Sunday, July 10, 2011

malu bertanya, sesat jalan

begitulah seperti yang dikatakan oleh perpatah melayu.. "malu bertanya, sesat jalan".. memang kita patut embrace kesopanan dan kesusilaan.. tapi pada aku.. kalau bab2 tanya jalan ni.. memang kita patut buangkan rasa malu tersebut.. al-maklumlah.. takut tersesat di penghujung jalan.. namun isunya di sini.. sejauhmanakah anda dapat penyelesaian selepas anda bertanyakan tentang direction bagi sesuatu destinasi?


tu dia.. berpintal2 ha.. teruk bebenor gamaknya nih.. aah, hyperbola sangat gambar ni.. hehe



namun telah menjadi sesuatu yang tidak asing lagi bagi perantauan mcm aku untuk bertanyakan tentang direction jalan.. ya, aku berasal dari melaka.. parents aku sekarang menetap di KL, dan aku membesar dalam sekolah yang berpagar batu sekelilingnya.. memang kurang pendedahan tentang jalan2 di luar.. dan ya, sekarang aku bermastautin di JB.. bukan kawasan yang familiar.. memang dah hampir 2 tahun.. namun begitu, aku memang tak bape nk master jalan2 nya.. main ikut signboard je sebenarnya..

baiklah, long story goes short.. ada beberapa pengalaman menarik yang ingin aku kongsikan berkenaan dengan pertanyaan berkaitan dengan jalan ini.. bukan apa, kadang2 tu aku rasa.. orang yang bagi aku direction tu anggap aku menggunakan mata hati untuk memahami apa yang mereka maksudkan.. adakah saya ini psychic yang mampu untuk masuk dalam minda anda dan bersama2 berjalan di atas jalan seperti yang anda bayangkan? mari kita meneliti satu per satu permasalahan berikut mengikut turutan kes-kes lampau.. [cerita ini merupakan kisah benar dan hanya melibatkan beberapa individu yang berkaitan]


1. kes pertama

destinasi yg dicari : JPJ
sumber maklumat : kak sally

soalan daripada aku, mudah, ringkas, tepat dan padat.. berikut merupakan conversation yang telah berlangsung:-

aku: kak, oa kat taman daya.. cmne nk pegi JPJ?

kak sally: ok.. kat traffic light tu kau jalan terus.. then kau nampak surau tak berapa nak surau, pusing kiri.. pastu kau akan nampak simpang tak berapa nak simpang.. pusing kanan.. haa.. tu la JPJ...

apekah? surau tak berapa nak surau.. simpang tak brapa nak simpang? hahahahhaha... fuh..memang menguji kepakaran geografi aku betol.. kah kah kah.. tp amazingly.. ye aku faham dan jumpa tempat berkenaan.. haaaaa... mungkin chemistry adik beradik yg membuatkan aku sentiasa faham ape yg kak sally maksudkan.. dulu, kini dan selamanya... kah kah kah.. ilebiu kak.. muahs



2. kes kedua

destinasi yg dicari : rumah sayda
sumber maklumat : sayda dino


kau kena faham, bila kita bercakap dengan anak2 istimewa ni.. kita harus cenderung menggunakan mata hati.. faham dengan jiwa yang tenang dan akal yang cemerlang... berikut merupakan conversation yang boleh tahan menguji kesabaran..

aku: ok, sebelah kiri aku ada tasik, sebelah kanan ada tangki.. aku pegi straight je kan?

dino: a, kau nmpak traffic light tak?

aku: nampak

dino: ok, kau jalan smpai tak nampak traffic light, lepas tu kau beware..


beware? ape jenis landmark kau ni? hahahahhaa... aku nak gelak waktu tu, takut sesat.. aku nak lempang jap lagi, mak dia ada.. kau ingat ni dilemma yang main2 ke? hohooohoooiii dan sekali lagi, ye.. aku jumpa je rumah dia.. tapi aku masih tak dapat bayangkan.. mcm mana aku boleh faham landmark beware tu.. kah kah kah


3. kes ketiga

destinasi yg dicari : rumah sendiri
sumber maklumat : puteri batrisha

heehe.. yang ni, kalau sesat.. kau fikir itu appropriate ke? harus lah tidak.. tapi interesting gak nak tahu bagaimana budak berumur 3 tahun nak bagi kita direction kan? hehe.. conversation yang penuh dengan senyuman berbunyi seperti berikut:-

aku: batrisha nk pegi mana petang ni?

batrisha: nak pegi taman permainan kat tesco lee.. mane lagi ke?

aku: laa.. tak ajak busu oa pun?

batrisha: jom le, balik sini.. pastu kite pegi same2..

aku: laa.. jauh la..busu oa kat jb ni..

batrisah: busu oa drive, pusing kiri.. kan.. pastu pusing kanan.. kan? pastu jalan teruuusss je.. aa.. dah sampai..

hahahahahaah.. omg.. adekah itu dalam pemikiran kanak2 3 tahun ini? semuanya mudah dan simple.. damn, i miss her so much.. hehe, jadi ape pun direction yang dia bagi.. aku maafkan.. dan yang pastinya.. aku tak perlu sebarang gps / peta / pertunjuk arah mahupun device seperti kompas untuk pulang ke rumah sendiri.. itu dah jadi mcm magnet semulajadi yang amat kuat... kau akan tertarik untuk pulang tanpa perlu sebarang sebab sekali pun.. huhu



p/s: kalau tak nak sesat, ajak je orang tempatan untuk bersama2 menuju destinasi yang di inginkan.. lebih efektif berbanding GPS.. hehe.. renung2kan dan selamat beramal.. hehehe


4 comments:

  1. hahahah...lawaks sungguh...i never realize that...
    susah2 guna jer gps kan senang...

    ReplyDelete
  2. hahaha, akak suke kan tak perasan your style.. hehehe, trust me kak, your direction of "yang tak brapa sangat tu" is the best! hehehe love u

    ReplyDelete
  3. hahaha akhirnya kau faham bahasa jiwa bangsa aku. hahaha

    ReplyDelete
  4. iyeee..perlu pemikiran yang sangat tajam ye.. hahaha beware!

    ReplyDelete