Monday, April 30, 2012

makanan iblis

typo bukan satu perkara janggal di kalangan pengguna gadget dan sebarang machine yang mengeluarkan output.. tapi yang ni, buat aku tersembur kejap tadi..


macam saitan! eh iblis.. kahkakah..

aku sebenarnya tengah buat assignment.. tp, org ckp tak elok belajar time2 senja and maghrib.. so, aku berhenti untuk blogwalking sebentar.. heehe.. pelbagai alasan aku..

p/s: hari ni tak dapat nk buat activity sebab terlupa bawa baju sukan.. takpe.. ke try siapkan assignment k..

Sunday, April 29, 2012

i could be a superman

hell yeah.. i wish i could try this some day.. i could be a superman too.. the real superman.. hehe


not really superman lah.. more like keluang man.. hehe

what ever it is, it does seems extraordinarily fun!! 

p/s: apehal aku cm relax relax tenang nih? walhal assignment tak siap lagi dan dateline adelah esok.. mungkin esok baru rasa kelam kabut kot? hey hey.. esok kerja k.. bukan cuti pon? cis


activity 3/30: embracing the breezy moment

hari ni hujan setengah hari buat aku melekat di rumah sepanjang hari.. ya, ini merupakan salah satu aktiviti yang pasti aku akan rindu.. memandangkan jadual aku yang pack dan huru hara bulan lepas, aku tak dapat nak recall bila kali terakhir aku dapat peluang untuk baring sepuas2nya.. bersama sedikit percikan hujan.. dan bau hujan yang segar.. hurm.. so refreshing.. 

selain daripada sebenarnya ada assignment submission esok, aku juga kena start packing2.. aku buat sket2 la.. aku rasa kena sewa lori ni.. bukan nak angkat perabot.. tp baju aku je kot? oh.. adekah ini yang aku selalu maksudkan dengan tiada baju setiap kali nk keluar? tak sangka besar jugak almari aku ni.. sehingga dapat menanggung kapasiti baju sebanyak ini kan?.. mm, ape lagi aku nk bawak balik? 

oh ya.. set tupperware aku.. heehe mcm makcik2 tak? sebenarnya tak pakai pun.. dah member aku jual, aku pun beli la.. seronok plak tengok diorg ni berebut2 beli tupperware.. aku pun join la.. sudahnya, tersusun elok saje di corner dapur.. mm, maybe semua tupperware ni boleh berkhidmat di KL..mungkin lebih bermanfaat.. heehe..

mcm mane la aku boleh terpengaruh ni sebenarnya? aku pun tak pasti.. kah kah kah

positive thinking is like this.. mungkin banyak kegunaannya suatu hari nanti.. haha k lah.. nak wat assignment.. tp teringin plak nk makan mekdi.. kuar jap la.. bye

p/s: eh.. rasa sesuatu plak.. teringat kat mr.F :).. k bye

Saturday, April 28, 2012

activity 2/30 :: tengok wayang

hari ni timeline, dashboard, wall sume berderu cite pasal bersih 3.0.. sokong atau tidak bukan itu persoalannya... aku tak mahu jadikan blog DILLIC ini sebagai platform perjuangan politik mana-mana pihak.. cuma aku rasa mcm tak kena lah suara rakyat melalui demonstrasi ni.. sedih tengok makcik2, adik2 kecil, pakcik2 tak brapa sihat berkumpul ramai2.. apetah lagi melihat jejaka2 kacak di sana.. sekali tempat tu kena bom, hamekau.. sume pupus.. kurang populasi rakyat malaysia.. dan makin tinggi peratusan kes kepupusan jejaka kacak malaysia.. haaa


ok.. abaikan pandangan politik tidak profesional aku diatas, seperti yang aku dah janjikan, satu hari satu aktiviti bagi memperingati kenangan UTM.. hehe hari ni, aku da letak satu lagi aktiviti.. tengok movie dengan kak amy.. hehe cite the avengers yang kalau ikut aku sorg, mmg aku tak tengok.. kalau diberi pilihan, aku pilih cerita kartun atau romantic comedy yang tak payah fikir banyak2.. hehe.. tp aku yakin dan suka dengan phrase ini --> 'good things happen when you go for it'.. it always works anyway :) nah movie trailer untuk tatapan umum..



kenapa cerita ini mengigatkan aku kepada cerita kartun he man? owh.. mungkin keluaran tahun yang hampir sama agaknya..


tapi pada waktu siang ni, aku punya aktiviti perlulah buat assignment ye.. ade submission on monday.. bizi gamaknye.. tp masih mahu blogging.. hehe


p/s: mesti lah tak sama, tengok wayang kat KL takde kak amy kan? :(


Friday, April 27, 2012

activity 1/30: shop till you drop

seperti yang telah dijanjikan semalam.. setiap hari, satu aktiviti.. hehe :) so, today i spend my time with my bff, yuki yang amat hiba dengan perletakan jawatan saya.. ya.. dia diantara orang yang paling sedih.. dia dan kak amy.. dan aku juga, amat berat nak meninggalkan tempat sempurna ini kerana mereka berdua.. dan imah.. ya, yang rapat2 ngn aku ofcoz ISC fam.. aku pasti satu persatu memori daun pisang akan terungkai di sini.. untuk malam ni, aku pegi CS.. hehe.. aku pasti rindu tempat ni.. dan bazar karat.. walhal bukan beli ape2 pun [ok, ini penipuan besar] tapi suke tengok orang ramai2.. ntah ape tujuan agaknya.. haha.. tapi u ols nk tau? mng sale ok.. bocor purse mak.. nah sisipan gambar..

aku suke yg ni.. tp kak yati ckp tak cantik.. tibe2 rasa menyesal plak tak beli.. isk.. nk kene pegi lagi nih.. coz kak molly pun cm nak satu.. huhu


ok..aku pun suka yg ni.. ingat nk beli 2, satu kak yati n satu aku.. tp satu je yg ok.. ada lagi 2 dlm stor tu dua2 ada scar yang tak boleh di maafkan.. hehe.. kau tengok je la perangai aku, abes aku soh diorg kosongkan stor mng.. hahaha


pink ni cantik.. ingt kak yati suke.. tp dia tak suke pule.. tp cm sesuai utk puteri kan? mm tp cm over pule kecik2 da pakai mng kan? hehe jeles la aku nnt.. so, cancel.. puteri takpayah k.. puteri pakai yang princess je.. baru la kena ngan tema..


lepas tu, aku serbu bazar karat n belikan abg ju wallet.. cm cute.. dia cm getah ke pvc ke.. aku pun tatau nk describe.. ok, aku rasa mcm kaya raya plak skarang ni.. hahaha.. 


p/s: oh ya, mane barang untuk aku? dem..


Thursday, April 26, 2012

letter of resignation

hari ni, 26 April 2012.. hari yang bersejarah bagi aku dimana aku telah membuat perkara yang tidak pernah aku buat seumur hidup aku.. ye aku tahu, ini memang melankolik.. tidak seperti parasailing atau bungee jumping yang sememangnya aku impikan untuk buat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, tetapi ini lebih cenderung kepada perkara yang aku tak pernah fikirkan.. tapi aku buat.. bukan kerana terpaksa, tapi kerana penerimaan realiti..

otak tangkas memikirkan, tanpa ambil kira soal perasaan.. realiti perlu ditimbangkan dengan skala jitu.. aku tak boleh lagi berada didalam mana2 takuk yang membuatkan aku tidak bergerak.. ya, hari ini, aku telah membuat keputusan drastik dan tidak terjangka oleh banyak pihak..

pembukaan entry serius yang memang aku jangkakan.. setelah 2 tahun dan 6 bulan berkhidmat untuk UTM, banyak yang aku dah timba.. job experience are tremendous, great people, inspiring thoughts.. aku tak akan lupakan semua jasa itu.. walaupun kontrak aku telah disambung untuk jangka masa 2 tahun lagi, tapi realiti yang aku perlu ambil kira adalah matlamat career aku.. di mana aku tidak bercadang untuk stays long in contract mode.. cukup sekadar ini dan aku perlu bergerak untuk career development..

untuk masa awal penerimaan pekerjaan di UTM dulu, aku ok je.. tak fikir banyak pasal status contract ke, tetap ke, sementara ke.. sebab matlamat aku cuma job experience je dulu.. fresh grad kan? well like people said, beggars can't be choosy.. but not now.. not anymore.. dah tiba masa untuk melanjutkan langkah kehadapan.. ya, hari ini dalam sejarah, aku resign daripada kerja.. untuk menerima one better offer..

tak, aku tak pernah jangka akan berhenti kerja.. 


aku tahu, aku mesti ambil keputusan ini.. walaupun pada dasarnya, aku sebenarnya tak pasti sama ada aku bersedia atau tidak.. yang aku pasti sekarang, aku MESTI bersedia.. nobody said life would be easy.. dan aku yakin, rezeki Allah s.w.t ada di mana-mana..

resign letter aku adalah bagi melengkapkan contract yang aku da sign dengan UTM iaitu notis 30hari pemberhentian.. jadi, mulai daripada hari esok, aku akan pastikan aku ada sekurang-kurangnya satu aktiviti bermanfaat bagi memperingati warga UTM dan yang sewaktu dengannya.. kenapa esok? sebab aku rasa hari ni dah cukup heavy.. cukup lah.. i never thought that writing my own letter of resignation would be this hard.. **keadaan menjadi hening dan melankolik..

p/s: apa matlamat aku seterusnya? hehe rahsia.. nnt aku tulis buku k.. kah kah kah

Saturday, April 21, 2012

sesak napas

waktu rehat datang lagi.. ye, aku tengah class mcm biasa.. dan aku menghabiskan waktu dengan membaca buku akademia baru, dato' zaini ujang.. haa.. ni kalau dato' tau nih, mesti dia bangga coz aku usung ke hulu, ke hilir buku ni.. hee

tak perlu dramatis sangat, sebenarnya aku sedang buat research sket tentang strategic management.. and i believe that new academia is the best example.. bukan banyak organization yang mampu nak bukukan strategic planning mereka.. as far as i concern, aku belum nampak satu pun.. tp to depend on my tiny knowledge, aku yakin mesti ada juga organization lain buat..

sebenarnya aku memang tengah sesak napas skang nih.. bukan sebab penyakit kronik, tapi sebab ni gula2 ape yg member aku provide kat aku nih ha.. aku memang suke gula2 yang berasaskan mint.. tapi yang ni ha, melapau batas berangin dia.. smpai sesak napas.. haa hamek kau.. mencungap2 mcm ikan emas jadinya.. <--ye hyperbola di situ,

semalam ada sket celebration for my fellow friends.. life have to go on.. great people might come and go in our colorful life kan? so, this event lebih kepada farewell untuk jidah, dayat n imah.. ah imah, kau pindah depan pintu je.. langsung tak jauh dimata... tapi masih dekat di hati ye.. hehe.. nah sisipan gambar..


 eat. pray. love. :)


p/s: makan belacan, satu badan bau belacan.. namun kau tetap nak makan bukan?