Tuesday, July 26, 2011

block

jari jemari laju je menaip.. seolah2 menaip surat formal dari jabatan-jabatan berkepentingan.. walhal bila orang jenguk, dengan pantas kau ubah window tab lain.. berikut merupakan salah satu senario biasa yang dialami mana2 pekerja di bawah syarikat yang tidak block sebarang application online yg tidak mudasabah.. tidak munasabah? sejauh manakah tidak munasabah itu? yaaa itulah topik yg bakal dibincangkan hari ini..


social network, blog, dan youtube merupakan antara laman2 yang common di block oleh kebanyakkan syarikat2 di luar sana.. antara tujuan syarikat2 ini block laman2 tersebut adalah:

  1. bagi mengelakkan staf menangok melayan benda2 tidak berfaedah
  2. mengelakkan kekurangan produktiviti akibat lalai melayan internet
  3. memastikan pencapaian staf adalah pada tahap maksimum tanpa sebarang gangguan curian masa
  4. mengelakkan perkara2 tidak beretika ketika bekerja seperti melayari gambar2 atau video2 yg tidak sopan
  5. memastikan

tapi, tahukah anda, sebelum kehadiran internet, pembaziran masa juga telah berlaku.. malahan lebih dahsyat lagi.. sekurang2nya sekiranya anda memberi kelonggaran utk mereka melayari laman2 yang telah dimaksudkan tadi, anda dapat mengelakkan mereka daripada pergi minum pagi sehingga setengah jam.. merokok setiap 30 minit, dan makan tengah hari lebih daripada 1 jam.. mereka akan lebih cenderung untuk melekat di hadapan pc.. haa.. berikut pula disenaraikan kebaikan sekiranya laman2 ini dikekalkan bagi akses staf2 anda:

  1. Mengurangkan masa rehat [masa utk berjalan keluar tidak dibazirkan]
  2. Memberi stress release yang paling murah, tepat dan padat kepada staf yg tekanan melaksanakan tugas2 routine
  3. Memberi peluang untuk staf bertukar2 pendapat berkenaan dengan kerja harian mereka dengan rakan2 yg melaksanakan routine yg sama setiap hari
  4. Memberi peluang kepada staf yg tidak pandai mengakses internet berjinak2 dengan internet [kes2 company yg ramai staf lama]
  5. Meningkatkan tahap kelajuan menaip staf anda.. haaa look positively

bagi staf2 yg telah diberi kelonggaran utk mengakses social network nih, jangan la pulak tidak kenal dek untuk.. haa, bukan nak laser, tapi dah tu.. bila orang kasi akses.. 24/7 kau seolah2 bekerja dengan Mark Zuckerberg plak.. walhal percaya lah ckp aku, dia sikit pun tak kenal kau.. kena ingat sama lah.. takkan la company tu bayar kau sebab nak majukan facebook atau mana2 laman yg lain.. kalau dah rasa tak boleh berpisah langsung dengan rangkaian internet nih, memang sesuai sangat pegi beli smart phone.. baru lah melekat.. kan?huhu jadi, bagaimana? mari kita sama2 renung2kan lah dan selamat beramal.. huhu


p/s: seriously, susah sangat ke nak senyum? u ols ni ada masalah otot pipi ke? gosh

No comments:

Post a Comment