Thursday, July 7, 2011

siri berfikir sejenak

aku banyak hilang kata-kata minggu ni.. bukan apa, malas nk bercakap.. dan malas juga nk meluahkan.. jadi aku pilih untuk diam.. tp lama2 aku terfikir.. ni kalau diamkan sangat perangai cm ni.. takut2 nnt jadi lemau pula.. tak elok rasanya biarkan otak ni malas berfikir.. tp aku takde lah malas berfikir.. mungkin aku penat sangat berfikir.. aku rasa bengkel kali ni memang menguji enjin pemikiran aku.. penggunaan biological memories adalah pada tahap yang paling maksimum.. kali terakhir aku ingat keadaan seperti ini berlaku adalah ketika kali pertama aku masuk kelas programming C time 1st degree dulu.. fuh, 5 thn lepas kot? ketara, ianya hampir berkarat.. fuh, memanglah aku menggunakan segala kudrat yang ada utk faham lecture tersebut..

walaupun niat aku adalah untuk mengasah minda dengan menulis panjang, kali ni aku tak bercadang untuk menulis perkara2 heavy [aah, ayat stereotype seperti selalu] kerana cuaca mlm ni sayup2 memanggil untuk tidur awal.. hehe, rumah aku ni kalau dah hujan.. fuh, susah lah aku nak terangkan dilema dia mcm mana.. kalau kau tak tido, kau mcm rasa bersalah weh.. serious..



gambar hiasan


pernah sekali tu aku post kat wall "laying on the couch with the sliding door wide open, embracing the breezing wind with my thick blanket" <-- memang mendapat sambutan hangat para rakan di facebook [time tu, aku blm kenal si burung biru.. ngeehe] iya, itu lah keadaan sebenar rumah aku jika hujan dan angin sepoi2 bahasa.. kau faham tak dilema sedemikian rupa? huhu

tp kalau ikut kan budaya2 barat, time sejuk2 ni lah idea datang mencurah2 dari langit.. mereka yang kreatif cenderung untuk berpuitis di kala cuaca sedemikian rupa.. tapi ya, aku juga mengaku.. mungkin mereka di barat tidak ada cuaca panas sepanjang tahun.. manakala kita pula, dapat rasa sejuk2 mcm ni tak brapa kali pun setahun.. dan yang pentingnya bukan nya dalam jangka masa yg pnjang seperti mereka yg mengalami musim winter.. jadi, mungkin cendiakawan di negara2 di atas ufuk katulistiwa ini mendapat ilham ketika keadaan panas ataupun tidak kira sebarang keadaan.. hehe

ok, sebelum aku merepek jauh.. haruslah aku berhenti menulis setakat ini sahaja.. bukan apa, makin banyak kau cakap atau tulis, nnt takut kau terbocorkan benda2 yang tak patut.. sebab tu lah banyak orang selalu ingatkan, fikir dulu sebelum buat sesuatu.. dan yg lebih selalu di pesan.. fikir dulu sebelum bercakap.. terlajak perahu boleh diundur; terlajak kata? badan binasa... haaa puitis tak ini? ok2 aku tahu aku dah patut stop.. sehingga di lain entry, selamat malam sayang


p/s: we set a thief to catch a thief.. basically this is what i'm trying to do within this few days.. nah, don't worry, i'm not gonna be 'the thief'... i still have faith within me.. huhu


2 comments:

  1. hahahah...last summer punye cite jgn bukak sangat kak.. ni da masuk musim baru.. kah kah kah

    ReplyDelete