Sunday, November 28, 2010

bengkel pemurnian pengurusan ISC

bengkel selama 4hari 3malam di kuching sarawak telah menjadikankan aku rakyat Malaysia yang sebenar..hehe takde kene mengena dengan bengkel sebenarnye.. huhu, ape yg aku nk ckp kat sini adalah dengan pemergian aku ke Kuching, Sarawak baru2 ni maka cukuplah penjelajahan aku keseluruh negeri2 yang ada kat Malaysia nih.. huhu, ok so pasni kalo org tanya semua negeri aku da pergi [walaupon aku tak jelajah seluruh pelusuk negeri, namun menjejakkan kaki di setiap negeri telah cukup utk buat aku rase bangga..hehe]

see? aku da ada gmbar wajib semua org yg da jejak kaki kat bandar kuching.. yeay \o/

ok mari bercerita tentang bengkel di Sarawak. Ni adalah 1st bengkel yg ISC organize. Cam best coz aku involve banyak dalam pembikinan bengkel ni.. hehe, secara tak langsung telah melebarkan sayap 'connection' aku dengan pelbagai pihak..ade rase mcm travel agent pn ade gak..huhu, tp yg lebih mencabar adalah bila kita nk menyediakan pembayaran kepada pihak2 berkenaan..huhu dengan bantuan imah, kak long and da geng.. akhirnya berjaya jugak bengkel ni dijalankan dengan lancar..

disertai oleh 17 orang [10 dari ISC dan 7 dari HEMA], kontijen UTM telah berlepas dari airport Senai menuju ke Kuching pada jam 2030 waktu tempatan. sampai kat airport kami sempat menjenguk2 dan berangan2 tengok kereta2 mewah yang dipamerkan di lobby airport..huhu syiok ooo

love mini cooper s..my ever dream car la weyh!

amacam dr k? mau sambar 1 ka z4? hak3

@senai airport..sebelum luggage drop

Setibanya kami di airport kuching, kami disambut oleh pemandu daripada Riverside Magestic yang memegang kertas yang terpampang nama saya: Noorabsya Mohamed -->hehe, aku xtau nape, tapi bila nmpak org tu buat aku terus tersenyum lebar..hehehe hilang jap sume mabuk2 atas flight tadi [ok, aku memang jenis yg mabuk2 walupon naik beca sekalipon..huhu melainkan kalo aku yg drive, nk drive flight cm melampau plak kan?huhu]

walau mabuk macam mana sekalipon..time amek gambar kena happy2 beb..

setibanya di hotel, kitorg dihidangkan dengan supper yg agak heavy..setelah merenung dan menghitung kira kandungan kalori yg terdapat didalam makanan yg disediakan, aku mengambil keputusan untuk makan dengan jayanya..hehe sori imah, gua tak kuat iman lah..hahaha then kitorg check in bilik..aku duduk 1 bilik ngn imah..yuki, kak long n nor satu bilik..selang 1 bilik je ngn kitorg..so haruslah melawat2 jiran sebelah menyebelah kan? hehehe

esoknya,lepas breakfast yang tak hagak2,kitorg pon bergegas ke bilik seminar yang telah disediakan untuk setup dan sebagainya..bengkel bermula seawal 8.30 pagi..dimulai dengan opening speech daripada datuk TNC..speech yg bersemangat dan 'promising' membakar semangat aku utk ke slot seterusnya...datuk juga minta kami untuk add beliau di facebook..hehe cool...Datuk TNC tak dapat join slot seterusnya dan beliau telah pulang sebaik sahaja opening speech nya..bdw terima kasih datuk kerana dapat join bengkel nih..membuatkan kami rasa sangat dihargai apabila join HEMA. selepas slot TNC, ada break utk minum pagi di sekitar pukul 10 cmtu.. peh memang menghitung kalori je keje aku setiap kali makan [hitung je,n just mampu cakap abesla pasni gemuk la weyh..tp tetap MAKAN walaupon da tau ape effectnyer..wuhuuu]

slot2 seterusnya melibatkan perbincangan...kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan besar...aku termasuk dalam kumpulan bersama en. farid sarji dan imah membincangkan tentang aktiviti pelajar dan system integration..memang menghasilkan idea2 bernas dan perancangan masa panjang yang bakal menguntungkan semua pihak terutamanya pihak UTM sendiri..aku berdoa perancangan Projek Mega yang kami cadangkan tu dapat sambutan dari semua pihak. Alhamdulillah setakat ini, ahli2 bengkel memberi feedback yang baik terhadap perancangan tersebut. [ape yg aku nk ketengahkan sekarang nih adalah selepas pulang daripada bengkel nih, makin banyak kerja yang bakal tersusun di atas meja dan didalam inbox email aku..walaupun banyak, aku tetap rasa sangat puas dan berharap agar semua kerja berjalan lancar..gosh i love my job..wuuhuuu]

brainstorm and critical thingking..hehe

presentation...semangat punyeee..hak3

dalam pada sibuk2 tu..dapat jugak kami mencuri2 masa yang ada untuk berjalan2 disekitar kawasan hotel..beli2 kek lapis, ikan masin, fridge magnet etc..berikut adalah hasil jalan2 heehe..

naik sampan..beb, 5 minit je kot nk seberang..tp aku boleh mabuk? wat de?

sedang berjalan2 jumpa signboard ni sepanjang jalan, dengan nasihat2 yg berbeza2..mungkin ramai yg mabuk tepi sungai then terus terjun dalam sungai..pastu menyusahkan org lain nk pungut sisa2 mayat yg dimakan buaya.. [eh?ape aku pk nih? astaghfirullah..]

Malam sabtu [hari jumaat], sehari sebelum aku tamatkan bengkel di kuching sarawak nih, aku sempat keluar bersama rakan sekolah lama..hehe ayumin..thanx bebeh..dia blanje aku diner kat topspot sana..makan seafood..owh sungguh sedap makanan2nye..aku makan smpai da takde space..walaupon fattah dok jawab semua makanan adalah ulat, tapi aku masih makan dengan jayanya..hahaha..owh inilah hasilnya..

fattah [bf ayu], ayumin, n gue at topspot

teh c peng..sarawak special..huhu 3 layers beb

Udang butter..tp rasa cm lain dengan yg aku biasa makan kat sini..ada manis sket

omg..yes i'm eating this huhu

o yeh..siput ambal masak kari, nampak mcm pelik..tp memang sedap weyh..tak tipu..

umai..fresh fish huhu

sayur midin..ok aku tak penah jmpa kat semenanjung..cm paku pakis sket..

oyster pancake..hehe..sedap wooo

hasil daripada bengkel:
1. perancangan kerja yang makin mantap
2. sistem yang lebih kondusif
3. kek lapis, ikan masin, fridge magnet
4. eratkan sillaturrahim dengan rakan doktor yang posting di hospital umum sarawak [ayumin n bf fatah] sambil makan makanan org2 sarawak dan tidak dapat dijumpai di semenanjung..huhu

dan juga tidak ketinggalan

5. berat badan naik 2-3 kilo akibat makan tidak berhenti

sekian entri untuk kali ini..

6 comments:

  1. hmm patut pun felait kau senget sebelah. hahahaha.

    ReplyDelete
  2. hahaha..mane ade? awak ni memandai je lah..

    ReplyDelete
  3. adakah mata aku, atau ko mmg semakin ayu?

    ReplyDelete
  4. TopSpot terbaikkk!
    Jemput datang lagi. :)

    ReplyDelete
  5. hmm..klu sya nk tau kt cni siput ambal tu they all pggil pahat..tp klu gorg brlade lg sedp woooo...huhu (^_^)

    ReplyDelete
  6. agyme: hahaha..alaa pakai baju kurung weyh..lelaki pon bole nmpk ayu...[bukan ayumin ye..ayu dalam ertikata sebenar..hahaha]

    ayumin: thanx a zillion beb..memang best gilerr [rrr]

    along: ooo..la, kite yg tak tau ye? sengal btol..haha..ok pasni bole lepak ngn along plak, cari siput ambal/pahat kat melake..yeay \o/ hehe

    ReplyDelete