Saturday, July 16, 2011

Awesome!

Bengkel kali ni bukan calang-calang bengkel.. bukan seperti bengkel2 yang biasa aku pergi sebelum ini.. one word for it.. AWESOME!! Hahahaha.. ok..seperti yang aku telah war2kan sebelum ni.. memang aku akan menghadiri workshop di desaru… walaupun as expected, connection internet di sini amat menghampakan.. namun aku tetap rasa workshop ini awesome.. anda ingin tahu kenapa?

Jawapannya adalah kerana kami menjalankan workshop ini di Lotus Beach Resort.. ada apa dengan resort ini? Jawapannya adalah.. pakej yang diberikan kepada setiap perserta workshop student activity enhancement ini adalah:-

  1. 2 rooms Apartment for 4 pax.. dilengkapi dengan microwave dan icebox.. tampak kekesalan di wajah kak amy kerana tidak membawa sebarang stok frozen food utk dikendurikan.. kah kah kah
  2. 5 times meal including one bbq diner… tadi baru makan buffet diner dia.. weh.. best gile kot.. sangat banyak choice yg smpai tak terpilih.. makan dengan riang gembira gelak tawa..
  3. Dan yang paling awesome.. free pass to water theme park sepanjang penginapan anda di sini… iya, sepanjang penginapan ye.. dan mereka juga ada dry park,paintball,normal swimming pool,karaoke [itu setakat yg aku dapat explore petang ni saje] I was like OMG.. ini sangat seronok duaronok tiga ronok ok.. I don’t care about the restless moment anymore

Ape yang aku laksanakan hari nih? Setibanya di perkarangan hotel, kami mendaftar dan terus ke bilik dan menunaikan solat asar.. dengan kadar persiapan pantas maksimum, kitorg menukar uniform formal ke uniform sukan air… haa… view dari bilik aku.. fuh, terbaik lah.. Nampak park tersebut secara terus.. nnt2 aku share kan view nya.. kan aku dah mention tadi.. internet connection amat low..

Hujan rintik2 tidak membatalkan niat kami untuk menantikan simbahan air kelapa yang lebat hendaknya.. sume mak2 budak dah jadi budak2 tanpa anak2 di dalam gengaman mereka.. mana tak nya.. sorg2 bergabung tenaga dan suara teriakan ketika menaiki gelongsor mencabar di lazy river… namanya saja lazy river.. tanpa pelampung ianya menjadi thrilling river.. haa..

Bila kita seronok.. serious, sikit pun tak rasa penat… otot2 di bahagian bahu tidak langsung menampakan simptom2 tekanan.. semuanya renggang saja.. balik tu, kitorg satu bilik bersiap, mandi dan mengadakan sesi kelas make over secara percuma.. hahaha.. sementara menunggu kehadiran azan maghrib, kami telah menghabiskan masa dengan saling menyelongkar make-up kit masing2..

Lepas je solat maghrib, terus pegi makan buffet diner.. kami dimaklumkan yang kat sini, bukan saja kontijen dari utm datang untuk berbengkel.. kami juga ditemani kontijen petronas yang hadir ke sini bagi tujuan berhari keluarga.. haa.. memang sesuai la utk aktiviti hari keluarga.. kelengkapannya lengkap di sini..

Selepas makan malam.. kami terus bergerak ke dewan perbincangan bagi memulakan sesi workshop yang ketaranya memang memerlukan permikiran kritis dan kreatif.. perjalanan pendek dari café ke dewan membenarkan kami memantau keadaan sekeliling dimana kami dapati terdapat 2nd pool opposite the hall.. and right beside the hall, adalah club lounge yang lengkap dengan live band.. tapi seriously, sedikit pun tak mengganggu perjalanan bengkel kami.. sangat sound-proof ye hall nyer.. bagus sekali..

Pada kebiasaannya,ketika sesi brainstorming.. aku cenderung untuk hilang focus selepas 45 minit pertama.. bukan apa, agak tensi sebenarnya bila kita perlu berfikir secara kritis.. tapi sejujurnya aku mengaku.. tadi sebenarnya aku tak perasan yang perbincangan telah berlangsung selama 2jam tanpa henti.. alhamdullilah.. banyak jugak yg dapat produce.. a good start for a brainstorming session… dan ini juga serious, tak sabar rasanya nak sambung workshop ni esok..

p/s: I wish you were here.. mesti lebih seronok kan? Kah kah kah

No comments:

Post a Comment