Sunday, April 29, 2012

activity 3/30: embracing the breezy moment

hari ni hujan setengah hari buat aku melekat di rumah sepanjang hari.. ya, ini merupakan salah satu aktiviti yang pasti aku akan rindu.. memandangkan jadual aku yang pack dan huru hara bulan lepas, aku tak dapat nak recall bila kali terakhir aku dapat peluang untuk baring sepuas2nya.. bersama sedikit percikan hujan.. dan bau hujan yang segar.. hurm.. so refreshing.. 

selain daripada sebenarnya ada assignment submission esok, aku juga kena start packing2.. aku buat sket2 la.. aku rasa kena sewa lori ni.. bukan nak angkat perabot.. tp baju aku je kot? oh.. adekah ini yang aku selalu maksudkan dengan tiada baju setiap kali nk keluar? tak sangka besar jugak almari aku ni.. sehingga dapat menanggung kapasiti baju sebanyak ini kan?.. mm, ape lagi aku nk bawak balik? 

oh ya.. set tupperware aku.. heehe mcm makcik2 tak? sebenarnya tak pakai pun.. dah member aku jual, aku pun beli la.. seronok plak tengok diorg ni berebut2 beli tupperware.. aku pun join la.. sudahnya, tersusun elok saje di corner dapur.. mm, maybe semua tupperware ni boleh berkhidmat di KL..mungkin lebih bermanfaat.. heehe..

mcm mane la aku boleh terpengaruh ni sebenarnya? aku pun tak pasti.. kah kah kah

positive thinking is like this.. mungkin banyak kegunaannya suatu hari nanti.. haha k lah.. nak wat assignment.. tp teringin plak nk makan mekdi.. kuar jap la.. bye

p/s: eh.. rasa sesuatu plak.. teringat kat mr.F :).. k bye

No comments:

Post a Comment