Friday, August 5, 2011

berdegup kencang

walau teruk mana atau kucar kacir sekalipun hidup kita, perjalanannya masih tetap diteruskan.. semua orang ada masalah mereka masing-masing.. aku, kau, dia, mereka.. perbezaannya cuma bagaimana kita handle masalah tersebut.. dengan cara masing2.. kalau salah handle, masalah kecil boleh jadi masalah dunia bagi seseorg.. contohnya:-

1. tak basuh kasut sekolah pada malam ahad
2. baju sukan belum kering walhal petang ni nak game
3. cikgu add mintak homework, tp tak siap
4. result exam teruk bila nk bawak balik report card kat parents
5. terserempak ngn warden time fly makan roti canai kat dataran
6. kantoi sorok kat compartment time prep
7. spot check carik handphone [tuhan je tahu creativity maksima secara spontan ketika ini]
8. kantoi mess dlm kelas ngn cikgu
9. handphone vibrate dlm beg yg ada atas meja prefect [pffft!]
10. di suruh mewakili sekolah untuk kem fizik walhal fizik fail sepanjang tahun..

suatu masa dulu, semua tu pernah jadi masalah dunia bagi aku.. tapi ofcoz lah, sekarang tidak lagi.. dan apabila ianya menjadi suatu isu atau bahan perbualan, sume tu adalah bahan gelak tawa sahaja.. keadaan cuak ketika berada di tempat kejadian menjadi memori indah dan lawak.. walhal, pada waktu tu.. jantung mcm dah berdegup kat luar badan.. lebih menyeronokkan apabila diskusi adalah melibatkan idea2 bernas rakan2 yang cuba mengelak dan melepaskan diri daripada masalah tersebut.. alah, biasalah.. budak2.. creative mana sangat lah kan? tp yg cuba2 buat lebih creative nih yg lawak... hahaha

kesimpulannya.. jika kita terus mengharungi masalah... tanpa melarikan diri daripada masalah tersebut, percayalah.. ianya pasti menjadi kenangan yang terindah suatu hari nanti.. jadi, untuk pedoman diri aku, kau, dia, dan mereka.. apa jua jenis masalah, berat mana pun masalah tersebut, kongsi lah dgn yg terdekat.. [jika boleh di kongsi] selesaikan sebaik mungkin.. dan jangan sesekali lari dari masalah tersebut.. sebab ianya hanya akan membuatkan masalah itu semakin besar.. aku tau itu tidak mudah.. tapi itu perlu..

apa yg aku pernah lalui dulu, mungkin tidak sama dengan apa yg aku lalui sekarang.. tp masalah sentiasa ada.. debaran hadapi masalah juga sama.. mungkin cara persediaan mental juga perlu lah sama bukan? sekian coretan lunch hour.. sehingga ketemu lagi di lain entry


p/s: rindu itu pasti.. mungkinkah ia akan berhenti?

2 comments:

  1. wah k.absya!xtaw pn ade blog.hee... :D ni kes skolah sme ni. :D

    ReplyDelete
  2. hehe.. ade, da nk kat sthn da.. hihi, nnt kite visit blog awak k..

    p/s: iyaa..kes sekolah yg hampir serupa dgn sume org.. hahahha

    ReplyDelete