Monday, July 25, 2011

janji melayu

bulan July kali ni merupakan bulan yang agak sibuk bagi aku.. pendek kata, tak menang tangan nak melayan schedule sendiri.. tak de lah kalah menteri2.. tapi mm, agak padat lah.. tak mengapa, abaikan sahaja schedule aku.. kerana semua dalam perancangan, selagi allah benarkan, ianya tetap perlu dijalankan seperti biasa.. beberapa hari aku rasa telah mengabaikan blog tercinta ini.. jadi, dengan itu.. aku akan mulakan semula penulisan dgn cerita-cerita pendek.. kalau kat sekolah rendah dulu.. mereka panggil ini cerpen.. [singkatan cerita pendek] oh ya.. baru aku tahu mana budak2 skolah aku dapat idea utk pershion, harkup, dan juga bejot... ok abaikan itu kerana ianya agak keluar topik..


cerpen hari ini adalah berkenaan dengan ketepatan masa [ya aku prasan, dah banyak dah entry pasal masa.. cuma nak mengingatkan lagi diri sendiri dan juga orang lain :) ]..

simboliknya nak bagi tahu.. masa itu wang.. source


dah jadi mcm trending plak kat Malaysia nih untuk orang tidak menepati masa.. dan mereka seolah-olah sinonim dengan panggilan janji melayu.. bukanlah aku nak cakap yang aku tak mengaku diri melayu atau apa.. tapi ini seperti penghinaan kepada orang Melayu plak rasanya.. sampai ada sesetengah orang [termasuk orang Melayu sendiri] tidak percaya apabila ada seorg Melayu ingin bertemu janji bersama mereka.. ini semua kerana frasa JANJI MELAYU itu tadi.. ya, aku nk terangkan di sini, aku tidak suka dengan frasa janji melayu.. abeh kalau yang lambat itu mat saleh? takde plak kau ckp ah, mat saleh ni janji melayu lah.. mesti kau akan cenderung utk cari alasan baik punyee utk diorg..

pada aku ketepatan masa adalah amat penting terutamanya apabila menghadiri tugasan2 formal seperti interview, meeting, dan appointment.. ya.. appointment terutamanya.. bukan apa.. apabila anda membuat appointment bersama seseorang individu, sudah pasti individu tersebut amat sibuk sehinggakan tidak mungkin anda akan terserempak dengan beliau sekiranya tidak ada sebarang temujanji di buat.. jadi, secara logiknya.. tergamak kah anda untuk membuang masa beliau yg sepatutnya bersusun orang lain nak jumpa beliau? tahukah anda orang2 seperti ini rasakan masa yang terbuang [walaupun 5 minit] utk menunggu anda merupakan suatu yang sia2 dan membazir? consequence nya.. anda mungkin akan di senarai hitamkan daripada membuat temujanji dengan beliau.. ini bukan seperti black list seperti bankrupt... tetapi di anggap tidak serius dgn temujanji yang dibuat.. haaa panjang luahan di sini..

walaupun ketepatan masa bukan sahaja patut di embrace utk sesuatu yg formal.. bg yg tak formal, apetah lagi.. ya, sanggupkah anda dimarahi oleh rakan-rakan seperjuangan atau lebih teruk lagi [yaa lebih teruk] dengan pasangan anda apabila anda lewat? pasti tidak bukan?

kesimpulannya di sini ketepatan masa adalah amat penting untuk semua pihak.. jadi, laksanakan tanggungjawab anda bagi memastikan nama anda tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana pihak.. sekian, sehingga di lain entry:


p/s: tahukah anda.. pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang itu bezanya adalah 2 jam? jangan lah merungut jika orang tidak layan anda.. harap maklum

No comments:

Post a Comment