Sunday, June 26, 2011

love you like a love song

setelah separuh hari berhempas-pulas housekeeping, nampaknya masih banyak yang belum siap.. skarang layan berita artis2 kat tv sambil lipat baju.. pastu buat muka critical thinking bila ada artis yang nikah kat thailand.. macam nak buat research dia punya critical thinking.. ni tinggal takde sirih selit kat mulut... kalau tak, confirm serupah mak joyah weh.. biasanya kalau malam2 dalam pukul 8, aku cenderung untuk melakukan aktiviti internet surfing berbanding menumpukan perhatian terhadap berita dunia di mana2 siaran malaysia.. namun bila aku tengok berita artis2 kat melodi nih.. hamboi, tak berkelip.. jadi untuk berlaku adil, aku pun tulislah entry ini..

entry kali ni mengambil masa lebih daripada 15 minit.. bukan apa.. asyik tertarik dengan isu2 politik dalam gosip artis2 nih ha.. nak taruk title ape pun aku masih fikir.. jadi aku buat keputusan untuk membuat entry lagu terbaru.. haaa.. [memang pengaruh dunia seni betul lah..] nah utk perkongsian bersama..




p/s: love u like a love song ;)


No comments:

Post a Comment