Monday, December 13, 2010

bila ego menguasai minda

ramai yang cepat mengaitkan perkataan EGO dengan kaum lelaki..walaupun ada beberapa jenama perfume for men yang sengaja meletakkan nama EGO untuk produk keluaran mereka, ini tidak bermakna kaum hawa tidak mempunyai rasa EGO mereka..ada juga di kalangan wanita yang EGO mereka tidak kurang seperti lelaki..[come on gurls, pride tuuu <--antara contoh2 ego yang ketara].. ramai yang dah tahu sikap default kebanyakan manusia yang susah nak terus mengaku salah dan susah nak terus minta maaf walaupun kesalahan yang dibuat tu adalah terang2 kesalahan diri sendiri...atau mungkin salah faham yang berlaku akibat daripada salah sangka atau miss communication sahaja..apabila penyakit EGO ni menguasai minda, manusia sebenarnya memang akan kalah..dan akan rugi dari pelbagai aspek.. di sini, suka aku nk berkongsi beberapa situasi bila secara default EGO manusia ni mudah tercabar kepada rakan2..untuk mengelakan sebarang pergaduhan antara gender di sini, aku amek yang common je la..yang biasanya sesiapa sahaja..baik lelaki mahupun wanita, egonya pasti sedikit sebanyak pasti akan tercabar...

1. bila kita bersungguh2 try tegur someone, dia bole buat deeek je..cam tak pernah kenal [nak2 lagi depan2 org ramai..fuh]


peh..ni bukan tercabar ego! Nih bole menyebabkan kemarahan..muke ko da la mcm jamban, aku tegor pon, kot ye pon da tak igt, ko tak boleh ke senyum sikit ke ape ke? Ni sume la nih..nak gadoh ke ape?

jika anda mempunyai perasaan yg sama seperti yg telah diterangkan di atas, tahniah ego anda telah berjaya dicabar dengan cara membaca statement sahaja..sekian [tak dapat aku bygkan bila korg btol2 menghadapi kejadian ini, baru baca nk marah..rilex2..hehe]

solution: pastikan dulu org yg anda nk tegur tu jenis yg mcm mana, kalo da kena sekali, jgn marah beb..lain kali jgn harap la nk ditegur lagi kan?atau anda boleh je anggap bahawa mereka nih rabun..spect plak tertinggal..haa..tu yg tak reply tu..dah2..jgn kecik ati k

2. bila [sebarang] koleksi termahal dan terbaik anda di hina dan dipertikaikan

semua kebanyakkan antara kita pasti mempunyai barang kesayangan. Contohnya seperti kereta, sekarang ni..bukan lelaki sahaja yg menjaga kereta mereka seperti teman hidup, ada segelintir wanita juga berperangai sedemikian..ye la..beli kereta pakai duit sendiri la katakan..dan besar kemungkinan kereta anda tu la aset yg paling mahal yg anda pernah ada dlm hidup anda..bayangkan::: someone [yg mungkin sedang tumpang dlm kereta anda] dengan selambe mengeluarkan kata2 yg tidak kesat, tp mengguris perasaan seperti:

- isk, kereta ko ni standard la, rim tak tukar, no plat standard..isk tak best langsung kete ko ni
- kereta ko ni sempit seyh..rimas aku
- teruk kan naik kete ko ni..langgar lubang sikit rasa nak terbang [yg ni, anda patut tinggalkan je tepi jalan..suruh dia jalan kaki]
- isk, kereta ko ni memang senang nak kenal…sebab dari jauh da nampak macam TAXI..[cilakak!]..di sebelah sekadar gambar hiasan...biar la weyh..org tu memang suka merah putih..kan kombinasi yg biasa di lihat..tak payah la ko nk ckp kete dia mcm taxi ke ape ke...ko ade kete cmni? ade?

sesiapa pun, kalo ditegur tentang benda yg mereka sayang, pasti sedikit sebanyak akan tercabar ego mereka…walaupun koleksi mereka adalah album2 kumpulan setem dari tahun 1986, mungkin tiada nilai bagi anda..tp cube try cakap, hak enah..buku buruk ape ko simpan nih?besar kemungkinan anda dilempang di situ juga..

3. bila minat kita di condemn secara terang2an

ini cm lebih kurang dengan koleksi gak lah..Cuma lebih teruk..yang paling senang nk bagi contoh adalah seperti, sekiranya anda dah taw bf anda suka Liverpool..jgn la sesekali anda memberi hadiah harijadi kepada beliau koleksi2 mancester united atas alasan ‘alah..same je ape? Dua2 merah..lagi pon u nk marah2 sangat nih, u ape hal? Sorg pn dlm team Liverpool tu tak pernah kenal u taw?’ owh..ini merupakan kesilapan besar ye puan2..sekian

ini juga terjadi kepada sesiapa yg meminati seseorg..memang mudah tercabar egonya apabila ‘taste’ mereka dipertikaikan…hehe

4. bila kita terpaksa meminta maaf kepada orang lain

ada org yg suka biarkan je bila sepatutnya dia meminta maaf..dengan harapan, alah nnt lama2 ok la tu..mm dan ada jenis org yg sentiasa rasa bersalah selagi tidak meminta maaf..tapi masih nk deny kesalahan mereka.. aah..nih common la kan, bila terdapat sebarang situasi yg memerlukan kita meminta maaf kepada org lain, kita akan sentiasa terpikir2 nk minta maaf ke tak? Sedangkan dah terang lagi bersuluh..memang kita yg patut minta maaf..nasihat saya..pergi je la minta maaf..tak rugi apa pon..untung lagi ada lah..boleh selamatkan sebarang relationship..jgn la nk feeling2 cm lagu Elton John pule kan?sorry seems to be the hardest word la kunun..ces

5. bila org yg minta kita beri tunjuk ajar, menyatakan yang semua kita ajar adalah salah

kondisi seperti ini acap kali berlaku dikalangan pendidik khususnya..tp tak kurang juga kepada sesiapa juga termasuk pelajar, pekerja kilang dan juga konduktor bas..awak tu da la budak baru belajar..bila kita beri tunjuk ajar, awak dengar la dulu..buat..then ada masalah, tanya la lagi..ni idok, main sedap lidah je nk judge sume salah la ape la..haish..malas la aku nk terangkan panjang2 menda nih..tajuk dia pon dah mencabar ego…ces

6. bila kita sengaja atau tidak membuat sesuatu sehingga menyebabkan beberapa org tidak bertegur siapa

aku faham, org mesti akan cakap, duh..ape kene mengene ngn ego? huhu..sebenarnya kalo anda berada didalam keadaan tersebut, anda memang akan rasa bersalah..tp percaya ckp saya yg anda pasti akan ada sedikit rasa..'hey, bukan salah aku pe?diorg yg tak nk tegur..aku ke?'...huhu itu la maksud saya ego..walaupun sebarang keputusan yg dilaksanakan selepas itu, samada anda akan cuba berterus-terang dan mengaku anda lah yg menyebabkan propaganda ini berlaku atau anda akan terus berdiam diri..itu sume tak termasuk dalam topik ego nih..

jadi, dimanakah anda? renung2kan dan selamat beramal

p/s: ces..tu la aku, degil sangat..bila makan tak agak2..kan da naik 3kg..omg..kitew menciew taw..

No comments:

Post a Comment