Thursday, April 26, 2012

letter of resignation

hari ni, 26 April 2012.. hari yang bersejarah bagi aku dimana aku telah membuat perkara yang tidak pernah aku buat seumur hidup aku.. ye aku tahu, ini memang melankolik.. tidak seperti parasailing atau bungee jumping yang sememangnya aku impikan untuk buat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, tetapi ini lebih cenderung kepada perkara yang aku tak pernah fikirkan.. tapi aku buat.. bukan kerana terpaksa, tapi kerana penerimaan realiti..

otak tangkas memikirkan, tanpa ambil kira soal perasaan.. realiti perlu ditimbangkan dengan skala jitu.. aku tak boleh lagi berada didalam mana2 takuk yang membuatkan aku tidak bergerak.. ya, hari ini, aku telah membuat keputusan drastik dan tidak terjangka oleh banyak pihak..

pembukaan entry serius yang memang aku jangkakan.. setelah 2 tahun dan 6 bulan berkhidmat untuk UTM, banyak yang aku dah timba.. job experience are tremendous, great people, inspiring thoughts.. aku tak akan lupakan semua jasa itu.. walaupun kontrak aku telah disambung untuk jangka masa 2 tahun lagi, tapi realiti yang aku perlu ambil kira adalah matlamat career aku.. di mana aku tidak bercadang untuk stays long in contract mode.. cukup sekadar ini dan aku perlu bergerak untuk career development..

untuk masa awal penerimaan pekerjaan di UTM dulu, aku ok je.. tak fikir banyak pasal status contract ke, tetap ke, sementara ke.. sebab matlamat aku cuma job experience je dulu.. fresh grad kan? well like people said, beggars can't be choosy.. but not now.. not anymore.. dah tiba masa untuk melanjutkan langkah kehadapan.. ya, hari ini dalam sejarah, aku resign daripada kerja.. untuk menerima one better offer..

tak, aku tak pernah jangka akan berhenti kerja.. 


aku tahu, aku mesti ambil keputusan ini.. walaupun pada dasarnya, aku sebenarnya tak pasti sama ada aku bersedia atau tidak.. yang aku pasti sekarang, aku MESTI bersedia.. nobody said life would be easy.. dan aku yakin, rezeki Allah s.w.t ada di mana-mana..

resign letter aku adalah bagi melengkapkan contract yang aku da sign dengan UTM iaitu notis 30hari pemberhentian.. jadi, mulai daripada hari esok, aku akan pastikan aku ada sekurang-kurangnya satu aktiviti bermanfaat bagi memperingati warga UTM dan yang sewaktu dengannya.. kenapa esok? sebab aku rasa hari ni dah cukup heavy.. cukup lah.. i never thought that writing my own letter of resignation would be this hard.. **keadaan menjadi hening dan melankolik..

p/s: apa matlamat aku seterusnya? hehe rahsia.. nnt aku tulis buku k.. kah kah kah

No comments:

Post a Comment