Saturday, February 28, 2015

pengakhir february

salam readers,

buat ape tu? pejam, celik, pejam celik.. weh.. dah abes dah bulan february.. how time flies.. paling balik ke belakang.. 2 bulan yang lepas.. apa yang kau dah buat bulan ni? banyak tak? huhu make sure at least dah ada 2 major thinggy k.. sebab dah 2 bulan lepas 2015 ni.. haaa saje untuk peringatan bersama.. baru lah tahun 2015 ni berlalu dengan penuh bermakna sekali.. untuk aku, bulan 1 bulan photobook.. dah settle.. bulan 2, bulan mengumpul barang2 infant.. alhamdulillah juga dah settle.. bulan 3? hee.. not my type nk tulis apa yang belum berlaku.. segala perancangan, we keep it as secret.. sebab kita hanya mampu merancang, allah tentukan segala-galanya.. nanti sebuk pung pang pung pang pasal perancangan kita, bila tak jadik... frust.. kan?

ok lah, untuk penghujung bulan 2 ni, setakat hari ni je aku takde buat ape lagi ni.. boring gak.. jalan2 kat youtube pun takde sebarang faedah.. ingatkan nak carik idea menulis blog.. mungkin menulis satu entry boleh jadi pembukaan kepada permulaan hari aku hari ni.. sejak dari subuh tadi, aku macam buntu plak.. tak sure nak buat ape.. ok fine, kerja2 rumah memang banyak.. i mean, kalau takde kerja pun, boleh je nak carik kerja kan? tapi rasa macam nak reward myself a leisure time doing nothing.. i used to sit on couch and embrace the breezing moments during my bachelor time.. that is how i reward my weekend.. tu pun kalau aku tak balik melaka la.. haha

cerita pasal balik melaka, dulu time aku single.. tak kira time keje kat johor ke, KL ke.. boleh kat setiap minggu balik melaka.. bila fikir balik.. peh, tenaga apa yang aku ada? then bila nk balik bekerja, gerak je pagi isnin.. tak kisah la pukul berapa.. janji sampai before punch card merah.. tapi now, wow.. i don't think so that i would have that kinda spirit anymore.. memang penat sebenarnya.. walaupun tetap balik melaka, dan balik semula bekerja pada hari isnin dan terus ke tempat kerja, namun.. tak larat dah nak buat setiap minggu.. penat.. mungkin faktor usia (dramatis kan? 30 pun tak sampai lagi.. hahaha) ok, bukan usia.. mungkin berat badan.. ahahaha

tapi, untuk separuh masa pertama tahun 2015 memang aku kena ketepikan semua impian tahunan yang tak pernah tercapai, iaitu menurunkan berat badan.. so, tak payah la nak mimpi kurus untuk separuh masa pertama ni..

ok lah.. dah tak tentu hala tuju plak entry ni.. nanti sambung lagi k.. bye

p/s: cakap jangan sembarang.. makan pun tak boleh sembarang.. kan dah sakit perut.. ok bye


Friday, February 27, 2015

pertelingkahan yang disturbing

Salam Readers,

aku betul2 tak puas hati lah dengan color dress ni.. jadahnya nya menjadi pertelingkahan sedunia? aku punya tahap tak puas hati, smpai aku tegar membincangkan perkara ni kedalam beberapa group laman sosial.. aku tak puas hati bila orang lain nampak kaler selain black and blue.. peeps? duuhhhh


ape masalahnya? it is always be black and blue ok?

lepas lama-lama aku fikir.. jap, ape kejadahnya aku pening memirkirkan perkara ini? aku terus call kak molly.. perbualan 36 saat yang lengkap..

aku: salam kak.. da tido?
kak molly: dah, esok pepagi kena antau jebat pegi skolah.. ade merentas desa

aku just wanna cut it short and go straight to my point.. mungkin aku tak puas hati sangat sebab aku rasa aku betul, dan kalau aku tak betul.. adakah aku color blind? whyyyy??

aku: akak, plz bukak whatsapp family jap.. plz let me know the dress color
kak molly: hurmm.. dari petang tadi dah viral kat office aku.. it is definitely blue and mustard
aku: dannggg!! mane boleeehhh.. eeh?
kak molly: dah dah.. baik kau pegi hafaz alquran daripada kau tenung benda tu
aku: terdiam dan akur.. hahahahaha

betul gak.. apehal yang aku nk beriya2 sangat? mira yang paksa tanya mak dia smpai mak dia cakap, kamu nak sangat ke dress tu? hahaha mira, i can feel your mom.. kau memang merimaskan.. hahahaha then aku terfikir.. alaa, biasalah kalau viral2 macam ni, mula lah netizen yang ala2 ulamak internet pasti akan mula mengeluarkan beberapa isu yang cliche seperti ini:


  1. isu warna dress: angkara yahudi ingin menyesatkan umat
  2. isu warna dress: kumpulan illuminati berjaya mengkhayalkan dunia (mungkin sebab ada Taylor Swift punya twitter's comment.. terus2 illuminati haha)
  3. isu warna dress: harrrrroooommmm teka2 warna dress yang tak menutup aurat wanita (walhal sikit pun takde atas badan org gmbar nya)
  4. isu warna dress: pertelingkahan rakyat semuanya angkara anwar ibrahim (haa yg ni yg politik)
  5. isu warna dress: kerajaan digesa mengambil tindakan (yg tak abes2)
  6. isu warna dress: hanya untuk mengaburi isu subsidi minyak negara
  7. isu warna dress: ilmu alam ghaib menyantau mata dunia (yang ni mastika)
  8. isu warna dress: harga dress ini telah dijanjian untuk tidak dikenakan GST


haha.. kadang2 lawak pun ada gak netizen ni.. tapi sekarang ni, betul gak aku pk.. nape aku rase disturbing sangat pasal kaler dress ni? ni sape punya dress ni? marah plak aku.. hahah kau punya dress.. satu dunia bergolak nak teka kaler ape.. handal nau kau.. haha

p/s: dah, aku nk call en. shuben untuk tahu kaler sebenar.. eeeh.. tak abes lagi cite nya.. dah dah.. lets move on.. ahhaha ok bye