Thursday, June 9, 2011

ombak rindu

aku memang dah berniat nak tido awal sebenarnya malam ni.. in fact aku dah guling2 dan shut down lappy pun tadi.. tiba2 aku mcm terpanggil untuk menulis entry ini.. aah, melodramatik sangat mukadimah kali ni.. hahaha.. ok sebenarnya sejak aku tulis entry syndrome alaf 21.. aku memang asyik teringat2 je kat bahan2 bacaan lama yg ada kat rumah tu.. hahahaha [memang perangai jenis2 jiwang tak mo claim punye.. hahaha] ok, abaikan caption [] aku.. sebenarnya aku teringat kat kisah novel ombak rindu [dem, tajuk pun dah menjanjikan jalan cerita manis2 belaka.. hahaha]

baiklah, entry kali ni ditulis bukan sebab sekarang ni aku memang tengah rindu someone [aaa, dah mula la tu nak gosip.. gaya2 perangai wartawan artis2 dah aku nampak tu] ataupun dipengaruh kuat oleh demam seth yang melanda seluruh kawasan2 yang ada liputan TV3.. tp entry ini di tulis sekadar ingatan semula aku terhadap penulisan ini.. al-maklumlah.. dulu zaman2 aku membaca, takde tempat nak meluah comment kan? haha.. berikut disisipkan cover novel nih..





novel nukilan fauziah ashari ni mmg ada kelainannya.. tak macam cite2 novel lain yang mcm mudah je jalan cerita nya.. aku tak pasati pasal smbungan novel ini..ada org kata best.. tp aku malas nk mencuba.. ok itu bukan point sebenar entry ini..

novel ni mengisahkan kisah hidup izah yg dipaksa jadi GRO sbb pakcik dia selaku penjaga dia dah lelong sama dia.. long story goes short.. dia kena kawen ngn sorg mamat ni nama dia hariz.. something like that la.. aku pun cm ingat2 lupa.. tp ni masih bukan point sebenar entry ni..

hariz ni katenya anak orang kaya gitu [biasalah..typical malay novel punya hero].. dia kawen ngn izah ni sorok2.. coz mak dia ada paksa dia kawen dengan sorg awek yg bukan pilihan hatinya... katanya... haaaa ni dah nk masuk dah point sebenar entry ni.. aku harap korg masih membaca.. [sila baca ya, comment saya ni penting untuk semua lelaki2 di luar sana.. hahaha]

sebenarnya aku nak cakap, aku tak pasti lah samada cerita lelaki dipaksa kawen oleh parents ni masih wujud tak di zaman sekarang nih.. tp kalau lah masih ada kan.. i said kalau... aku mcm HEY.. COME ON! pada aku lah, lelaki ada kuasa sepenuhnya untuk buat decision.. memang org akan cakap keadaan memaksa and wat-so-evah la kan.. tapi, [strictly pada pendapat aku] lelaki ni sepatutnya jadi sorg insan yang bakal memimpin sebuah keluarga.. kapten kapal la senang kira.. tapi kalau before kawen pun dah tak boleh nak buat decision, acane nk kawen bang oi?.. bukan lah nk menderhaka kepada mak ayah.. tp kalau berterus-terang kan senang.. cuba.. mana kau tau diorg tak boleh accept kalau kau tak cuba.. tapi cuba pun kena ada gayanya lah.. kalau kau minta nk kawen ngn org yg tak bagus pada mata parents.. ofcoz kau direject.. tp kalau kau da suka someone selain daripada family arrangement kau tu..mesti atleast pada mata kau.. org tu jauuhhh lebih baik kan?

and satu lagi.. kalau b4 kawen kau dah susah nk convince parents/org2 yg nk decide utk life kau [kawen tu obviously life decision kot?] mcm mana kau nak decide utk handle anak bini kau nnt? mcm dalam novel ni.. haaa, kan dah huru hara.. kau nk kene kawen sorok2 bagai? dah la.. aku emosi tak tentu hala plak nih.. mane nak berborak.. mana nak recall memori daun pisang.. haaaishh

p/s: kan aku dah ckp.. perangai pelik pembaca novel mmg terserlah ketika aku emosi tak tentu hala ketika menulis perkara ini.... hahahaha.. tak sesuwai nox..

No comments:

Post a Comment