Tuesday, June 28, 2011

fashion rambut dan orang bertudung

senang cerita, aku memang dalam keadaan emosi tak stabil.. umpama berdiri sebelah kaki.. lepastu tenjet try guna ibu jari je untuk diri selama beberapa jam.. untuk seorg yang ceria mcm aku, ini merupakan state yang amat jarang sekali berlaku dalam hidup seorg yg cemerlang.. jadi, bagi memberi ruang untuk bernafas pada hati aku yg dari tadi asik berasap, aku mengambil keputusan untuk blog benda2 yang menarik.. heehe.. there goes my emotional introduction.. [obviously aku emotional tak panjang.. paling2 pun takat beberapa jam yg tak sampai 1 hari..haha, bukan apa.. aku ni naturenya mmg malas.. jadi memang aku malaaassss nk pk banyak2 terutama untuk kes2 unnecessary pressure seperti ini..eh panjang pula iklan tag kotak [] aku kali nih.. kah kah kah] baiklah, entry pertama hari ni [ya pertama..ada lagi yg bakal menyusul k.. haha] adalah berkenaan dengan fashion rambut..

aaa.. aku memang berada di kalangan orang yang bertudung.. ada org cakap, orang yang bertudung ni don't give a damn about hairdo.. u'uh, u're absolutely wrong.. at least pada aku lah.. sebab bukan saje aku, malah rakan2 aku juga yang bertudung amat mementingkan hairdo.. namun aku langsung tak menafikan bahawa ramai orang pasti akan pelik bila orang bertudung sebok mengatakan tentang hairdo [fesyen rambut].. aku tak tahu lah ape yang pelik sangat.. tapi aku biasa di suakan dengan soalan2 seperti berikut:-




1. kenapa nk buat rambut, bukannya orang nampak?

aaaa..ni soalan lazim lah.. aku tau kalau kau pun pakai tudung, mesti dah naik bosan dengar soalan ni.. aku pasti ramai ada cara masing2 untuk menjawab soalan ini.. tp jawapan standard artis2 malaysia, sesiapa pun akan jawab:

  • satu: "bukan semua yang cantik tu untuk di tunjuk2an"
  • dua: "yang cantik tu lah yang kena sorok"
  • tiga: "kita buat bukan untuk tunjuk kat org"
  • empat: "nak bagi husband i tengok lah..utk dia sorg je" <-- [jawapan ini jelas sekali tidak relevan bagi yg belum berumahtangga..]
  • empat: "bukan mintak duit kau punn..suke hati aku lah" <--ok ini emosi tak tentu hala..haha

pada aku, senang je.. abeh kau ingat... aku ni tuan punya kepala yang berambut ni, bukan orang ke? dah sah2 aku buat sebab aku sendiri nak tengok... apa da soalan nih?




2. u ols kesah ke rambut u nampak mcm mana pun? kan tutup?

jawapannya..eeeeh, ofcoz lah kesah.. u ols ingat gembira ke bila rambut sakai bila buka tudung? walhal time ke tempat kerja.. tu ha.. kemas betul.. kalau gosok baju, side tu fuh.. boleh luka lah jari kalau terhiris.. haaa.. aku pun tatau ape kene mengena side baju ngn rambut.. tp point aku adalah.. kalau nk cantik.. mesti lah luar dalam.. yang dalam tudung tu.. kau je lah tau.. selesa ke bila kau tahu dalam tudung tu sakai? eeuw




3. kenapa nak pergi saloon segala? nnt kempis gak pas masuk dlm tudung?

haha.. ni aku tak nafikan..mmg pas pakai tudung.. segala mcm fashion yg kau blow sebentar tadi di saloon pasti akan rata...flat abeh la.. hahaha.. tp point dia sekarang ni, pada aku lah.. kalau kita buat rambut.. kita kena pastikan fashion rambut kita tu adalah kekal.. bukan maksud aku kekal abadi hingga ke akhir hayat.. tidak, itu tak masuk akal.. maksud aku, kalau kau buat fashion rambut.. ianya harus kelihatan cantik walau ape jua keadaan.. contohnya tetap cantik walau kau sebenarnya baru keluar dari swimming pool.. aaa.. sama juga konsepnya dengan bertudung.. pilih satu fashion yang tetap kekal walaupun selepas buka tudung.. aaa amace? [maaf,tak dapat lah aku nk cadangkan fashion apa di sini..nnt korg cenderung nk imagine rambut aku mcm mana plak kan?].. yang pentingnya, jgn lah fashion2 yg over lagi aneh sampai tak muat nak masuk tudung..seperti ini:

ini barulah PACAK!




4. pelik kan? kenapa nak buang duit utk hair spa? bukan sape pun nk tengok?

kebersihan tu salah satu tuntutan islam juga.. personally, kau tak rasa gembira ke bila rambut kau di buai lembut dengan segala macam solution dan hasilnya ianya berbau wangi, lembut dan seronok [haha, aku tak pasti nk terangkan mcm mana perasaan seronok pada rambut]? kan? kita buat ni semua untuk kebersihan.. jadi tak adalah istilah harkup dalam diari hidup kau.. oh ya.. perkataan harkup merupakan invention budak2 STF yang creative.. berikut merupakan formula harkup:

haruman + serkup = HarKup =)

cis..selekeh ok.. aa.. so korg baca pun rasa selekeh kan? sebab tu lah penting jaga kebersihan rambut yg ada dalam tudung nih... kalau tak..takde lah sunsilk susah2 nk invent syampoo warna hijau ada gambar limau nipis depan dia tuuuu... [aaa, sket men panjang explanation jenis shampoo sebab obviously aku tatau jenis ape itu..hahaha]




5. eh, cantiklah rambut u.. tak nak try bukak tudung ke?

haaaa...yang ni kategori mintak lempang.. hahaha.. tp u ols jgn salah anggap.. aku berkawan dengan orang2 yang datang dari pelbagai jenis agama dan bangsa.. kebiasaannya, soalan seperti ini datang daripada org yg bukan muslim.. kadang2 tak dapat elak bila diorg terserempak ngn kita kat toilet time amek wuduk.. so bila diorg mula tanya soalan2 cmni.. jawab elok2 je lah.. contohnya jawapan lazim aku "tak boleh leyyy.. haram tau.." <--dan seterusnya diorg akan tanya haram tu apa.. kalau nk jawab terpaksa buat entry lain sebab diorg pasti akan cenderung compare, eh..kenapa dia bole buka tudung meh?kenapa u tak boleh?.. aaa..melarat nnt entry nih


ok, sekian sahaja comment panjang saya berkenaan dengan soalan2 lazim yang biasa dikeluarkan kepada mereka yang bertudung namun rajin berfashion rambut.. dan ketara, saya tak rasa tulisan ini habis di sini.. anda bebas mengatakan tentangnya dimana2..betul, saya tak marah langsung.. malah happy.. hahaha

p/s: kalau takut dilambung ombak.. janganlah berumah di tepian pantai.... haaa punyalah menusuuk jiwa postScript aku kali ni.. jitu jitu.. kah kah kah


No comments:

Post a Comment