Saturday, February 12, 2011

Less is More

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. hari ni kita akan belajar bagaimana nak masak mee goreng.. ok, stop it. ini bukan rancangan masakan.. walaupun aku tak pernah terlibat mahupun menonton secara bersungguh2 sebarang rancangan masakan, tak semestinya aku tidak mempunyai sebarang perancangan.. anda dah cukup pening membaca mukadimah di atas? baiklah, jika sudah cukup pening, mari kita ke point sebenar entry ni..

dalam post2 yg lepas, aku ada sedikit sebanyak menyentuh tentang misi aku: bajet untuk tidak jatuh miskin.. bagi menyokong misi berkenaan, aku telah membaca sebuah buku..

tajuk buku ni: 40% off is the new black: reasons why less is more [beli kerana terpengaruh dengan covernya..comelkan?huhu]

baiklah, hentikan ayat2 serius.. huhu, buku ni best gak lah.. aku dah abes baca.. tapi by the time i've reached the final page, aku terasa mcm isk, kedekot betol kalo btol2 ikot nasihat dia.. huhu, xkan lah teruk nau kot ye nak bajet skali pon kan kan kan? memanglah aku plan nak ber bajet dengan lebih cemerlang dan terbilang, tapi aku taknak lah sampai jadi orang yg kedekut.. fine, memang kena kedekut sikit2 tapi atleast jangan la sampai kedekut kepada diri sendiri kan? melampau sangat tuuu... aah, kesimpulannya bak kata kak molly, 'orang kedekut memang cepat kaye'.. fuh, memang kenyataan!

berbalik kepada tajuk utama, aku nak cerita sikit tentang buku yg aku dah abes baca ni.. buku ni mempunyai content yg sangat ringkas tetapi sangat menarik sehingga mampu buat aku tersenyum [dan ketawa sorg2] sepanjang 204 mukasurat tanpa henti ni.. alah, aku memang suka baca bahan yang ringan2 cmni.. saje je release stress [gile ko? membaca bukan ke membuatkan kita maken stress?hahaha tak jugak k, takkan lah kalo ko baca ujang/gila2 pon ko stress? gile ke?] baiklah, cukup dengan perkataan gila.. berikut merupakan video klip gila gila gila gila... selamat berhibur



p/s: lepas baca buku ni, aku rasa hobi baru aku adalah baca buku.. sape nk blanje aku buku? aku nak 'what dogs think?' k.. thanx ilebiu..doubleu

No comments:

Post a Comment