bila kita berada di dalam fasa emosi kurang stabil, kecenderungan untuk marah adalah sangat tinggi.. kadang-kadang kemarahan cuma disebabkan oleh perkara-perkara remeh seperti patut makan mee pakai garfu dan bukannya sudu.... memang kedengaran agak aneh, tapi sebenarnya bila kita berada didalam fasa emosi kurang stabil ini, rasional merupakan perkara terakhir didalam pilihan perkataan... pelbagai sebab-musabab yang menyebabkan kita berada didalam fasa ini.. antaranya adalah:
1. tiba masa untuk pengeluaran hormon progesteron yang berlebihan pada setiap bulan
walaupun kedengaran agak complex, namun ianya adalah perkara biasa yg berlaku keatas wanita pada setiap bulan.. bak kata dino, pergaduhan hanya berlaku sebulan sekali sahaja.. penerimaan secara natural bagi pasangan2 hidup adalah amat diperlukan.. namun, bg yang single, aku percaya rakan2 terdekat mesti dah faham masalah2 pms nih.. namun begitu, ada juga kaum adam yg mengalami masalah pms nih.. walaupun rhythm nya sukar dijangka seperti wanita setiap bulan, namun percaya lah.. sindrom pms dikalangan lelaki kadang2 lebih menggerunkan..
2. masalah kewangan di luar paras normal
masalah ini merupakan masalah yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana pihak terutamanya bagi yg sudah bekerja sendiri.. Ones said that 'make money your god, and u'll be their slave... FOREVER!'.. well, money is the root of all evil kan? tp realitinya, semua pun berusaha utk capai tahap ekonomi peribadi tertinggi setiap tahun.. kemarahan disebabkan masalah kewangan dipercayai berpunca daripada kegagalan perancangan strategik sumber kewangan.. aah, kalau dah rancang bagai nak rak pon, susah gak bila berada di dalam environment handbag, kasut dan baju yang sangat menggoda.. cis
3. pergaduhan bersama yang tersayang
tak kira lah yang tersayang tu adalah ahli keluarga ataupun pasangan percintaan.. alah, biasanya yang mendatangkan emosi lebih2 nih mestilah pasangan percintaan.. kadang2 masalah ni terbawa2 ke tempat kerja.. aaa, ini yg bahaya nih.. sebab biasanya perkara2 cenggini mengganggu prestasi kerja.. memang sukar untuk dibendung, namum keazaman yang tinggi diperlukan bagi membanteras perihal yg mengganggu prestasi kerja.. jangan gaduh2.. gaduh time weekend je la.. weekdays kalo ada mcm nk letusan pergaduhan, mintak kat pasangan u olz utk postpone hari sabtu.. okeh gitu?
4. keletihan melampau akibat kurang tidur
anda menonton pertandingan bola sepak malam tadi? tapi perlu bekerja seperti biasa pagi esok? namun ada pula orang yang menjengkelkan terintai2 dari luar utk cari pasal..
bila mereka mula menyapa anda dengan nada yang tidak sopan, anda pasti cenderung untuk memberi 1st impression yang buruk terhadap setiap patah perkataan yang bakal dituturkan seterusnya.. walaupun perkataan yg nak dituturkan cuma 'mana surat khabar?' pasti anda mula ada tercetus rasa marah didalam hati walaupun anda tidak menuturkan sebarang perkataan.. jaga-jaga, biasanya didalam perihal seperti ini, expression muka anda jarang dapat disorokan.. remember, body language speaks louder than words..
5. harapan yang cuma tinggal harapan
dalam erti kata yang lebih mudah, anda sedang frust menonggeng dengan sesuatu yang anda menaruh harapan dengan sangat tinggi.. ada org pernah cakap, jangan terlalu mengharap, nanti kecewa tak hingat punye.. tapi alah, biasalah... namanya pon manusia... yang orang cakap jangan tu la mende yang paling nak buat skali pun...
p/s: percaya lah, aku memang boleh berada dalam keadaan yg sangat stabil bagi kelima-lima alasan di atas.. namun, kalo korg still nak cuba tengok aku marah, try cari pasal ngn aku time panas terik dan waktu sebelum lunch.. fuh!
panas terik dan waktu before lunch! yess!!
ReplyDeletekalau aku sejuk beku dalam air cond, pastu sakit kepala and before lunch. mesti tgh emo! hahahah
hahahaha... mye2, kau memang ratu ego.. keh keh keh
ReplyDelete