cuaca hujan malam2 mcm ni memang sesuai untuk menulis.. assalamualaikum rakan2.. entry kali ini adalah berkaitan dengan pisau pemotong.. pernah kah anda terlintas untuk meneliti kesemua jenis pisau pemotong di rumah anda? sememangnya terdapat pelbagai jenis pisau yang terdapat di pasaran kini.. tidak kurang juga vendor2 yg kreative menggunakan peluang ini untuk mewujudkan akesesori aneh dan menarik bagi menghiasi dapur rumah anda.. antaranya adalah tempat letak pisau seperti ini:-
wah,sungguh sarcastic ciptaan ini..
berbalik kepada topik utama.. entry ini bakal membawa anda semua untuk mendalami jenis2 pisau yg terdapat di dapur rumah anda.. pelbagai jenis pisau dicipta untuk kegunaan yang berbeza.. suka untuk saya kongsikan bersama di sini, beberapa jenis kitchen knife yang mempunyai fungsi masing2.. bukan apa, senang la untuk anda merujuk bagi mengelakkan pisau2 ini rosak akibat penggunaan yang salah..
1. Meat Cleaver
dengar saja nama nya, kita dah tau kegunaan pisau ini adalah untuk memotong daging.. walaupun begitu, terdapat juga makcik2 di rumah yang menggunakan pisau ini sebagai parang.. contohnya untuk membuka kulit durian dan mengompel [kalau korg tak faham perkataan mengompel ni, boleh buka kamus org melaka..sekian] pintu yg stuck dan tidak kurang juga ada segelintir dikalangan mereka ini menggunakan pisau ini utk berkebun..
2. Paring
ini tidak ada kena mengena dengan putu piring mahupun piring terbang.. paring ini merupakan pisau pemotong buah.. biasanya kita guna untuk potong kulit epal, potong buah oren dan juga pear.. tapi biasalah org sekarang dah makin malas.. mm, maksud saya makin maju.. terdapat juga alternatif lain iaitu pengupas kulit buah yang biasa di gunakan kini.. ada juga di kalangan kita yang menggunakan paring untuk mengupas bawang.. tapi seelok-eloknya make sure ada 2 paring di rumah.. asingkan yang digunakan untuk bawang dan buah.. ini bukan sahaja dapat menjaga mata pisau, malah dapat mengelakkan anak2 anda confuse samada mereka sedang makan apple ataupun bawang putih..
3. Chef's
walaupun kita menggunakan paring untuk mengupas kulit bawang, biasanya bagi keselesaan yang maksima, kita menggunakan chef's knife untuk menghiris bawang.. bukan sahaja bawang, malah cili, carrot dan segala macam benda yang nak di hiris sesuai dihiris menggunakan pisau jenis ini.. namun begitu, tidak perlulah anda pergi mencuri pisau daripada chef2 yang terdekat.. kesian diorg asek hilang pisau.. alasan, kalo tak pakai pisau yg chef pakai, tak dapat lah hiris bawang.. isk, shif tak syuke tau macham ni.. lima wencah, lima wasa..
4. Bread's
pisau panjang ini di khaskan untuk memotong roti.. pada kebiasaanya pisau ini dijadikan dengan mata bergerigi.. tapi ada juga yang tidak mempunyai mata seperti ini.. ianya tampak seperti pisau panjang biasa.. biasanya pisau ini tak tajam.. tp biasanya jugak pisau ni lah yg dikeluarkan ketika ingin rewang kenduri kendara.. mungkin kehabisan pisau sehingga bread's knife ini dikeluarkan.. bayangkan je lah.. mcm mana azabnye nak menghiris bawang besar guna pisau ni.. dengan tumpulnya... panjang semacam.. pedih bawang.. fuh.. nasihat kepada makcik2.. jgn la siksa tetamu anda.. mereka berniat baik nak menolong kenduri tu.. nasihat kepada pengunjung.. anda sentiasa boleh bawa pisau sendiri dari rumah.. tp jangan lah pula membuat muka pembunuh bersiri kerana dikhuatiri akan ditahan polis sebelum tiba di destinasi anda...
macam-macam lagi jenis pisau yang berada di pasaran.. semangnya pisau ini merupakan senjata yang sangat merbahaya.. nak2 lagi pisau cukur.. lagi bahaya.. memang dah nature pisau, dijadikan untuk memotong.. suka di ingatkan di sini, bagi adik2 bawah umur yang membaca entry ini.. jangan main pisau.. nanti bleeding.. sape yg susah? walaupun makhluk pisau ini memang tajam.. namun ada lagi benda yang lebih tajam juga boleh menikam menusuk.. bagi mereka yang suka tikam org dari belakang, kadang2 tikaman tidak menggunakan pisau tu lebih tajam bukan?
p/s: ada orang tak perlu guna pisau untuk memotong.. guna mulut pun boleh.. hebat kan? amacam?
No comments:
Post a Comment