Monday, March 14, 2011

absya is my name

dalam hampir 25 tahun jangka hayat hidup aku ni, pelbagai nama panggilan telah diberikan... kebanyakkan nama2 tu datangnya daripada nama sebenar aku yang kemudiannya di olah secara kreatif oleh orang2 sekeliling aku. nama sebenar aku adalah:

noorabsya mohamed
agak chubby tapi masih comel.. kah kah kah [saya yang ditengah2]

walaupun agak canggung dan tidak selesa dengan panggilan2 yang diberikan oleh rakan2, namun aku sedikit pun tak salahkan mereka.. banyak alasan yang diberikan untuk memberikan nama panggilan kepada aku.. contohnya seperti, absya tu kononnya susah nak sebut.. kalau sebut boleh menyebabkan lidah tergeliat dengan serius.. mm, nk buek cmno kan? parents aku omputeh.. so diorg fluent je nk pronounce nama aku.. kah kah kah.. ok, ini bukan point sebenar entry ini.. point sebenar entry ini adalah senarai nama2 panggilan yang pernah aku dapat sepanjang hayat yang dapat aku ingat..



1. Nora

Nama ni khas untuk keluarga sahaja.. pada kebiasaannya lah.. ade jugak 2-3 ketul yg terlepas panggil aku nama ni.. biasanya org2 yg terdekat dengan family aku la.. tidak ketinggalan ada juga rakan2 yang terkejut bila dengar orang panggil aku nora.. tak sesuai katanya.. aku tak brapa nak faham lah kenapa tak sesuai.. mungkin anda boleh beri pendapat masing2.. tapi ofcoz la aku da sinonim dengan nama ni sejak dari lahir kan?



2. Oa [kesinambungan daripada perkataan Nora]

masa kecik2 dulu, tipu lah kalo korg cakap bila korg lahir2 je nyanyi lagu maikel jeksen dengan fluent kan? mesti pelat2 punyee.. so, masa aku kecik.. aku tak tau la.. maybe aku ni kategori yg malas nak sebut bagi abes sejak dari kecik kot.. so, aku rasa terbeban nak sebut nora.. cm panjang.. eeeh? apehal ni? aaa.. pelik kan? so, nama oa ni aku telah berikan kepada diri sendiri... aku slalu gak kene ejek time kecik2 dulu.. ngan abg ju, kak yati, kak molly.. diorg ckp aku sengau.. kah kah kah.. coz ada cara tersendiri nk pronounce oa ni.. org2 tertentu dan terpilih je yg boleh pronounce dengan betul.. dan nama ni dah terlekat kepada diri aku secara default oleh ahli keluarga yang benar2 rapat sahaja.. sehingga anak2 buah aku sume panggil aku busu oa.. dan tidak lagi busu nora seperti yang dirancang dalam perancangan hidup mereka.. cis



3. Sya

memandangkan aku memulakan zaman persekolahan di convent [alaa..convent kan ala2 kalo ko tak cakap omputeh, ko kena denda satu perkataan doposen..aa, kalau tak nak jatuh miskin terpaksa lah sume org geliat2 kan lidah hari2].. maka tak ramai antara mereka yang mengalami kesusahan untuk menyebut nama absya.. tapi mungkin absya tu panjang bagi mereka... maka mereka pun mula panggil aku dengan panggilan sya.. dah terbawak2 sehingga ke kerja nih ha.. so, kalau dalam keadaan2 yang sopan.. dan ingin melakonkan watak menantu pilihan ibu bapa, aku secara default akan membahasakan diri sebagai sya.. contohnya "sya pergi dulu ye kak, nanti kita jumpa lagi.." ok, ni dah kira sopan abes da nih..



4. SyaSya [kesinambungan daripada Sya]

mungkin aku memang ada masalah pendengaran atau pun aku memang sengaja malas nk respon cepat2 bila orang panggil2 nama aku.. so, bila rakan2 nak panggil aku dengan keadaan yang panik, mereka cenderung untuk menjamakkan nama aku dengan pantas sehingga timbul satu noun yang baru.. diorg panggil aku "sya.." sekali, aku malas nak pandang.. "sya..." dua kali, pon aku buat tak tau.. "SYA!.." agak menjerit, aku cuma angkat kening.. jadi mereka mengambil keputusan untuk panggil aku secara berulang kali tanpa henti "syasyasyasyasyasyasyasyasyasya" ok2! aku rimas.. ha, nak ape.. ok, so diorg buat keputusan panggil aku "syasya".. eergh, sungguh merimaskan keadaan seperti ini ok.. huh



5. kapca [ok, ini sangat pelik]

haha, aku ingat panggilan ni diberikan oleh salah seorg rakan karib waktu sekolah rendah.. nama dia sharifah tanti suziana.. [tantie, kalau kau membaca.. aku cuma nak bagi tau.. ye, aku igt nama penuh kau..hak3] memang agak pelik sebab waktu sekolah rendah dulu, aku nak sangat adik.. bukan sebab ape.. aku rasa aku cam kena buli kat rumah.. ye la.. contohnye kalau along haus.. dia mintak kak molly amek air.. kak molly suruh abg ju, abg ju suruh kak yati.. kau rasa kak yati akan buat bila nampak muka aku? pasti lah tidak.. aku lah mangsa.. bila aku tanya kenapa oa? jawapan tepat dan ringkas daripada adik beradik aku "kau kan yang paling kecik..dose tau tak dengar cakap org yg lebih tua".. atas alasan ini.. aku nekad aku nak sangat adik supaya boleh buli [mungkin ni lah sebabnya allah tak kurniakan aku adik, kalo aku ade adek..ntah ape la nasib dia agaknya kan?] ok.. cerita ni dah tersasar jauh.. jadi panggilan nama kapca ni diperoleh hasil daripada aku minta orang2 yg rapat ngn aku panggil aku kakak.. [ini termasuk munirah..rakan karib sejak dari tadika].. so..kapca hasil daripada panggilan kakak absya... dem mengarut perangai aku ni nox! perangai membuli sejak dari tadika memang sukar untuk dielakkan sehingga sekolah menengah.. dem



6. abesya

Pn. Saedah, guru Sejarah Tingkatan 3 Bersih, STFJB batch 9903. ini merupakan nama pioneer yang memanggil aku dengan penuh bergaya.. aku rase satu batch boleh menggayakan panggilan nama ini sekali dengan lagak muka.. iye zack, kau lah orang yang paling boleh menggayakannya.. cis..



7. abesah

Buddy. nama pioneer panggilan ini.. buddy merupakan bedmate aku time f1.. gossip setiap malam adalah perkara wajib.. perangai ini terbawa2 sehingga f5.. maklumlah bedmate smpai f5 kot.. memanglah aku dipaksa menghafal semua lagu hindustan sekali dengan step dance dia sekali.. dan aku adalah menurut perintah... haihsh... macam2 hal la perangai kau ni buddy.. ade2 saje.. hisk



8. besah

NANI! iye, inilah mangkuk yg mula2 panggil aku dengan nama ni.. cilakoi lu nani, gua dendam sampai sekarang.. mula2 rasa mcm nak mengaruk.. tp alasan mangkuk ni, absya susah nak sebut.. demyu, skang da kawen ngn mat klate dan berbahasa french di rumah.. apahal? susah lagi ke nak sebut absya nani? hehehe.. ok.. walaupun ianya bermula denga gurau-gurauan yang kasar tapi kecil-kecilan.. siapa sangka nama aku ni melekat sehingga sekarang.. semua rakan2 aku yang profesional, yang mempunyai profesion dari doktor kepada engineer sehingga lah kepada guru2 sekolah.. semuanya masih memanggil aku dengan nama ini.. mm, aku redha je lah.. tp seriously, kalau kau bukan STFian atau sekutu2 nya.. jangan lah panggil aku dengan nama ni.. tak selesa lah.. thanx


9. bes

SGF seperti ecah, sayda dan org2 yang malas menyebut.. mungkin kami ditakdirkan berkawan sejak dari lahir.. tapi mula berjumpa ketika umur 12 tahun.. mane tak nye.. semuanya nak kata syndrome down, tidak lah.. tp spastiko romanio [cis, kool gila nama yg diberikan oleh cokan nih] adelah sikit2.. sindrom malas menyebut sehingga ke habis.. tapi hasil daripada panggilan nih la aku dapat nama absyaBes.. bila nak tulis absyaBesah cam tak best.. so aku tulis absyaBesh.. baru la sama erti dengan absyaBEST.. hehe..



nampak kesinambungan abesya - abesah - besah - bes? ni lah akibat daripada berkawan dengan rakan2 creative lagi innovative.. ah, penat bercerita tentang diri sendiri.. ok lah, sehingga ke lain lembaran.. selamat bersuka ria..

p/s: awak dah lupa nama saya ke? sedih ok!

2 comments:

  1. lol. nama2 ko ada gak kaitan dgn nama ko..
    kawan2 aku cipta nama aku jauh menyimpang!

    ReplyDelete
  2. hahaha.. ok la tu, aku masih panggil kau hazimah.. kadang2 agyme.. kire dekat ape? hehe, buat lah entry nama kau pula.. pasti menarik.. hik hik hik

    ReplyDelete