Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan dari Perantauan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. bulan julai ini merupakan bulan yang aku bz tak cukup tangan.. training sana sini.. dan memang full blast bekerja kerana ingin menyiapkan diri dengan schedule yang bakal berubah pada bulan hadapan.. ada apa dengan bulan ogos 2011? kalau anda tak tahu, anda jahil.. sebab pada bulan ogos, kita akan menyambut bulan ramadhan al mubarak..

baiklah.. tujuan entry ini ditulis adalah bagi mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubarak.. Semoga ramadhan kali ini memberi lebih makna daripada yang lepas.. suka saya mengingatkan anda semua [dan utk diri saya sendiri] untuk mengambil peluang mengerjakan sebanyak mungkin ibadah kerana bulan ini hanya datang setahun sekali..


source: mr. google :)

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf sekiranya terdapat sebarang dosa2 lepas kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya.. untuk makluman, saya telahpun memaafkan anda semua.. seingat saya, kecuali PTPTN, saya tidak berhutang wang ringgit kepada sesiapa.. namun, sekiranya terdapat mana2 pihak yg mungkin saya terlepas pandang.. minta maklumkan hutang tersebut.. insya'allah saya akan selesaikan secepat mungkin..

dengan ini, sekali lagi saya ingin ucapkan kepada semua warga negara malaysia, selamat menyambut ramadhan al-mubarak..

p/s: sekian laporan dari jakarta, indonesia.. :)

Tuesday, July 26, 2011

block

jari jemari laju je menaip.. seolah2 menaip surat formal dari jabatan-jabatan berkepentingan.. walhal bila orang jenguk, dengan pantas kau ubah window tab lain.. berikut merupakan salah satu senario biasa yang dialami mana2 pekerja di bawah syarikat yang tidak block sebarang application online yg tidak mudasabah.. tidak munasabah? sejauh manakah tidak munasabah itu? yaaa itulah topik yg bakal dibincangkan hari ini..


social network, blog, dan youtube merupakan antara laman2 yang common di block oleh kebanyakkan syarikat2 di luar sana.. antara tujuan syarikat2 ini block laman2 tersebut adalah:

  1. bagi mengelakkan staf menangok melayan benda2 tidak berfaedah
  2. mengelakkan kekurangan produktiviti akibat lalai melayan internet
  3. memastikan pencapaian staf adalah pada tahap maksimum tanpa sebarang gangguan curian masa
  4. mengelakkan perkara2 tidak beretika ketika bekerja seperti melayari gambar2 atau video2 yg tidak sopan
  5. memastikan

tapi, tahukah anda, sebelum kehadiran internet, pembaziran masa juga telah berlaku.. malahan lebih dahsyat lagi.. sekurang2nya sekiranya anda memberi kelonggaran utk mereka melayari laman2 yang telah dimaksudkan tadi, anda dapat mengelakkan mereka daripada pergi minum pagi sehingga setengah jam.. merokok setiap 30 minit, dan makan tengah hari lebih daripada 1 jam.. mereka akan lebih cenderung untuk melekat di hadapan pc.. haa.. berikut pula disenaraikan kebaikan sekiranya laman2 ini dikekalkan bagi akses staf2 anda:

  1. Mengurangkan masa rehat [masa utk berjalan keluar tidak dibazirkan]
  2. Memberi stress release yang paling murah, tepat dan padat kepada staf yg tekanan melaksanakan tugas2 routine
  3. Memberi peluang untuk staf bertukar2 pendapat berkenaan dengan kerja harian mereka dengan rakan2 yg melaksanakan routine yg sama setiap hari
  4. Memberi peluang kepada staf yg tidak pandai mengakses internet berjinak2 dengan internet [kes2 company yg ramai staf lama]
  5. Meningkatkan tahap kelajuan menaip staf anda.. haaa look positively

bagi staf2 yg telah diberi kelonggaran utk mengakses social network nih, jangan la pulak tidak kenal dek untuk.. haa, bukan nak laser, tapi dah tu.. bila orang kasi akses.. 24/7 kau seolah2 bekerja dengan Mark Zuckerberg plak.. walhal percaya lah ckp aku, dia sikit pun tak kenal kau.. kena ingat sama lah.. takkan la company tu bayar kau sebab nak majukan facebook atau mana2 laman yg lain.. kalau dah rasa tak boleh berpisah langsung dengan rangkaian internet nih, memang sesuai sangat pegi beli smart phone.. baru lah melekat.. kan?huhu jadi, bagaimana? mari kita sama2 renung2kan lah dan selamat beramal.. huhu


p/s: seriously, susah sangat ke nak senyum? u ols ni ada masalah otot pipi ke? gosh

Monday, July 25, 2011

janji melayu

bulan July kali ni merupakan bulan yang agak sibuk bagi aku.. pendek kata, tak menang tangan nak melayan schedule sendiri.. tak de lah kalah menteri2.. tapi mm, agak padat lah.. tak mengapa, abaikan sahaja schedule aku.. kerana semua dalam perancangan, selagi allah benarkan, ianya tetap perlu dijalankan seperti biasa.. beberapa hari aku rasa telah mengabaikan blog tercinta ini.. jadi, dengan itu.. aku akan mulakan semula penulisan dgn cerita-cerita pendek.. kalau kat sekolah rendah dulu.. mereka panggil ini cerpen.. [singkatan cerita pendek] oh ya.. baru aku tahu mana budak2 skolah aku dapat idea utk pershion, harkup, dan juga bejot... ok abaikan itu kerana ianya agak keluar topik..


cerpen hari ini adalah berkenaan dengan ketepatan masa [ya aku prasan, dah banyak dah entry pasal masa.. cuma nak mengingatkan lagi diri sendiri dan juga orang lain :) ]..

simboliknya nak bagi tahu.. masa itu wang.. source


dah jadi mcm trending plak kat Malaysia nih untuk orang tidak menepati masa.. dan mereka seolah-olah sinonim dengan panggilan janji melayu.. bukanlah aku nak cakap yang aku tak mengaku diri melayu atau apa.. tapi ini seperti penghinaan kepada orang Melayu plak rasanya.. sampai ada sesetengah orang [termasuk orang Melayu sendiri] tidak percaya apabila ada seorg Melayu ingin bertemu janji bersama mereka.. ini semua kerana frasa JANJI MELAYU itu tadi.. ya, aku nk terangkan di sini, aku tidak suka dengan frasa janji melayu.. abeh kalau yang lambat itu mat saleh? takde plak kau ckp ah, mat saleh ni janji melayu lah.. mesti kau akan cenderung utk cari alasan baik punyee utk diorg..

pada aku ketepatan masa adalah amat penting terutamanya apabila menghadiri tugasan2 formal seperti interview, meeting, dan appointment.. ya.. appointment terutamanya.. bukan apa.. apabila anda membuat appointment bersama seseorang individu, sudah pasti individu tersebut amat sibuk sehinggakan tidak mungkin anda akan terserempak dengan beliau sekiranya tidak ada sebarang temujanji di buat.. jadi, secara logiknya.. tergamak kah anda untuk membuang masa beliau yg sepatutnya bersusun orang lain nak jumpa beliau? tahukah anda orang2 seperti ini rasakan masa yang terbuang [walaupun 5 minit] utk menunggu anda merupakan suatu yang sia2 dan membazir? consequence nya.. anda mungkin akan di senarai hitamkan daripada membuat temujanji dengan beliau.. ini bukan seperti black list seperti bankrupt... tetapi di anggap tidak serius dgn temujanji yang dibuat.. haaa panjang luahan di sini..

walaupun ketepatan masa bukan sahaja patut di embrace utk sesuatu yg formal.. bg yg tak formal, apetah lagi.. ya, sanggupkah anda dimarahi oleh rakan-rakan seperjuangan atau lebih teruk lagi [yaa lebih teruk] dengan pasangan anda apabila anda lewat? pasti tidak bukan?

kesimpulannya di sini ketepatan masa adalah amat penting untuk semua pihak.. jadi, laksanakan tanggungjawab anda bagi memastikan nama anda tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana pihak.. sekian, sehingga di lain entry:


p/s: tahukah anda.. pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang itu bezanya adalah 2 jam? jangan lah merungut jika orang tidak layan anda.. harap maklum

10 kerdipan mata

berehat sebentar ketika bekerja membenarkan aku utk menulis satu entry.. haa.. menyempat je mak nok.. ni ha, nak kasi tau.. aku keje kat KL 2 hari.. hari ni dan esok.. bagi sesiapa yg berada berdekatan yg agak2 nk melepaskan rindu, roger aku k.. kita kuar minum2 pastu gossip sehingga sudah.. kah kah kah..

hari ni bkerja di UTMKL ni, membuatkan aku tersedar, betapa untungnya mereka yg bekerja di sini.. beberapa minit je dah sampai ampang park, klcc, K avenue dan nk lorat2 sket masjid india.. tp aku tau.. org2 sini sume dah tak heran kan sume tu kan? huhu.. dah tu, distance dari ruma kakak and abg aku to UTMKL dalam 10 kerdipan mata sahaja.. haaaaa tak ke seronok tu..

ok, mau sambung kerja.. sehingga di lain entry, oh ya.. nah aku sisipkan lagu yg sume org tengah hangat dengar.. almaklumlah.. demam drama melayu lah katakan.. nah..



p/s: rindu nak update banyak2.. nnt ada masa sikit, aku update ye blog tercinta.. dah2, jgn nangis.. pegi sambung kerja sana..

Thursday, July 21, 2011

smile campaign

come on peeps... we don't need these.. we are way batter than this.. it comes from the heart.. or else, it won't work..



p/s: In support with UTM Smile Campaign :)

Sunday, July 17, 2011

Crazy Marriage Proposal

love do drive people crazy.. but seriously, this dude wins.. hahahaha



it is like the best 'sweet+i wanna kill u+i will remember this forever' moment..


girls, if there's a guy who crazy enough to do crazy things for you, he's definitely crazy about you :) .. and vice versa :( [yes, the truth hurts.. hehe] .. i would like to wish all of single ladies out there including me.. best of luck baby.. kah kah kah

and guys, yes.. we, girls love the excitement within relationship.. so, do you dare to be a little out of your mind to spark this feeling? hahaha, i dare you to do so... :) by the way, this vids proof that this guy prefer to jump off the roof rather than saying these words "will you marry me?" hahahaha.. epic!


p/s: there are a lot of people out there who work really hard just to jeopardize other's position.. and that's just for their own personal satisfaction.. yeah, you're such an evil..

Saturday, July 16, 2011

Awesome!

Bengkel kali ni bukan calang-calang bengkel.. bukan seperti bengkel2 yang biasa aku pergi sebelum ini.. one word for it.. AWESOME!! Hahahaha.. ok..seperti yang aku telah war2kan sebelum ni.. memang aku akan menghadiri workshop di desaru… walaupun as expected, connection internet di sini amat menghampakan.. namun aku tetap rasa workshop ini awesome.. anda ingin tahu kenapa?

Jawapannya adalah kerana kami menjalankan workshop ini di Lotus Beach Resort.. ada apa dengan resort ini? Jawapannya adalah.. pakej yang diberikan kepada setiap perserta workshop student activity enhancement ini adalah:-

  1. 2 rooms Apartment for 4 pax.. dilengkapi dengan microwave dan icebox.. tampak kekesalan di wajah kak amy kerana tidak membawa sebarang stok frozen food utk dikendurikan.. kah kah kah
  2. 5 times meal including one bbq diner… tadi baru makan buffet diner dia.. weh.. best gile kot.. sangat banyak choice yg smpai tak terpilih.. makan dengan riang gembira gelak tawa..
  3. Dan yang paling awesome.. free pass to water theme park sepanjang penginapan anda di sini… iya, sepanjang penginapan ye.. dan mereka juga ada dry park,paintball,normal swimming pool,karaoke [itu setakat yg aku dapat explore petang ni saje] I was like OMG.. ini sangat seronok duaronok tiga ronok ok.. I don’t care about the restless moment anymore

Ape yang aku laksanakan hari nih? Setibanya di perkarangan hotel, kami mendaftar dan terus ke bilik dan menunaikan solat asar.. dengan kadar persiapan pantas maksimum, kitorg menukar uniform formal ke uniform sukan air… haa… view dari bilik aku.. fuh, terbaik lah.. Nampak park tersebut secara terus.. nnt2 aku share kan view nya.. kan aku dah mention tadi.. internet connection amat low..

Hujan rintik2 tidak membatalkan niat kami untuk menantikan simbahan air kelapa yang lebat hendaknya.. sume mak2 budak dah jadi budak2 tanpa anak2 di dalam gengaman mereka.. mana tak nya.. sorg2 bergabung tenaga dan suara teriakan ketika menaiki gelongsor mencabar di lazy river… namanya saja lazy river.. tanpa pelampung ianya menjadi thrilling river.. haa..

Bila kita seronok.. serious, sikit pun tak rasa penat… otot2 di bahagian bahu tidak langsung menampakan simptom2 tekanan.. semuanya renggang saja.. balik tu, kitorg satu bilik bersiap, mandi dan mengadakan sesi kelas make over secara percuma.. hahaha.. sementara menunggu kehadiran azan maghrib, kami telah menghabiskan masa dengan saling menyelongkar make-up kit masing2..

Lepas je solat maghrib, terus pegi makan buffet diner.. kami dimaklumkan yang kat sini, bukan saja kontijen dari utm datang untuk berbengkel.. kami juga ditemani kontijen petronas yang hadir ke sini bagi tujuan berhari keluarga.. haa.. memang sesuai la utk aktiviti hari keluarga.. kelengkapannya lengkap di sini..

Selepas makan malam.. kami terus bergerak ke dewan perbincangan bagi memulakan sesi workshop yang ketaranya memang memerlukan permikiran kritis dan kreatif.. perjalanan pendek dari café ke dewan membenarkan kami memantau keadaan sekeliling dimana kami dapati terdapat 2nd pool opposite the hall.. and right beside the hall, adalah club lounge yang lengkap dengan live band.. tapi seriously, sedikit pun tak mengganggu perjalanan bengkel kami.. sangat sound-proof ye hall nyer.. bagus sekali..

Pada kebiasaannya,ketika sesi brainstorming.. aku cenderung untuk hilang focus selepas 45 minit pertama.. bukan apa, agak tensi sebenarnya bila kita perlu berfikir secara kritis.. tapi sejujurnya aku mengaku.. tadi sebenarnya aku tak perasan yang perbincangan telah berlangsung selama 2jam tanpa henti.. alhamdullilah.. banyak jugak yg dapat produce.. a good start for a brainstorming session… dan ini juga serious, tak sabar rasanya nak sambung workshop ni esok..

p/s: I wish you were here.. mesti lebih seronok kan? Kah kah kah

Friday, July 15, 2011

Rules of success

got it? hahaha


p/s: I am attending a 3 days workshop at Desaru.. again.. and I'll be missing you, my undoubted fast connection mobile broadband.. :(


Monday, July 11, 2011

edisi seram tengah malam

aku cenderung di sua kan dengan cerita2 seram tengah malam.. bukan apa, ramai orang di keliling aku ni memang suka lah menguji kesabaran aku.. diorg bukan tak tau aku ni penakut yang amat.. ye la, aku tengok hantu mak limah pun, ada part aku tutup2 mata kot? eeeh.. serrreeem la muka mak limah tuu.. si senget mcm husen tu je yg boleh ajak dia tengok AF.. sakai..

ok, kita terus ke point utama entry ini.. aku cuma nak share vids bernas yg aku terserempak di tengah jalan sebentar tadi..



nak rasa seram pun serba salah.. kah kah kah



p/s: y so silent?


the best thing in life


they are F.O.C


Life is made up of small pleasures.. happiness is made up of those tiny successes.. the big ones come too infrequently... if you don't have all of those zillions of tiny successes, the big ones don't mean a thing.. (norman lear).. we sometimes forget that small successes involving our love ones always 'doable'.. buying flowers, hugs, laughter didn't require us to be rich to do all that.. but seriously, how much have u done for your love ones today?

p/s: appreciation is the most thing that we search for in life.. but the question is, did we appreciate others? we must first learn how to appreciate then to be appreciated by others.. after all, you never know what you've got, until u lost them.. <--don't wait until its too late..


Sunday, July 10, 2011

malu bertanya, sesat jalan

begitulah seperti yang dikatakan oleh perpatah melayu.. "malu bertanya, sesat jalan".. memang kita patut embrace kesopanan dan kesusilaan.. tapi pada aku.. kalau bab2 tanya jalan ni.. memang kita patut buangkan rasa malu tersebut.. al-maklumlah.. takut tersesat di penghujung jalan.. namun isunya di sini.. sejauhmanakah anda dapat penyelesaian selepas anda bertanyakan tentang direction bagi sesuatu destinasi?


tu dia.. berpintal2 ha.. teruk bebenor gamaknya nih.. aah, hyperbola sangat gambar ni.. hehe



namun telah menjadi sesuatu yang tidak asing lagi bagi perantauan mcm aku untuk bertanyakan tentang direction jalan.. ya, aku berasal dari melaka.. parents aku sekarang menetap di KL, dan aku membesar dalam sekolah yang berpagar batu sekelilingnya.. memang kurang pendedahan tentang jalan2 di luar.. dan ya, sekarang aku bermastautin di JB.. bukan kawasan yang familiar.. memang dah hampir 2 tahun.. namun begitu, aku memang tak bape nk master jalan2 nya.. main ikut signboard je sebenarnya..

baiklah, long story goes short.. ada beberapa pengalaman menarik yang ingin aku kongsikan berkenaan dengan pertanyaan berkaitan dengan jalan ini.. bukan apa, kadang2 tu aku rasa.. orang yang bagi aku direction tu anggap aku menggunakan mata hati untuk memahami apa yang mereka maksudkan.. adakah saya ini psychic yang mampu untuk masuk dalam minda anda dan bersama2 berjalan di atas jalan seperti yang anda bayangkan? mari kita meneliti satu per satu permasalahan berikut mengikut turutan kes-kes lampau.. [cerita ini merupakan kisah benar dan hanya melibatkan beberapa individu yang berkaitan]


1. kes pertama

destinasi yg dicari : JPJ
sumber maklumat : kak sally

soalan daripada aku, mudah, ringkas, tepat dan padat.. berikut merupakan conversation yang telah berlangsung:-

aku: kak, oa kat taman daya.. cmne nk pegi JPJ?

kak sally: ok.. kat traffic light tu kau jalan terus.. then kau nampak surau tak berapa nak surau, pusing kiri.. pastu kau akan nampak simpang tak berapa nak simpang.. pusing kanan.. haa.. tu la JPJ...

apekah? surau tak berapa nak surau.. simpang tak brapa nak simpang? hahahahhaha... fuh..memang menguji kepakaran geografi aku betol.. kah kah kah.. tp amazingly.. ye aku faham dan jumpa tempat berkenaan.. haaaaa... mungkin chemistry adik beradik yg membuatkan aku sentiasa faham ape yg kak sally maksudkan.. dulu, kini dan selamanya... kah kah kah.. ilebiu kak.. muahs



2. kes kedua

destinasi yg dicari : rumah sayda
sumber maklumat : sayda dino


kau kena faham, bila kita bercakap dengan anak2 istimewa ni.. kita harus cenderung menggunakan mata hati.. faham dengan jiwa yang tenang dan akal yang cemerlang... berikut merupakan conversation yang boleh tahan menguji kesabaran..

aku: ok, sebelah kiri aku ada tasik, sebelah kanan ada tangki.. aku pegi straight je kan?

dino: a, kau nmpak traffic light tak?

aku: nampak

dino: ok, kau jalan smpai tak nampak traffic light, lepas tu kau beware..


beware? ape jenis landmark kau ni? hahahahhaa... aku nak gelak waktu tu, takut sesat.. aku nak lempang jap lagi, mak dia ada.. kau ingat ni dilemma yang main2 ke? hohooohoooiii dan sekali lagi, ye.. aku jumpa je rumah dia.. tapi aku masih tak dapat bayangkan.. mcm mana aku boleh faham landmark beware tu.. kah kah kah


3. kes ketiga

destinasi yg dicari : rumah sendiri
sumber maklumat : puteri batrisha

heehe.. yang ni, kalau sesat.. kau fikir itu appropriate ke? harus lah tidak.. tapi interesting gak nak tahu bagaimana budak berumur 3 tahun nak bagi kita direction kan? hehe.. conversation yang penuh dengan senyuman berbunyi seperti berikut:-

aku: batrisha nk pegi mana petang ni?

batrisha: nak pegi taman permainan kat tesco lee.. mane lagi ke?

aku: laa.. tak ajak busu oa pun?

batrisha: jom le, balik sini.. pastu kite pegi same2..

aku: laa.. jauh la..busu oa kat jb ni..

batrisah: busu oa drive, pusing kiri.. kan.. pastu pusing kanan.. kan? pastu jalan teruuusss je.. aa.. dah sampai..

hahahahahaah.. omg.. adekah itu dalam pemikiran kanak2 3 tahun ini? semuanya mudah dan simple.. damn, i miss her so much.. hehe, jadi ape pun direction yang dia bagi.. aku maafkan.. dan yang pastinya.. aku tak perlu sebarang gps / peta / pertunjuk arah mahupun device seperti kompas untuk pulang ke rumah sendiri.. itu dah jadi mcm magnet semulajadi yang amat kuat... kau akan tertarik untuk pulang tanpa perlu sebarang sebab sekali pun.. huhu



p/s: kalau tak nak sesat, ajak je orang tempatan untuk bersama2 menuju destinasi yang di inginkan.. lebih efektif berbanding GPS.. hehe.. renung2kan dan selamat beramal.. hehehe


budaya membaca amalan bersama

setelah berpenat lelah membanting tulang di office hari nih, aku telah membuat keputusan untuk membeli bahan bacaan ilmiah di kedai buku berdekatan dengan rumah aku.. oh ya, lupe nk kasi tau.. rumah aku ngn jusco dekat gell hell.. [damn gedik giler..hahaha] mcm biasa, sumber bahan2 bacaan bernas datang daripada Harris bookstore.. biasanya aku akan google dulu bahan bacaan menarik.. then datang terus beli.. tapi hari ni tidak.. aku rasa saje je nk terjah kedai buku tersebut [abaikan ayat2 di pengaruhi rancangan melodi ini]..

seperti yang telah dijangkakan, memang berjam2 lah kalau dah main terjah je kan.. ye la.. aku tengok ni, aku nk yang tu.. aku amek yg tu, aku nak yang lain plak.. haaaa rambang mata mak tau.. menciew.. untuk mengelakkan pembaziran, aku telah membuat keputusan pantas pada waktu itu [pantas2 pun 2 jam kot?cis] berikut merupakan 3 bahan yang dapat aku grab di harris sebentar tadi:-




1. The Essence of Attitude


Hehe.. best kan tajuk dia? serious, terus terpikat dan terlekat.. dalam dia cuma great quotes.. saja je.. dah lama tak membaca, jadi haruslah aku beli yang ringan2.. takut nnt tak baca plak.. biasanya ni cm starter la.. ala2 appetizer gitu.. aaa.. cmno? bule? kah kah kah



2. 151 Quick Ideas: to improve your people skills


juga merupakan bacaan ringan.. tapi heavy sikit berbanding yang pertama tadi.. bukan apa, ada je buku yg belum habis baca.. what the dog saw dulu tu baru 3/4.. tp saje, rasa nak tambah bahan bacaaan ringan.. buat release stress.. serious, seronok..



3. my all time addiction... SUDOKU!


ini kau tak payah nak tanya sangat lah.. memang addicted kot.. mungkin ini juga main reason aku ke kedai buku hari ni sebenarnya.. yg lama tu dah habis.. hehehe


insya'allah kalau aku dah habis baca bahan bacaan tersebut, aku akan share kan review nya.. penerangan sebentar tadi cuma berdasarkan pandangan sekilas lalu bahan2 tersebut.. jadi untuk mengetahui apakah content sebenar dan sejauhmanakah ianya memberi kesan terhadap kehidupan seharian, nantikan entry2 yang selanjutnya.. [obviously selepas aku habis membaca la kan? huhu]


p/s: laa..tak habis lagi ke pasal bersih nih? ingat dah habes dah.. adeih.. anyway.. aku cm bayangkan peristiwa 13 may berulang.. alhamdulillah tak isytihar darurat Malaysia.. baiklah..akhir kata, kurangkan kontreversi, tingkatkan prestasi.. good bye

Thursday, July 7, 2011

siri berfikir sejenak

aku banyak hilang kata-kata minggu ni.. bukan apa, malas nk bercakap.. dan malas juga nk meluahkan.. jadi aku pilih untuk diam.. tp lama2 aku terfikir.. ni kalau diamkan sangat perangai cm ni.. takut2 nnt jadi lemau pula.. tak elok rasanya biarkan otak ni malas berfikir.. tp aku takde lah malas berfikir.. mungkin aku penat sangat berfikir.. aku rasa bengkel kali ni memang menguji enjin pemikiran aku.. penggunaan biological memories adalah pada tahap yang paling maksimum.. kali terakhir aku ingat keadaan seperti ini berlaku adalah ketika kali pertama aku masuk kelas programming C time 1st degree dulu.. fuh, 5 thn lepas kot? ketara, ianya hampir berkarat.. fuh, memanglah aku menggunakan segala kudrat yang ada utk faham lecture tersebut..

walaupun niat aku adalah untuk mengasah minda dengan menulis panjang, kali ni aku tak bercadang untuk menulis perkara2 heavy [aah, ayat stereotype seperti selalu] kerana cuaca mlm ni sayup2 memanggil untuk tidur awal.. hehe, rumah aku ni kalau dah hujan.. fuh, susah lah aku nak terangkan dilema dia mcm mana.. kalau kau tak tido, kau mcm rasa bersalah weh.. serious..



gambar hiasan


pernah sekali tu aku post kat wall "laying on the couch with the sliding door wide open, embracing the breezing wind with my thick blanket" <-- memang mendapat sambutan hangat para rakan di facebook [time tu, aku blm kenal si burung biru.. ngeehe] iya, itu lah keadaan sebenar rumah aku jika hujan dan angin sepoi2 bahasa.. kau faham tak dilema sedemikian rupa? huhu

tp kalau ikut kan budaya2 barat, time sejuk2 ni lah idea datang mencurah2 dari langit.. mereka yang kreatif cenderung untuk berpuitis di kala cuaca sedemikian rupa.. tapi ya, aku juga mengaku.. mungkin mereka di barat tidak ada cuaca panas sepanjang tahun.. manakala kita pula, dapat rasa sejuk2 mcm ni tak brapa kali pun setahun.. dan yang pentingnya bukan nya dalam jangka masa yg pnjang seperti mereka yg mengalami musim winter.. jadi, mungkin cendiakawan di negara2 di atas ufuk katulistiwa ini mendapat ilham ketika keadaan panas ataupun tidak kira sebarang keadaan.. hehe

ok, sebelum aku merepek jauh.. haruslah aku berhenti menulis setakat ini sahaja.. bukan apa, makin banyak kau cakap atau tulis, nnt takut kau terbocorkan benda2 yang tak patut.. sebab tu lah banyak orang selalu ingatkan, fikir dulu sebelum buat sesuatu.. dan yg lebih selalu di pesan.. fikir dulu sebelum bercakap.. terlajak perahu boleh diundur; terlajak kata? badan binasa... haaa puitis tak ini? ok2 aku tahu aku dah patut stop.. sehingga di lain entry, selamat malam sayang


p/s: we set a thief to catch a thief.. basically this is what i'm trying to do within this few days.. nah, don't worry, i'm not gonna be 'the thief'... i still have faith within me.. huhu


world war III


seriously, THIS IS WAR!


p/s: fell head over hills... kah kah kah





Wednesday, July 6, 2011

impossible is nothing

i am impressed with some people out there who were paid for their voices.. not specifically for singer but more to lecturers and motivators.. these people get high pay for their thoughts and also their TALKS.. [too bad for the inaudible person who hardly have any ideas in any impromptu speech to be in these profession].. it is so amazing that people actually pay them really well for each hours of their talks.. this is where i see the real value of "time is money".. haha sounds too materialistic but that is what i wanna be.. someday..

however, today i realize something much more impressive.. there are also people who were highly paid for being SILENCE.. they were paid much more higher than those who were paid for their voices.. impressive isn't it? [though i know it is really difficult for a talkative person like me..haha].. after all, most of the bribe cases were meant for people to remain silence... right? but that is not my point.. what i mean is that; there are some professions that requires us to remain silence.. because the quieter you are, the more you may hear..

nothing is impossible.. or shall i say impossible is nothing



goosebumps ~~


p/s: actions speaks louder than words..


Sunday, July 3, 2011

percaya padaku


ini memang jitu


p/s: start esok pagi, ada seminggu lagi bengkel.. phew..


gooo tigers...

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. huhu, kenapa agaknya aku agak bersemangat untuk entry kali ni? hehe, sebenarnya aku rindu gila dengan connection pantas dan jitu broadband dari rumah aku.. berbanding di tanjung balau, desaru... aku tensi denga signal yang menghampakan para penonton.. tapi err ok lah... dapat kuar dua entry tu kira cm ok gak la signal dia.. tapi nk bukak twitter, facebook and nak load gambar mmg tak lah.. kau ibarat mimpi di siang hari je noks

sekarang nih aku tengah dok tengok bola sepak perlawanan antara malaysia dengan taipei.. tapi aku lebih cenderung menatap skrin laptop berbanding skrin tv.. mane tak nya, kat sini ada komen2 sukan menggunakan bahasa hindustan.. kau mane tauu... ok tak sebenarnya aku sedang berdebar.. seri skang weh.. aku cuba lari daripada terlalu concentrate.. weh.. nervous.. haaaaa nih panalty lagi.. dem.. ok aku dah jadi cm pengomen2 sukan.. ah, aku tak dapat fokus untuk menulis.. bye

p/s: semua postScript memang mendalam maknanya.. u'll knew it if u read it..

Saturday, July 2, 2011

perjalanan pendek

Bila malam ni course aku abes cm lambat sket.. aku dah mula resah.. lebih daripada pukul 10.. jam berdetik2.. tik tik tik.. hati aku makin berdebar.. berderu-deru soalan keluar daripada hati membawa ke minda.. kenapa masih belum tamat lagi sesi malam ini?.. apekah masih panjang lagi perjalanannya? Atau cukup sekadar tambahan beberapa minit?

Setelah beberapa minit jarum panjang menharungi perjalanan melampaui batasan nombor 12, fasilitator mula memberi tanda2 ekspresi muka yang memberi cahaya2 terang dan harapan untuk menamatkan sesi malam ni, aku mula kalam kabut untuk tidak tentu arah.. langkah dibuka lebih pantas dari biasa.. terus menuju kea rah tempat buffet makanan..

Tidak, aku tak lapar.. walaupun sedikit.. tiada langsung nafsu untuk menjamah makanan.. aku menjenguk sekadar cukup syarat.. mengikut perancangan program yang telah menetapkan minum malam sebagai acara terakhir.. selepas menjenguk-jenguk sandwich dalam tray buffet tersebut, sempat juga aku mengucapkan ucapan selamat tinggal kepada barisan roti itu dengan penuh rasa simpati.. harap2 selepas ini anda habis dimakan ramai..

Smpai di bilik, terkocoh kacah aku capai remote.. sekejap, tidak.. tiada remote di sini.. aah, 1 minit disia-siakan begitu sahaja.. dem, tak ada remote, maka aku berusaha keras untuk mencapai saluran televisyen seperti yang diingini.. ah, 5 minit lagi terbazir.. dapat je saluran berkenaan, tiba2 aku tunggu dlm lagi 5 minit untuk iklan sahaja.. smbungan cerita 2-3 minit.. lagi 5 minit iklan.. kau ingat ni perkara boleh bawak main? Ini menimbulkan kekecewaan ya.. sukar nak percaya mata aku.. huh, betul ke ape yg aku nampak nih? Langsung tak dapat predict keadaan seperti ni yang muncul sedangkan apa yg aku harapkan, adalah err.. obviously lain..

p/s: kalau tak nak percaya mata sendiri, mata siapa lagi aku nak percaya?isk, seriously ape lagi yang aku tunggu agaknya nih?



saat-saat genting

Aku sebenarnya tengah kursus kat desaru.. English course katanya.. sebenarnya maghrib tadi.. perut aku memulas2.. bukan sebab ada sebarang kesakitan yang aneh, Cuma nervous sebab ada sesi presentation… haaa, standard la kan bila da course cmni..pasti ada presentation bagai.. kitorg ditugaskan untuk present empat benda..
  • Nama kumpulan
  • Moto kumpulan
  • Logo kumpulan
  • Lagu kumpulan
Haa, kau ingat senang nk create mende2 cmni dengan group member yg kau baru kenal tak beberapa minit yang lepas.. seriously aku canggung.. tapi, ah lantak lah..mcm la diorg ingat lagi aku pas course nih kan? Bape ramai staf utm kot? Duh.. ok, ini bukan point sebenar entry ini.. point sebenar entry ini adalah saat2 presentation..

Kami habis discussion dlm pukul 6 lebih gitu.. discussion di tamatkan dengan 3 kali rehearsal yang ketara semuanya ke laut.. tiga kali cuba, tiga kali cakap lain2.. haaa.. mane tak nya, gelak tawa mcm sakai.. pecah perut aku.. yang aku dari tadi konon dok canggung manggung, sekarang nih dah jadik tak hiraukan alam sekeliling.. tak boleh tahan weh lawak diorg.. esp aku nyer group leader lah.. dia punye idea tak kering2.. asyek nak menyakat orang je.. hahaha

Lepas discussion dan rehearsal yang tak brape ready tu, aku pulang dengan rama2 dalam perut.. tu yg sakit perut tak terhingga.. minum petang pun sikit2 je.. amek karipap beberapa bijik dan lepak kat pool ngn imah.. nengok org berenang.. ikot hati aku nk terjun je.. tp ikut waras, aku sabar lah.. gile kau? Pakai bju keje kot?

Pas maghrib kitorg ada buffet diner.. perut aku maken berkelocak rancak apabila aku nampak ketua kumpulan aku.. org lain sebuk la ngn pakaian lengkap kerja, baju2 formal semua.. dia pakai JERSEY BOLA SEPAK! Fuh.. memang menjadi kebanggaan lah.. memang hati aku kuat mengatakan aku patut pakai mask time presentation nanti..

tapi ketara, aku silap.. presentation kitorg err.. mm.. ok lah.. takde la teruk mana.. tp seriously aku tak sangka dengan latihan yang penuh dengan gelak tawa riang gembira boleh menghasilkan presentation seperti ini.. serious, aku kagum.. hahaha.. ok, tak sabar nak tunggu gelak tawa diorg esok.. seronok gak bila satu team ngn org2 yang kita tak kenal.. banyak experience baru dan yang pentingnya, kita tak begitu serious seperti mana kita bekerja.. hahaha best weh.. tak tipu.. ok, jumpa lagi esok.. yeay

p/s: I seems to lost my words when I look at you… stumbled I guess..