Monday, October 18, 2010

jalan menonong.. bukan itu isu nya

aku mengorbankan waktu lunch bersama rakan2 office untuk update blog nih..walaupun digoda banyak kali oleh yuki [bukan nama sebenar], namun tarikan menulis blog lebih kuat berbanding makan2 sambil gossip di tingkat atas..hehe tp bukan itu isunya

hari isnin ni biasanya aku akan terkocoh kacah menyiapkan kerja dan checklist untuk seminggu ini..hectic monday, tu tag line biasa semua pekerja..hari ni la plak aku nk bangun lambat..sungguh tak cool ye bangun lambat untuk ke tempat kerja..aah..tu bukan isunya

alhamdulillah meeting berjalan lancar seperti yang dijangkakan (yang melancarkan lagi perjalanan meeting tadi adalah bila aku bgn tido pg tadi, dan melihat kulit muka masih belum mengelupas...dan gelap sedikit sahaja yang masih boleh diterima akal)..walaupun byk isu berbangkit, tp masih lancar untuk peringkat ini..tp itu juga bukan isunya

sedang mesyuarat rancak dijalankan, telefon aku (in silent mode) vibrate.. calling sally (kakak aku yang pastinya akan byk lagi cerita pasalnya yang bakal memenuhi blog aku..tp itu bukan isunya sekarang nih).. seperti biasa, aku akan ketepikan semua perkara yg sedang berlaku kalau family members aku call.. so aku angkat fon.. kedengaran seperti huru hara di melaka.. rasanya seperti berlaku bencana alam.. aku tak dapat layan panjang sebab...hello? aku duduk sebelah pengerusi kot? wat the nak gayut2 tepon kot?

msg2 ngn kakak aku, rupanya road tax dia mati [gaya lagak menggangu aku didalam mesyuarat seperti ingin mengkhabarkan melaka di langgar todak].. aku mula panic sbb takut2 kalau kakak aku sedang menangis atau meraung di melaka.. aku tak boleh sket tengok dia nih menangis, panic aku, karang big bos (ayahanda n bonda) call.. aa, tak menjawab plak aku nanti.. "kenape ko buat kakak ko nanges ha?" tu je ayat yg aku dapat bayangkan time tu..tp ini masih bukan isunya

isunya skarang ni, nama dia di black list dan tak boleh nak renew road tax sbb salah sebuah koleksi kereta dia (dia memang banyak kereta, tidak termasuk kereta mainan anaknya yang berumur 2thn 5bln) disaman ekor.. dan yang paling menjadi isunya skarang ni, aku lah pemandu kereta tersebut pada masa ianya di saman.. aku paling benci betol bila dengar sebarang isu yang melibatkan pengeluaran wang tunai daripada poket aku.. ces! menci taw!

2 comments:

  1. mm..sbnrnya kalo duit je tak jadik isu pon.. tp isunya skarang nih duit sendiri.. huhu [iye duit a isu nyer ;p]

    ReplyDelete