aku tak tahu lah apehal rumah berhadapan dengan apartment aku ni rajen betul main fire crackers.. tak kira ada event atau tidak.. memang best la kalau tengok sekali sekala.. nih dah apehal kau tak kira masa mesti nak main bunga api nih? eeeh? aneh tahu? ah, biarlah diorg.. sebenarnya aku tak ada perasaan marah pun terhadap percikan bunga api dari jiran aku.. cuma aku rasa aneh.. mungkin dia tokan bunga api sebab pada aku, rasa mcm bakar duit ketika main mercun tu.. bukan apa, bunga api yg diorg main ni bukan jenis yang 3 ikat seploh hengget tu, tapi ni yg jenis berdas-das kuar yang percikan sehingga menjangkau 40-50 kaki ke langit tu.. haa, kire cm satu tebrau boleh saksikannya.. haaa..
baiklah, abaikan kisah bunga api mahupun kes2 jiran sebelah menyebelah.. hari ni aku nk bawak korang semua untuk menyelami isu penipuan.. ha.. ni bukan isu puan puan, tp penipuan..
kau, aku dan penipu [gambar di amek dari sini]
kita biasa tengok ramai orang yang tidak bercakap benar.. walaupun dalam keadaan sedar, kita tetap membiarkan penipuan itu berlaku.. kadang2 isu penipuan ni melibatkan perkara yang amat besar.. namun, kita sendiri tidak ada kemampuan untuk melaksanakan apa2 bagi reveal kes penipuan tersebut.. haa.. jangan pening, [aku harap korang tak pening] sebab kita memang seringkali terperangkap dengan situasi seperti ini..
bagi aku, kalau aku tak mampu reveal, aku cuma mampu perhati.. dari pemerhatian tu lah aku rasa ada beberapa sebab utama kenapa penipu memilih jalan untuk tidak bercakap benar.. mari kita cungkil ape sebabnye manusia ni menipu..nah, ni aku sisipkan sebab musabab orang nak menipu:-
1. duit
as what they have said.. MONEY IS THE ROOT OF ALL EVIL.. memang betul pun.. jangan cakap menipu, skang ni aku tengok kat tv, duit punye pasal.. anak sembelih mak bapak, adik tikam kakak, boyfriend simbah asid kat girlfriend.. and the list goes on.. karang kalau aku listkan ape consequences pasal duit ni, mau penuh entry ni dengan kes-kes jenayah.. tapi tipu pasal duit ni biasanya dalam satu kategori dimana satu pihak akan mengambil keuntungan [dan iya, ini adalah pihak penipu] dan satu lagi pihak menjadi tipah tertipu.. as usual.. huh
omak aih.. ni jual dadah ke duit banyak2 siap ikat ngn tali rapia?
2. jaga air muka
iyaa.. part jaga air muka ni aku mmg nk tekan kan sket.. ade jenis org yang sanggup menipu semata-mata nak orang nampak dia jauh lebih tinggi berbanding siapa diri dia yang sebenarnya.. seriously, ini peringatan untuk kau, aku dan si penipu.. kesan pada masa hadapan adalah sangat tak bagus.. selama2 orang akan cop kau 'acting like some big shot, tp habuk pun tarak' haaaa.. i've seen these baanyaaak kali.. malu weh kalau dah kantoi.. so, jangan.. jangan.. jangan sesekali terfikir nak buat pun.. biar orang nk kata kau bukan high class, yang penting kau tak create cerita kononnya kau sangat high class.. kau akan jadi class memasak saje sudahnya
3. elak tanggungjawab
ha, ni memang lah mintak lempang [ah, semua penipuan pun mintak lempang sebenarnya].. ni yang aku rasa dalam banyak2 alasan, alasan ni lah yang paling top menjengkilkan aku.. mane tak nye? kau tengok eh, kalau ape2 hal nak kena involve commitment, adeee sajeeeeee alasan kau kan? bukan orang tak tahu yang kau sebenarnya sedang menipu.. agak2 la nak kasi alasan, satu kali, orang boleh terima.. dua kali orang ckp fine, everybody deserve the 2nd chance.. 3/4/5/6 kali? tak ke ketara kau sedang menipu saitan?
4. malas
ni aku malas nak comment.. [eeeeh comment pun malasss].. bukan ape, tak perlu lah nak kutuk sana sini, aku pun kadang2 [fuh takmo ngaku] tipu je kalau dah malas kan? contohnya, kakak aku suruh masak.. [dan keadaan malas memang melampau batasan] aku cakap lah.. sorry kak, sakit perut la.. err, sakit kepala sekali.. cm rasa nak demam pun ada.. haaaaa [but as usual, kau igt kakak aku layan?tak mungkin] mestilah kakak aku tengok muka aku pun dia tahu aku menipu weh.. memang dia tambah2 lagi kerja... haaa kan aku da ckp, hasil penipuan ni biasanya 2-3 kali ganda tak bagus berbanding hasil kau berterus-terang [erk,tak jugak.. takkan kau nk mengaku.. alaah malas lah.. ha, nak kena maki free?]
5. habit
ini merupakan kategori penipuan yang amat berbahaya.. ya, kadang2 ada orang dah jadikan penipuan tu satu habit.. contohnya, kita just tanya hey, kau makan kat mane tadi.. dengan pantas orang tu menjawab, kat warung je tadi.. walhal pegi makan kat mcd.. sebenarnye tak kisah lah kau makan mane sekalipun, kau dah makan dah pun.. bukan ada orang boleh nak buat ape2 ke atas kau.. tapi sebab dah jadi habit nak melepaskan diri dengan cara menipu, pantaaas je mulut kau senah nak menipu sana sini.. ingat2 lah sikit kat tuhan weh.. sedangkan benda kecik mcm ni kau terdorong nak menipu, inikan pula benda besar.. kadang2 orang tu menipu tanpa ada alasan yang munasabah.. kadang2 [dan yang lebih teruk] diorg sendiri tak tahu kenapa diorg nak menipu..haaaaa kronik tak kronik u olss?
macam biasalah, semua orang yang menipu memang nak menyelamatkan diri.. tapi selamatkah hidup mereka selepas menipu? renung-renungkan lah dan selamat beramal..
p/s: just remember one thing, liar liar, u've just put your pants on fire
No comments:
Post a Comment