Thursday, March 3, 2011

habit mencari keriangan

rindunya rasa nak bergelak tawa di rumah.. bila agaknya lagi boleh bersuka ria cm tu? duduk kat jb ni, aku tak pergi mana2 pun [ok ni tipu, sebenarnya aku baru je balik daripada merayap bersama yuki yaya selepas waktu bekerja tadi].. biasanya ni adalah habit2 aku bila rasa kurang gelak tawa didalam hari2 yang dilalui..

1. call batrisha

biasanya kalau aku bernasib baik, dia ada mood utk layan aku dengan percakapan yang dipengaruhi slang German.. memang menggelikan hati.. dan menggembirakan.. atleast terubatlah rindu aku nih.. tapi memang jarang lah nak tunggu mood dia bagus cmni..

nih gambar batrisha time umur dia 2-3 hari gitu, time ni tak pandai cakap pon lagi.. pipi dia pun tak kembung sangat.. huhu


2. call kakak2 aku utk bergosip liar

nih memang menarik.. rasanya aku tak pernah miss utk call diorg hari2 [kadang2 mmg miss call je, diorg pasti call balik..hak3].. sungguhpun begitu kerap panggilan telefon yang dibuat, namun gossip yg mendatang langsung tak pernah kering.. begitu juga ketika berjumpa.. banyak betul yg nak dibincangkan.. pelbagai perkara berbangkit yg pasti akan timbut.. rasanya kalau buat minit mesyuarat nih, mahu berjela2.. smpai kena bukak 2-3 file la kesimpulannya fuh.. berikut merupakan watak2 utama didalam kegiatan gosip menggosip..


3. call other family members

biasalah kan, lepas dah gossip2.. kita sebarkan kepada ahli keluarga yg lain.. takut2 diorg kecik ati plak.. hahaha, ok tipu je sebenarnya.. call yg lain2 just utk tanya kabar.. walaupun hari2 call, namun kadang2 kabar mereka berubah2 mengikut jam.. hehe, memang menghiburkan.. penting kena call diorg nih.. kalo terlepas beberapa jam je pun, anda mungkin ketinggalan beberapa babak penting didalam hidup anda.. huhu


4. blog walking

nih akan berlaku ketika aku online la.. aku akan lebih terjerumus utk melawati blog2 joker yg berada di sekitar kawasan liputan.. memang menghiburkan perangai sorg2 nih.. tak perlu lah aku petik nama sesiapa di sini.. u noe who u r.. hehe, ade saje idea dan bakat terpendam yg dapat dilihat setiap hari.. ni kalau kak pah tengok mesti dia amek jadi protege.. siap bawak g umrah taw.. huhu


5. gugel gambar2 lawak

oh ini memang habit yg agak rare.. tp iye, memang seronok ok bila dapat melihat gambar2 lawak nih.. berikut merupakan antara koleksi pilihan yg sempat di ambil daripada merata tempat..

fashion2 yg menarik, pelik serta boleh membuatkan aku gelak2 sorg2

ad yg lawak juga menghiburkan.. hehe

but like was said by others: there's always some truth behind any jokes.. hehe.. kadang2 sinis juga lawak2 nih.. hik2


6. melayari u-tube utk sumber joker yg lain

ini juga menghiburkan.. seronok ok bila ditemani perkara2 seperti ini:-



ok lah, da penat sebenarnya.. dah tiba masanya utk mengucapkan selamat malam sayang

No comments:

Post a Comment