Tuesday, March 22, 2011

konflik dalaman

tak semua yang kau nampak di luar menampilkan isi kandungannya.. memang sering kali kedengaran nasihat2 berbahasa inggeris yang berbunyi seperti ini 'don't judge a book by its cover'.. ni kategori peribahasa yang paling common di guna pakai guru2 sekolah rendah mahupun menengah.. jadi, adalah amat tidak sesuai untuk anda menyangka baik terhadap sesuatu yang indah dan menyangka buruk terhadap sesuatu yang hodoh.. contohnya seperti buah apple ini:-


siapa sangka? kalau dilihat dari luar, mcm tak ada sebarang masalah pon kan?


konflik dalaman saya pada hari ini tidak ada kena mengena langsung dengan sebarang kulit.. ini termasuklah kulit buaya yang dibuat handbag dan juga kacang lupakan kulit.. semuanya tidak berkenaan.. didalam hidup ini, pelbagai anjakan paradigma perlu diambil dalam masa yang amat singkat apabila keadaan mendesak.. namun, adakah anda benar2 bersedia untuk sebarang anjakan paradigma daripada orang2 sekeliling anda?

sudah menjadi lumrah manusia, lebih mudah untuk menolak sebarang perubahan.. apetah lagi perubahan yang amat besar.. walaupun perubahan yang bakal dilaksanakan adalah kearah kebaikan, fikirkan sekali lagi.. adakah perubahan ini dapat diterima oleh orang sekeliling atau sebaliknya? sekali lagi, konflik dalaman saya sekali lagi tidak ada sebarang kaitan dengan perubahan orang sekeliling, persekitaran mahupun alam semula jadi..

p/s: dah namanya konflik dalaman.. simpan kat dalam hati je lah.. dalam-dalam sangat.. baru lah jadi dalaman.. selamat malam sayang

No comments:

Post a Comment