Friday, September 20, 2013

go for it!

frankly speaking, aku sebenarnya tak tahu la samada aku ni da ready ke tidak untuk perubahan yang besau sekali dalam hidup.. tapi kalau difikir2kan balik, aku ni memang jenis drastik.. what else to expect? bukannya sikit2 punya keputusan yang kau pernah amek.. kebanyakkan keputusan adalah 360degrees punya turn..

bukan apa, aku percaya, semua orang nk yang terbaik dalam kehidupan..persoalannya, sekiranya kau dah tahu ada suatu cara atau jalan untuk kau ambil bagi mengubah nasib kehidupan kau, adakah kau cukup berani untuk buat keputusan? keputusan yang bakal mengubah keseluruhan hidup kau? sanggup? mampu? berani?

untuk aku, jawapan yang ringkas dan padat.. 'go for it!' sounds easy right? tapi ianya tidak semudah pertuturan.. action is louder than words.. setiap tindakan kau, bukan sahaja mengubah keadaan sekeliling, malah janganlah dilupakan, it will also effect you mentally and emotionally.. ya.. part yang emotionally ni yang aku nk tekan kan..

kau boleh terus bermimpi, tapi kau takkan nampak realiti di bawah mimpi kau.. i mean, underneath your dreams.. haha


kadang2 time ambil keputusan, kita lupa nk fikir tentang emosi diri sendiri.. bukan emosi ketika mengambil keputusan, tetapi emosi pada masa akan datang.. aku tak nafikan, aku sendiri tolak tepi (tolak habes yang tak kasi chance punya) soal emosi ni.. pada aku, ianya seperti mengganggu keputusan yang aku sangkakan bagus..

namun, hari ni.. aku rasa, aku perlu lebih berhati2.. apa yang berlaku pada sahabat aku, perlu aku jadikan iktibar.. bukanlah itu menjadi alasan untuk tidak berubah.. tetapi jadikan pedoman.. sekiranya ingin membuat perkara drastik lagi selepas ini, maka soal emosi perlu dipertimbangkan..

sudahlah.. aku rasa entry ni terlalu berkias sehingga menjadi sukar difahami..

p/s: be strong dear.. i know you are better than that.. you may go through this.. in shaa allah..

No comments:

Post a Comment