Monday, September 30, 2013

GIT Team Building 2013 - Group 4

aku tak bermaksud nak menulis panjang didalam entry ini.. entry kali ni lebih kepada entry bergambar.. ini berkenaan dengan team building yang aku hadiri pada weekend lepas.. penat tapi memang menyeronokkan.. oh ya, nama team aku Pawana.. we all 17 orang dan semua orang memang best.. dah2 jangan melengahkan masa.. mari kita terus kepada perjalanan program..

kami bertolak pada jam 9 pagi daripada menara.. aku naik bas yang dah disediakan.. malas la nk drive.. da la tak tau jalan.. mau ke laut nyer nanti.. hari tu memang dah cadang satu team nk pakai merah.. so sume merah mak ngah chuolls.. sampai gambang resort dalam pukul 1:00pm.. ada berhenti kat temerloh jap.. aku sekadar turun, tarik nafas dan naik balik dalam bas.. kerana tidur lebih seronok berbanding bersantai di R&R.. huhu


pintu gerbang Gambang Resort.. ala2 castle gitew chuolls...

Sampai jer kat sini, kitorg terus berkumpul kat dewan for short briefing.. urusetia minta kitorg rilex 1 jam (makan & solat) sebelum indoor games bermula.. so kitorg pon pegi makan2.. tak sempat nk amek gambar.. almaklumlah masa tu cm senoneng.. baru turun bas, then nk buckle up for indoor games.. hehe pukul 2, bermulalah keliaran perangai semua org ber indoor games.. lihat ini:



siapa sangka? team Pawana dapat No. 1 tau untuk indoor games.. caya la chuolls.. i memang tak sangka tiba2 semangat dan boleh menang.. haha


abes je indoor games, sume pun dah letih.. tapi nk kena get ready untuk malam pembukaan pulok.. nk kena berlakon bagai.. haaa.. part ni yg exciting nih.. kitorg berlakon.. ada berbelas2 watak.. namun, dalam banyak2 watak yang ada, aku? jadi burung nox.. hahah lawok.. but the point now is i survived that night, alive! haha.. ni ha gambau..


i'm a bird... see?


cubaan nak melompat..


ah.. cant i get any normal like anyone else?? owh man..


ok, kitorg just dapat sagu hati jer malam ni.. tapi takpe.. tetap seronok..  esoknya, ahad.. kena explorace.. haaa.. penat giler.. nah gambau..

team pawana yang totally ohsem...


tolong lah ada gambar aku yang normal sket..


ok, better.. hihi



setelah penat bermain, ini lah masa untuk kemenangan..













p/s: ini seronok, dua ronok, tiga ronok.. huhu nak lagiiiii...

Friday, September 27, 2013

EDWH yang ohsem!

selamat hari jumaat rakan2..

ya, hari ni, lunch hour panjang sket.. almaklumlah hari jumaat.. sempat la nk spend 10 minit tulis blog nih ha.. jap jer.. lagi pun tadi da makan berlipat2.. kena payung baek punyer.. group EDWH buat makan2.. jemput la kitorg.. mula2 ingat nk kena bayar ker, potluck ker.. tapi diorg ckp xde.. meh la datang.. saje je wat makan2.. diorg nk wat reunion EDWH katanya.. ye la, diorg ni nama jer satu team, tapi duduk scattered.. maybe sebab tu kot nk buat reunion..

seperti jamuan makan yang lain2.. aku expect macam biasalah.. ada makanan.. buka majlis sket.. makan, then orait.. thanks chu olls.. tapi impression amat berlainan.. jemputan makan adalah pada jam 10:30 pagi.. tapi mmm segan lah i nak naik sharp on time.. huhu i kan pemalu orangnyer.. hihi.. so, kitorg geng2 basis nih datang la pukul 11.. dengan harapan, orang dah start makan.. kitorg makan n gerak jer.. ternyata sangkaan aku meleset sekali.. kamilah rombongan cik kiah yang pertama sampai di sini.. tapi itu bukan ceritanya.. ceritanya adalah rahang aku ternganga apabila first impression bila nk masuk bilik makan2 tu seperti ini.. ngaaaa terus aku suruh kak zaidah pose sket.. huhu


 ngaaaaa


 then bila masuk, bukan seperti jamuan makan biasa yang biasanya aku akan terus tertarik kepada makanan.. tidak, aku yang OMG!! terus lebih nak bergambar berbanding melihat makanan.. manetaknye.. siap adae photo corner chu ollss... ohsem sangattttt!!! i suke suke suke!!!

tanpa melengahkan masa lagi chuolls.. terus i grab ini.. hahah


wif kak ronnie :)

 
candy booth!!

nasib baik sampai awal, boleh amek2 gambar.. time org da ramai cm segan sikit.. hahah.. dah siap makan, aku menjadi terharu apabila diorg siap bagi doorgift lagi.. ya allah, apekah ini? semoga kamu semua dapat balasan rezeki yang berlipat kali ganda rakan2 EDWH ku.. terbaik lah.. haaa..


ini dia doorgift.. comel kan kak tonn?

tampak sungguh ikhlas sekali jamuan oleh tuan rumah.. terima kasih seribu kali kepada mereka.. so, aku megambil kesempatan ini untuk bergambar dengan beberapa team dari team building yang bakal aku pergi weekend nih.. hehe..

berhimpit ngn kak naza.. haaa.. 

 
p/s: aku nk kejar kak lady, mastermind deco untuk tujuan seterusnya.. hihihi.. gewam i nengok tawww... hahaha

Thursday, September 26, 2013

menggo tera


hujung minggu nih aku akan ke gambang untuk team building.. berasa excited juga.. tapi team building ni mcm ada kena wat persembahan la, warcry la, explorace la, team game la.. macam2.. ah gasak lah.. matlamat aku adalah, jangan kasi malu sudey.. hahaha xde le kate nak menang.. macam poyo sangat gamaknya.. tapi, nk buat betul2 sebab elakkan malu je nnt.. hihi.. so, nantikan update aku dari gambang.. sekurang2nya aku dapat share kan gambar yang menarik untuk chu olls..

baiklah, abaikan mukadimah di atas, kerana itu mungkin jadi cerita lusa.. aku tau, ramai yang tertarik nk bukak n baca link aku dari facebook sebab tajuk menggo tera.. hehe.. apa itu menggo tera? adakah sejenis buah seperti mangga? atau sejenis jenama pakaian tiruan berdasarkan jenama MNG? atau anda mungkin seorang IT gig yang menyangkakan ianya sejenis storage yang terdapat beberapa terabyte didalamnya? tidak rakan2 sekalian.. ternyata anda sama sekali silap dah salah harap di maafkan.. inilah menggo tera yang aku maksudkan

tera? terabyte? ayoyo.. berat kes dia nih..gambar diambil dari blog yang ohsem ni!

dahsyat juga bahasa kau..

p/s: manggo tera, temikei tera, oren tera.. eple ara... apa tu?

botingkek-tingkek

assalamualaikum dan selamat sejahteri..

dalam pada dunia malaysia sedang sibuk memperkatakan tentang matyo dan bininya.. aku lebih cenderung nak buat hal sendiri.. ye lah.. kite bukan hakim nk jatuhkan hukuman kat orang.. tapi sebagai manusia biasa, aku tetap simpati kepada pakcik guard yang aku kategorikan sebagai orang jujur yang menjadi mangsa manusia kaya yang bongkak dan rakus.. baiklah, aku rasa cukup sampai di sini sahaja komentar bagi kejadian tersebut..

hari ni aku nk bercerita tentang kreativiti terlampau.. hehe bukan untuk perkara yang bukan2.. tapi sekadar berkongsi gambar kreative yang aku jumpa ketika pernah blogwalking suatu masa dahulu.. banyak orang (termasuk aku) mengimpikan perkahwinan yang indah-indah.. namun indah itu sendiri suatu perkara yang amat subjektif.. bukanlah aku nk berbincang tentang hal perkahwinan mahupun perancangan perkahwinan di sini.. tapi gambar ini, benar2 buat aku terfikir.. ya, masing2 mempunyai cita-cita dan impian yang berbeza.. semua mahukan kegembiraan dimana cara mereka mengikut kreativiti masing2.. tapi, pemilihan kek perkahwinan mereka ini amat menarik perhatian saya..

botingkek-tingkek kek berger.. huhu berger bergembira..


 nampak tak? gembira sungguh pasangan pengantin.. memang ini pelik, tp frankly speaking.. aku nampak kek ni, aku juga teringin nak dapatkan satu slice.. nampak mcm whatttt??? tapi sebenarnya, eh bernas gak idea diorg nih.. malaysia bukan tradisi yang suka manis2.. kita sukakan yang pedas.. ah, burger ni universal.. sume orang makan.. huhu kesimpulannya, tak perlu fikir apa orang nk cakap, yang penting kita suka.. tak gitu kak tonnnn??

dah lah.. sekian sahaja coretan untuk hari ni..

p/s: aku dengar there are malay lawyers yang amat bersimpati dengan pakcik ni dan dah form groups untuk fight for him.. well all i can say is jaga2... weak people may not be the looser..

Wednesday, September 25, 2013

surat minta tolong

terdapat pelbagai kaedah komunikasi pada masa ini.. memang tidak dinafikan, kewujudan telefon bimbit, internet tanpa had dan pelbagai device dan application yang wujud pada masa ini tidak tertanding kepantasannya.. namun, tidak dilupakan, masih terdapat kaedah conventional yang wujud sejak sekian lama untuk tujuan komunikasi..

antara kaedah komunikasi yang lama dan masih wujud pada zaman sekarang adalah edaran risalah (tak kesahlah halal ke haram), surat khabar, billboard ( ya ini sudah lama wujud yer sayangku ) dan juga bulletin yang di tampal pada notice board mahupun dinding2 bangunan.. semua tujuan komunikasi ini mempunyai satu matlamat yang sama.. iaitu menyampaikan maklumat.. maklumat haruslah mudah difahami dan tepat bagi memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan dan apakah yang ingin disampaikan.. tapi kan, kalau tak faham ape maklumat yang nk disampaikan, macam mana? contohnya ini::

uncle, saya amat kasihan pada kamu

hahahah.. kasik la dia aman sedikit.. hahahaha

p/s: aku tergelak kuat bila baca ini.. kah kah kah.. dah la office aku silent cm library.. tertiba tergelak pula..kantoi sudah..

Tuesday, September 24, 2013

yincek polis la kalluuuu...

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

apa khabar pagi selasa yang indah? lately ni aku rasa aku makin ada masalah untuk menjarakkan kereta.. aku semacam dah tak boleh nak budget kereta tu dekat ke jauh.. sudahnya tidak lagi mencilok ke kiri dan ke kanan.. aku tak pasti.. adakah faktor mengantuk? nak kata mengantuk, tak juga.. tido lama kot? daripada pkol 9 da tido..bangun pkol 6.. peh.. 8 jam tahu? lama tuu.. biasa aku tido 5 jam jer..

baiklah, aku mengaku.. semenjak parking kat office ni naik kepada rm9 sekali masuk, aku dah mula lebih berdisplin dalam datang ke kerja sebelum waktu.. almaklumlah.. kalau awal, parking adalah free.. dan parking free ini amat limited.. dulu sebelum naik rm9, harga parking berbayar adalah rm7 (yer aku tahu.. mahal jugak kalau dikira2).. tp aku boleh blah lagi kalau nk datang lewat sket.. tak de lah nk berkira sangat rm7.. tp bila da rm9? cer kau kira...

satu hari = RM9
satu bulan kerja = 20 hari
sebulan parking bayar = RM180
setahun investment kat parking jer = RM2160

see? how's that cant be my motivation? aku dah lah kedekut.. haha.. ah, sebenarnya aku rase rm9 satu hari, lebih baik aku makan daripada bagi pada mat bangla yang jaga parking tu.. ntah ye ntah tidak ntah dia pass duit tu pada boss dia... tapi, cerita aku bukan lah pasal parking naik harga.. sebab itu semua cita lama.. citer aku adalah pasal cilok mencilok pada hari biasa..

jam adalah rutin harian sepanjang perjalanan pergi dan balik dari kerja.. jadi, haruslah aku menyiapkan diri dengan soft skills untuk melepaskan diri daripad jam.. tidak terlepas juga kadang2 (hehe.. kadang2 tau.. bukan selalu) aku akan ikut kete depan yang menggunakan emergency lane.. alah, selalunya kalau balik time petang, memang ada abang trafik yang jaga.. dia pun akan suruh kete lalu emergency lane bagi melajukan lagi traffik pada waktu balik kerja.. tapi time pagi, memang takde lah.. ape yang aku nk ckp, ala, kalau kau berani, pakai la emergency lane tu.. kalau tak.. ikut je la rules.. dan redha dengan lewat ke kerja... tak gitu?

hari ni tak seperti hari biasa.. cuaca mendung.. jam agak berat.. mata aku juga berat.. mcm takde semangat sikit.. tak tau la mengapa.. biasanya aku berkobar2 nk tempuh jam.. sebab pada aku nk redah jam kena ada semangat yang tinggi.. haha.. jadi, hari ni, aku maintain duduk kat lane tengah jer.. (lepas aku kaji selidik trafik hari ni, orang cenderung untuk ke lane kanan dan lane kiri iaitu emergency lane).. sambil perhatikan gelagat manusia yang nk cepat ke kerja.. apabila sampai di satu spot di mana kebiasaannya aku akan memecut laju sebab emergency lane kat situ besar tahap boleh trailer lalu..

tiba2 semua kenderaan menjadi slow.. aku sangkakan ada accident.. sekali.. abang trafik buat muka garang da.. sume takut nk masuk emergency lane.. walhal abang trafik tu tak buat ape2 kot.. just parking moto kat tepi.. then cekak pinggang.. itu saja.. hehe.. nampak sangatkan? walaupun orang malaysia ni ganas ker, gangster ker.. bawak kereta macam pelesit ker.. break all the speed limit rules ke.. kalau nampak jer polis, semua tanduk atas kepala, termasuk beb.. hahaha


encik polis trafik.. gambar amek kat sini.. :)

p/s: sila berhati2 di jalan raya k.. nak cepat, bangun awal lah.. jangan kau nk pecut seolah2 nak jalan atas kereta orang.. haha

Monday, September 23, 2013

manusia semakin gila

aku dah cakap, kalau tengok tv ker, movie ker, jangan lah kau nk terbawak2 sangat.. nak nak lagi cite omputeh.. kau faham la, diorg da tentu gile.. yang kau pun nk jadik gile mcm diorg nk watpe? haaa.. pengaruh cerita2 ganas luar  sebagai hiburan dalam negara kita memang tak dapat disekat.. tapi, tahukan anda bertapa bahayanya pengaruh filem2 ini sehingga ada yang apply didalam kehidupan seharian?

baiklah, lebih baik aku berterus terang.. aku percaya, semua tahu tentang cerita2 zombie.. (oh ya, yang aku paling suka sudah semestinya zomba kampung pisang.. tapi bukan cerita zombie bergenre seperti ini yang aku maksudkan) boleh tak, ade mangkuk2 yang superb brilliant cuba nk jadi zombie dalam kehidupan sebenar? tak tak.. bukan yang buat2.. errrggg errgg erggg.. itu tak real.. ini amek dadah, smpai jadi zomba.. p kokak kapla orang? gila ka pa? nih nak cite sket tentang drug yang depak dok amek..

tahukah anda tentang bath salt? seperti anda semua, saya juga cenderung untuk membayangkan bath salt itu adalah garam yang berwarna-warni yang digunakan ketika spa.. ianya mempunyai aroma yang menanenangkan selain daripada dapat menanggalkan sel-sel kulit mati.. cara penggunaannya cuma seperti scrub.. dan ianya di rendam dalam air suam di bath tub bagi kegunaan penjagaan kulit.. bath salt yang aku bayangkan adalah seperti ini:


sungguh wangi sekali..

namun, bukan ini bath salt yang aku maksudkan.. aku maksudkan sekarang nih drug yang membuatkan penagih menjadi zombie, hilang kawalan, bertindak ganas, p kokak kapla orang.. makan sikit2.. peh.. gila.. contoh cerita penuh boleh tengok kat sini: sori lah, aku tak sanggup nk paste gambar kes nih.. amat mengerikan..

iya, mungkin kucing juga menjadi mangsanya.. siapa tahu?


kesimpulan yang aku nk cakap kat sini, kalau banyak manusia yang amek bath salt ni sebagai makanan asasi, maka cerita world war z tu akan menjadi kenyataan.. got it? ok ini amat horror.. hey, ape yang kau fikir e? gile e?

p/s: hang jangan nk jadi gila p try noooo... sat gi mai hantu kak limah kokak kapla hang betui2.. mesia ni banyak hantu dah wehhh.. xpayah nk tambah..



mata kero

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

ya, lately ni asyik rasa nk menulis.. macam yang aku telah katakan sejak dari 2010, menulis apabila perasaan menjadi tidak keruan.. dan ya, sekarang aku amat tidak keruan.. mengapa? ya ini kerana perubahan yang telah berlaku diseluruh dunia.. aku merasakan semua manusia telah tidak dapat menerima bahawa normal size itu adalah bukan skinny.. ye lah, mana tak nya.. nk keluar skinny jeans, skinny tu, skinny ni.. tahu kah anda, bahawa skinny jeans tu menampakkan kaki yang keding? ianya tidak tumpah seperti chopstick berjalan? tahu tak?

ah, aku kecewa sebenarnya bila shopping baju.. semua tak muat.. sudahnya aku beli banyak handbag dan kasut jer... sebab ini tidak memerlukan size yang mengecewakan.. aku bukan lah nk perasan ker ape.. but i am not that fat man! seriously.. but why i cant fit into any of your dresses? are your dresses shrink? or it was meant for anorexic people? or it is just simply for kids?

 yes, u got it right!

ah, aku malas nk bertekak lagi skang nih.. nak tak nak aku kena fit dalam size kau dalam masa sebulan nih.. bak sini semua tips diet.. ape? atkins? low carb? not eating at all? exercise? pump-it-up? demyu

p/s: it is good to know someone would love you regardless what is your BMI.. yes, i do love you honey :)

Friday, September 20, 2013

go for it!

frankly speaking, aku sebenarnya tak tahu la samada aku ni da ready ke tidak untuk perubahan yang besau sekali dalam hidup.. tapi kalau difikir2kan balik, aku ni memang jenis drastik.. what else to expect? bukannya sikit2 punya keputusan yang kau pernah amek.. kebanyakkan keputusan adalah 360degrees punya turn..

bukan apa, aku percaya, semua orang nk yang terbaik dalam kehidupan..persoalannya, sekiranya kau dah tahu ada suatu cara atau jalan untuk kau ambil bagi mengubah nasib kehidupan kau, adakah kau cukup berani untuk buat keputusan? keputusan yang bakal mengubah keseluruhan hidup kau? sanggup? mampu? berani?

untuk aku, jawapan yang ringkas dan padat.. 'go for it!' sounds easy right? tapi ianya tidak semudah pertuturan.. action is louder than words.. setiap tindakan kau, bukan sahaja mengubah keadaan sekeliling, malah janganlah dilupakan, it will also effect you mentally and emotionally.. ya.. part yang emotionally ni yang aku nk tekan kan..

kau boleh terus bermimpi, tapi kau takkan nampak realiti di bawah mimpi kau.. i mean, underneath your dreams.. haha


kadang2 time ambil keputusan, kita lupa nk fikir tentang emosi diri sendiri.. bukan emosi ketika mengambil keputusan, tetapi emosi pada masa akan datang.. aku tak nafikan, aku sendiri tolak tepi (tolak habes yang tak kasi chance punya) soal emosi ni.. pada aku, ianya seperti mengganggu keputusan yang aku sangkakan bagus..

namun, hari ni.. aku rasa, aku perlu lebih berhati2.. apa yang berlaku pada sahabat aku, perlu aku jadikan iktibar.. bukanlah itu menjadi alasan untuk tidak berubah.. tetapi jadikan pedoman.. sekiranya ingin membuat perkara drastik lagi selepas ini, maka soal emosi perlu dipertimbangkan..

sudahlah.. aku rasa entry ni terlalu berkias sehingga menjadi sukar difahami..

p/s: be strong dear.. i know you are better than that.. you may go through this.. in shaa allah..

paranoid

Assalamualaikum dan selamat sejahteri..

aku tahu tajuk entry ni agak heavy.. tapi jangan risau, kandungannya takdelah heavy mana.. cuma aku nk bercerita tentang jiran aku.. ada jiran baru yang pindah di sebelah rumah aku.. mereka adalah 2 orang lelaki which i believe bujang la..

bukan apa, bila tak kenal.. kite cenderung nk pikir yang bukan2.. ye la.. ntah orang jahat ker, pembunuh upahan ker.. tokan dadah ker.. sape tau? jadi aku pun bercerita tentang kegusaran aku kepada ayahanda.. ye la, jiran baru tu takkan aku yang nk p tegur.. macam ape plak kan? dah la aku duduk sorg.. ini memang menakutkan..

sudahnya, ayah cuma tanya satu soalan ngn aku..

"kau pernah terserempak ke ngan diorg?"

aku yang.. errr.. heehe.. hehe.. tak pernah..

ayahanda "abeh tu? ape yang kau takut sangat?"

aku yang.. errr.. hahahaha

mungkin terlebih paranoid..


yes.. he might be hitler.. cant u just see that???


sebenarnya aku tahu ada jiran baru pun sebab ayah yang bagitau.. kalau tak.. aku ingat seluruh bangunan adalah kosong.. sebab jarang giler bertembung dengan manusia.. kucing selalu lah.. hihi

p/s: eh? mengapa aku rasa macam kawasan rumah yang tak bertembung manusia lah yang lebih menakutkan berbanding jiran baru? ah gasaklah..