Sunday, May 22, 2011

Bali: Day 4 [part 2]

memang dah lama sangat rasanya aku tak melayan isu2 hangat artis2 malaysia nih.. jangan salah anggap, anda masih di dalam 'Do I Look Like I Care' dan bukan mana2 blog gossip2 artis malaysia.. haha, namun begitu, setelah beberapa bulan rasanya.. hari ni aku terpanggil nk tengok melodi.. asyik cerita artis ni pegi club, artis tu pegi club.. then artis asyik cakap saya tak pernah pergi club.. kalau takde angin, masakan pokok bergoyang? fuh, kan aku dah mula bercanda madah2 cinta.. dah lah kau.. mari sambung berjalan..

bagi memeriahkan lagi perjalanan hari ni, mari membaca smbil mainkan lagu ini:-






12:00 pm: arrival at Nusa 2.. Tanjung Benga Reef

ni pantai tempat water sport.. antara yang famous di Bali ni.. time kitorg datang.. ramai kanak2 kat sini.. rombongan sekolah agaknya.. kata Made.. tempat nih mmg menjadi pilihan keluarga setiap hujung minggu.. sampai aje kat sini.. kami disambut oleh seorg wanita yg terus membawa kami kedalam sebuah bilik alatan.. di sana, kami dibekalkan dengan alatan2 snorkeling termasuk flippers.. aku bukan tak suka flippers, tp pada aku kalau nk snorkeling penat kot pakai flippers.. berat..

oh ya, utk masuk kat kawasan beach ni, ada bayaran..tp aku tak sure berapa coz sume dah termasuk dalam pakej hari ni..


setelah 1jam perjalanan, baru smpai kat sini.. time tu tengok jam pukul 12.. aku angguk tanda faham, selepas aktiviti ni aku pasti akan jadi rentung sama sekali..


tp snorkeling bukanlah aktiviti pertama aku disini.. hehe.. ini merupakan benda paling exciting dlm hidup aku yg aku pernah buat..

PARA-SAILING..

sedikit briefing tentang para-sailing ini.. ianya merupakan water sport di mana anda akan menaiki parachute dan ditarik oleh bot laju seperti layang2.. berikut merupakan pengalaman saya:-

errr..excited + cuak.. agak bercampur-baur ketika ini..


bersungguh2 aku dengar briefing time ni.. apa yg diorg tekankan adalah mcm mana nak landing.. means kalau silap landing, akan masuk ke laut.. seriously, aku harap aku land kat laut.. haha, tp takde lah.. aku landing biasa je..


time ni aku mcm nk bg 2nd thought.. err, berani ke nk naik nih? kah kah kah, sebab gayat dan cuak, aku pun tak naik.. ok tipu



ready to go.. time ni kalau tiba2 nk patah balik pun dah tak boleh dah.. huhu, abaikan org kanan aku tu ya.. mungkin dia dah hari2 kat sini.. tu yg dapat that skin color kot? huhu


masa berlepas.. hehehe



look how tiny i am? huhu



landing time..


there goes the best a few minutes in my life.. hehehe, for the time being lah..


nampak seronok kan? hey, memang seronok gile ok.. mmg la kat Malaysia pun ade mende nih.. tp sama mcm kes ladang kopi.. ni 1st time dlm life aku experience mende nih.. kalau korg nak tahu, aku mmg agak gayat akan benda2 tinggi.. tp sebab nak jugak try benda yg rare.. aku cuba gak lah.. haha, perasaan dia mcm kau nampak org tengah main layang2 kat bawah.. dan kau ada kat atas... terikat pada layang2.. wuuuhuuuu seriously, best gila weh.. view dari atas, aku nmpak lah dasar laut diorg.. choral sket2.. aku tahu kalau aku layankan gayat, aku pasti akan tutup mata.. tp aku abaikan semua tu dulu sbb peluang mcm ni, dalam 25 tahun, baru sekali dapat kot? hahaha.. all i can say is, subhanallah.. its a very superb nice view from up there.. sekali sekala rasa mcm naik swing yang sangaaat tinggi.. fuh, this is the memory that i really want to talk about for the rest of my life.. huhuu

ok, enough of that.. kitorg pastu terus gerak naik 'glass bottom boat'.. nak tahu ape dia glass bottom boat? nnt saya ceritakan dalam entry seterusnya.. hehe


No comments:

Post a Comment