik.. kalau biasanya aku akan cuba tarik semula sebarang isi yang dah menyimpang masuk semula ke topik asal, kali nih.. aku sendiri tak fokus.. walaupun tilam bermagnet, bantal jenis2 letak ape pun tenggelam, comforter tebal mcm kat kutub utara beserta dengan suhu bilik dibawah paras beku... ini pun boleh kalah dengan masak lemak.. memang dasar! tak boleh percaya langsung pada masak lemak cili api nih [ok aku dah mula menyalahkan alam sekeliling pulak]

ok lah.. mmg panjang repekan pada malam yg indah permai nih.. aku berniat utk blog tentang makhluk tuhan paling cudly ini pada masa akan datang.. bergantung kepada hasil kutipan bahan2 ilustrasi bagi penghias dinding entry seterusnya..


makhluk tuhan paling cudly


p/s: do everybody looks similar today? coz everyone reminds me of you... selamat lewat malam



Friday, June 17, 2011

Rolling in the deep

nice song adele! and nice art work...





we could have it all,
rolling in the deep



p/s: well, expect the unexpected.. coz u'll never know who's reading your blog.. huhu thanx readers.. its such an honor to know that you're reading.. [credit to prof. rose :) .. thanx prof]


Thursday, June 16, 2011

ketabahan hati yang cekal

hari ni memang agak rush hours bagi aku.. kelam kabut bekejar kesana kumari.. tapi yang paling panic adalah ketika ingin pulang ke rumah.. dariapda sumber2 yang boleh dipercayai.. beberapa speaker dewan undangan telah mengumumkan bahawa harini merupakan final episode utk drama inspirasi novel, Nora Elena.. kau fikir ni calang2 episode yang patut di buat tak tahu? kau memang silap...

tapi mcm biasa, setiap sesuatu yang tamat merupakan suatu permulaan bagi sesuatu yang baru... aaa amace? sila motivasi diri anda ya.. hehe bagi sesiapa yang dibelenggu masalah2 yang lepas.. boleh mengambil yang jernih dan tinggalkan lah yang keruh..

tujuan aku menulis pada malam ni adalah untuk distract diri daripada berfikir tentang makanan.. walaupun tadi batrisha call dan beri tahu dia sedang makan KFC, aku masih bersabar lagi... tapi tahukah anda? anda memang memerlukan ketabahan hati yang cekal utk mengharungi diet seimbang? mengikut dietitian aku, tak elok makan lepas pukul 8 mlm.. aaa, makan yang heavy2 lah..

tapi cm dah jadik habit kot? err lebih kepada nafsu je sebenarnya.. dah terbiasa makan malam2.. so bila nk start elak, agak sukar sedikit kot? time2 nih la nak terbayang makanan2 lazat sehingga menjilat pinggan bila org tak nampak.. mula2 aku igt nk tempelkan gambar2 makanan.. but clearly, its not helping kan? so aku masukkan vids nih.. dengan harapan johan dan zizan dapat buat aku terkekek2 ketawa seperti selalu dan lupakan my craving to mee goreng terbaik pakcik songkok.. fuh..



hebat seperti yang telah dijangkakan ramai... hehe



p/s: "setiap yang bersalah, berhak diberi peluang ke-dua.." <-- ini memang jitu!



two princes

not one prince.. but TWO princes.. hahaha just having the mood to listen to super good music.. i just love this one..




sorry, can't embed the original vids.. it was disable by request.. visit this site for original clips and for better audio..


p/s: if you wanna buy me flowers just go ahead now... haha, agak2 mcm seth tan ke mcm setan? kah kah kah






Wednesday, June 15, 2011

inspired by matlutfi

memendangkan aku baru terperasan yg bulan ni aku cuma baru keluar 4 entry, dan mood malam ni pun mcm suram2 indah... maka jari jemari pun berderu mengeluarkan kata2 manis di atas keyboard.. mcm biasa aku blogwalking dan menjelajah segenap pelusuk laman sesawang untuk mencari inspirasi.. aku terpanggil menulis entry sebaik sahaja aku terserempak dengan vids ni..


hahahahhaha, lawok deh demo nih



seriously sebenarnya aku tak pasti part mana yg lawak sangat.. mungkin lawak sebab accent dia kot? aku terus terbayang muka zack spears [bukan nama sebenar] hahahhaha... topik yang menarik dan cara persembahan yang juga tidak kurang daya tarikannya.. hahaha tapi obvious la inspired by matlufi demo nih.. ketara part 2:05 tu.. hehe, sorry dik, akak amatlah follower matlutfi ye.. harus la perasan nox.. kah kah kah


p/s: call hanya utk bagi teka-teki? ni mintak aku tulis lagi satu entry ke hape nih? haaahaaai haai


amace?

bukan sekadar gambar hiasan


hehe, agak aneh entry kali ni, dimulakan dengan gambar dahulu.. sabar, saya masih belum ada rezeki nak masuk majalah times ni [insya'allah suatu hari nnt..doa2kan lah ye].. ni sekadar hasil kerja dalam training Adobe Photoshop CS4 tadi.. tak kemas sangat pun.. biasalah ni hasil pertama.. noob kata orang puteh.. kah kah kah


ada org cakap, kenapa nk kena pegi kelas photoshop nih? saya kan org IT? bukan ke dah pandai mende2 nih? mm, tidak ye.. saya tak pernah belajar photoshop secara formal.. IT mmg ada banyak cabangnya.. tapi graphic bukan bidang saya.. memandangkan profession saya kini melibatkan pembangunan sistem serta website from sketch, saya rasa ada pentingnya saya ke kelas photoshop ini secara lebih formal.. keputusannya, mmg banyak yang saya tak tahu walaupun selama ni menggunakan photoshop sebagai tempat untuk mengedit serba-sedikit imej di website.. insya'allah saya akan menyebarkan ilmu ini dan juga mengaplikasikannya sebaik mungkin didalam pekerjaan seharian.. huhu, jgn anggap org IT ni tahu semua.. oleh sebab saya tak tahu la saya nak belajar.. tak salah bukan? ok, sehingga ke lain entry


p/s: apa guna bersenam berjam2 kalau balik kau pergi singgah kedai nasi lemak ayam rempah?



Tuesday, June 14, 2011

angry birds

letih gak nak kena buat housekeeping time weekdays kan? huhu, nk buat cmne? schedule weekend pack la..sebenarnya semalam aku ade meeting kat kl..smpai rumah dlm pkol 01:00 a.m gitu.. serious la letih.. sebenarnya entry ni berkenaan dengan conversation telefon aku ngn kak molly pagi tadi..

kak molly: assalamualaikum..

me: w'alaikummussalam... [suara serak2 basah cm ella dlm baldu biru, fuh nice lah]

kak molly: hoi.. tak keje ke?

me: masuk lmbat sket.. letih la..

kak molly: ok, aku sebenarnya kena buat satu activity kat office.. activity for 5 minutes.. time briefing.. kena wat cm ala2 game cmtu.. kau rasa ape aku patut buat? aku nak buat chicken dance lah, dalam 5 mins..atleast diorg tak mengantuk nanti.. tak pun ada gak cadangan nak buat mcm game telefon berkarat tu.. devide group then pass message kan? ape lagi aktiviti utk 5 mins kan? aku rasa chicken dance tu ok kot..

[ini perkara biasa ya, dia call dia sendiri cakap.. dia tanya, dia sendiri jawab... haaa]

jadi..bila aku diam je dengar explaination kak molly, dia mula la curious..takut2 aku sebenarnya da tertido semula..

kak molly: hoi, kau ade lagi tak?

me: aa..ade2.

kak molly: kau rase game ape yg sesuai?

me: angry birds

kau rasa kalau kak molly tau ape benda sebenarnya angry birds tu.. dia marah tak? keh keh keh..

seterusnya aku buat2 mengantuk dan terus tertido..tak perasan bila talian dimatikan.. sekian.. tp skarang aku cm terfikir, instead of game2 yang kita biasa buat time any course yang nk hilangkan mengantuk.. why not sediakan joystick.. main game2 virtual yang menarik.. zaman kan dah berubah.. jadi aku rasa pihak urusetia bagi mana2 program pun kena lah alert dengan perkara2 mcm ni kan? pasti hilang mengantuk.. kalau susah nk dapat joystick.. pegi main online game selama beberapa minit waktu rehat pun agak menyegarkan.. hehe


p/s: tak payah nak anonymous sangat la.. takdak telent nak teka2 ah



Thursday, June 9, 2011

ombak rindu

aku memang dah berniat nak tido awal sebenarnya malam ni.. in fact aku dah guling2 dan shut down lappy pun tadi.. tiba2 aku mcm terpanggil untuk menulis entry ini.. aah, melodramatik sangat mukadimah kali ni.. hahaha.. ok sebenarnya sejak aku tulis entry syndrome alaf 21.. aku memang asyik teringat2 je kat bahan2 bacaan lama yg ada kat rumah tu.. hahahaha [memang perangai jenis2 jiwang tak mo claim punye.. hahaha] ok, abaikan caption [] aku.. sebenarnya aku teringat kat kisah novel ombak rindu [dem, tajuk pun dah menjanjikan jalan cerita manis2 belaka.. hahaha]

baiklah, entry kali ni ditulis bukan sebab sekarang ni aku memang tengah rindu someone [aaa, dah mula la tu nak gosip.. gaya2 perangai wartawan artis2 dah aku nampak tu] ataupun dipengaruh kuat oleh demam seth yang melanda seluruh kawasan2 yang ada liputan TV3.. tp entry ini di tulis sekadar ingatan semula aku terhadap penulisan ini.. al-maklumlah.. dulu zaman2 aku membaca, takde tempat nak meluah comment kan? haha.. berikut disisipkan cover novel nih..





novel nukilan fauziah ashari ni mmg ada kelainannya.. tak macam cite2 novel lain yang mcm mudah je jalan cerita nya.. aku tak pasati pasal smbungan novel ini..ada org kata best.. tp aku malas nk mencuba.. ok itu bukan point sebenar entry ini..

novel ni mengisahkan kisah hidup izah yg dipaksa jadi GRO sbb pakcik dia selaku penjaga dia dah lelong sama dia.. long story goes short.. dia kena kawen ngn sorg mamat ni nama dia hariz.. something like that la.. aku pun cm ingat2 lupa.. tp ni masih bukan point sebenar entry ni..

hariz ni katenya anak orang kaya gitu [biasalah..typical malay novel punya hero].. dia kawen ngn izah ni sorok2.. coz mak dia ada paksa dia kawen dengan sorg awek yg bukan pilihan hatinya... katanya... haaaa ni dah nk masuk dah point sebenar entry ni.. aku harap korg masih membaca.. [sila baca ya, comment saya ni penting untuk semua lelaki2 di luar sana.. hahaha]

sebenarnya aku nak cakap, aku tak pasti lah samada cerita lelaki dipaksa kawen oleh parents ni masih wujud tak di zaman sekarang nih.. tp kalau lah masih ada kan.. i said kalau... aku mcm HEY.. COME ON! pada aku lah, lelaki ada kuasa sepenuhnya untuk buat decision.. memang org akan cakap keadaan memaksa and wat-so-evah la kan.. tapi, [strictly pada pendapat aku] lelaki ni sepatutnya jadi sorg insan yang bakal memimpin sebuah keluarga.. kapten kapal la senang kira.. tapi kalau before kawen pun dah tak boleh nak buat decision, acane nk kawen bang oi?.. bukan lah nk menderhaka kepada mak ayah.. tp kalau berterus-terang kan senang.. cuba.. mana kau tau diorg tak boleh accept kalau kau tak cuba.. tapi cuba pun kena ada gayanya lah.. kalau kau minta nk kawen ngn org yg tak bagus pada mata parents.. ofcoz kau direject.. tp kalau kau da suka someone selain daripada family arrangement kau tu..mesti atleast pada mata kau.. org tu jauuhhh lebih baik kan?

and satu lagi.. kalau b4 kawen kau dah susah nk convince parents/org2 yg nk decide utk life kau [kawen tu obviously life decision kot?] mcm mana kau nak decide utk handle anak bini kau nnt? mcm dalam novel ni.. haaa, kan dah huru hara.. kau nk kene kawen sorok2 bagai? dah la.. aku emosi tak tentu hala plak nih.. mane nak berborak.. mana nak recall memori daun pisang.. haaaishh

p/s: kan aku dah ckp.. perangai pelik pembaca novel mmg terserlah ketika aku emosi tak tentu hala ketika menulis perkara ini.... hahahaha.. tak sesuwai nox..

Sunday, June 5, 2011

triple impact kegembiraan

weekend hari tu aku blk kl utk menghadiri majlis pertunangan ecah ngn noman.. dan ofcoz aku balik sebab nak peluk cium mak ayah.. hehe, jadi ini merupakan double impact kegembiraan.. chup.. triple impact sebenarnya kerana ketika majlis ecah, SGF berkumpul dengan jayanya.. sebelum aku pergi lebih jauh.. lebih baik aku sisipkan pesanan ringkas ini dahulu

"ecah.. congrats.. nnt kau kawen kita buat vids salam perantauan yang lebih meriah.. aku dah siapkan storyboard.. siap ada percikan2 bunga api ditepi.."

riuh rendah tu sudah pasti.. tp kenapa aku masih terngiang2 "dunia dalam, genggaman kita.. dunia dalam.. genggaman kita" heey! rimas la sayda, pastu berjangkit kepada nadia bersama support penuh daripada shuze dan wanita.. diteruskan seperti penyakit berjangkit kepada seisi rumah.. nice.. aku tak berapa pasti mcm mana kamakamileon boleh tahan dengan lagu yg bergema diseluruh pelusuk bilik... mmg aku terngiang2 smpai esok... dah2.. nah sisipan gambar ketika majlis pertunangan ecah..


hey hey.. galok deh demo...



sapikah..adekah itu style senyum kamu yg baru? dah lama kita tak ketemu bukan? huhu


natra..tahniah.. anda bukan lagi jenglot yg kami cari..



hey hey.. bukan kah ini sepatutnya majlis pertunangan ecah? ni mane gambar ecah weh?


hehe..ade la..tak kan takde kot? melampau nox..


mcm aku da mention tadi.. aku blk utk peluk cium mak ayah.. jadi haruslah aku sisipkan perbualan pendek bersama ayahanda..



aku: ayah.. oa dah kurus kan? heeeeeeehe [muka berharap pujian penuh markah A+]

ayah: [a glance tengok aku] a, kurus sikit

aku: heheeee [buat muka bangga sambil pandang kak molly, angkat2 kening]

ayah: [terus jalan ke arah pintu smbil sambung berdialog..] tapi gemuk banyak..



kau fikir kak molly jenis2 diam buat2 mcm tak tahu perbualan ni sedang berlaku? huh, tak mungkin... ofcoz dia gelak smpai jiran2 boleh dengar.. cis cis cis, disambung dengan peringatan berulangkali sehingga aku pulang ke jb.. igt, kau tu kurus sikit, gemuk banyak... fuh, pedas.. makan dalam...

p/s: how i wish i had this everyday.. huhu, tp kalau dapat tiap2 hari..mesti aku tak appreciate mcm skarang kan? ok, cant wait to see u tomorrow.. good night peeps...