Thursday, June 16, 2011

ketabahan hati yang cekal

hari ni memang agak rush hours bagi aku.. kelam kabut bekejar kesana kumari.. tapi yang paling panic adalah ketika ingin pulang ke rumah.. dariapda sumber2 yang boleh dipercayai.. beberapa speaker dewan undangan telah mengumumkan bahawa harini merupakan final episode utk drama inspirasi novel, Nora Elena.. kau fikir ni calang2 episode yang patut di buat tak tahu? kau memang silap...

tapi mcm biasa, setiap sesuatu yang tamat merupakan suatu permulaan bagi sesuatu yang baru... aaa amace? sila motivasi diri anda ya.. hehe bagi sesiapa yang dibelenggu masalah2 yang lepas.. boleh mengambil yang jernih dan tinggalkan lah yang keruh..

tujuan aku menulis pada malam ni adalah untuk distract diri daripada berfikir tentang makanan.. walaupun tadi batrisha call dan beri tahu dia sedang makan KFC, aku masih bersabar lagi... tapi tahukah anda? anda memang memerlukan ketabahan hati yang cekal utk mengharungi diet seimbang? mengikut dietitian aku, tak elok makan lepas pukul 8 mlm.. aaa, makan yang heavy2 lah..

tapi cm dah jadik habit kot? err lebih kepada nafsu je sebenarnya.. dah terbiasa makan malam2.. so bila nk start elak, agak sukar sedikit kot? time2 nih la nak terbayang makanan2 lazat sehingga menjilat pinggan bila org tak nampak.. mula2 aku igt nk tempelkan gambar2 makanan.. but clearly, its not helping kan? so aku masukkan vids nih.. dengan harapan johan dan zizan dapat buat aku terkekek2 ketawa seperti selalu dan lupakan my craving to mee goreng terbaik pakcik songkok.. fuh..



hebat seperti yang telah dijangkakan ramai... hehe



p/s: "setiap yang bersalah, berhak diberi peluang ke-dua.." <-- ini memang jitu!



No comments:

Post a Comment