assalamualaikum dan selamat sejahtera.. sebenarnya susah gak nk curi2 masa time bulan ramadhan utk tulis blog nih.. dengan orientation week lagi.. mane nak layan lagu raya lagi.. mane nk pegi appointment iftar sane sini lagi? fuh.. busy kalah menteri2 lah.. tapi mlm ni aku terdorong nak menulis dengan jaya nya... alah, bukan lama sangat.. takat 15 minit.. tak lari mana lah biological clock aku.. ok.. sebelum aku merepek sampai ke bulan, baik kita masuk ke main point entry ini..
berikutan dengan kejadian semasa, aku sebenarnya nk bercerita ttg keselamatan bangunan/residence yang anda diami sekarang.. banyak kawasan rumah yg telah mengamalkan sistem satu pintu.. iaitu, bagi mengakses kawasan rumah tersebut, kita hanya dapat menggunakan satu pintu gerbang utama yang dilengkapi dengan guard dan tidak ketinggalan sistem access card.. **ye, rumah aku la tu..
memang aku tak nafikan.. dari pandangan mata kasar, memang lah kita nampak cm selamat.. ye la.. kawasan yg ada org jaga.. tengok2an.. kawalan agak ketat.. korg tak leh kuar-masuk suke2 hati.. jadi jika org tak dikenali masuk, guard senang nk recognize.. tapi sedarkah anda, terdapat beberapa pro n cons bagi perkara access card ini?
sebenarnya, masuk kali ni... dah berapa kali ntah aku asyik miss placed access card parking rumah aku nih ha.. sehingga aku terfikir.. adakah kewujudan access card ini baik atau tidak? ye lah.. smpaikan kau sendiri nak masuk rumah sendiri pun payah.. tak ke kadang2 tu rase mcm tak masuk akal? ye.. oleh itu, aku telah mengambil keputusan utk menyenaraikan kebaikan dan keburukan sistem access card ini..
kemudahan atau kelecehan?
Kebaikan
- Keselamatan lebih terkawal
- Dapat mengurangkan jenayah seperti pecah rumah dan kecurian [ya, hanya mengurangkan.. bukan 100%]
- Beri peluang pekerjaan kepada guard
Keburukan
- Kalau kau hilang/miss placed/ tertinggal card dlm rumah, nak masuk rumah sendiri pun payah
- kalau kau terima tetamu luar.. diorg nk masuk pun susah [nnt terdetik pula 'hai, dia ni nk kasi kita datang ke tak nk kasi datang nih?']
- kenduri kendara, mcm mana guest kau nk masuk? kalau kenduri kawen, kau nk kasi list 1000 org kat guard?
- access card parking ngn pool lain2... kalau terlupa bawak satu, hape pun tak boleh.. [malas nk terangkan.. kesimpulannya kenapa kau kena ada 2 yg berbeza?]
ok lah.. better aku berhenti sampai di sini.. bukan apa, tulisan ini memang dipengaruhi dengan emosi yg kurang stabil akibat aku tak dapat jumpa mana perginya access card aku nih.. dah naik amuk dah sebenarnya.. haaaisshh
p/s: **so clumsy me.. kan best kalau bangun2 je esok, tiba2 jumpa dah access card tu.. boleh tak? boleh tak? plzzz... ok lah... sekian, selamat malam sayang