Thursday, October 27, 2011

demam masterchef malaysia

sane sini aku pegi, org dok sebut pasal masterchef lah, top chef la.. nampaknya rancangan masakan kini telah menjadi trending.. menggantikan fenomena rancangan realiti mencari penyanyi suatu masa dahulu.. sebagai seorg yg mengikuti perkembangan dunia semasa, haruslah aku pun ikut trending tersebut.. banyak gak la impak positif tonton rancangan masakan mcm ni.. esp. utk aku yg tidak ada perassan minat terhadap memasak nih ha.. tp, lepas tonton.. fuh, aku plak rasa mcm aku masterchef.. kah kah kah

oleh itu bersempena dengan rancangan masterchef malaysia yang sedang rancak diperbualkan, kak sally dengan jayanya telah memberi buah fikiran untuk melaksanakan satu pertandingan masakan antara aku, dia n hubby dia.. haaa... dah mcm Hell's kitchen rumah aku kejap tadi.. mane taknye.. dak batrisha kemain sibuk menolong utk menghias segala.. hahaha.. ok2.. long story goes short.. kitorg diberi 3 task yang berbeza.. setiap sorg kena buat task masing2 dalam masa 40 minit.. fuh.. gelabah katak aku tadi..

kak sally sediakan 2 recipe setiap sorg.. then batrisha pick and distribute to contestant.. contestant boleh pilih recipe dan tokok tambah recipe tersebut.. ah.. dramatis betul, padehal kitorg nk siapkan lunch je.. hehe, in an interesting way la tp nyer.. sembangat betei tadi.. hahaha baiklah, hasilnye adelah sedemikian rupe:-


task kak yati: batrisha snow white tom yum [over punye name..huh]



task abg hazlee: chicken bistik black paper




task aku: kailan stim with garlic gravy haaaa.. kemain lagi namenye



ni gambar bergabung..



and the judge.. err, bibik.. kah kah kah.. alaaa, abes tu dah sume juri profesional jadik contestant.. terpakse la pilih bibik jadik judge.. karang sendiri masak, sendiri kata best.. bergaduh plak karang.. ceh


Aku takut la nak sambung tulis nih.. mcm menyambung nyawa.. ni kak sally dok pantau mcm SPM kat sebelah nih.. siap bawak pembaris lagi.. amboi.. sebenarnya keputusan, semua pun menang sebab dapat siapkan lunch for everybody today.. tp nih ha.. kak sally, tak puas hati plak kalo aku tak tulis dia dapat no. 1.. aku suspek bibik takut ngn die la.. hahahahahaha mane taknye.. mase bibik test food dia, kemain jegil mate aku tengok! hahaha adei, saket perot aku..

ok lah, aku nk blk jb.. selamat maju jaya..



p/s: kepada jaya balachandran, selamat depavali..


Sunday, October 23, 2011

aktiviti ketika hujan

hujan lebat membasahi bumi johor membuatkan aku rasa mood yang paling sesuai sekarang ini adalah menulis.. aku tak nafikan sejak dari zaman kanak2 aku suka bau hujan.. kau tak tahu ape tu bau hujan? cuba perihatin dan cuba diri dekat jendela rumah ketika hujan.. dengan sedikit2 percikan air di muka, dan bau segar hujan.. memang boleh buat aku tersenyum.. sebab bau hujan kat mana2 pelusuk dunia adalah sama.. dan sekiranya ketika hujan tu aku berada jauh dari rumah, pasti aku homesick gile.. mane tak nye.. mesti aku terus terfikir ape aktiviti waktu hujan ketika di rumah..

masa aku kecik, arwah nenek aku jaga aku.. aku tinggal rumah nenek aku [ah, dramatis gile bunyiknye.. walhal rumah nenek aku adalah di hadapan rumah parents aku.. boleh lari2 tak pakai kasut lagi] so, pendek kata.. aku ni cm manja gile la ngn nenek.. setiap kali hujan, aku mesti nk pergi berkepit kat nenek.. smpai dia rimas.. ngeeeheeehe jadik, setiap kali hujan.. nenek mesti prefer aku tido berbanding berkepit ngn dia.. atau utk pancing aku, dia akan masak ubi rebus dengan sambal tumis.. fuh.. ni memang makanan wajib ketika hujan.. sedap tau tak?


gambar amek kat sini


selain tu, aku masih ada memory main khemah2 ngn kak sally.. kitorg buat khemah guna blanket.. lepastu letak torch light kat tengah2.. then buat cerita hantu [walhal sekor2 penakut].. dan kebiasaannya kalau abang joe dapat hidu kegiatan kami, dia lah hantunye.. hehehe mesti kitorg kene sergah.. pastu khemah kene roboh.. pastu kak sally mesti nangis.. haha.. ok, aku cm tak kuat nangis sangat time kecik2 dulu.. skarang je cengeng sket.. kah kah kah

selain daripada tu, ofcoz activity tido.. tp aku suka pilih port.. aku suka duduk dekat jendela.. haaa, rumah arwah nenek aku memang rumah melaka.. so, semua tingkap bukan tingkap biasa.. semuanya jendela.. kat dapur je ada tingkap nako <-- tu pun kalau kau faham ape tu tingkap nako.. hahaha.. nape aku pilih port tepi jendela? sebab mood nak tidur secara auto akan sampai bila dapat bau hujan dan dapat rasa sikit2 tempias percikan hujan kat muka.. hmmmm damainye.... tp biasanya nenek akan angkat aku tepi sket coz tak kan dia nk biar aku basah kan? hehe.. lagi pun mane ade org biar tingkap tebukak time hujan.. aku sorg je.. ceh

tak.. ni bukan rumah nenek aku.. tp cm lebih kurang la architecture dia.. amek dari sini


those were the days... jadi, apekah aktiviti ketika hujan anda? adakah lebih menarik?


p/s: i felt empty inside..


someone like you

great voice adele..

jgn buat spekulasi, lagu ni takde kene mengena langsung dengan hidup ataupun perasaan aku sekarang.. in fact, i don't miss my history.. let bygone be bygone... but still, this is a great song..

p/s: i am much more interested in my future.. don't you?


Saturday, October 22, 2011

kau, aku dan penipu

aku tak tahu lah apehal rumah berhadapan dengan apartment aku ni rajen betul main fire crackers.. tak kira ada event atau tidak.. memang best la kalau tengok sekali sekala.. nih dah apehal kau tak kira masa mesti nak main bunga api nih? eeeh? aneh tahu? ah, biarlah diorg.. sebenarnya aku tak ada perasaan marah pun terhadap percikan bunga api dari jiran aku.. cuma aku rasa aneh.. mungkin dia tokan bunga api sebab pada aku, rasa mcm bakar duit ketika main mercun tu.. bukan apa, bunga api yg diorg main ni bukan jenis yang 3 ikat seploh hengget tu, tapi ni yg jenis berdas-das kuar yang percikan sehingga menjangkau 40-50 kaki ke langit tu.. haa, kire cm satu tebrau boleh saksikannya.. haaa..

baiklah, abaikan kisah bunga api mahupun kes2 jiran sebelah menyebelah.. hari ni aku nk bawak korang semua untuk menyelami isu penipuan.. ha.. ni bukan isu puan puan, tp penipuan..

kau, aku dan penipu [gambar di amek dari sini]


kita biasa tengok ramai orang yang tidak bercakap benar.. walaupun dalam keadaan sedar, kita tetap membiarkan penipuan itu berlaku.. kadang2 isu penipuan ni melibatkan perkara yang amat besar.. namun, kita sendiri tidak ada kemampuan untuk melaksanakan apa2 bagi reveal kes penipuan tersebut.. haa.. jangan pening, [aku harap korang tak pening] sebab kita memang seringkali terperangkap dengan situasi seperti ini..

bagi aku, kalau aku tak mampu reveal, aku cuma mampu perhati.. dari pemerhatian tu lah aku rasa ada beberapa sebab utama kenapa penipu memilih jalan untuk tidak bercakap benar.. mari kita cungkil ape sebabnye manusia ni menipu..nah, ni aku sisipkan sebab musabab orang nak menipu:-


1. duit

as what they have said.. MONEY IS THE ROOT OF ALL EVIL.. memang betul pun.. jangan cakap menipu, skang ni aku tengok kat tv, duit punye pasal.. anak sembelih mak bapak, adik tikam kakak, boyfriend simbah asid kat girlfriend.. and the list goes on.. karang kalau aku listkan ape consequences pasal duit ni, mau penuh entry ni dengan kes-kes jenayah.. tapi tipu pasal duit ni biasanya dalam satu kategori dimana satu pihak akan mengambil keuntungan [dan iya, ini adalah pihak penipu] dan satu lagi pihak menjadi tipah tertipu.. as usual.. huh


omak aih.. ni jual dadah ke duit banyak2 siap ikat ngn tali rapia?


2. jaga air muka

iyaa.. part jaga air muka ni aku mmg nk tekan kan sket.. ade jenis org yang sanggup menipu semata-mata nak orang nampak dia jauh lebih tinggi berbanding siapa diri dia yang sebenarnya.. seriously, ini peringatan untuk kau, aku dan si penipu.. kesan pada masa hadapan adalah sangat tak bagus.. selama2 orang akan cop kau 'acting like some big shot, tp habuk pun tarak' haaaa.. i've seen these baanyaaak kali.. malu weh kalau dah kantoi.. so, jangan.. jangan.. jangan sesekali terfikir nak buat pun.. biar orang nk kata kau bukan high class, yang penting kau tak create cerita kononnya kau sangat high class.. kau akan jadi class memasak saje sudahnya


3. elak tanggungjawab

ha, ni memang lah mintak lempang [ah, semua penipuan pun mintak lempang sebenarnya].. ni yang aku rasa dalam banyak2 alasan, alasan ni lah yang paling top menjengkilkan aku.. mane tak nye? kau tengok eh, kalau ape2 hal nak kena involve commitment, adeee sajeeeeee alasan kau kan? bukan orang tak tahu yang kau sebenarnya sedang menipu.. agak2 la nak kasi alasan, satu kali, orang boleh terima.. dua kali orang ckp fine, everybody deserve the 2nd chance.. 3/4/5/6 kali? tak ke ketara kau sedang menipu saitan?


4. malas

ni aku malas nak comment.. [eeeeh comment pun malasss].. bukan ape, tak perlu lah nak kutuk sana sini, aku pun kadang2 [fuh takmo ngaku] tipu je kalau dah malas kan? contohnya, kakak aku suruh masak.. [dan keadaan malas memang melampau batasan] aku cakap lah.. sorry kak, sakit perut la.. err, sakit kepala sekali.. cm rasa nak demam pun ada.. haaaaa [but as usual, kau igt kakak aku layan?tak mungkin] mestilah kakak aku tengok muka aku pun dia tahu aku menipu weh.. memang dia tambah2 lagi kerja... haaa kan aku da ckp, hasil penipuan ni biasanya 2-3 kali ganda tak bagus berbanding hasil kau berterus-terang [erk,tak jugak.. takkan kau nk mengaku.. alaah malas lah.. ha, nak kena maki free?]


5. habit

ini merupakan kategori penipuan yang amat berbahaya.. ya, kadang2 ada orang dah jadikan penipuan tu satu habit.. contohnya, kita just tanya hey, kau makan kat mane tadi.. dengan pantas orang tu menjawab, kat warung je tadi.. walhal pegi makan kat mcd.. sebenarnye tak kisah lah kau makan mane sekalipun, kau dah makan dah pun.. bukan ada orang boleh nak buat ape2 ke atas kau.. tapi sebab dah jadi habit nak melepaskan diri dengan cara menipu, pantaaas je mulut kau senah nak menipu sana sini.. ingat2 lah sikit kat tuhan weh.. sedangkan benda kecik mcm ni kau terdorong nak menipu, inikan pula benda besar.. kadang2 orang tu menipu tanpa ada alasan yang munasabah.. kadang2 [dan yang lebih teruk] diorg sendiri tak tahu kenapa diorg nak menipu..haaaaa kronik tak kronik u olss?


macam biasalah, semua orang yang menipu memang nak menyelamatkan diri.. tapi selamatkah hidup mereka selepas menipu? renung-renungkan lah dan selamat beramal..


p/s: just remember one thing, liar liar, u've just put your pants on fire

Tuesday, October 18, 2011

move like jagger

sibuk pergi cakap good night kat semua org.. walhal diam2, aku pergi curik2 tulis lagi satu entry.. haha, rindu la weh nak menulis rancak seperti bunyik popcorn masak.. kasi can lah.. hahaha.. ok, aku agak terkejut bila kak molly tahu akan lagu 'move like jagger' by maroon 5 ni ha.. ye la, bukan ke dia ni jenis2 zaman lagu keroncong? eh..silap, zaman2 lagu ahwie, amy, hattan.. haaaa mane aku tak terkejut?.. ah, kita biarkan isu kak molly dengan perkembangan dunia muziknya..

aku mmg dah default perangai, kalau tak tau ape2, aku pantas cenderung untuk type permasalahan di google.. dan di pendekkan cerita, aku pun google la jagger tu amende.. dan menurut pemerhatian aku, jagger adalah nama org.. huhu, aku igt cm satu term untuk cm org yg cool ke, poyo ke.. ape ke.. huhu, silap rupenya.. anyway, its a nice song.. nah amek untuk tontonan umum




p/s: tajuk entry kau pun, tak agak2.. hampir tercabut jantung aku dengar.. hahaha, and yes, i did found you


invention

memang dunia kini menggalakkan semua individu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.. dan dengan semangat ini.. pelbagai dorongan terhadap beberapa inisiatif untuk mencipta telah wujud.. manusia menjadi lebih maju dengan adanya culture untuk mencipta sesuatu yang baru.. soul untuk invention ini pada awalnya adalah untuk menyediakan kemudahan untuk manusia yang pada asalnya dianggap susah.. atau dengan ayat yang lebih mudah, mempermudah perkara yang susah dalam hidup ni..

contohnya [ya, aku akan sisipkan contoh2 biasa digunakan daripada sekolah rendah lagi] ford yg cipta kereta sebab penat nk jalan dan nak kurangkan azab naik kereta kuda/haiwan lain.. supaya lebih convenient.. hasilnya.. kereta [dan tidak ketinggalan, generasi yang kurang exercise seperti aku] oh ya, bercakap tentang kebaikan dan keburukan inovasi, long story goes short.. aku sebenarnya ada terserempak dengan sebuah inovasi err nak kate canggih takde la canggih.. tapi kreative la.. kau tengok invention ni..

teori yang digunakan, sama mcm teori prisma kaca [tak ingat?boleh refer buku teks science f2.. haaa]

adekah ini kreatif? atau membuat orang makin malas? atau memang bagus untuk elak kau sakit tengkuk? ah.. aku sendiri confuse.. tp kalau ada bagus jugak.. nak jugak try.. kah kah kah.. mula-mula aku tengok, mcm hek eleh.. ni pun sakan aih nk invent segala.. tapi bila lama2 aku tengok.. huhu, aku pun slalu je baca buku cmni.. kadang2 [err..selalu je sebenarnya] nak membaca smbil rilex b4 tido yg kebanyakkannya memang habis smpai 2-3 jam.. bila tengkuk dah sakit baru tido.. haa.. memang yg invent ni mesti ada habit cm aku.. wah.. bagus sungguh.. terbaeklah.. ha, ni kalau ada mane2 MLM jual menda ni, meh sini promote kat aku k.. hik hik hik


p/s: we have our own story board..care to share? :)


heeey macarena, aaight!

yes, its tuesday again peeps.. ha, ape yang engkau orang buat bekerja lagi di sana? sepatutnya paling lewat pun lepas solat maghrib, baik kau balik rumah.. bukan ape.. kan kegembiraan malam weekdays kemuncaknya pada malam selasa.. mula2 aku mcm tak perasan yang aku mempunyai keinginan bahawa setiap malam weekdays adalah malam selasa sehingga ke satu hari, aku balik terkocoh-kacah dengan harapan dapat berjumpa dengan fifi fairuz fuyoo.. tapi harapan kecundang sebaik sahaja sedar bahawa ianya malam khamis sebenarnya.. ah, frust.. oh ya, cerita botak ni pun makin sweet.. syok gak tengok gangster feeling2.. janggal.. haha

dan satu lagi, soffiya ni, kan ke sangat typical.. semua cerita melayu nk mcm ni.. semua2 akan suka pada sorg perempuan tu je.. dari pakcik tukang kebun sehingga ke jutawan negara.. ah, so damn typical.. [tapi aku masih menonton.. cis].. tapi mungkin tu reality sekarang.. kalau org hot, semua org nk kat dia.. org tak hot.. mungkin boleh terus jadi watak picisan, yg kadang2 orang tak perasan pun kau wujud.. yes, life is unfair.. but it is still good anyway..

selepas menulis 2 paragraph di atas, baru aku sedar, OMG.. aku sangat kaki drama ok! [tu la, asyik ckp mak suke tengok sinetron, kan aku dah berjangkit..at least mak ada pada tahap international.. sedangkan aku lebih taste melayu ye] walhal sekarang ni, tahap busy aku dah bertambah 2 kali ganda.. project dah bertambah, dan aku tambahkan lagi schedule dengan study.. fuh.. aku ingat aku akan meninggalkan dunia menonton drama.. tapi ternyata.. tidak.. kenapa aku mcm main2 sangat ni? gosh.. bila la i wanna get serious nih? hey hey hey!


hehe, almost like nevaaaah


ok, aku rasa ni mungkin entry mukadimah.. cm gatal plak nk menulis malam ni.. sedangkan paper banyak lagi boleh tulis.. kah kah kah


p/s: yes, i miss all my post script about you.. ;p


Friday, October 7, 2011

bajet 2012



mengikut analysis yang amat kritis yang telah saya jalankan, ramai juga yang agak kecewa dengan keputusan bajet 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebentar tadi.. saya tidak sempat untuk menonton sepenuhnya sebaliknya lebih banyak membaca update status di facebook dan timeline yang bergerak selaju 120km/h sepanjang masa bajet dibacakan sebentar tadi.. walaupun tv hanyalah beberapa meter daripada tempat duduk, namun crowd yang mengunjungi office sebentar tadi umpama mereka yang datang untuk concert faizal tahir gamaknya.. gegak gempita jeritan suara mereka.. sabar, sabar... jangan buat perception yang bukan2.. bukan customer mengamuk, tapi hujan lebat sangat di luar sehingga ada yang terpaksa meninggikan suara untuk berkomunikasi sesama mereka..

baiklah, kita ketepikan keadaan sekeliling yang agak mengganggu rancangan bajet 2012 sebentar tadi.. ape yang aku nk sampaikan dalam entry ini adalah berkenaan dengan beberapa benefit yang sempat aku capture.. benefit ini khususnya untuk kakitangan kerajaan.. ya, sebab aku juga merupakan kakitangan kerajaan, maka sudah pasti isu2 seperti inilah yang dinanti2kan.. aku percaya, kalau kau juga kakitangan kerajaan, kau juga ternanti2 dengan hebahan setahun sekali ini.. di sini, suka aku kongsikan beberapa benefit yang amat menarik..

1. guru mendapat gred44 pada tahun ke-8 perkhidmatan dan gred48 pada tahun ke-16 perkhidmatan

tidak, aku bukan seorg guru.. tapi kakak kesayangan aku seorg guru.. yes, they do deserve this.. thanx to our government.. bukan ape, in fact aku syorkan lebih banyak ganjaran kepada guru2.. kau igt senang ke nak jadi guru pada zaman sekarang nih? budak2 sekolah sekarang ni bukan mcm kite dulu2.. kita nakal memang nakal.. tapi nakal kampung.. sekarang ni budak2 nakal, nakal omputeh.. sume nak jahat yang ya rabbi punye jahat.. cikgu kat sekolah kalau tak ada ketahanan mental yang kuat, kau pikir boleh bertahan lama? tak mungkin ok... daripada pandangan personal, aku memang respect semua warga pendidik yang tabah menghadapi karenah anak2 yang pelbagai mcm ragam.. dan ganjaran seperti ini terlalu kecil bagi kita untuk hadiahkan kepada mereka, tapi bagi mereka.. at least something that make them feel appreciated..



2. Penawaran 5000 peluang untuk tempat ijazah sarjana dan 500 peluang untuk peringkat kedoktoran kepada penjawat awam

buckle up peeps.. time untuk sambung belajar sume! iye yang ini aku cm sangat teruja ye.. memang aku cm fuh bersyukur gile la.. banyak peluang nih weh.. korg, grab the chance while we still can.. baru la boleh kaya... hehehe ;p chup.. selain kaya.. weh sape nak tanggung kau smbung blaja weh? ni dah ada peluang, amek la.. bak kate mak aku, bukan senang nak jadik senang ni.. no short cut at all.. lagi pun, best ape kalau lagi pandai daripada org lain.. bukan untuk belagak, tapi pecayalah segala tindakan dan keputusan yang korg buat nnt pasti lebih wise berbanding org lain.. sebab, korg ada belajar punya orang.. haaaa.. [sume dialek aku pakai]


3. bonus lagi setengah bulan gaji pada hujung tahun ini..

yeay.. alhamdulillah.. berbanding cuma rm500 tahun lepas ketara ekonomi malaysia memang menunjukkan peningkatan yang bagus.. come on peeps.. setengah bulan gaji pun, sape nak bagi weh.. oh ya.. kat sini memang agak gatal la tangan aku nk menulis secara laju.. mana tak nya.. ada pulak aku dengar org kutuk, ckp ala.. seronok la org goment, keje lepak2 pastu tau2 ujung taun dpt bonus.. [sini kau, datang office aku tengok mcm mana org kerja.. kalau aku dapat muke kau, memang aku bagi kiri kanan atas bawah] come on, tak ya nk banding2kan goment ke swasta ke.. korg berbaloi la skali bonus berbulan2 gaji.. kitorg yg dapat setengah bulan gaji ni pun nk dengki ke? ape lah..


dan banyak lagi sebenarnya.. apapun pandangan personal anda, pada saya.. alhamdulillah.. nowadays setiap tahun negara kita menunjukkan peningkatan didalam ekonomi.. banyak atau sedikit itu memang ukurannya.. kalau sedikit, apa yg kau rasa kau boleh bantu? kalau kau tak mampu nk bantu, mulakan dengan bantu diri sendiri.. baiklah.. sehingga di lain lembaran..


p/s: tak rasa langsung sedang menunggu jika bertemu dengan internet.. weweweweeee... **waiting for my baby, 1st service.. heeheee love love...oh ya.. bajet 2012 kerajaan dah keluar, bajet kau pulak? mcm mane? jangan asyik bajet bagus je sudey.. kah kah kah



Thursday, October 6, 2011

what are you afraid of?

lets do some reality check..


p/s: so, what are you afraid of? yourself perhaps?


Monday, October 3, 2011

sampai bersawang, baru nak update



jangan risau, entry ini tidak ada kena mengena langsung dengan mana2 jenis serangga mahupun labah2.. saje je kasi expression lebih sket.. ye la.. blog nih dah naik bersawang tak berupdate.. hehe, bukan ape.. kadang2 isu2 dunia ni banyak yang melalaikan.. baiklah, sebelum aku terus melalut jauh.. baik kita terus ke point sebenar entry ini di tulis..

sebenarnya ketika aku mula nak menulis.. mcm2 idea bernas kat otak nak menulis.. tiba2 ada sesuatu yg menarik perhatian aku.. design baru tamplate blog ni ha.. haaa.. dengan semangat berkobar2 aku pun tukar sana sini [konon2 creative abeh dah idea aku].. there you goes.. ini tamplate terbaru.. tapi aku rasa mcm ada yg tak kene je.. mm..

takpe.. untuk tempoh masa percubaan kali ini.. aku akan biarkan je dulu design mcm ni.. later on baru lah aku tukar lagi kalau tak sesuai.. alaa.. yang sana tu jangan la dramatis sangat.. tukar background je pun.. bukan tukar hak milik..dah pergi kesat air mata kau..

p/s: people change rapidly.. accordingly to their environment.. if you doesn't change much.. you better move on to some new places that will make you change :) Dare to try something new.. :)