Friday, April 29, 2011

expiry date

setiap tahun kita menyambut hari lahir dengan cara masing2.. tahun lepas aku mengisi tentative hari lahir aku dengan organize family day kat tepi laut.. tahun nih? ce teke? kih kih kih.. yang pentingnya aku just nak inform.. insya'allah i wont be in Malaysia on that date.. but seriously, I REALLY APPRECIATE BELATED WISHES.. and partay.. celebrations, presents, surpirses, cards, and so on.. huhu



ini memang rare, kau rasa aku sanggup? gayat ok..haha



p/s: setahun sekali mencari ketenangan, ape salah nya setelah setahun penat lelah berhempas pulas kan? last but not least ENJOY LIFE NOW - IT HAS AN EXPIRY DATE!

Thursday, April 28, 2011

adegan sentap menyentap

assalamualaikum dan dalam sejahtera.. telah menjadi satu kewajiban bagi seorg umat islam untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.. bagi setiap orang yang bekerja dengan waktu office hour 8-5, dah sah2 solat zohor tu hendaklah dijalankan didalam range waktu tersebut.. cuma kadang2 bagi yang rasa tak sempat nak solat asar di rumah, makanya solat asar juga akan dibuat di tempat kerja.. solat didirikan tidak kiralah di surau, masjid dan tidak kurang juga di bilik2 yang telah dikhaskan di pejabat.. baiklah, jelas sekali ini bukanlah point sebenar entry ini..

point sebenar entry ini adalah ketika solat, anda biasanya perlukan ketenangan dan logiknya suasana yang aman dan damai.. agak senyap misalannya.. tapi kalau dah ada ahli2 majlis didalam tempat anda bersolat sebuk membuka forum berborak tentang orang, anda pasti akan tertarik menarik kau memang dabom untuk mendengar forum tersebut.. demyu.. obviously solat zohor hari ni, aku adalah tak khusyu'.. cuma kau je tahu imah.. cis

p/s: tak kisah lah kalau aku tak interested dengan topik perbualan kau.. tp sangat menarik smpai aku adalah sentap smpai sekarang.. ouch.. somebody, please tell me, is that rumors actually true? damn its killing me inside..





save a life

i tend to abuse replay button every time i've come across this vids.. huhu.. it's an interesting story of a fight.. can u see that? just how creative people can be in any critical situation.. what ever it is, it does make a very nice melody.. huhu





Step one you say we need to talk
He walks you say sit down it's just a talk
He smiles politely back at you
You stare politely right on through
Some sort of window to your right
As he goes left and you stay right
Between the lines of fear and blame
You begin to wonder why you came

CHORUS:
Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Let him know that you know best
Cause after all you do know best
Try to slip past his defense
Without granting innocence
Lay down a list of what is wrong
The things you've told him all along
And pray to God he hears you
And pray to God he hears you

CHORUS:
Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

As he begins to raise his voice
You lower yours and grant him one last choice
Drive until you lose the road
Or break with the ones you've followed
He will do one of two things
He will admit to everything
Or he'll say he's just not the same
And you'll begin to wonder why you came

Enjoy.. happy singing!


Wednesday, April 27, 2011

Small Accident

seriously, it is not cool at all to start a day with any accident.. unfortunately, this is what happen to me this morning.. rumah aku memang jenis kalo nak masuk, ko kena ada pass card untuk bukak palang kat guard house.. long story goes short.. aku cm kalam kelibut pagi tadi lalu mentabrak palang tersebut.. fuh.. time2 cmni lah aku berharap aku sedang drive hilux.. cis, maka nya, setelah adegan merempuh telah berlaku.. aku dapati palang tersebut cedera parah.. dan guard2 kat guard house yang biasanya bawak muka layu ketika pagi secara otomatik seperti disergah sangka kala.. tidak kurang juga yang melatah dan menyumpah.. aku yg sepatutnya cuak kerana terlanggar sebaliknya tergelak melihat telatah guard2 tersebut.. hahaaha ye la, guard penkid kot.. muka ganas mcm pembunuh, jap lagi melatah opocot omak den.. kah kah kah, hilang macho u nox.. hahahhahaha

ok, aku tak berapa pasti lagi brape yg aku kena bayar kat management sebab merosakn harta benda awam.. so aku cm masih berdebar.. lepas tengok palang yang dah terkulai layu di tasik madu tu, aku cm tak sanggup nak pusing tengok my baby baby baby uu like.. baby baby aku... owh, i fell hurt u know.. tapi lepas aku pusing, aku nampak dia tercalar teruk dan sedikit pecah di bibir ibarat justin bieber yg ditumbuk bibirnya.. waaa.. sedih gila ok.. tp skarang la baru rasa sedih, coz pagi tadi cm bz gelakkan guard.. bukan apa, aku sengaja tak nak tengok kereta aku awal2.. takut2 mood untuk presentation hilang.. aku dah hagak dah kalau aku pusing dan lihat keadaan sebenar kereta aku ketika itu, pasti mood rosak sehingga ke petang.. mana tak nye.. cube tengok ni..

sorilah, camera tak canggih.. sebenarnya, dia cm calar balar.. ibarat lukisan abstrak di tudung turkey


luka lama yang berdarah kembali ni aku tengok lepas presentation.. oh, bdw.. alhamdullilah presentation ok.. tp competitor cm hebat2 belaka.. berbalik kepada cerita small accident ini, aku nih mmg jenis yang cm suka berfikir sejenak kot [fine berangan sebenarnya.. demyu].. aku cm renung2 kembali.. then tiba2 aku teringat.. sebenarnya kereta aku cm kotor, dah lama tak cuci sebab hari asyik hujan je.. then semalam aku cm janji ngn kereta aku nak cuci dia.. unfortunately time blk keje smlm hujan lebat betul, takkan nak cuci kan? so aku rasa dia cm majok ngn aku.. jadi, petang nih.. setelah berpenat lelah bersukan, aku mengambil keputusan muktamad untuk pergi hantar my baby to car spa.. polish sket bagi kilat..

eh? bila u tumbuh jerawat? i tak prasan pun? huhu


jadi, kami berdua pun pulang dengan hati yang gembira petang nih.. lalalalalala


p/s: aku tetiba rasa mcm OMG, what am i gonna do if anything were to happen to my car? ya allah, mintak jauh la..

nervous

ya allah, permudahkanlah urusan hambamu ini.. amin

Tuesday, April 26, 2011

creativity

dalam menjalani kehidupan seharian, banyak perkara yang terlintas di fikiran kita yang jika direnung2kan semula sebenarnya mempunyai nilai estetika yang tinggi.. perkara2 seperti ini biasanya tidak diambil endah oleh banyak individu kerana ianya dianggap tidak memberikan sebarang faedah.. namun lain pula pandangan bagi orang yang memang menjadikan idea kreatif sebagai punca rezeki utama mereka.. orang2 yang dimaksudkan mungkin terdiri daripada mereka yang mempunyai profession seperti designer [multimedia/fashion/space/landscape etc], photographer, producer/director/script writter dan sebagainya..

mungkin anda keliru dengan mukadimah entry yang agak heavy ini.. sebenarnya point entry ini adalah untuk mengingatkan kepada anda semua... hargai idea anda, walaupun dianggap sebagai idea yang tidak bagus oleh orang lain, namun idea anda pasti ada nilai estetika nya yang tersendiri.. siapa tahu, ianya mungkin berguna bagi orang lain [selain daripada orang disekeliling anda?] dan jika direnungkan kembali, dengan idea lah orang2 yang terkaya dalam dunia ini menjadi kaya.. haaa.. kalo tak caye, ce tengok nih:-


siapa sangka dengan bermain kereta mainan sepanjang hari, anda mungkin pernah terfikir untuk melihat sesuatu seperti ini?


jika anda pun pernah terfikir tentang perkara yang sama, anda rasa rugi tak? maksud saya jika anda mencadangkan atau senang cerita menjual idea anda [kepada syarikat hotwheels misalnya untuk contoh ini], sudah pasti anda telah menerima habuan yang patut anda terima sekarang.. rugi kan? tapi point entry ini adalah untuk promote kepada rakan2 pembaca untuk commercial kan idea anda, jangan smpai orang lain amek baru rasa rugi.. sekian

p/s: kan aku dah cakap, kalau jiwa tengah kacau.. idea menulis pasti mencurah2 seperti air terjun.. eh, da lama gak tak g mandi air terjun kan? best gak kalo picnic kat kawasan air terjun.. aaiihh time2 ni pula nk terfikir pasal vacation.. tak sesuai langsung nox.. skang nih tengah lapar gile tapi tak boleh nak makan.. runsing btol gamaknyer nih.. cis


short movie

i'm not so into this topic but i do love short movie.. sebab biasanya short movie ni memberi maksud yang tepat dan padat.. dalam masa yang singkat, anda mungkin dapat membaca keseluruh permasalahan.. dan yang paling penting short movie yang bagus, pasti dapat menyayat hati penonton dalam masa yang singkat.. kalau di malaysia.. satu masa dahulu, aku memang sangat ternanti2 akan iklan2 petronas bagi setiap event seperti hari raya aidilfitri, merdeka dan sebagainya.. namun, short movie yang bakal aku kepilkan sebentar nanti adalah juara pertandingan short movie di indonesia.. tajuk yang diberikan adalah gay/tidak.. aku rasa mungkin kerana isu homoseksual sedang hangat di pasaran, jadi contestant nih bijak mengambil opportunity ini untuk menggamit jiwa masyarakat muda masakini yang mungkin keliru atau masih mengalami masalah yang sama dengan situasi yang dipersembahkan.. jika anda ingin lebih faham, saksikanlah kedua-dua part short movie ini:-





ternyata ini merupakan short movie yang baik.. dengan shot yg diambil daripada pelbagai sudut yang kreatif, jalan ceritanya juga padat dan tepat.. motif juga jelas.. ok, aku da rasa mcm mamat kalid plak bg comment2 bernas cmni..

p/s: aku masih nervous.. ya allah.. permudahkanlah

terlebih pandai

p/s: bila teknologi makin canggih, manusia jadi makin pandai.. tapi kalau pandai yang scholar takpe, jangan mengarahkan kepandaian ke arah penipuan.. kalau pandai memang bagus.. tapi kalau dah memandai-mandai, nak jadik ape pulak kan?


imej sengaja dikecilkan untuk elak adik2 terpengaruh dengan habit seperti ini.. sila klik untuk besarkan sedikit je..


p/s: aku sangat nervous..


Monday, April 25, 2011

ah cai

dia punye lawak.. itu pelakon pon tak boleh lakun kan punye ye pun~ aku ni mau tido pun tak ter tidor nye pun ni.. kalau lawak ke laut mmg satu hal, tapi ni lawak ke lombong.. mcm mana nk kira nih?



untuk kita nak selesai-hi, masalah nye permasalahan ni ye pun~


kalau takut dilambung ombak, tak perlu lah tonton cerita ongbak... iyah3.. tomoi der, tommy pon boley~~

p/s: ni apehal asek pusing2 ckp pasal duit gak nih.. dah2 weh.. selamat lewat malam rakan~


Sunday, April 24, 2011

tabiat menabung

dalam financial management.. cara terbaik untuk menguruskan wang [bukan meng-kurus-kan wang ye] adalah dengan mengenepikan 20% daripada sumber pendapatan anda untuk simpanan.. kalau dari kecik dulu.. dah menjadi satu trend untuk parents sediakan sebuah tabung untuk anak2 mereka.. masa aku kecik dulu.. pada pendapat aku, siapa ada tabung paling fancy, dia menang.. tapi isu yang sebenar obviously kandungan tabung.. aku tak sedar isu ini lebih penting sehingga kak sally membuat satu competition.. duit sapa paling banyak, dia menang.. aaah... itu kisah dulu2.. malas nak ungkit kekalahan yang lama.. ye lah, dia bendahari sekolah, mesti lah talented nk kira2 n simpan2 duit nih [hamboi, nampak nau aku tak puas hati.. hahaaha]

sebelum content ini berlari ke langit.. sebenarnya apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah formula untuk menabung.. sebenarnya ramai antara kita yang menggunakan formula ini:-


pendapatan - (hutang + kehendak) = simpanan


itu salah ye rakan2.. jadi, sempena menyambut hari gaji esok, suka saya ingatkan kepada rakan2 untuk menggunakan formula yang betul... iaitu:-


pendapatan - (simpanan + hutang) = kehendak


aa, walaupun agak rare kalau dah besar2 ni ada tabung, namun mungkin habit dari kecil agak membantu kita untuk menjalani kehidupan harian ketika dewasa ini.. kak sally ada menghadiahkan aku dengan seikhlas hati, sebuah tabung yang agak besar.. ah, mungkin tidak terlalu besar.. tp rasanya ntah bila lah agaknya nk penuh.. huhu, jgn salah anggap, bukan kah tidak selamat menyimpan duit dalam rumah? saya simpan duit dalam bank je... tabung haji kan ada? kira tabung gak tuuuu.... uhuk uhuk uhuk.. batuk2 kokol pula di sini..

baiklah, saya dah ada tabung, anda bagaimana?



kalau takde tabung sendiri, tabung surau pon boley~~


ok.. masa dah time.. selamat malam sayang~

kotak ajaib

cuaca panas terik cm ni tak brapa sesuai untuk blogging sebenarnya.. tp mcm kurang sopan pulak kalau tak buat satu entry pasal semalam.. semalam kawan baik ketika sekolah telah pulang ke kampung halaman di johor dan secara langsung, datang menjenguk aku dan beborak panjang.. ye bujit dan aku keluar semalam smbil berborak panjang.. tiada sesaat pun terlepas daripada pandangan.. sepanjang bersama, mmg asik dengar suara sahaja.. kalau bukan suara aku, suara bujit.. bila kitorg dah habis topik berbincang, kami masih tidak mute.. kerana kami telah menyumbangkan suara lunak merdu ke dalam kotak merah yang berdekatan... ah, kotak kali ni tak berapa merah sangat lah sebenarnya.. mungkin lebih sesuai di panggil kotak ajaib..

suara sedap tak terhingga, sehingga lady gaga pun boleh gulung tikar


thanx jit.. u've just made my day... heehe.. jangan lupa buat baju untuk i k.. kasi effect kurus lebih sket.. hahaha sorry lah tak dapat join trip to perhentian.. tp ingat k, kalau pergi simpadan, kasi tau i.. tp plan awal2 sket la.. sempat i nak jahit jaring.. buat tangkap ikan kat sana nanti.. hik hik hik..


p/s: sebenarnya hari ni aku baru balik daripada wedding imah.. nnt2 lah aku upload gambar yg sesuai dan pastinya ada satu entry wajib untuk itu.. tp nanti lah k.. tunggu cuaca sejuk dan aman sedikit..

Saturday, April 23, 2011

piano

sejak duamenjak orang sebelah rumah aku ni beli piano, tiap2 malam before tido aku akn dapat dodoian malam free dengan lagu twinkle2 little star dan juga happy birthday.. alahai.. sehari dua, aku tahan gak.. ni dah tiap2 malam, apa kata aku suggest kau pergi kelas piano.. kalo takde budget.. blaja kat you tube pon boleh..



kalau dah susah sangat, miming cm nih pon boley~~



p/s: takde lah rasa terganggu sangat dengan bunyi piano.. cuma bosan dengar lagu yg sama setiap malam..

Friday, April 22, 2011

tenung jari sendiri

sebenarnya lepas publish entry tadi.. aku adalah termenung sebenarnya.. bila aku tanya pada jari2 telunjuk sebelah kiri dan kanan.. dua2 seolah2 bersetuju untuk meneruskan penulisan.. tp kali ni nk yang ringkas2 saje.. bukan lah se heavy tadi... ah, layan pulak lagu2 fehlong seperti ini.. mmg indah dan permai petang jumaat aku nih [ok, tak sebenarnya..pagi tadi sangat banyak kerja.. dan petang ni kena conduct training..] lagu ini lah yg dimaksudkan..



rasa mcm tepi pantai.. dilambung ombak.. ah, rasa mcm nak pergi bali lah.. hihi



perasaan bercampur-baur tu biasa bila aku menulis entry2 dlm blog nih... rasanya kalau tenang, damai dan gemilang.. aku akan diamkan diri je.. jadi, bila dah sampai 2 entry dalam satu masa yang dekat.. mmg ketara la.. tak brapa nk damai hati nih.. dulu, maksud aku dulu2 la kan.. i tend to talk rubbish when i feel this way.. so, bila da start blogging.. aku mula menulis perkara yang aku rasa seronok ditulis ketika perasaan seperti ini melanda.. sebab aku mmg tak suka bercakap tentang perkara sebenar yang berlaku.. lebih kepada memberi satu emosi yang berbeza kepada keadaan lain, so atleast aku dapat release tanpa perlu memberi tahu semua org, apa yang berlaku sebenarnya... kau rasa ini complicated? kau patut cuba buat JAVA core programming..

oklah.. dah boring menulis, nak sambung buat kerja.. good bye people..

how to handle difficult people?

assalamualaikum dan salam sejahtera.. sempena tengah hari jumaat yang permai ini, aku nak buat satu entry yang berfaedah dan adalah sikit2 isi yang patut dikongsi.. berbanding dengan entry2 emosi aku setiap hari.. dah lama rasanya aku tak update pasal bahan2 ilmiah yang aku tenung setiap hari.. biasalah, kadang2 bila kita hadap something hari2.. kita terlupa bahawa benda tu la yang paling penting dan yang paling mempengaruhi hidup kita sebenarnya.. baiklah, tak perlu tunggu aku melalut sampai ke laut.. berikut merupakan buku yang aku da lama abis baca sebenarnya..

how to easily handle difficult people handbook, by Murray Oxman



aku beli buku ni mungkin daripada pengaruh sekeliling.. iya lah, org cakap bila kita bertemu dengan macam2 orang, lagi banyak pengalaman pergaulan kita kan? tapi aku rasa mcm memerlukan beberapa panduan untuk berkomunikasi dengan client2 terutamanya.. kita biasa rasa ade beberapa jenis manusia nih yg mmg susah sangat nk handle.. sebenarnya, lepas anda baca buku ini, baru anda dapat figure it out that they are not difficult.. they are just different accordingly to their own attitude classification..

buku nih actually fun.. aku membaca sambil tersenyum sepanjang perjalanan menaiki bas dari jb ke pd untuk satu latihan.. Murray Oxman ni pulak merupakan sorg motivator.. dia mempunyai ramai pengikut.. terutamanya org2 yang biasa datang dengar talk dia.. aku mungkin bukan jenis yang suka mendengar ceramah, tapi aku suka membaca perkara2 yang dapat membakitkan semangat serta motivasi diri.. alah... cm motivasi pagi dr. fadilah kamsah tu.. dah dibukukan pon kan? mm.. buku2 cmtu pada aku sebenarnya seronok dibaca kalau kena pada masanya..

sebenarnya entry ini ditulis ketika aku berada sorg2 je kat dalam office... lunch hour hari jumaat mcm ni, kebiasaannya makcik2 pulang ke rumah, lelaki2 ke masjid, lain2 sebok shopping dan tidak kurang juga ada yang pergi tidur di surau.. tp hari nih, kerja aku cm terlebih banyak.. smpai 1 lebih baru siap.. so, tertinggal sorg2 kat office.. wawawawaaa..

Thursday, April 21, 2011

tak keruan

hari ni tak tau la nape rasa cm sangat tak keruan.. runsing sampai nak termuntah.. makan rasa mcm tak lalu.. [tipu, walhal baru balik lunch dan makan banyak dengan jayanya sekali].. ah, aku sangat gementar ye bila perasaan seperti ini berlaku.. rasa seperti ada sesuatu yg akan berlaku..

oh ya, aku dah igt.. aku tau kenapa aku sgt tak keruan.. mungkin kerana perihal rabu hadapan.. ya allah, permudahkan lah.. amin..

Wednesday, April 20, 2011

kisah ayahanda dan kursus

dah menjadi kemestian utk anak2 yg berada jauh diperantauan mcm aku untuk sentiasa melengkapkan diri dengan update terkini daripada ahli keluarga melalui pelbagai media yang ada pada zaman yang serba canggih sekarang.. so semalam aku call ayahanda.. perbualan telefon aku dengan ayahanda biasanya ringkas, tepat dan padat.. takde ape hal pon sebenarnya.. saja cari gosip terkini hiburan sensasi..

aku: hello, assalamualaikum..

ayahanda: ha.. wslm.. [suara slow mcm baru bangun tido]

aku: eh ayah tak keje ke hari nih?

ayahanda: meeting2..

tutt.. talian diputuskan..


aku cm terpinga2.. bukan sebab ayahanda putuskan talian tanpa sebarang notasi untuk berhenti [coz kebiasaannya mmg begitulah style dia brckp telefon].. tapi aku cm pelik.. sejak bila ayah aku cm tidak bermaya ketika berada dlm meeting.. setau aku.. kalau meeting, dialah yg paling cargas sekali.. walaupun sepatutnya MC, dia sanggup datang office utk meeting.. haa... punya lah cargas..

so, aku pun sms..

aku: ayah xsihat ke? jgn la dtg kerja.. have a good rest..

ayahanda: tengah kursus.. very boring! ayah tertido


hahahahaha.... aku cm.. OMG, ayah tido dlm kursus? aku cm tak dapat bayang.. then dia siap suggest kat presenter tu utk short kan masa kursus sebab boring sangat.. OMG OMG OMG.. hahaha kasihannye dekat presenter tu.. mesti kecik ati dia.. hahaaha kepada presenter CIDB, sorry la.. org melaka ni ckp mmg direct sket.. hihi, n kursus ni pun ayahanda terpaksa amek utk renew licence.. and setiap kali renew licence, adalah kursus yg sama.. mana tak boring kan? kah kah kah, mmg la nak kena sound sedas dua.. da bape tahun ayah aku terpaksa join kursus ni.. siap boleh hafal lagi ape presenter nk ckp seterusnya.. huhu

p/s: ayahanda.. tabah ye.. lagi 1 hari je lagi.. u can do it! hihihi

Tuesday, April 19, 2011

pencarian kami

aku baru balik rumah.. lengkap dengan pakaian kerja.. tak sempat nak berbuat apa2.. ini lah perkara pertama yang aku hadap dulu.. biasalah, dah jadi darah daging.. patut lah sepanjang perjalanan ke rumah.. aku rasa tak sedap hati je.. rupanya rakan2 seperjuangan asik menyebut dan tag2 nama aku di serata pelusuk social network.. terima kasih rakan kerana mengisi kekosongan malamku..

baiklah, entry ini sebenarnya ingin mengisahkan tentang apakah reason sebenar aku pulang lewat hari ni.. aku keluar mencari sepasang kasut yang sesuai untuk seorg rakan ofis.. baru aku sedar.. bukan senang nak cari kasut bila kita betul2 memerlukannya.. tp bila tak perlu.. aku boleh beli 5 pasang serentak tanpa berfikir panjang... amacam?

this is wow!

kau fikir senang nak cari kasut impian di pasaran? tidak sebenarnya.. tak caya, tanya imah.. ok, aku perlu mandi.. dan dengan ini, selamat malam sayang

Monday, April 18, 2011

high five

semakin hari aku dapat rasakan cerita hidup aku maken aneh.. bila aku berkongsi cerita kehidupan kepada orang2 terdekat yang boleh dipercayai.. jawapan mereka standard sama seperti dalam skema jawapan SPM2003.. this is life.. c'est la vie, cmni la hidup.. ah, lupakan kisah hidup yang aneh2.. aku rasa sudah lebih 1 tahun selepas kali terakhir bergembira sakan bersama SGF.. [ah dramatis.. baru 1 tahun dan beberapa hari sahaja sebenarnya].. dan ini merupakan punca semangat terus membara sepanjang tahun [dan ini adalah penipuan besar].. fine, atleast beberapa bulan selepas itu.. rasa fresh je menjalani kehidupan sambil mengharungi orang2 aneh disekeliling..

sebenarnya aku tak berniat nak menulis dengan panjang pada entry kali ini.. cuma, alah.. emosi tu kadang2 tak dapat nak di tahan2.. penulisan walaupun bukan bercerita tentang perkara yang sebenar.. tetap pasti akan meleret... aku berharap pada sesuatu yang aku harap dapat memberi semangat semula pada aku.. bukan sesuatu sebenarnya.. dua watu.. dan tiga watu.. kalau kau faham, aku bagi high-five kat kau..



selamat malam.. sesungguhnya tidur pun tak dapat menenangkan jiwa sepenuhnya.. kembali lah kepada-Nya untuk ketenangan yg hakiki..

p/s: tangan aku yg putih sikit tu., lagi sebelah tu tangan sayda

Sunday, April 17, 2011

this is classic

sangat classic yer.. haha



tak sangka lagu trans cmni mempunyai vids yg sungguh interesting.. huhu

p/s: saya tak lapar.. tp rasanya perlu makan sedikit sekurang2nya untuk tidak jatuh sakit.. sekian

tora datang lagi

musim durian datang lagi.. adalah menjadi satu penipuan yang besar kalau aku tak menjamah walaupun seulas durian ketika musim durian seperti ini.. ape? kau geli sebab durian busuk? kesian.. hilang 1 nikmat makan kau kat bumi msia nih..

makan durian hari jumaat dengan imah n yuki yaya

mula2 yuki yaya tak mau makan.. dia kata yuki nak satu ulas je.. keputusannya.. satu bijik dia telan.. nasib baik tak tertelan bijikk [ok.. nih dah over].. sebenarnya aku tengah brainstorming.. mcm mana boleh sakit perut luar biasa sekarang nih.. sehingga terketar2 nk menulis.. ah, pembohongan lagi.. adakah sebab overdose durian? isk

serius

buat masa ni, aku tidak setabah kau... untuk menulis panjang dengan sepenuh hati.. tapi tadi bila berjalan2 di blog2 yang tidak dikenali.. aku terserempak dengan satu blog yang tidak terurus susunannya dan membuatkan aku rasa nak marah walaupun tak kenal siapa sebenarnya pemilik blog.. adakah ini satu masalah? perlu tak aku google sampai aku kenal sape owner?

serius ketika pembacaan tu memang sikap default


ni apehal la emosi sangat tak stabil pada hari ahad yang tidak hujan nih? cepat sangat terpengaruh ngan alam sekeliling..

p/s: sebenarnya aku sakit perut luar biasa dari pagi.. aku suspek ada anak beruang cakar2 dalam perut.. demyu

Thursday, April 14, 2011

terima kasih daun keladi

di kala malam yang dingin seperti ini, pada pendapat aku, tak patut kalau tak keluar satu entry.. pagi smpai petang tadi aku buat installation oracle client kat data center operation room.. biasanya kalau disana, conversation adalah asing sekiranya anda tidak pernah berbackgroundkan IT.. sedangkan aku yang dah belajar bertahun2 pun dok pahe sbutir habuk.. conversation berbunyi seperti ini:-

aku: ni cmne nk untar nih

a: # tar -xf filename [tab] / [tab]

aku: oo tr -cv

a:bukan, tar -xf

aku: ok tar - tf <--ntah hape aku fikir.. mungkin stf

a: isk, mcm mana ni.. dah banyak kali dah buat ni?

aku: yela yela # tar -xf


ah, aku mmg lampi kot mende2 cmni, ye la..bukan background aku kot? dah sah2 aku org system.. dulu mase blaja pon amek pure IT..bukan budak network.. mane la aku nak tahu perkara2 tersebut.. kau tak faham aku mencarut di atas? jgn risau.. sbb aku pon bukan faham sangat.. tp cuba sedaya upaya memahami.. ni da tahap menggunakan hati dah ni.. agak2 dan rasa2.. ikut instinct lah kesimpulannya.. ni ape hal aku buat installation guna instinct nih? hadhoi hai.. esok, sambung lagi installation.. harapan aku, semua dapat berjalan lancar sehingga berjaya migrate dan run seperti biasa.. aminn..

p/s: aku amat bersyukur ditemukan dengan semua orang yang ada dlm bilik ni.. mereka sangat membantu terutamanya hafiz.. kalau dia takde, pendek kata.. tak terinstall lah mende nih tadi.. dan aku secara langsung dapat pengalaman, ilmu dan juga skill baru.. terima kasih hafiz

Wednesday, April 13, 2011

bantal sejuk

ah, bantal busuk sebenarnya tajuk entry ni.. tp sebab nak mengekalkan imej bersih.. aku letaklah tajuknya bantal sejuk.. baiklah, saya mulakan entry kali ini dengan ucapan, assalamualaikum.. apa khabar anda di sana? saya di sini sihat sahaja.. jika saya ingin meneruskan penulisan seperti ini, mungkin tajuk entry ini perlu ditukar kepada kaedah penulisan surat rasmi tahap 2 sekolah kebangsaan..

cukup2 lah merepek, mari kita ke point entry ini.. ada sesetengah dikalangan kita telah dibiasakan dengan bantal busuk ketika mahu tidur... seperti aku.. masa kecik2 dulu, aku ada sebuah bantal busuk.. bantal tu sama sebijik dengan kakak aku.. sally... masa kecik2 dulu, aku selalu pertikaikan, kenapa aku tak ada adik? aku selalu rasa tak puas hati [bukan sedih ye] sebab aku slalu diperkotak-katik kan.. dulu.. aku tak boleh tido kalau takde bantal busuk nih..

ditakdirkan aku dilahirkan dikalangan adik beradik yang kreatif pemikirannya.. diorg mmg tak senang lah kalau nampak aku mcm over2 sangat suka pada something.. pada diorg, kalau suka tu.. biar sederhana sahaja.. jangan suka sangat2.. nnt kalau tiba2 tuhan nak tarik balik, bila2 masa je.. nnt kecewa berlipat kali ganda.. fuh, dramatis.. walhal cuma sebuah bantal busuk..

nak dijadikan cerita.. mereka dah mula bosan dengan aku dan bantal busuk.. walhal kakak aku, diorg cm tak kesah sangat pon.. alasannya, kakak aku tu rajin jahit.. slalu cover bantal busuk dia dengan kain2.. aku tau dah berlapis2 dah.. tapi aku punye? nak pegang jarum ngan gunting nnt, kena marah.. sebab masih tak cukup umur.. bila togel bantal busuk tu.. diorg kutuk? ape nih? tertekan i tau..

setelah beberapa scene kutuk-mengutuk bantal busuk kesayangan aku... satu hari mereka mengajak aku bermain bola beracun.. tapi kitorg takde bola [adik beradik lelaki aku lebih cenderung bermain basikal berbanding sukan lain].. masa tu, aku kecil lagi dan masih tidak boleh meneka bahawa itu sekadar perangkap diorg.. so, diorg mencadangkan utk jadikan bantal busuk aku sebagai bola beracun itu.. dapat je kat tangan diorg, mcm ringan je..

pheeeeew, bantal busuk aku terbang atas bumbung garaj kete.. aku terdiam, mengalir air mata.. diorg? gelak kan aku.. aku take it positive.. diorg ckp, jgn terlalu obses [diorg guna perkataan lain la waktu tu..].. sebagai adik yg baik, aku redha je dengan kejadian tersebut.. jadi, smpai sekarang, semua bantal yg jadi bantal tido tiada keistimewaannya.. tp tetap dirindui setiap kali keluar dari rumah..



p/s: tipu, aku tak diam sebenarnya.. aku curi bantal kakak aku, dan baling ke atas bumbung rumah.. fair and square! sekian..

pertarungan hebat

ini bukan sekadar permainan.. ini merupakan pertarungan nyawa dengan masa..


ini semua pengaruh dino.. kau ni.. memang la

p/s: zip ykk pon ok bro.. jnji sampai..

Tuesday, April 12, 2011

kiraan trafik

pada tanggal 6 Mac 2011, aku dengan jayanya telah menampalkan satu jenis codes yang boleh mengira bilangan hit di dalam blog aku.. bukan ape.. saje nak tau.. ramai ke tak yg membaca atau membukak blog ni ha.. walaupun aku tulis bukan niat utk bagi semua org baca.. tp sebagai seorg blogger, teringin gak aku nk tau.. brape org yg berminat sangat nk nengok blog ni..

namun begitu, aku masih lagi tidak berapa kisah sesiapa yg membaca blog ini.. it is still free for readings.. jadi tak kesah lah sesiapa yg suka baca blog ni sila lah baca.. aku pon slalu gak blogwalking ke sana ke mari... kadang2 best gak baca blog orang.. macam2 kisah.. tauladan, lawak, perli dalam gelap, maki dalam terang.. aah, mcm2 lah.. tu yg seronok tu.. huhu

baiklah, point entry ini adalah untuk menunjukkan kiraan hit aku setelah precisely 1 month and 6 days aku tempelkan kiraan hit di blog nih.. hasilnya.. nah

hamek ko..

e eh? betul ke nih? bila aku cm cuba try.. skali aku hit.. then tutup n bukak balik.. memang tambah satu je [tak logik kalau ko kate aku tutup dan buka blog sendiri sebanyak 12153 kali.. aku tidak mempunyai masa selapang itu ye].. long story goes short.. sebenarnya aku create menda ni serentak ngn kakak aku.. so nak kata counter ni cm tak betul.. tak jugak lah.. coz kiraan kakak aku cm logik2 je..

apa yg aku nak sampaikan kat sini.. cuma ucapan terima kasih kepada semua pembaca.. walaupun anda bukan follower.. namun, anda masih berminat untuk membaca nukilan saya yang sederhana hebat ini.. terima kasih sekali lagi.. hehe

Monday, April 11, 2011

dreams

sejak balik dari kl ni [ok cm lame sangat.. walhal baru semalam] aku asyik teringat2 je kat ayahanda.. [ah, walhal slama nih pon mmg homesick manjang].. petang tadi aku call, dia kat office? omg.. ayah2.. very the workaholic tau.. tp dia kata just nak sign a few docs.. bila aku tanya, dah sihat? laju je dia ckp dah sihat.. mmm... xpe2, ramai adik-bradik lain kat kl.. insya'allah they'll take a very good care of him.. [plz do.. plz plz plz]

tak banyak idea nak menulis sbrnye mlm nih.. cuma dah rasa lama sangat dah tak update blog tercenta nih ha.. so aku just nak share vids nih..




Oh, my life is changing everyday
In every possible way
And my dreams it's never quiet as it seems
Never quiet as it seems

p/s: dah dah la weh.. kejung da pipi ni ha dok tersengeh dari pagi tadi.. gosh! bdw.. u, thanx.. u've just made my day ;p

Tuesday, April 5, 2011

basic instinct


pernah tak korg rasa tak sedap hati walhal tiada apa yg berlaku ketika anda berperasaan demikian? ianya bukan adik beradik dejavu di mana anda berperasaan seperti telah mengalami keadaan sedemikian, tetapi lebih kepada terasa seperti ada sesuatu yg tidak berapa enak akan berlaku dalam jangka masa terdekat.. ini lah yg aku rasa 2-3 hari nih.. ye, selepas kes semalam yg aku termiss-placed kunci kete, hari2 sebelum tu aku ade gak rasa tak sedap hati.. tp tak expect la apa yg telah dan akan berlaku..

telah menjadi routine harian aku untuk menelefon kesemua ahli keluarga setiap hari [sehingga bil melambung ke langit] untuk update kan diri dengan pelbagai gosip harian.. namun yang demikian, wa'imah aku call ayahanda hari2.. dia tidak pernah mengatakan yg dia tidak sihat atau sebarang hint yg boleh menimbulkan kerunsingan.. aku rasa dia xmo aku risau kot.. ye lah, anak mana yg tak risau kalau tau parent dia sakit kan? so.. perbualan telefon aku ngn ayahanda adalah seperti biasa saja semalam..

hari ni sepatutnya aku cuti rehat tapi lain pula jadinya.. pagi tadi dapat call daripada bonda.. mengatakan ayahanda perlu di admit kat hospital.. sebenarnya ayahanda dah lama kena gout.. and da start tumbuh kristal kat join2.. tp kali nih suspect tumbuh kat spine pula.. sehingga menyebabkan sakit2 belakang dan numbness.. risau ya amat ye.. esok baru kuar result scan.. tengoklah apa kata dr esok.. harap2 everything is ok.. i love u dad.. nobody nobody bachu..

sila abaikan muka anak manja tu ye..maaf lah muka default di rumah memang begini

jadi, aku mengambil keputusan utk direct ke KL untuk bertemu ayahanda.. dan iya, aku akan berada di sini sehingga semuanya selesai.. rakan2 yg tertanya2 dan tidak kurang yg mendoakan ayahanda saya.. terima kasih kerana mengambil berat.. insya'allah tidak ada apa2.. harap2 lah..

itu saja untuk kali ini.. selamat malam

Monday, April 4, 2011

objek penting

banyak perkara yg penting dalam hidup kita yang tidak boleh dipandang enteng mahupun dipertikai kan priority kepentingannya.. dalam entry ini, aku tak mahu terlalu general dan menyentuh perkara2 lain seperti keluarga, org yang paling penting dalam hidup anda mahupun priority situasi yang perlu anda pilih... entry ini simple.. cuma meletakkan beberapa objek yang penting didalam hidup aku.. umpama nyawa.. kalau hilang satu, rasa cm nak mati.. berikut antara objek2 penting yang aku maksudkan tadi:-

1. handphone

talian hayat anda terletak pada device ini


2. purse

yang ni make sure ada isi lah.. kalau bawak purse takdak isi, ade lebih baik tak payah bawak ape2.. buat berat handbag je


3. kunci kereta


walaupun kereta merupakan item penting, tapi tanpa kunci kete.. siapalah kereta sebenarnya?


4. laptop dan broadband




bagai isi dan kuku.. isi dan kulit kata search.. kata aku, laptop dan broadband.. laptop kurang bermakna tanpa sebarang connection ngn internet.. aku adalah boleh tak keruan kalau tak berjumpa objek ini satu hari..


5. kunci rumah

isk, takde nih, cmne nak masuk rumah?


sebenarnya entry ini merupakan kesinambungan daripada kejadian yang berlaku keatas aku hari ni.. hari ni sebenarnya aku sangat careless.. ya mcm selalu, clumsy dan careless is my very own attitude.. aku minta kawan pegang kunci kete, tp lupa nk minta balik.. then tak perasan smpai office dah kosong.. kalau difikirkan semula.. apa la sangat.. bukan ada apa sangat pon.. just miss placed kunci kete je.. dan masa menunggu tidak lah sehingga tengah malam.. sampai maghrib je.. nasib baik yuki n an ade.. kalo tak, aku pasti nanges mcm time2 tadika.. tunggu ayah lambat sampai.. cis [ye, aku serious sebak gila tadi]

aku tau entry ni cm putus2.. dan tak abes cite.. cmtu jugak lah penghujung entry ni.. tak bape nak siap.. aku mmg sengaja tinggalkan cmni.. slamat membaca...

Sunday, April 3, 2011

sedetik lebih

obviously aku tengah tengok ABP sekarang nih.. td abg anuar [ewah, cm kenal aku je] nyani ketara tampak kemas dan merdu.. walaupun ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, namun lagu tadi tetap dibawa secara profesional [ah, bila da suka, semua baik2 belaka] cukup dengan ABP, sebenarnya nak cakap pasal lagu ni.. sweet seh.. aku tak pasti kenapa youtUbe takde lagu nih yg full version lagi.. so aku upload yang mana ade je k.. nah hamek untuk tatapan umum



Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu


hey? tak sweet ke nih? fuh


p/s: FT menang malam nih.. at last.. ok la, da bole tidur ngn lena.. hahaha cis, ngade2 btol dem

Saturday, April 2, 2011

gmail motion

assalamualaikum semua.. seperti yang dapat dilihat...pelbagai teknologi canggih kini telah digubal bagi menjadikan kehidupan harian anda lebih sihat, menarik dan menghiburkan.. hari ini, saya ingin memperkenalkan satu kaedah terbaru untuk membalas email hasil idea daripada team2 google mail atau lebih dikenali dengan nama manja mereka iaitu gmail.. teknologi baru ni dinamakan gmail motion..

idea utama gmail motion ini adalah untuk memperkenalkan kaedah terkini untuk membalas email.. TANPA MENGGUNAKAN sebarang kekunci.. tak kesah lah samada daripada keyboard dan mouse komputer di rumah anda mahupun touch screen dan kekunci android phone anda.. idea membalas email yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan BODY LANGUAGE... see? how interesting is that? huhu.. fun fun fun.. kalau korang nak tau dengan lebih lanjut.. sila tontoni vids di bawah:-



memang sengaja dibesarkan size vids yang di share kan nih.. bagi lebih jelas penggunaan gmail motion ni..

bagi yang berminat untuk menggunakan gmail motion ini, jgn lupa untuk downlad plugins daripada google.. dan pastikan device anda telah pun dilengkapi dengan camera bagi membolehkan segala pergerakan anda diteka oleh perisian ini..

hahaha, baiklah masa untuk berterus terang.. teknologi ini menarik tetapi agak aneh.. mungkin masih baru lagi kot [atau pengaruh model yg mempunyai ekspresi muka serius itu]... dapat tak korang bayangkan kita semua mcm mana kalau nak reply msg.. terpaksa buat lagak2 aneh [nak kata sign language, tak juga.. sebenarnya ianya adalah totally body language sahaja] didalam pejabat.. hahahah.. ok dan bayangkan jika nak cepat reply msg dalam masa 5 minit.. kena replay 2-3 email.. sila buat motion2 yg dikehendaki dengan keadaan pantas sekali.. hahahahaha ok, aku teringin sekali ambil video bagi mereka yang sedang menggunakan aplikasi ini.. selamat mencuba..

p/s: kalau dah try, sudi2 la bgtau saya ya.. boleh saya pasang cctv di tempat awak secara sorok2.. ;p

Friday, April 1, 2011

hi, saya april

selamat datang bulan april, semoga bulan ini dapat membawa sebuah semangat yang baru dalam menempuh onak duri dan ranjau kehidupan.. serta menuju kejayaan dalam hidup.. baiklah, tanpa membuang masa lagi, saya ingin mengucapkan selamat bulan april kepada semua rakan2.. disertakan bersama vids yg tidak kurang sedap lagunya bila didengar..



p/s: kenapa rambut lelaki ini aneh sekali?