Sunday, December 26, 2010

2 in a row

sedang2 membaca post2 rakan2 di facebook yg sebok menyatakan mereka stuck in jam everywhere..esp in KL..aku rasa nak sambung blogging..haha, semangat terlebih pula nak blog hari ni..keputusannya..2 entry in a row..amacam? hehe [aah, benda ini tidak menghairankan..korg patut tengok blog anak2 buah aku..yg mampu produce lebih 10 post dalam masa 1 hari..eh? diorg ni cuti skolah btol2 sakan nmpak?best betol..ces]

semalam parents aku tiba dari melaka sekitar jam 5petang untuk menghadiri satu majlis perkahwinan pada hari ni di kota tinggi..ini telah membuatkan aku cancel plan bersama rakan2 office yg ingin ke singapura pada petang semalam..sorry korg, maybe next time..saya ada urusan keluarga [eceh..cm sesuatu je..haha] memang teringin sangat nk pergi singapore ngn rakan2..da lama plan..tp masa dan keadaan tidak mengizinkan..mungkin plan ni buleh masuk dalam 'to-do-list-2011' heeehe..

macam biasalah..bila parents aku datang [bersama kak sally n si kicil molek batrisha]..pasti gegak gempita rumah di serikan dengan gelak tawa yang berpanjangan.. ayahanda telah membocorkan rahsia bonda yang agak agresive di zaman pekerjaan beliau.. oleh itu, bonda terpaksa menceritakan pekara sebenar yg telah berlaku.. DAN SERIUS, IANYA SANGAT LAWAK.. hahaha..ah, tak kuase aku nk menceritakan perkara itu di sini..tp ape yg aku boleh cakap, kesian pak hamid [no ideas sape ni pon..but his name pop up in this joke like all d time hahahaha]

ah, ni buatkan aku homesick.. parents aku mungkin dah selamat smpai di kuala lumpur sekarang... atau mungkin berhenti rehat di melaka sebentar selepas menghantar kak sally n batrisha pulang.. atau maybe aku patut warn parents aku tentang kesesakan lalu lintas yg dilaporkan oleh rakan2 yg sibuk mengeluh di fb..ok..jap aku call mereka sekarang.....ok dah

and cm biasa, blog walking telah menyedarkan aku bahawa ramai rakan2 yg telah mengeluarkan post selamat tahun baru..eh korg, awalnye...tahun baru aku kene keje kot..ces mintak biar lmbat sket a smpai 1st jan tu kan? [adekah aku sorg yg masih meminta masa dilambat kan sedikit? aah tidak, aku pasti semua guru2 dan adik2 yg bersekolah juga memohon pekara yg sama..agar cuti skolah lama sedikit kan?] therefore, aku membuat keputusan utk schedule entry seterusnya pada malam smbutan tahun baru..nantikan debarannya..huhu

p/s: kepada rakan2 yang sedang menuju ke bukit jalil untuk menonton perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia, jagalah keselamatan anda..igtlah kepada mereka yg tersayang.. haish, u olz tak risau ke pegi tempat2 yg memang mudah untuk mengundang bencana seperti itu..skali gathered beribu2 org..kalo kena bom skali tempat tu..automatik Malaysia akan kekurangan beribu2 tenaga pekerja dan pelajar kaum lelaki terutamanya...sekian

No comments:

Post a Comment