Saturday, July 2, 2011

perjalanan pendek

Bila malam ni course aku abes cm lambat sket.. aku dah mula resah.. lebih daripada pukul 10.. jam berdetik2.. tik tik tik.. hati aku makin berdebar.. berderu-deru soalan keluar daripada hati membawa ke minda.. kenapa masih belum tamat lagi sesi malam ini?.. apekah masih panjang lagi perjalanannya? Atau cukup sekadar tambahan beberapa minit?

Setelah beberapa minit jarum panjang menharungi perjalanan melampaui batasan nombor 12, fasilitator mula memberi tanda2 ekspresi muka yang memberi cahaya2 terang dan harapan untuk menamatkan sesi malam ni, aku mula kalam kabut untuk tidak tentu arah.. langkah dibuka lebih pantas dari biasa.. terus menuju kea rah tempat buffet makanan..

Tidak, aku tak lapar.. walaupun sedikit.. tiada langsung nafsu untuk menjamah makanan.. aku menjenguk sekadar cukup syarat.. mengikut perancangan program yang telah menetapkan minum malam sebagai acara terakhir.. selepas menjenguk-jenguk sandwich dalam tray buffet tersebut, sempat juga aku mengucapkan ucapan selamat tinggal kepada barisan roti itu dengan penuh rasa simpati.. harap2 selepas ini anda habis dimakan ramai..

Smpai di bilik, terkocoh kacah aku capai remote.. sekejap, tidak.. tiada remote di sini.. aah, 1 minit disia-siakan begitu sahaja.. dem, tak ada remote, maka aku berusaha keras untuk mencapai saluran televisyen seperti yang diingini.. ah, 5 minit lagi terbazir.. dapat je saluran berkenaan, tiba2 aku tunggu dlm lagi 5 minit untuk iklan sahaja.. smbungan cerita 2-3 minit.. lagi 5 minit iklan.. kau ingat ni perkara boleh bawak main? Ini menimbulkan kekecewaan ya.. sukar nak percaya mata aku.. huh, betul ke ape yg aku nampak nih? Langsung tak dapat predict keadaan seperti ni yang muncul sedangkan apa yg aku harapkan, adalah err.. obviously lain..

p/s: kalau tak nak percaya mata sendiri, mata siapa lagi aku nak percaya?isk, seriously ape lagi yang aku tunggu agaknya nih?



No comments:

Post a Comment