Tuesday, May 17, 2011

Bali: Day 2 [part 1]

Aku ketepikan dulu semua kata2 puitis yang dari tadi terpancul keluar di minda dan meronta2 untuk dicoret ke dalam entry.. takut2 terlalu melodramatic untuk disisipkan didalam entry vacation tahunan seperti ini.. hari pertama vacation yang telah diceritakan didalam entry yang lepas hanya lah perjalanan pergi ke bali.. hari ke-dua barulah ceritera jalan2 bermula..
Hari kami dimulakan seawal jam 7:30 pagi.. ayam mula berkokok.. pandang kiri kanan.. rupanya bunyi alarm yang tak di matikan.. hee, pagi tu mmg dah jnji nk berkumpul pada jam 8.. tp aku ngn awe cm tak sabar nk memulakan perjalanan.. jadi kami pergi bersiar2 ke sekeliling kawasan hotel..


muka gile bersemangat nak berjalan


pose depan hotel


Ape yg kami nampak kat sane? Kalau korg nk tahu.. baju2 kebaya kain lace yang kita dok pakai time2 function hanya digunakan sebagai pakaian basahan di sini.. makcik2 yg bergegas kehulu hilir tak pasti arah tujuan tp tampak terkocoh-kacah kelihatan cantik dengan pakaian sedemikian.. sempat aku bertanya kepada penduduk tempatan.. pakaian ini biasa di pakai ya embak? Jawab makcik tepi jalan “iya, soal nya ini kan pakaian harian kami” ok.. korg, pakaian basahan mereka ya.. nah sisipan gambar bersama org lalu lalang

amace? kayak artis2 bukan? aku rasa, munkin riezalman dapat inspirasi dari sini..

Dan seperti yang diketahui ramai, 95% penduduk bali ini beragama hindu.. tapi semuanya berkulit melayu.. bagi lelaki pula, pakaian asas seperti kemeja, seluar dan SAMPING KAIN beserta SETANJAK adalah pakaian harian.. haaa, aku dah rasa cm dlm mehrong mahawangsa dah gamaknyer ni.. tak kurang juga ada yang menggunakan songkok jawa sepanjang perjalanan.. mereka sikitpun tak rasa janggal mengenakan pakaian tradisi mereka utk pakaian sehari-harian.. haaaa.. anda bagaimana? Pakai samping pun mungkin time raya ja kan? [kalau pakai samping hari2 dah kenapa pula kan?]



eeh, nmpak nor candid.. hahaha, thanx to awe.. iya.. ini merupakan pakaian harian lelaki2 di bali.. bagi setiap lapisan umur ye..


bentuk pintu kebanyakkan rumah di sini.. kebanyakkan bentuk bangunan masih mengekalkan bentuk2 tradisi dan budaya mereka


Setelah berjalan2, aku terserempak dgn satu kedai travel agent yang menyediakan pakej semurah rm35 seorg utk perjalanan selama sehari ke sebahagian kepulauan bali.. aku cm.. WOW.. murah gile kot? Sehari perjalanan tuuuu… dan tempat2 yang dijanjikan juga pelbagai dan menarik.. aku pun bergegas pulang ke hotel untuk meminta persetujuan ramai.. setelah ditimbang2.. kami mengambil keputusan utk mengambil pakej tersebut.. lumayan bukan?

ready to go gurl~


Hehe.. ok.. aku rasa mcm pjg sangat lah entry ini.. jadi, aku ambil keputusan untuk sambung entry ini sekejap lagi..


p/s: time2 cuti cmni.. kalau tak mandi setengah ke satu jam.. rasa mcm ada yang tak kene je.. cis

No comments:

Post a Comment