aku baru balik rumah.. lengkap dengan pakaian kerja.. tak sempat nak berbuat apa2.. ini lah perkara pertama yang aku hadap dulu.. biasalah, dah jadi darah daging.. patut lah sepanjang perjalanan ke rumah.. aku rasa tak sedap hati je.. rupanya rakan2 seperjuangan asik menyebut dan tag2 nama aku di serata pelusuk social network.. terima kasih rakan kerana mengisi kekosongan malamku..
baiklah, entry ini sebenarnya ingin mengisahkan tentang apakah reason sebenar aku pulang lewat hari ni.. aku keluar mencari sepasang kasut yang sesuai untuk seorg rakan ofis.. baru aku sedar.. bukan senang nak cari kasut bila kita betul2 memerlukannya.. tp bila tak perlu.. aku boleh beli 5 pasang serentak tanpa berfikir panjang... amacam?
this is wow!
kau fikir senang nak cari kasut impian di pasaran? tidak sebenarnya.. tak caya, tanya imah.. ok, aku perlu mandi.. dan dengan ini, selamat malam sayang
No comments:
Post a Comment