mungkin pada saat ini aku dah patut tidur dengan nyenyak.. tp tidak, aku masih segar bugar dan ini mendorong kepada simptom menulis sehingga mendapat feel untuk tidur dengan nyenyak.. seperti yg aku dah mention pada entry yg lepas, banyak perkara yang telah berlaku lately ni.. tak banyak yang dapat aku tulis kerana semuanya berlaku dengan begitu pantas..
minggu lepas, ayahanda telah pergi site visit kat shanghai dan taipei.. everything goes well until the day yg dia dah di schedule kan untuk pulang, 11 March 2011.. jadual flight yang sebenar adalah pada jam 12 tengah hari waktu tempatan.. malam 10 March 2011, telah ditakdirkan jepun telah mengalami tsunami serta gempa bumi terteruk yg pernah melanda rantau itu.. walaupun jepun merupakan negara yang amat terkehadapan dari segi teknologi, namun bencana alam seperti ini tidak dapat dijangka serta dielakkan.. apatah lagi dengan keadaan yg sangat mengejut ini.. maaf, aku tak dapat nak sertakan gambar2 yg menyayat hati di jepun.. aku tak brapa sanggup nak menonton mahupun men google vids2 dan gambar2 persis film 2012 tu..
berbalik kepada cerita ayanda.. flight delay di lapangan terbang taipei bermula daripada malam 10 hb tu.. kerana ribut taufan katanya.. so flight ayah dari 12 tgh hari delay sehingga 8 mlm.. kami di Malaysia masih sabar menunggu.. then pada sekitar jam 6 ptg, ayahanda update flight akan ditunda lagi ke jam 1 pagi, hari berikutnya.. ok.. kami dah mula berdebar.. risau, takut bekalan ubat ayahanda tak cukup... takut ayahanda tak selesa tunggu lama2 kat airport.. tp, ayahanda pastinya lebih bijak mengatur langkah.. ayahanda stay sahaja di hotel.. extend hari coz tak sanggup nk lepak lelama kat airport.. tak larat katanya..
jam 12 tengah malam, sekali lagi kami di update bahawa flight akan delay pada jam 11 pagi.. kami dah mula bimbang.. ayahanda sepatutnya pulang awal kerana ingin menghadiri majlis pernikahan anak saudaranya di sekitar kawasan jb nih pada 12 hb.. kak yati masih bersabar tunggu di KL dan aku berdebar2 di JB.. ikutkan hati pada waktu tu.. aku dah lama gerak g KL untuk menanti ketibaan ayahanda.. perasaan berdebar pada waktu tu... allah je la yg tahu.. aku adalah tak boleh nak focus langsung pada apa2.. drive pon cm tak menentu.. nasib baik tak accident..
semua pernantian berakhir bila ayahanda call pada sekitar jam 12 tengah hari..
ayahanda: "ayah dah sampai, pagi tadi beli tiket lain jam 8 pg.."
aku: alhamdulillah.. [mata bergenang ok!]
ayahanda: ok
talian diputuskan...
sekian, perbualan 4 saat yang amat menggembirakan..
the man that fulfill with undoubted love, incredible spirit, respectful thoughts and a perfect cook..
p/s: sape tak sayang parents weh..
No comments:
Post a Comment