rasanya masih belum terlambat utk wish selamat hari raya, maaf zahir batin.. sepanjang bulan ramadhan yang lepas, saya tak nafikan.. masa terluang memang tidak digunakan sepenuhnya untuk blogging.. jadi, skill penulisan juga menjadi sedikit tumpul.. ye la.. mcm yg orang cakap, practice makes perfect.. so, kalau anda tak practice.. macam mana nak perfect bukan? tapi hari ini, bukan topic perfect yang ingin kita bincangkan di sini..
seperti yang telah saya mention dalam banyak entry2 yang lepas.. setiap hari merupakan hari yang menarik.. jadi, tak kira lah ape jua yang berlaku dalam satu hari itu, sekiranya anda telah meletakkan mindset anda untuk mengatakan hari tersebut suram, makanya suram lah jadinya hari tersebut.. oleh kerana itu, wujudlah satu field of study yang berorentasikan pemikiran positif.. [ok, apehal ayat aku ni kearah critical thinking?ah.. abaikan..] jadi, bagaimanakah anda memanfaatkan pemikiran positif ini terhadap kerja harian anda? saya ada beberapa contoh kejadian harian yang berlaku dan beginilah saya mempositifkan mindset saya..
1. apabila customer datang dan marah2 complaint tentang services yang telah diberikan
situasi: dah lah kita kerja masuk pagi2 buta.. balik tak jumpa matahari.. senyum sampai rasa naik cramp pipi ni ha.. da serupa joker dalam dark night.. kau boleh datang, tengking2 tanpa usul periksa.. kau ingat ni kau tengah cakap ngn machine ke? dengan air liur tersebur2.. heeeey! ni buat aku naik hangin nih..
positive thinking: kalau customer tu datang semula pada anda dan complaint, bermakna dia masih memberi harapan yang tinggi untuk menerima service anda.. maknanya dia suka dengan institusi anda.. dan anda juga.. jika mereka sudah tak suka, jangan harap nak complaint.. jejak kaki juga tidak mungkin lagi
hasil: anda akan dapat bercakap dengan tenang, membuatkan customer sejuk hati dan percaya kepada anda.. dan anda boleh senyum puas apabila dia bangun dari kerusi dan mengucapkan terima kasih pula kepada anda.. sedangkan ketika datang tadi, salam pun ntah ke mana.. haaa amace?
walaupun tadi saya mention saya ada beberapa contoh situasi untuk mempositifkan mindset, tapi saya tak cakap saya nak share kesemuanya.. hehehe kenapa? sebab
got it? hehehehe
p/s: bukan semua orang tahu apa yang anda tahu.. dan bukan semua yang anda tahu perlu diberi tahu.. sekian terima kasih..
No comments:
Post a Comment