Assalamualaikum dan salam sejahtera.. bulan julai ini merupakan bulan yang aku bz tak cukup tangan.. training sana sini.. dan memang full blast bekerja kerana ingin menyiapkan diri dengan schedule yang bakal berubah pada bulan hadapan.. ada apa dengan bulan ogos 2011? kalau anda tak tahu, anda jahil.. sebab pada bulan ogos, kita akan menyambut bulan ramadhan al mubarak..
baiklah.. tujuan entry ini ditulis adalah bagi mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubarak.. Semoga ramadhan kali ini memberi lebih makna daripada yang lepas.. suka saya mengingatkan anda semua [dan utk diri saya sendiri] untuk mengambil peluang mengerjakan sebanyak mungkin ibadah kerana bulan ini hanya datang setahun sekali..
Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf sekiranya terdapat sebarang dosa2 lepas kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya.. untuk makluman, saya telahpun memaafkan anda semua.. seingat saya, kecuali PTPTN, saya tidak berhutang wang ringgit kepada sesiapa.. namun, sekiranya terdapat mana2 pihak yg mungkin saya terlepas pandang.. minta maklumkan hutang tersebut.. insya'allah saya akan selesaikan secepat mungkin..
dengan ini, sekali lagi saya ingin ucapkan kepada semua warga negara malaysia, selamat menyambut ramadhan al-mubarak..
p/s: sekian laporan dari jakarta, indonesia.. :)
cam siye perantauan. ah balik lah cepat. kawe nak call.
ReplyDeletehahahaha..bukan slalu bro.. hahahha
ReplyDelete