aku bukanlah yang jenis2 berkempen sana sini untuk berpolitik atau sebagaimana yang sama waktu dengannya.. tapi ada beberapa isu sensasi negara yang memang mudah menarik perhatian aku untuk bersemangat patriotik secara default.. biasanya semangat2 mcm ni datang bila adanya pertandingan2 sukan yang melibatkan pasukan Malaysia di peringkat antarabangsa.. haa.. waktu tu, jgn cakap aku.. makcik2 yg pegang senduk kat dapur pun, kalau boleh nak lekat tv kat dinding dapur tau.. nak tonton pertandingan2 tersebut secara live..
tidak ketinggalan juga pasukan2 sorak di sekitar social network.. facebook, twitter dan sebagainya.. kalau kau tak berada di hadapan kaca televisyen pun kau boleh rasa debarannya.. mana tak nya.. time2 game hangat seperti ini, timeline atau wall bergerak 120km sejam.. haaa.. sume2 nak update.. kira kalau ada bunyi suara, pengomen sukan kira dah boleh gulung tikar lah.. huhu.. sebenarnya tujuan entry ini ditulis adalah untuk berkongsi vids yang menarik perhatian aku sebentar tadi.. sedap jugak bila dengar 2-3 kali.. jom dengar sesame..
best kan?
memang jelas banyak pihak cuba usahakan penerapan perpaduan dari pelbagai aspek.. tapi ada juga isu yang mengecewakan.. ini tidak ada kene mengena dengna isu2 yang telah di bincangkan atau di paparkan dalam warta berita.. tetapi, ini adalah pengalaman kisah benar yang aku temui beberapa hari lepas.. aku betul2 tak faham lah kenapa ada juga manusia yang lebih2 nak membanggakan negara lain berbanding negara sendiri.. itu kan aneh? awak tu duduk dalam malaysia.. mane awak tahu yang negara lain itu lebih bagus? kalau indah kabar dari rupa pun awak mane tahuuu.. dan lagi satu, yang awak nampak tu dah tentu2 yang baik2 sahaja.. mana ada negara yang purposely menonjolkan keburukan mereka kepada masyarakat umum? pakai akai la sket.. yang awak nampak, kebaikan negara orang, keburukan negara kita.. yang baik negara kita di mata orang? mana? mana? mana awak taruk? hey hey, emosi pula di sini...
sekali lagi, aku bukan nak berkempen atau ape.. kalau kau rasa sini tak bagus, pegi kau.. pegi keluar sana.. jgn balik lagi.. haa.. amacam? ada bran? tak payah jumpa lemang, dodol, ketupat, rendang lagi time raya.. kau nak? haaa
kesimpulannya di sini.. mcm mana teruk sekalipun tanah air pada mata kau, kau kena ingat balik, ape yg kau dah buat utk negara utk memperbetul benda yg kau kate tak betul tu? ade? ade? huhu ok la.. sehingga di lain lembaran..
p/s: aku curious.. kau bagaimana?
No comments:
Post a Comment