aku rasa kalau tadi alex yong terserempak dengan aku yg sibuk menggayakan lagak2 ngeri ketika drive pulang, mesti dia malu2 nak bukak cermin kereta smbil lambai2 tangan.. fuh, penangan nora elena ye.. lepas berpeluh2 bersukan, sibuk berpeluh2 ketika drive pulang pula.. baiklah, kita tinggalkan dulu kisah cara pemanduan berhemat dan juga nora elena seketika.. entry kali ini mengisahkan tentang kecenderungan berimiginasi jauh selepas membaca novel cinta mahupun melayan cerita2 inspirasi novel cinta ini.. [ah, sebenarnya entry ini mmg dipengaruh kuat oleh drama nora elena nih]
sindrom nih lebih dikenali dengan nama sindrom alaf 21.. alah.. dulu time2 skolah ramai dikalangan kawan2 aku yg suka membaca... diorg ni suka sangat baca novel keluaran alaf 21.. diorg ckp best2.. pernah jugak aku dipengaruhi rakan2 seperjuangan.. diorg siap susunkan lagi, utk beginner, baca buku apa.. dari yang jalan cerita ringan2 smpai ke jalan cerita yang heavy2 katenye..
aku mmg dari kecik tak suka membaca.. cuma membaca hanya bila terpaksa..terutamanya bila nk dekat exam, last minute is my default attitude lah senang citer.. cuma baru2 nih je ada kesedaran utk membaca barang2 ilmiah.. maklumlah dah matang.. kah kah kah, namun.. yaniey, buddy dan shoe [bukan nama sebenar] memang berkempen hampir setiap malam.. sambil menyuakan aku beberapa novel yang 'high impact' hahahaha.. cis sengal seh teringat time2 skolah dulu..
kau ingat kalau dah tiap2 hari, aku tak terpengaruh? hahahah, novel 1st aku adalah by Damya Hanna: Bicara hati [hahaha dem apesal aku termalu2 time buat pengakuan ni.. cis sangat sindrom alaf 21 ye] dan seterusnya mula addicted.. kadang2 bila aku balik KL, tersusun lagi novel2 time2 hangat addicted to it dulu.. imbas satu2 tajuk pun boleh tersengih.. cis, perangai... hahahaha.. tapi sebenarnya sindrom ni kalau tak dibanteras, memang berbahaya.. sbb aku ni kira kategori beginner yang tak sudah, sbb aku tak sedahsyat amateur2 ni.. ada dikalangan mereka yg amat kronik syndrome alaf 21.. berikut disertakan beberapa ciri2 syndrome ni..
1. menceritakan kisah hidup diri sendiri yang persis benar dengan cerita novel
ni amat kronik ye, bila dia rasa dia dah ada dalam novel, mungkin dia rasa orang lain tak tahu yg dia tipu bila cakap nama boyfriend dia fakhrul shafiq atau daniel hafiz haziq.. haaa.. banyak lagi nama2 glamour yang mungkin dipetik didalam novel2 cinta nih ha.. tp aku suke layan orang2 cmni.. hahahahaha lawak weh, serious.. tahap2 ada helicopter atas bumbung rumah.. kau ape tau? hahahahaha
2. berborak menggunakan scene yang kau sama kau je tahu
ni kurang sikit kronik berbanding tadi.. perbualan seperti ini biasanya akan berlaku cuma diantara pembaca2 novel.. contohnya, 'ala.. tak geli ke lipas lekat kat baju tu?' <-- aa, ni petikan bicara hati.. hahahaha, kalau kau tak membaca, kau akan rasa.. hey hey amende lah budak2 nih merepek.. tak ada dalam bumi nyata langsung
3. tersengih2 sorang2 tak kira masa dan ketika
ini agak kronik.. mmg terjadi kepada mereka2 yang agak obses. silap2 orang ingat kau gila.. mane tak nya.. try kau sapa org2 yg tengah tersengih2 sorg.. then dia jawab, takdelah.. aku teringat kat bab 12 tadi... <-- haaaa.. tak ke gile namenye? walhal bukan kau nmpak pun mcm movie/drama, tu pun kau boleh tersengih? high imagination sungguh..
4. menulis novel sendiri
eeh, tak puas baca.. kau pulak nak kuar novel? haaa.. tapi novel yang tak habis2.. asyik2 kau je yang nak jadik heroin semua chapter.. dah tu semua org jahat.. tak pun kau dengan prince charming je yang wujud dalam dunia novel kau.. orang lain sume tak payah ada.. aaaaa.. tak ke aneh penangan novel cinta nih?
5. memberikan jawapan yang sama setiap kali menjawab form seperti ini..
aku tau lah skarang ni ramai tengah mentally date sama aaron aziz.. walhal kau tak tahu dia tengah makan keropok ngn anak bini kat rumah.. kah kah kah
hahaha.. anda di tahap mana? renung2kan dan jangan berangan sangat.. lalalala sehingga di lain entry.. huhu ape2 pun buku2 alaf 21 mmg high impact.. huhu best gak la kalau sekali sekala kau nak rasa alam jiwang itu apa.. for me? cukup2 lah.. tak mau start lagi.. nnt tak boleh stop.. dulu terpaksa cari other entertainment utk tinggalkan addiction ini.. hahaha
p/s: jangan biarkan diri anda diselubungi misss..... u like crazy... hahahaha epic johan!