Thursday, July 26, 2012

perkara tersembunyi

alaahaaiii.. aok tu jgn la comel sangat.. tak sampai hati nk tinggalkan rumah cenggini.. huish..


seperti mencari perkara tersembunyi bukan? 


 p/s: hari ni mengantuk.. maybe sebab makan banyak.. astaghfirullahalazimmmm...

Wednesday, July 25, 2012

sleeping bag

seperti kanak-kanak ribena yang lain.. setiap hari aku memang hari yang amat menarik.. pelbagai kejutan sana sini yang aku terima setiap hari.. pendek kata, everyday is an interesting day lah.. sebenarnya entry hari ni memang ade kene mengena dengan kisah aku, tangga dan kunci kereta semalam..

seperti yg telah diceritakan didalam entry yg lepas, semalam aku telah mendaki adalah lebih kurang 200 anak tangga.. haaa.. da mcm batu caves nko.. tak reti2 lagi pas ni kalo lift rosak, sila tukar ke pakaian sukan yang lengkap.. termasuk sport shoes ye.. masalah semalam, haruslah aku tak bersedia seperti nk bersukan kan? nk ke kerja la katakan.. tp nasib baik pakai selipar je ye.. aina yang curious, terus text aku sebaik sahaja entry di post.. sms ringkas berbunyi seperti ini::

kasut ko? high heels lagi ke?
tingkat berapa ko duduk.. 

hehe.. total termasuk sampai ke kete, ada dalam 12 tingkat.. amace? tak kurus peha mak? habis gak lah lemak2 ternakan yang simpan bertahun2 nih.. heehe  rentetan daripada kisah bersenam tanpa di undang semalam, satu badan aku sakit ye hari nih.. almaklumlah.. tak berapa nak bersenam.. tiba2 jadi sprinter kan? kau hade? haaaa.. haruslah badan sakit2.. 


jadi, aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar di err surau.. mm cm ni, surau kat tingkat 19 sebenarnya.. dan penuh dengan aktiviti bulan ramadhan termasuk pengedaran bubur lambuk.. jadi, aku rest kat cm partition yang telah dikepung kemas kat floor aku dan dijadikan tempat solat kaum hawa.. hehe.. takde org biasanya kat situ.. diorg solat situ if da terlepas zohor jemaah kat tingkat atas..  jadi, dengan pantas.. aku pun menuju ke tempat berkenaan.. tiba2 aku nampak ni.. 


haaa... tak terkejut kau? 

aku separa terlompat ye.. dan seterusnya aku terpegun sebentar melihat perkara tersebut seperti bernafas.. 



p/s: kak, nk tido kat surau smpai bawak sleeping bag segala..kau ingat nak tido smpai esok ke hape? kau memang juara lah kak.. aku kagum sebentar..

Tuesday, July 24, 2012

aku, tangga dan kunci kereta

semuanya bermula di pagi yang indah permai.. pagi selasa hendaknya.. mcm biasa, sebagai insan yang cemerlang, aku dah bersiap bukan main awal lagi hari ni.. bukan ape, merempuh jem yang amat teruk semalam membuatkan aku sedar, hari ni, kalau aku tak keluar lebih awal berbanding biasa, makanya.. besok lah baru aku sampai ke ofis.. aku suspek semua orang berpusu2 keluar awal sebab perubahan waktu kerja pada bulan ramadhan ini.. oh ya, aku tak ada entry selamat menyambut ramadhan al mubarak.. jadi, selamat berpuasa ye rakan2..

baiklah, aku teruskan cerita sebelum entry ni berubah tujuan dan menjadi tiada hala tuju nya lagi.. jam menunjukkan pukul 6.40 pagi.. cis, aku lambat 10 minit daripada perancangan keluar awal yang sebenar.. jadi, tanpa membuang masa, aku terus menuju keluar dari rumah selepas salam ayahanda.. sampai saje di lift, aku pun menekan butang turun.. tekan sekali, tak menyala.. jadi aku pun tekan tubi bertubi2 di situ.. juga tidak menyala.. lift pun tak ade menunjukkan sebarang keinginan untuk respon kepada tindakan aku.. baik, aku pun tukar strategy.. tekan button ke atas pula..

 kau fikir ini membantu? langsung tak jadik apa2 ye


baiklah, telah tiba masanya untuk aku terima kenyataan bahawa kedua-dua lift kat casamilla ni rosak.. nak mencarut, takut kurang pahala puasa.. jadi aku istighfar saje.. beratus kali di sana.. seperti semua umat islam yang lain, aku juga berpuasa pada hari yang indah permai ini.. jadi dengan semangat yg jitu, aku turun tangga dengan pantas sekali.. sehingga aku rasa watson nyambek boleh menangis dengan catatan masa aku.. [nasib baik takde org lalu lalang.. tuhan saje tahu keadaan aku sprint turun tangga dengan baju kurung bagai] bukan la sebab aku da lambat.. tapi lebih kepada faktor takot.. heee gelap nox tangga tu.. nk on lampu, taktau mane suis.. buatnye ada yg cuit bahu aku time aku lenggang lenggok turun tangga, acaner? haaa

sampai je kat kete, jam tepat menunjukkan 6.45.. peh, pantas gak aku nih.. sambil tersenyum melihat kereta.. aku berdoa agar lift pulih seperti biasa ketika aku pulang dari kerja petang nih.. kalo tak, issskkk.. tak sanggup aku nk menapak naik.. tinggi woo.. sedang aku syok2 mengelamun, aku pun seluk handbag sambil cari kunci kereta.. lalalala.. tiba2.. gampit! kunci tertinggal kat rumah.. [-1 markah puasa]

p/s: kau fikir senang ke nk mengharungi semula naik dan turun tangga? sudahnya aku lambat juga ke kerja hari nih.. sekian..

Tuesday, July 17, 2012

changes

changes can happen, if only you let them happen.. look what happen to Korea within these 36 years?

2012


the question is, what will happen to you when you reach 36? :) think about it..


p/s: hardest thing to do, is to start first :) good night :)



Monday, July 16, 2012

matahari juga tersenyum

ini post agak jiwa sket.. sape tak suke, pergi muntah kat sana.. jgn baca.. kah kah kah.. \



matahari juga mampu tersenyum.. 


alaa.. kadang2 seronok gak rasa bunga2 cmni.. hehe let me enjoy d moment la.. kau jgn la dengki.. pergi main sana jauh2.. huhu


p/s: if marriage is a gamble, i hope i win big.. with you ;p

Wednesday, July 11, 2012

untuk sape? untuk aku la..

seriously, first time aku dengar lagi ni, aku yang cm..

lagu:: kuatkan radio
aku: kuatkan radio? 
lagu:: kuatkan radio
aku: kuatkan radio?
lagu:: kuatkan radio anda..
aku: radio aku?

ape yang berlaku nih sebenarnya? ah sakai.. sambung pulak dengan 

lagu:: untuk dia 
aku:: sape?
lagu:: untuk dia 
aku:: sape?
lagu:: untuk dia 
aku:: sape?
lagu:: untuk dia 
aku:: sape?

ah, aku yg sakai sebenarnya.. lama2 best gak la lagu ni.. ape? kau tak suke? eh.. kau punya pasal lah.. hahaha nah sisipan video tengah malam..




p/s: jgn terlampau tak suke.. hasilnya.. terngiang2 untuk aku, untuk aku hey hey!! musibah betei..





citra karisma

ye aku tau, agak terlewat untuk aku mengumumkan perkara ini.. setelah genap 1 bulan aku meninggalkan UTM, aku telah menerima panggilan yang tidak terjangka daripada ISC.. particularly kak amy dan kak linah.. mmg agak memeranjatkan bila mereka memberitahu yang aku telah tercalon sebagai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2012 daripada UTM.. perasaan aku waktu tu.. bercampur baur.. rasa sedih, gembira, berbaloi.. dan sedikit terlambat..

namun, aku amat berterimakasih kepada pihak UTM kerana telah sudi untuk memberi aku peringatan manis moment terakhir bersama UTM.. dengan rasminya, aku telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang UTM 2012 pada 3 July 2012 yg lalu..




since ni first time aku terima anugerah sedemikian rupa.. sememangnya, aku sepatutnya lebih bersedia kan? tidak.. aku tak sempat nk buat semua tu.. aku memang tak membeli sebarang baju baru.. aku sendiri tak percaya pada apa yg aku nak lakukan pada waktu itu.. sehingga aku berjumpa semula dngn bff, yuki yaya.. dia yg buat aku sedar.. eh? takkan tak beli baju baru kot? hasilnya.. ok, aku dapat sepasang baju raya ke -3.. hehehe.. nih aku sisipkan gmbar aku yg terpampang dalam website citra karisma dan dalam buku cenderamata.. hehe 


tahniah di ucapkan kepada semua penerima anugerah tahun ini.. dan bagi rakan2 yg lain.. insya'allah tahun depan ada peluang lebih besar.. kenapa? kenapa? sebab aku tak compete lagi tahun nih.. kahkahkah.. dah lah.. aku da mengantuk.. selamat malam sayang..


p/s: there are things that i don't know, and i don't wanna know..


Tuesday, July 10, 2012

distance



it is hard to describe in words..
never can be described in words.. 
only can be told through actions..

p/s: take care, coz i care :)

awkward train ride

bila nak mula menulis semula, tak banyak yang dapat aku ceritakan selain daripada ape yg berlaku pada aku.. sekurang2nya apa yg terjadi sekeliling aku.. aku masih suka untuk blogwalking.. namun masa untuk mencurahkan idea2 bernas seperti beras nasional masih belum timbul.. aku belum lagi bertembung dengan mana2 subjek menarik.. almaklumlah.. berita sekarang penuh dengan cerita2 politik.. katenya da nk dekat pilihanraya.. jadi.. perkara pelik tapi menarik, tak tetangkap pula oleh mata aku..

mukadimah yg tidak berhala tuju yang memang aku jangkakan.. oh ya, mari bercerita tentang apakah life aku yg kini.. hehe, setelah aku meniggalkn JB, aku melangkah masuk ke alam pekerjaan yang baru di TM [ah.. ni semua org da tau.. asik2 cerita benda yg sama dari 2 bulan sudah bukan?] heheh.. bukan ape.. biasalah, masuk tempat baru.. semua pun janggal pada mata kasar.. bukan saje di office, malah di rumah juge sudah lain..
bila balik rumah, ade mak n ayah.. bahagia nye... hehe.. dibandingkan dengan sebelum nih.. bile balik rumah, aku tengok dinding, dinding tengok semula kat aku.. oh, agak bosan dan tragis di situ.. 

abaikan kisah itu, aku nk bercerita tentang kaedah aku ke kerja.. ya, aku dah tak drive seperti selalu.. sejak dulu lagi aku selalu rasa perlukan sedikit masa dalam satu hari for me to read my books.. bukanlah semestinya buku pendidikan, lebih kepada buku cerita dan buku2 yg aku suke lah.. dulu, time aku membaca adalah sebelum tido.. dan biasanya akan terlalai bila aku dah menjadi terlalu letih.. sekarang, aku ada 45 minit pada waktu pagi, dan 45 pada waktu petang yang memang wajib aku akan membaca.. weee...


ye, aku naik lrt p office.. from gombak, aku parking.. then terus ke kerinchi.. kau nak tau kenapa aku mewajibkan diri membaca? sebab2nya adalah::


1. Buku masih baru, dalam plastik lagi 

ye.. aku banyak membeli buku cerita ye.. tak boleh ada duit sikit.. kalau teman jebat pegi kedai buku, aku yg melebih2.. ye la.. aku cm suka baca buku self-enrichment.. <-- ni kalao pegi MPH la.. kalo agak2 aku hilang tiba2 dalam MPH, kau cari je aku kat bawah2 rak tempat self-enrichment ni.. memang aku ade kat sini.. hehe, jadi.. buku2 yang aku sempat baca summary je sebelum ni, dapat di baca.. ye la.. bile lagi? takkan nk tunggu outdated kot? kan? kan? kan?



2. Abg Joe bagi buku cerita 

bukan satu tetapi lapan buku cerita bergenre jenayah.. err.. aku tak berapa suka sebenarnya yg ganas2 ni.. tapi bila start baca, ehhh...layan pulok.. nih salah satu yg aku da abes baca::

mencabar dan semangat yang mengagumkan.. namun tidak sesuai untuk bacaan kanak2 dan remaja bawah 18 tahun ye..



3. Tambah ilmu pengetahuan

Cliche kan? ye la.. aku pun tauuu.. hehe.. anyway, aku cuba untuk mengelakkan membaca perkara yang sama aku laksanakan di pejabat.. at least nih jadi cm opportunity untuk aku timba knowledge lain selain IT.. untuk IT tu, insya'allah i'm working hard to get them at work.. for more than 9hours per day :)



4. Awkward feelings during train ride

cuba kau bayangkan.. time naik train, ape yang kau pandang? adekah kau akan mendongak ke bumbung train? [aneh, mcm sakai gamaknye] atau kau menunduk ke bawah [where usually there is narrow space within them].. percayalah cakap aku. 45 minit perjalanan, kalau kau tend to look outside the train.. kau boleh rasa pening nak muntah... worse than that, adekah kau nak tengok tanpa arah tujuan? ye.. aku mula2 mcm ni lah.. until aku terperasan, yang orang di hadapan aku mcm perasan aku tengah perhatikan dia.. taak tak, yang sebenarnya aku pun tak tau nak tengok mane.. awkward la nate.. 


hasilnya, aku dah baca beberapa buku.. dan ada buku2 aku yg lama, aku repeat semula.. mm.. syok gak.. hehe haaa.. itu dia.. bukan main panjang entry kali nih.. cukuplah setakat ini.. sehingga di lain lembaran..


p/s: the only thing that you can change deeply in the world is YOURSELF.. good luck :)

Monday, July 9, 2012

malam yang tak panjang..

aku tak plan nak bercerita panjang.. hari nih exhausted giler.. KL mendung dan hujan sepanjang hari.. dan aku tak keluar dari office dari pukul 8:30 a.m - 7:00 p.m.. syabbas merra betta.. syabbas.. **prap2.. bunyik jari2 yang diregangkan..

 ok, after a while aku tak dengar lagu ni.. oh ya.. one of my favorite anyway.. rasanya da beberapa kali di share di sini.. tp nk share lagi hehe.. nah.. amekau..

 love me when i'm gone?

 sometimes it feels like karma.. i love Malay Drama so much that sometimes i feel like my life is a drama.. i'm in a role play peeps.. huhu p/s: i'll never let u down, even if i could.. :) selamat malam sayang..

Sunday, July 8, 2012

nanite sayang

aku da nk tido sebenarnya.. tp time tengok2 timeline.. ade pule drama di twitter.. fuh, da lama tak tengok nih.. ni cm kira wajib tonton.. hehehe **makan popcorn.. nom nom nom.. lepas pk2 balik.. mm.. okla, kau nk drama, pegi la drama sana.. aku da ngntuk.. esok kerja kot? budak3 ni, underwear pun mak ayah belikan lagi, tapi bile bercinta.. dunia pun lupe.. mm.. ok la.. pandai2 la kau kat situ.. nah aku kongsikan lagu tidur aku.. hehe




ape? jiwang? eeehhh.. ikut suke aku lah.. kahkahkah

 p/s: mesti la jiwang.. dalam hati ada taman bunge.. kau mane tauuuu.. hehe

ipconfig

ye ye..aku tau lah.. akujanji dari jumaat hari tu nk update blog nih ha.. tp sowie honey, ade internet configuration yang aku terpaksa selesaikan sebelum meneruskan penulisan.. masalah dia takde lah besau nau.. eh..maksud aku takde la besar sangat masalah dia.. aku rasa mmg tak besar..

mcm nih cerita dia.. aku start pasang internet hari khamis.. since waktu tu aku bekerja, yg ada kat rumah cuma ayahanda dan abg ju.. aku pun satu gak.. da tau org nk pasang internet, aku tak install siap2 desktop ni.. aku biar je dia tersadai kat tepi.. [eh, kasihan pule nasib desktop ni.. huhu] long story goes short, bila aku pasang desktop ni, didapati ianya tidak mempunyai sebarang wifi slot didalamnya.. ok, aku agak kecewa tetapi sebenarnya aku mmg dah cadang nk pakai LAN.. bukan ape, lebih stable kot? aku nnt nk wat keje dari rumah nnt, harapannya kenalah internet yg stable.. tak gitu?

aku rasa lah.. kalo wifi, bukan tak stable, tp tendency nk terputus2 tu cm agak tinggi kot? so, aku pun pegi beli LAN cable ngn ayahanda kat selayang.. <--punye lah nk cite kesusah-payahan aku smpai keluar pegi beli cable segala.. haaa.. masalah problemnye sekarang, pas aku pasang cable, still tak boleh nk connect ngn internet.. gampit sungguh kan?

jadi dengan semangat membara, aku pun meminta pertolongan daripada pihak2 yang berkenaan.. [hehe, kalau la diorg tau aku org IT, mesti aku tidak dilayan kn? hehe alaaa.. ko igt asal nama org IT, sume komputer-puter ni aku tau ke? ade gak yg tak tau.. [mm,malas nk pk sebenaryna kah kah kah] jadi, jangan la stupid n arrogant kan? bak kate org tue2.. malu bertanya, sesat kau kat situ.. haaaa] soalah aku mudah saje..

"kenapa tak boleh connect ngn internet eh?

kumpulan jawapan yang aku dapat::

1. kable tu rosak kot?
      :: nampak nau menipunyer.. aku da try dengan bersungguh2 kat kedai tadi.. ok je aku tengok?

2. internet ko tak cukup power la?
      :: come on la beb, unify VP20 kot? hello?

3. computer akak tu rosak la, kene format.. kalo akak nak, saya boleh buat, rm100 aje..
     :: ini mcm nk mintak lempang.. boleh aku mintak tolong, kau promote business ko kat aku?
        dah mcm perangai MLM kau ni.. aeeeiii.. rase nak tassss je

oleh kerana kecewa dengan semua jawapan itu, aku mengambil keputusan untuk buat sendiri config nyer.. ha.. tak susah rupenye.. tp 2 hari la aku cari solution.. hahah.. sengal gak aku nih.. hasilnya.. alhamdulillah.. connected jua akhirnya.. haha.. ni je solution dia::

simple betul sebenarnya.. thanx mr. google..

ok lah.. terlalu teknikal pula bila aku baca balik ape yg aku tulis.. cis

p/s: harap2 tak tukar jadi perbincangan robot bot bot pule di sini.. kah kah kah.. 







Friday, July 6, 2012

perkara pelik

entry ni sebagai hint untuk ape pekerjaan aku sekarang.. sebab aku masih baru, dan aku memang tak reti langsung nk describe mcm mane kat kau.. ni screen shot ape aku tengah buat sekarang..

kau faham? the truth is, aku pun belum berapa nk faham lagi.. phew

bila aku mengadu perkara ini kepada org yg tersayang, semua cakap.. takpe.. u'll soon catch up.. mm aku yang..mm amin.. hopefully la.. naik benak gak otak aku.. mau tak nye.. baru skang ni aku rasa otak aku cm berkarat kot? apekah?

hari2 berdoa agar pick up aku mcm ferari.. mslhnya aku yang sedar merasa pick up aku tak ubah seperti saga sahaja.. mm.. jgn risau.. aku akan bercerita berkenaan dengan perkara pelik ini lagi sepanjang perjalanan aku kat sini.. sebab aku cm tak tau nk articulate cm ne problem aku sebenarnya.. yang penting, solutionnyer adelah kena belajar.. 


p/s: everytime aku bercerita tentang perkara ini pada kak molly.. dia akan buat muka confuse dan tanya 'amende kau mencarut nih?' kah kah kah.. 


yang terlewatkan

beberapa hari lepas, aku terima panggilan panas daripada dino yang berbunyi lebih kurang mcm ni::

dino: bro, adekah kau telah menjadi anti-social?
aku: eh? apehal pule?
dino: blog kau da sebulan takde update bro..
aku: ha? yeke? hahahaha

ok, sekian..

bukan aku takmo update, tapi June 2012 is very hectic la machaa~~ banyak sangat perkara berlaku, smpai tak terhapdate blogkusayang ni.. antaranya adalah:-

  1. berhenti kerja dari UTM
  2. pindah rumah jb - kl
  3. buat SI kat bank, sebab tukar gaji segala..
  4. start kerja kat TM
  5. final exam 
  6. final assignmentsssssss
  7. internet takde (broadband bertukar menjadi berukband)
haaa.. ape? sikit? meh sini nk lempang kau.. 

banyak weh aku nk share.. tp tak sempat.. tp semalam, diorg da pasang unify kat rumah.. hehe, tp aku yg tak sempat nk configure internet ke desktop.. desktop yang asalnya bukan milik aku dan telah aku publish untuk menjadi hak milik kekal peribadi.. kah kah kah.. ye, tangan gatal gile.. menggeletar rasenye tak menulis.. ni nk tulis simple pun jadi berjela.. memang dasar bukan?

nantikan aku di entry seterusnya.. dan entry bulan 6, aku biarkan jadi rahsia.. kahkahkah


p/s: awk ni kekwat semacam, bukan nye kite jumpe lg kot pas nih? adesh..