p/s: jgn buat april fool kat aku ye.. tak suke okeh.. bdw sempena 1st april ni..ingin saya sampaikan pesanan ringkas kepada shuze, happy birthday!
Thursday, March 31, 2011
tegar
wow, dah hari terakhir untuk bulan mac? cepatnya masa berlalu kan? sebenarnya aku cam terkejar2 date line utk modul 2 & 3 utk sistem IMS ni ha.. bukan ape.. jap lagi kalau tak meet the milestone as expected, lagi banyak problem yang akan pending.. bagi mengelakkan masalah daripada berlarutan, aku mengambil keputusan untuk struggle coding moding.. ok, cukup bercerita tentang kerja.. aku cuma nak mengucapkan selamat menyambut bulan april... aku tak brape pasti lah ape kene mengena lagu nih dengan bulan april.. tp yang pentingnya kalau karok, aku adalah terkoyak abes dengan lagu ni.. ah, malas lah nak cerita tentang suara aku yg lunak merdu ni..
Sunday, March 27, 2011
tiga dara pingitan
sebenarnya banyak gak entry yg aku cuba tulis dari pagi tadi.. tapi semuanya mcm serba tak kena je.. jadi aku mengambil keputusan untuk mengekalkan entry yang ini sahaja.. sebenarnya aku dah jadi auntie since umur 7 tahun lagi.. anak buah aku yg 1st lahir time aku darjah satu.. so, pada aku cm tak jauh sangat coz ramai je kawan2 aku yang ada adik2 lebih muda daripada umur ini.. maksudnya perbezaan umur 7 tahun tu tak jauh lah bagi adik beradik..
ya, entry ini mengisahkan tentang 3 dara pingitan didalam family aku.. sedar tak sedar.. dah besar da budak2 nih.. dulu aku igt, aku masih berebut mainan dengan nina.. tapi sekarang.. semua dah matang.. aku mula melihat kematangan sorg demi sorg anak buah aku everytime cuti and diorg lepak2 kat rumah ayahanda.. tak kisah la di melaka mahupun di KL...
sebenarnya, sebagai seorg auntie yang perihatin... sebenarnya aku cuba untuk berfikir sebagai seorg remaja.. cis, ayat ini membuatkan aku rasa mcm tua sangat pula bunyi nya.. bukan apa.. remaja sekarang nih da lain sangat.. walaupun perbezaan umur tak brape nak jauh sangat.. namun persepsi, pergaulan, pemikiran, cara pergaulan dan cara berkomunikasi mereka memang terang-terangan menonjolkan ciri2 generasi Y yang jika tidak benar2 di fahami, besar kemungkinan akan tersasar jauh..
aku sayang sgt kat diorg ni.. aku faham parents diorg bz.. so, aku tak kisah kalau berkongsi masalah dgn aku.. infact aku lebih rasa seperti kakak2 berbanding seperti makcik2.. [hehe, ni membuatkan aku rasa mcm 18.. sekian] jadi, aku akan cuba untuk mendengar walaupun jauh masalah2 diorg.. insya'allah aku akan tolong apa yang terdaya mungkin.. nak kenal anak2 dara nih? ni ha diorg..
them with their chronic ideas
nina..
dak leez..
uish, cun2 gak anak buah aku ni.. hehe, stereotype kan cara mengedit gambar? hehe, korg.. natural beauty la.. xmen la edit2 nih.. tengok busu oa? flawless taw.. kah kah kah
haha..flawless ke? tak kuase tau.. pic credit to kak nana.. bb u wat i tampak flawless tau.. kih kih kih
hehe.. skang nih nina baru pas terima result spm.. aku kalau boleh nak dia ambil course yang dia selesa dan menjanjikan peluang pekerjaan yang baik.. bukan apa.. kalau tak minat.. susah nak blaja nanti.. kena struggle lagi.. mesti pressure kalau tak betul2 minat.. takpe nina.. yang ko da pilih tu dah nice dah tu.. pas ni tawakal bebanyak ok.. take care.. dah.. tu je stakat nih babai..
p/s: err.. mm.. u, happy birthday!
Saturday, March 26, 2011
earth hour
jika anda sedang ber internet surfing sekarang nih, mesti anda perasan banyak isu2 hangat yang memerlukan sokongan ramai terhadap earth hour yang bakal dilaksanakan dengan perincian seperti berikut:-
Tarikh: 26 March 2011 [mlm ni okeh]
Masa: 8:30 pm - 9:30 pm [kamon, 1jam je bergelap.. teruk2 pun korang tertido je..]
Tempat: Rumah masing2
baiklah, bagi memastikan saya menyokong sepenuhnya earth hour ni, saya akan pastikan yg saya tidak berada di rumah pada waktu tersebut.. biarkan semua perkakasan elektrik kecuali freezer di padamkan dengan kemas.. tapi persoalannya, ke manakah akan saya tuju.. adakah rumah org lain yg tak menyokong earth hour? atau pergi menonton wayang? tak ke sama je kalau earth hour sekali pun kalau masih boleh menonton wayang, karaoke, shopping dan perkara2 yg boleh dilaksanakan di luar rumah pada jam 8:30 - 9:30 malam? seriously.. adakah masih menyokong atau tidak? huhu confuse tau..
aah, cukup2 lah cerita pasal earth hour.. sebenarnya aku rumah sakit [chup, apasal bunyi macam hospital nih] atau dalam perkataan yang lebih familiar.. homesick seyh.. [kak zue memang membangkitkan lagi perasaan ini..hahaha] setiap 3 jam 3g call ngn kak yati.. diorg mcm tengah bergumbira sepanjang masa.. cis.. rugi tak berada bersama2 mereka.. nak buek cmno.. ada hal sket.. tu yg xleh nk blk tu.. mm.. aku juga di jamukan dengan beberapa mms yg membuatkan aku rasa mcm dah bertahun tak jumpa family aku.. walhal last 2 weeks baru diorg ramai2 datang menerangi rumah aku.. sungguh seronok, dua ronok, tiga ronok ok.. bila aku terima mms ni tadi.. terdapat satu persoalan yg muncul di minda.. adakah aku dah lama tak pulang ke rumah? atau budak ni yang dah membesar bagai johan?
eh? kamon la, budak ni belum 3 tahun lagi kot? bulan 5 nih baru nk masuk 3 tahun.. ni kadet polis mana yang terima dia sebagai ahli nih? either baju ni kecik, atau batrisha memang dah besar.. homaigad..
Friday, March 25, 2011
artistic
anda photographer? rajin buat freelance? atau anda cuma suka2 mengambil gambar menggunakan pelbagai device yang ada pada zaman teknologi yang serba canggih ini? ternyata andalah yang sedang dibualkan didalam entry ini.. ternyata trend gemar mengambil gambar merupakan satu persekitaran yang agak sihat.. saya juga merupakan salah seorg yg gemar menonton hasil2 nukilan photographer tempatan dan juga international..
baiklah, baik kita terus ke point sebenar entry ini.. hasil2 art bergambar sememangnya dapat memberi pelbagai inspirasi bagi individu-individu yang kreatif.. tidak kurang juga ada yg memberi kesan2 personal kepada penonton2.. contohnya seperti vids di bawah ini.. seriously, saya rasa mcm tengah melancong..
awesome isnt it?
how i wish i got the opportunity to visit all of these places... just to take pictures.. phew.. kesimpulannya di sini, suka saya mengingatkan rakan2 yang rajin buat photography ni.. tonjolkan hasil nukilan anda.. mana tau, nukilan anda mungkin antara nukilan terunggul.. belum try blom tau.. hehe
Wednesday, March 23, 2011
imperfect
aah, menulis secara terkejar2.. memang ayat semuanya tak habis.. takpe, i'll try to keep it simple.. entry ni mengisahkan tentang imperfectability.. kita biasa mendengar.. ada org yang kalau boleh semuanya nak perfect.. dan kalau boleh jangan ada cacat cela walaupun sedikit.. ada pro dan cons untuk perkara2 ini.. jika dari sudut kerja.. ada banyak kebaikannya.. ini kerana keputusan bagi sesebuah kerja yang dilaksanakan oleh perfectionist akan menghasilkan result yang amat memberansangkan dan kebanyakkannya memuaskan banyak pihak [tidak termasuk pihak yang terlibat dalam pembikinan projek dan kerja dengan si perfectionist]
namun, adalah sangat tak patut kalau kau sangat amat perfectionist dalam mencari pasangan hidup.. kalau kamu mencari org yang perfect utk segala-galanya, memang kamu hanya bermimpi di siang hari.. kita semua mungkin dilahirkan cukup sifat tapi tak semuanya perfect.. aku sangat kagum dengan pasangan2 yang dapat menerima seadanya.. bila pasangan dapat menerima SEMUA KEKURANGAN pasangan mereka.. that's when u know that both of them really deserve each other.. contoh seperti pasangan unggul zack ngn pokya.. fuh.. memang lah terima seadanya.. jadik tak kesah lah kalau tak perfect mcm mana sekali pun.. terima seadanya is the magic words... [selamat penganting baru]
tapi, sejauhmanakah anda dapat bersedia untuk menerima semua kekurangan pasangan anda? mungkin high expectation membuatkan anda frust sebelum cuba untuk menerima kekurangan itu.. dan ofcoz lah, kekurangan adalah bukan kekurangan sekiranya anda melihatnya sebagai peluang untuk melengkapkan.. apa2 pun, bak kata mak aku.. pucuk pangkalnya hati.. kalau hati dah sayang, semua yg tak perfect pun looks fine.. huhu
jangan herdik kalau jari dia ada 8 je.. dia pun makhluk allah juga..
comel plak tu..
p/s: are u still out there somewhere? or maybe u are now with the wrong person.. i wonder
Tuesday, March 22, 2011
konflik dalaman
tak semua yang kau nampak di luar menampilkan isi kandungannya.. memang sering kali kedengaran nasihat2 berbahasa inggeris yang berbunyi seperti ini 'don't judge a book by its cover'.. ni kategori peribahasa yang paling common di guna pakai guru2 sekolah rendah mahupun menengah.. jadi, adalah amat tidak sesuai untuk anda menyangka baik terhadap sesuatu yang indah dan menyangka buruk terhadap sesuatu yang hodoh.. contohnya seperti buah apple ini:-
siapa sangka? kalau dilihat dari luar, mcm tak ada sebarang masalah pon kan?
konflik dalaman saya pada hari ini tidak ada kena mengena langsung dengan sebarang kulit.. ini termasuklah kulit buaya yang dibuat handbag dan juga kacang lupakan kulit.. semuanya tidak berkenaan.. didalam hidup ini, pelbagai anjakan paradigma perlu diambil dalam masa yang amat singkat apabila keadaan mendesak.. namun, adakah anda benar2 bersedia untuk sebarang anjakan paradigma daripada orang2 sekeliling anda?
sudah menjadi lumrah manusia, lebih mudah untuk menolak sebarang perubahan.. apetah lagi perubahan yang amat besar.. walaupun perubahan yang bakal dilaksanakan adalah kearah kebaikan, fikirkan sekali lagi.. adakah perubahan ini dapat diterima oleh orang sekeliling atau sebaliknya? sekali lagi, konflik dalaman saya sekali lagi tidak ada sebarang kaitan dengan perubahan orang sekeliling, persekitaran mahupun alam semula jadi..
p/s: dah namanya konflik dalaman.. simpan kat dalam hati je lah.. dalam-dalam sangat.. baru lah jadi dalaman.. selamat malam sayang
harapan yang tidak pernah punah
tetap menghadapai hari2 yang sukar walaupun hampir rebah.. kepada-Nya tempat mengadu..
mengharapkan hari esok yang lebih baik berbanding hari ini.. amin
p/s: selamat lewat malam rakan..
Monday, March 21, 2011
berbelit-belit
ha, ape cite dah masuk entry ke brape hari nih? huhu, ala.. cm yg aku pernah mention dalam entry yang lepas, bila keadaan menjadi sangat tension.. jari jemari memang mudah untuk menafsirkan pemikiran kompleks aku.. namun begitu, ayat yang dikeluarkan memang disengajakan mempunyai frasa-frasa yang berbelit2.. konon2 nak confusekan org yang membaca.. walhal, memang terang, jelas lagi nyata mesej yang tertulis jika anda berada di dalam environment yang terdekat dengan saya.. sape faham.. boleh angkat tangan mcm saiyee ~~~
aah, tengok.. even introduction pon aku dah rasa mcm berbelit2.. alang2 nama entry ni pun belit.. mari kita menonton vids yang juga membawa serba sedikit kebimbangan pembelitan lidah..
aah.. lagu FT versi tamil tau.. xkuase mak nox.. ahaks
where's my sunshine?
kebelakangan ni asyik hujan je.. langit mendung, slalu tutup matahari.. rasanya macam dah jarang sangat nampak awak, matahari..
p/s: life is all about having unexpected feelings.. are these feelings were real or its just a slot of ignorance from you?
pisau pemotong
cuaca hujan malam2 mcm ni memang sesuai untuk menulis.. assalamualaikum rakan2.. entry kali ini adalah berkaitan dengan pisau pemotong.. pernah kah anda terlintas untuk meneliti kesemua jenis pisau pemotong di rumah anda? sememangnya terdapat pelbagai jenis pisau yang terdapat di pasaran kini.. tidak kurang juga vendor2 yg kreative menggunakan peluang ini untuk mewujudkan akesesori aneh dan menarik bagi menghiasi dapur rumah anda.. antaranya adalah tempat letak pisau seperti ini:-
wah,sungguh sarcastic ciptaan ini..
berbalik kepada topik utama.. entry ini bakal membawa anda semua untuk mendalami jenis2 pisau yg terdapat di dapur rumah anda.. pelbagai jenis pisau dicipta untuk kegunaan yang berbeza.. suka untuk saya kongsikan bersama di sini, beberapa jenis kitchen knife yang mempunyai fungsi masing2.. bukan apa, senang la untuk anda merujuk bagi mengelakkan pisau2 ini rosak akibat penggunaan yang salah..
1. Meat Cleaver
dengar saja nama nya, kita dah tau kegunaan pisau ini adalah untuk memotong daging.. walaupun begitu, terdapat juga makcik2 di rumah yang menggunakan pisau ini sebagai parang.. contohnya untuk membuka kulit durian dan mengompel [kalau korg tak faham perkataan mengompel ni, boleh buka kamus org melaka..sekian] pintu yg stuck dan tidak kurang juga ada segelintir dikalangan mereka ini menggunakan pisau ini utk berkebun..
2. Paring
ini tidak ada kena mengena dengan putu piring mahupun piring terbang.. paring ini merupakan pisau pemotong buah.. biasanya kita guna untuk potong kulit epal, potong buah oren dan juga pear.. tapi biasalah org sekarang dah makin malas.. mm, maksud saya makin maju.. terdapat juga alternatif lain iaitu pengupas kulit buah yang biasa di gunakan kini.. ada juga di kalangan kita yang menggunakan paring untuk mengupas bawang.. tapi seelok-eloknya make sure ada 2 paring di rumah.. asingkan yang digunakan untuk bawang dan buah.. ini bukan sahaja dapat menjaga mata pisau, malah dapat mengelakkan anak2 anda confuse samada mereka sedang makan apple ataupun bawang putih..
3. Chef's
walaupun kita menggunakan paring untuk mengupas kulit bawang, biasanya bagi keselesaan yang maksima, kita menggunakan chef's knife untuk menghiris bawang.. bukan sahaja bawang, malah cili, carrot dan segala macam benda yang nak di hiris sesuai dihiris menggunakan pisau jenis ini.. namun begitu, tidak perlulah anda pergi mencuri pisau daripada chef2 yang terdekat.. kesian diorg asek hilang pisau.. alasan, kalo tak pakai pisau yg chef pakai, tak dapat lah hiris bawang.. isk, shif tak syuke tau macham ni.. lima wencah, lima wasa..
4. Bread's
pisau panjang ini di khaskan untuk memotong roti.. pada kebiasaanya pisau ini dijadikan dengan mata bergerigi.. tapi ada juga yang tidak mempunyai mata seperti ini.. ianya tampak seperti pisau panjang biasa.. biasanya pisau ini tak tajam.. tp biasanya jugak pisau ni lah yg dikeluarkan ketika ingin rewang kenduri kendara.. mungkin kehabisan pisau sehingga bread's knife ini dikeluarkan.. bayangkan je lah.. mcm mana azabnye nak menghiris bawang besar guna pisau ni.. dengan tumpulnya... panjang semacam.. pedih bawang.. fuh.. nasihat kepada makcik2.. jgn la siksa tetamu anda.. mereka berniat baik nak menolong kenduri tu.. nasihat kepada pengunjung.. anda sentiasa boleh bawa pisau sendiri dari rumah.. tp jangan lah pula membuat muka pembunuh bersiri kerana dikhuatiri akan ditahan polis sebelum tiba di destinasi anda...
macam-macam lagi jenis pisau yang berada di pasaran.. semangnya pisau ini merupakan senjata yang sangat merbahaya.. nak2 lagi pisau cukur.. lagi bahaya.. memang dah nature pisau, dijadikan untuk memotong.. suka di ingatkan di sini, bagi adik2 bawah umur yang membaca entry ini.. jangan main pisau.. nanti bleeding.. sape yg susah? walaupun makhluk pisau ini memang tajam.. namun ada lagi benda yang lebih tajam juga boleh menikam menusuk.. bagi mereka yang suka tikam org dari belakang, kadang2 tikaman tidak menggunakan pisau tu lebih tajam bukan?
p/s: ada orang tak perlu guna pisau untuk memotong.. guna mulut pun boleh.. hebat kan? amacam?
fight Monday blues
dengan melayan lagu2 seperti ini..
p/s: selamat bekerja dengan cemerlang esok rakan2..
Sunday, March 20, 2011
kerunsingan tahap maksima
mungkin pada saat ini aku dah patut tidur dengan nyenyak.. tp tidak, aku masih segar bugar dan ini mendorong kepada simptom menulis sehingga mendapat feel untuk tidur dengan nyenyak.. seperti yg aku dah mention pada entry yg lepas, banyak perkara yang telah berlaku lately ni.. tak banyak yang dapat aku tulis kerana semuanya berlaku dengan begitu pantas..
minggu lepas, ayahanda telah pergi site visit kat shanghai dan taipei.. everything goes well until the day yg dia dah di schedule kan untuk pulang, 11 March 2011.. jadual flight yang sebenar adalah pada jam 12 tengah hari waktu tempatan.. malam 10 March 2011, telah ditakdirkan jepun telah mengalami tsunami serta gempa bumi terteruk yg pernah melanda rantau itu.. walaupun jepun merupakan negara yang amat terkehadapan dari segi teknologi, namun bencana alam seperti ini tidak dapat dijangka serta dielakkan.. apatah lagi dengan keadaan yg sangat mengejut ini.. maaf, aku tak dapat nak sertakan gambar2 yg menyayat hati di jepun.. aku tak brapa sanggup nak menonton mahupun men google vids2 dan gambar2 persis film 2012 tu..
berbalik kepada cerita ayanda.. flight delay di lapangan terbang taipei bermula daripada malam 10 hb tu.. kerana ribut taufan katanya.. so flight ayah dari 12 tgh hari delay sehingga 8 mlm.. kami di Malaysia masih sabar menunggu.. then pada sekitar jam 6 ptg, ayahanda update flight akan ditunda lagi ke jam 1 pagi, hari berikutnya.. ok.. kami dah mula berdebar.. risau, takut bekalan ubat ayahanda tak cukup... takut ayahanda tak selesa tunggu lama2 kat airport.. tp, ayahanda pastinya lebih bijak mengatur langkah.. ayahanda stay sahaja di hotel.. extend hari coz tak sanggup nk lepak lelama kat airport.. tak larat katanya..
jam 12 tengah malam, sekali lagi kami di update bahawa flight akan delay pada jam 11 pagi.. kami dah mula bimbang.. ayahanda sepatutnya pulang awal kerana ingin menghadiri majlis pernikahan anak saudaranya di sekitar kawasan jb nih pada 12 hb.. kak yati masih bersabar tunggu di KL dan aku berdebar2 di JB.. ikutkan hati pada waktu tu.. aku dah lama gerak g KL untuk menanti ketibaan ayahanda.. perasaan berdebar pada waktu tu... allah je la yg tahu.. aku adalah tak boleh nak focus langsung pada apa2.. drive pon cm tak menentu.. nasib baik tak accident..
semua pernantian berakhir bila ayahanda call pada sekitar jam 12 tengah hari..
ayahanda: "ayah dah sampai, pagi tadi beli tiket lain jam 8 pg.."
aku: alhamdulillah.. [mata bergenang ok!]
ayahanda: ok
talian diputuskan...
sekian, perbualan 4 saat yang amat menggembirakan..
the man that fulfill with undoubted love, incredible spirit, respectful thoughts and a perfect cook..
p/s: sape tak sayang parents weh..
muka ganas tapi manja
beberapa hari tak blogging, rasa mcm banyak benda nak cerita.. tp tak tau la nk start dari mana.. sebelum aku teruskan dengan topik2 hangat yang heavy, adalah lebih baik aku mulakan dengan yang ringan 2 dulu.. tadi jalan2 kat facebook, terserempak dengan gambar kak yati n batrisha.. kak yati memang ada mention ngn aku, dia jaga checkpoint utk merentas desa minggu lepas.. bersama2 anak kesayangannya.. bila aku call, batrisha just jawab 'putewi tengah bz ni, tengah tengok taman permainan'.. ok, gaya lagak seperti kontraktor melawat site.. nice kan cucu atok nih? aa, tp gambar ni membuatkan aku rasa gerun dengan riaksi nya.. hehe, muka default ganas.. nk buek cmno..
yes dear, i know u love your daddy
muka dia mcm, lu ape hal? tak baca ka sign kat t-shirt nih? huhu.. hulloh budok ni, bekeng deh..
p/s: nnt tengoklah ramalan cuaca malam ni cmne.. kalo tak hujan, aku malas la nk blog.. hehe, ceh, nak tunggu winter, smpai bila pon aku tak blog.. kbai
Wednesday, March 16, 2011
sorry sangat2
aku bengkel 3 hari kat PD.. kau ingat aku ada banyak masa nk blog? tidak ok.. cuma rasa bersalah yang melambung mendorong aku tulis entry ini.. huhu, to whom it may concern:-
Monday, March 14, 2011
absya is my name
dalam hampir 25 tahun jangka hayat hidup aku ni, pelbagai nama panggilan telah diberikan... kebanyakkan nama2 tu datangnya daripada nama sebenar aku yang kemudiannya di olah secara kreatif oleh orang2 sekeliling aku. nama sebenar aku adalah:
noorabsya mohamed
agak chubby tapi masih comel.. kah kah kah [saya yang ditengah2]
walaupun agak canggung dan tidak selesa dengan panggilan2 yang diberikan oleh rakan2, namun aku sedikit pun tak salahkan mereka.. banyak alasan yang diberikan untuk memberikan nama panggilan kepada aku.. contohnya seperti, absya tu kononnya susah nak sebut.. kalau sebut boleh menyebabkan lidah tergeliat dengan serius.. mm, nk buek cmno kan? parents aku omputeh.. so diorg fluent je nk pronounce nama aku.. kah kah kah.. ok, ini bukan point sebenar entry ini.. point sebenar entry ini adalah senarai nama2 panggilan yang pernah aku dapat sepanjang hayat yang dapat aku ingat..
1. Nora
Nama ni khas untuk keluarga sahaja.. pada kebiasaannya lah.. ade jugak 2-3 ketul yg terlepas panggil aku nama ni.. biasanya org2 yg terdekat dengan family aku la.. tidak ketinggalan ada juga rakan2 yang terkejut bila dengar orang panggil aku nora.. tak sesuai katanya.. aku tak brapa nak faham lah kenapa tak sesuai.. mungkin anda boleh beri pendapat masing2.. tapi ofcoz la aku da sinonim dengan nama ni sejak dari lahir kan?
2. Oa [kesinambungan daripada perkataan Nora]
masa kecik2 dulu, tipu lah kalo korg cakap bila korg lahir2 je nyanyi lagu maikel jeksen dengan fluent kan? mesti pelat2 punyee.. so, masa aku kecik.. aku tak tau la.. maybe aku ni kategori yg malas nak sebut bagi abes sejak dari kecik kot.. so, aku rasa terbeban nak sebut nora.. cm panjang.. eeeh? apehal ni? aaa.. pelik kan? so, nama oa ni aku telah berikan kepada diri sendiri... aku slalu gak kene ejek time kecik2 dulu.. ngan abg ju, kak yati, kak molly.. diorg ckp aku sengau.. kah kah kah.. coz ada cara tersendiri nk pronounce oa ni.. org2 tertentu dan terpilih je yg boleh pronounce dengan betul.. dan nama ni dah terlekat kepada diri aku secara default oleh ahli keluarga yang benar2 rapat sahaja.. sehingga anak2 buah aku sume panggil aku busu oa.. dan tidak lagi busu nora seperti yang dirancang dalam perancangan hidup mereka.. cis
3. Sya
memandangkan aku memulakan zaman persekolahan di convent [alaa..convent kan ala2 kalo ko tak cakap omputeh, ko kena denda satu perkataan doposen..aa, kalau tak nak jatuh miskin terpaksa lah sume org geliat2 kan lidah hari2].. maka tak ramai antara mereka yang mengalami kesusahan untuk menyebut nama absya.. tapi mungkin absya tu panjang bagi mereka... maka mereka pun mula panggil aku dengan panggilan sya.. dah terbawak2 sehingga ke kerja nih ha.. so, kalau dalam keadaan2 yang sopan.. dan ingin melakonkan watak menantu pilihan ibu bapa, aku secara default akan membahasakan diri sebagai sya.. contohnya "sya pergi dulu ye kak, nanti kita jumpa lagi.." ok, ni dah kira sopan abes da nih..
4. SyaSya [kesinambungan daripada Sya]
mungkin aku memang ada masalah pendengaran atau pun aku memang sengaja malas nk respon cepat2 bila orang panggil2 nama aku.. so, bila rakan2 nak panggil aku dengan keadaan yang panik, mereka cenderung untuk menjamakkan nama aku dengan pantas sehingga timbul satu noun yang baru.. diorg panggil aku "sya.." sekali, aku malas nak pandang.. "sya..." dua kali, pon aku buat tak tau.. "SYA!.." agak menjerit, aku cuma angkat kening.. jadi mereka mengambil keputusan untuk panggil aku secara berulang kali tanpa henti "syasyasyasyasyasyasyasyasyasya" ok2! aku rimas.. ha, nak ape.. ok, so diorg buat keputusan panggil aku "syasya".. eergh, sungguh merimaskan keadaan seperti ini ok.. huh
5. kapca [ok, ini sangat pelik]
haha, aku ingat panggilan ni diberikan oleh salah seorg rakan karib waktu sekolah rendah.. nama dia sharifah tanti suziana.. [tantie, kalau kau membaca.. aku cuma nak bagi tau.. ye, aku igt nama penuh kau..hak3] memang agak pelik sebab waktu sekolah rendah dulu, aku nak sangat adik.. bukan sebab ape.. aku rasa aku cam kena buli kat rumah.. ye la.. contohnye kalau along haus.. dia mintak kak molly amek air.. kak molly suruh abg ju, abg ju suruh kak yati.. kau rasa kak yati akan buat bila nampak muka aku? pasti lah tidak.. aku lah mangsa.. bila aku tanya kenapa oa? jawapan tepat dan ringkas daripada adik beradik aku "kau kan yang paling kecik..dose tau tak dengar cakap org yg lebih tua".. atas alasan ini.. aku nekad aku nak sangat adik supaya boleh buli [mungkin ni lah sebabnya allah tak kurniakan aku adik, kalo aku ade adek..ntah ape la nasib dia agaknya kan?] ok.. cerita ni dah tersasar jauh.. jadi panggilan nama kapca ni diperoleh hasil daripada aku minta orang2 yg rapat ngn aku panggil aku kakak.. [ini termasuk munirah..rakan karib sejak dari tadika].. so..kapca hasil daripada panggilan kakak absya... dem mengarut perangai aku ni nox! perangai membuli sejak dari tadika memang sukar untuk dielakkan sehingga sekolah menengah.. dem
6. abesya
Pn. Saedah, guru Sejarah Tingkatan 3 Bersih, STFJB batch 9903. ini merupakan nama pioneer yang memanggil aku dengan penuh bergaya.. aku rase satu batch boleh menggayakan panggilan nama ini sekali dengan lagak muka.. iye zack, kau lah orang yang paling boleh menggayakannya.. cis..
7. abesah
Buddy. nama pioneer panggilan ini.. buddy merupakan bedmate aku time f1.. gossip setiap malam adalah perkara wajib.. perangai ini terbawa2 sehingga f5.. maklumlah bedmate smpai f5 kot.. memanglah aku dipaksa menghafal semua lagu hindustan sekali dengan step dance dia sekali.. dan aku adalah menurut perintah... haihsh... macam2 hal la perangai kau ni buddy.. ade2 saje.. hisk
8. besah
NANI! iye, inilah mangkuk yg mula2 panggil aku dengan nama ni.. cilakoi lu nani, gua dendam sampai sekarang.. mula2 rasa mcm nak mengaruk.. tp alasan mangkuk ni, absya susah nak sebut.. demyu, skang da kawen ngn mat klate dan berbahasa french di rumah.. apahal? susah lagi ke nak sebut absya nani? hehehe.. ok.. walaupun ianya bermula denga gurau-gurauan yang kasar tapi kecil-kecilan.. siapa sangka nama aku ni melekat sehingga sekarang.. semua rakan2 aku yang profesional, yang mempunyai profesion dari doktor kepada engineer sehingga lah kepada guru2 sekolah.. semuanya masih memanggil aku dengan nama ini.. mm, aku redha je lah.. tp seriously, kalau kau bukan STFian atau sekutu2 nya.. jangan lah panggil aku dengan nama ni.. tak selesa lah.. thanx
9. bes
SGF seperti ecah, sayda dan org2 yang malas menyebut.. mungkin kami ditakdirkan berkawan sejak dari lahir.. tapi mula berjumpa ketika umur 12 tahun.. mane tak nye.. semuanya nak kata syndrome down, tidak lah.. tp spastiko romanio [cis, kool gila nama yg diberikan oleh cokan nih] adelah sikit2.. sindrom malas menyebut sehingga ke habis.. tapi hasil daripada panggilan nih la aku dapat nama absyaBes.. bila nak tulis absyaBesah cam tak best.. so aku tulis absyaBesh.. baru la sama erti dengan absyaBEST.. hehe..
nampak kesinambungan abesya - abesah - besah - bes? ni lah akibat daripada berkawan dengan rakan2 creative lagi innovative.. ah, penat bercerita tentang diri sendiri.. ok lah, sehingga ke lain lembaran.. selamat bersuka ria..
p/s: awak dah lupa nama saya ke? sedih ok!
Wednesday, March 9, 2011
new addiction
idioms idioms idioms.. its like a rat race between me n kak yati.. haha, we've bought 3 books just on idioms.. and start to talk like a poet.. and the best part is where we both trying hard to guess what's the message behind the idioms.. hahahahaha seriously funny thoughts... thanx kak, u've just made my day.. love u.. as told by others, every cloud has a silver lining...
hey! its a horse!
p/s: alaah, cakap melayu pon ok ape? pasti ada hikmah disebalik sebarang kejadian.. huhuhu
Tuesday, March 8, 2011
idea yang mencurah-curah
assalamualaikum everyone. sekiranya anda merupakan rakan taulan saya daripada laman social seperti facebook dan twitter, anda bukan sahaja cool.. malah anda juga pasti telah sedar bahawa emosi saya amat tidak berada pada skala yang cool.. tapi, sebagai insan yang cemerlang.. kita tidak patut untuk membiarkan emosi ini terus mengganggu fikiran dan yang paling penting.. jangan sampai gangguan emosi ini mengganggu prestasi kerja anda.. err, saya sebenarnya tak kisah sangat pasal kerja anda.. yang penting tidak ganggu prestasi kerja saya.. huhu, di sini suka saya ceritakan pengalaman mengalami tekanan yang agak hebat ketika ini...
secara logik nya, sesiapa pun akan hilang mood di kala keadaan menjadi semakin tegang seperti ini.. namun dalam keadaan yang berada pada tahap impak tekanan yang tinggi ini, aku dikurniakan oleh Allah s.w.t idea yang sangat mencurah-curah hendaknya.. idea-idea yang dimaksudkan mestilah berkenaan dengan kerja.. mungkin pengaruh kerana tekanan yang datang juga dari tempat yang sama.. antaranya adalah:-
- Idea untuk meningkatkan webometrik website baru ISC
- Idea grafik menarik untuk semua sistem dan website
- Idea untuk mengintegrasikan backbone International Student Management Suite (ISMS)
- Idea untuk memindahkan kesemua database ISMS kepada Oracle 10g
- Idea untuk membuat kotak cadangan website
detail idea? kau gile nak aku upload kat sini? tunggu aku patent dulu k.. hahahaha, idea is all about money.. but money isn't everything.. its the satisfaction that counts the most... bila nak implement? tungguuuuu... kena buat strategic planning dulu.. doakan saya ye.. terima kasih sayang.. berikut merupakan tips bagaimana nak handle wanita yang sedang emosi..
seriously, it makes sense.. selamat mencuba dan selamat beramal
p/s: i tend to have a lot of ideas when i am in a pressure mode.. alhamdulillah, i guess its a gift, isn't it? so to take it positively.. hey, its not so bad to have people like u in my life.. kah kah kah.. aku ingat aku akan balik awal kerana merajuk dengan tempat kerja.. aah, tipulah.. aku tetap yg paling akhir keluar.. thanx imah n yuki teman kan i.. kerja i memang melimpah.. hihi
chup.. apesal bau kemeyan je rumah aku dari tadi nih? gosh.. scary ok!
Sunday, March 6, 2011
curiosity killed the cat
well, what more can i say..
we will still be curious anyway...
the rite
sebenarnye aku tengok movie ni mgu lepas ngn mak.. kitorg saje nak wat2 surprise takmo tengok iklan cerita.. just pilih je tajuk then terus beli tiket.. so, tak expect la cerita tu akan bergenre ape sekali pun.. yang penting kita tengok wayang.. hehe, best dan adventure sebenarnya mak aku nih.. seperti yg telah diwartakan sebelum ini, aku bukan lah seorg yg begitu action and horror type of movie watcher.. haa, apekah grammar aku? lantak lah.. nak jadikan cerita ni pendek, aku n mak telah bersetuju utk memilih tajuk the rite sebagai tajuk pilihan.. dan macam biasalah, dalam otak masing2 telah memberikan pandangan personal masing2 dengan tajuk the rite ni..
dalam otak aku: the rite = ah right [buat2 cool utk eja right dengan rite].. so, aku bajet cm romantic comedy.. dem rite.. cis
dalam minda mak: the rite = upacara, ritual pembunuhan besar2an, peperangan nazi, kecaman yang kejam, action pack yg mengagumkan dan adventure yg ada unsur2 ganas.. [ok, ini lebih logik la sebab the rite tu maksudnya sesebuah upacara / ritual]
keputusannya, agak menghampakan kedua2 belah pihak.. cerita ini sangat lah amat Christianity..
dalam otak aku: the rite = ah right [buat2 cool utk eja right dengan rite].. so, aku bajet cm romantic comedy.. dem rite.. cis
dalam minda mak: the rite = upacara, ritual pembunuhan besar2an, peperangan nazi, kecaman yang kejam, action pack yg mengagumkan dan adventure yg ada unsur2 ganas.. [ok, ini lebih logik la sebab the rite tu maksudnya sesebuah upacara / ritual]
keputusannya, agak menghampakan kedua2 belah pihak.. cerita ini sangat lah amat Christianity..
masa mula2 masuk panggung tu, aku mcm 'oh shit! cerita hantu'.. tapi keputusannya, aku adalah tak takut.. seriously tak takut langsung.. tetiba perasaan aku mcm pelik, err.. ni cerita hantu ke? rasa mcm cerita dakwah pon ada gak.. mak pula, hampir tertido kerana tiada spark of excitement.. oleh itu, suka saya maklumkan di sini.. mak, lain kali kita tengok je la poster2 keliling panggung tu ye.. tak payah google trailer.. just tengok2 je.. baru la tak adventurous sangat... huhu, love u mom..
Saturday, March 5, 2011
gay lagi?
lagi movie yang tak menyenangkan [ye, aku dah tengok.. tp jump2 sebab bosan dan canggung].. is this whole world is filled with gay? demyu..
dah lah.. give up! layan cerekarama lebih dramatis.. bye!
dah lah.. give up! layan cerekarama lebih dramatis.. bye!
perjalanan yang pendek
plan pendek dan padat hari ni adalah:-
1. housekeeping
nih aku rase aku da start buat dari pagi.. sikit2.. tp di selangi dengan godaan-godaan movie online yg tak kemana.. so, bila aku rasa ni tak akan habis, aku just akan make sure semua baju dibasuh, disidai, dilipat dan digosok.. tu je yg paling penting.. yg lain mungkin boleh.. err cm biasa.. procrastinate.. hahahaha
2. melawat anak2 buah baru
baby yg dimaksudkan di sini adalah anak aishah n anak kak ida.. kawan2 aku.. mm, smlm aku dah beli hadiah utk anak aishah.. tp lupa plak nk beli utk anak kak ida.. mm, nak kuar jap g beli hadiah.. tp sempat lagi wat entry ni.. eeh? nak jugak tu kan? haish
3. buat website
ini bukan setakat untuk mengisi masa lapang.. ianya adalah tanggungjawab.. yes, a little pressure on that.. hehe, nnt aku kongsikan hasilnya ya
4. kacau hidup yuki
owh.. ini mungkin termasuk dalam antara habits of highly effective people..
5. chit-chat dengan adik-beradik thru phone
kenapa ini pun masuk dalam plan? bukan apa, chit-chat ni pasti mengambil masa yang lama.. biasalah, jauh.. kah kah kah
ok, tanpa membuang masa lagi.. aku nk bersiap2.. mm, mungkin boleh lagak santai seperti ni saje..
1. housekeeping
nih aku rase aku da start buat dari pagi.. sikit2.. tp di selangi dengan godaan-godaan movie online yg tak kemana.. so, bila aku rasa ni tak akan habis, aku just akan make sure semua baju dibasuh, disidai, dilipat dan digosok.. tu je yg paling penting.. yg lain mungkin boleh.. err cm biasa.. procrastinate.. hahahaha
2. melawat anak2 buah baru
baby yg dimaksudkan di sini adalah anak aishah n anak kak ida.. kawan2 aku.. mm, smlm aku dah beli hadiah utk anak aishah.. tp lupa plak nk beli utk anak kak ida.. mm, nak kuar jap g beli hadiah.. tp sempat lagi wat entry ni.. eeh? nak jugak tu kan? haish
3. buat website
ini bukan setakat untuk mengisi masa lapang.. ianya adalah tanggungjawab.. yes, a little pressure on that.. hehe, nnt aku kongsikan hasilnya ya
4. kacau hidup yuki
owh.. ini mungkin termasuk dalam antara habits of highly effective people..
5. chit-chat dengan adik-beradik thru phone
kenapa ini pun masuk dalam plan? bukan apa, chit-chat ni pasti mengambil masa yang lama.. biasalah, jauh.. kah kah kah
ok, tanpa membuang masa lagi.. aku nk bersiap2.. mm, mungkin boleh lagak santai seperti ni saje..
thankyoumoreplease
isnt that a catchy name for a movie title? hehe, yup, i've been watching one more movie from d same site.. hasilnya, housekeeping adalah terbengkalai.. actually, imah ajak aku pergi office hari ni, aku dah pon bersetuju.. siap plan nk bawak snacks sebab tau akan stress eating.. however, due to some coincidence, we both are not coming today.. too bad, i've to start doing nothing today.. hey! doing nothing is totally fun when you actually having 24/7 working hours.. tak kesah lah kerja office mahupun kerja2 lain seperti housekeeping, jaga lembu dan ternakan lain, memasak dan menjahit kerana perlu dan sebagainya... ok, sebelum aku pergi lebih jauh, adalah lebih baik kalau aku terus ke cerita sebenar..
sebenarnya movie thankyoumoreplease nih memang bosan.. haa, hamek kau.. tapi aku torture my mind to finished em.. bukan apa, jalan cerita nih berlari2.. dan orang2nya pun nampak serabut..
walaupun cite ni tak best.. tapi aku rasa idea perkataan 'thank you, more please' merupakan idea yg comel.. isnt it? awkward kan? ye lah... bila kau berbuat sesuatu baik, then org ckp thank you.. ko ok, tp bila dia sambung, more please.. fuh, awkward ok.. haha, tp comel.. oleh itu..
thank you, more please.. hak3
sebenarnya movie thankyoumoreplease nih memang bosan.. haa, hamek kau.. tapi aku torture my mind to finished em.. bukan apa, jalan cerita nih berlari2.. dan orang2nya pun nampak serabut..
nih adelah best friends..
memandangkan ceritanya tak bape best, maka aku sertakan skali trailer cite nih... nah.. amek trailer
walaupun cite ni tak best.. tapi aku rasa idea perkataan 'thank you, more please' merupakan idea yg comel.. isnt it? awkward kan? ye lah... bila kau berbuat sesuatu baik, then org ckp thank you.. ko ok, tp bila dia sambung, more please.. fuh, awkward ok.. haha, tp comel.. oleh itu..
thank you, more please.. hak3
No Strings Attached
semalam mood aku adalah lebih nak melayan movie yg ringan2.. jadi setelah meminta bantuan daripada encik gugel, aku telah menjumpai satu website yg menyediakan perkhidmatan menonton movie2 secara percuma di atas talian.. banyak betul pilihan movie sehingga aku rambang mata.. so, nak di pendekkan cerita.. semalam aku layan movie No Strings Attaced.. cast dia terdiri daripada ashton kutcher, asthon dan kutcher, serta ashton kutcher..
macam yang aku dah mention tadi, cerita ni memang jenis cerita yang ringan2 saje.. biasalah kan, romantic comedy.. tapi yg menjadi tanda tanya, apehal aku boleh hati kaca sangat malam tadi.. cis, aku rasa tak brapa sesuai sangat pun nak menangis bila tengok cerita nih.. fragile btol aku skang nih? cis.. emosional.. disertakan gambar hiasan:-
ini adalah part dimana ashton ajak perempuan ni date on valentine's day.. dan perempuan ni ada mention.. "no flowers".. n he comes up bringing a bunch of carrots? haha creative!
p/s: aku sengaja tak meletakkan trailer di sini.. coz i've just realized that i tend not to watch a movie when i already watched the trailer..
macam yang aku dah mention tadi, cerita ni memang jenis cerita yang ringan2 saje.. biasalah kan, romantic comedy.. tapi yg menjadi tanda tanya, apehal aku boleh hati kaca sangat malam tadi.. cis, aku rasa tak brapa sesuai sangat pun nak menangis bila tengok cerita nih.. fragile btol aku skang nih? cis.. emosional.. disertakan gambar hiasan:-
ini adalah part dimana ashton ajak perempuan ni date on valentine's day.. dan perempuan ni ada mention.. "no flowers".. n he comes up bringing a bunch of carrots? haha creative!
p/s: aku sengaja tak meletakkan trailer di sini.. coz i've just realized that i tend not to watch a movie when i already watched the trailer..
Friday, March 4, 2011
yellow
your skin
oh yeah your skin and bones
turning
to something beautiful
u know
for you i bleed myself dry
FOR U I BLEED MYSELF DRY
oh yeah your skin and bones
turning
to something beautiful
u know
for you i bleed myself dry
FOR U I BLEED MYSELF DRY
aah, feeling lebih2 pula bila dengar lagu ni.. ok lah, dah lewat sangat ni, tak manis pulak kalo aku tak tidur skarang.. nanite everybody
Thursday, March 3, 2011
habit mencari keriangan
rindunya rasa nak bergelak tawa di rumah.. bila agaknya lagi boleh bersuka ria cm tu? duduk kat jb ni, aku tak pergi mana2 pun [ok ni tipu, sebenarnya aku baru je balik daripada merayap bersama yuki yaya selepas waktu bekerja tadi].. biasanya ni adalah habit2 aku bila rasa kurang gelak tawa didalam hari2 yang dilalui..
1. call batrisha
biasanya kalau aku bernasib baik, dia ada mood utk layan aku dengan percakapan yang dipengaruhi slang German.. memang menggelikan hati.. dan menggembirakan.. atleast terubatlah rindu aku nih.. tapi memang jarang lah nak tunggu mood dia bagus cmni..
2. call kakak2 aku utk bergosip liar
nih memang menarik.. rasanya aku tak pernah miss utk call diorg hari2 [kadang2 mmg miss call je, diorg pasti call balik..hak3].. sungguhpun begitu kerap panggilan telefon yang dibuat, namun gossip yg mendatang langsung tak pernah kering.. begitu juga ketika berjumpa.. banyak betul yg nak dibincangkan.. pelbagai perkara berbangkit yg pasti akan timbut.. rasanya kalau buat minit mesyuarat nih, mahu berjela2.. smpai kena bukak 2-3 file la kesimpulannya fuh.. berikut merupakan watak2 utama didalam kegiatan gosip menggosip..
3. call other family members
biasalah kan, lepas dah gossip2.. kita sebarkan kepada ahli keluarga yg lain.. takut2 diorg kecik ati plak.. hahaha, ok tipu je sebenarnya.. call yg lain2 just utk tanya kabar.. walaupun hari2 call, namun kadang2 kabar mereka berubah2 mengikut jam.. hehe, memang menghiburkan.. penting kena call diorg nih.. kalo terlepas beberapa jam je pun, anda mungkin ketinggalan beberapa babak penting didalam hidup anda.. huhu
4. blog walking
nih akan berlaku ketika aku online la.. aku akan lebih terjerumus utk melawati blog2 joker yg berada di sekitar kawasan liputan.. memang menghiburkan perangai sorg2 nih.. tak perlu lah aku petik nama sesiapa di sini.. u noe who u r.. hehe, ade saje idea dan bakat terpendam yg dapat dilihat setiap hari.. ni kalau kak pah tengok mesti dia amek jadi protege.. siap bawak g umrah taw.. huhu
5. gugel gambar2 lawak
oh ini memang habit yg agak rare.. tp iye, memang seronok ok bila dapat melihat gambar2 lawak nih.. berikut merupakan antara koleksi pilihan yg sempat di ambil daripada merata tempat..
6. melayari u-tube utk sumber joker yg lain
ini juga menghiburkan.. seronok ok bila ditemani perkara2 seperti ini:-
ok lah, da penat sebenarnya.. dah tiba masanya utk mengucapkan selamat malam sayang
1. call batrisha
biasanya kalau aku bernasib baik, dia ada mood utk layan aku dengan percakapan yang dipengaruhi slang German.. memang menggelikan hati.. dan menggembirakan.. atleast terubatlah rindu aku nih.. tapi memang jarang lah nak tunggu mood dia bagus cmni..
nih gambar batrisha time umur dia 2-3 hari gitu, time ni tak pandai cakap pon lagi.. pipi dia pun tak kembung sangat.. huhu
2. call kakak2 aku utk bergosip liar
nih memang menarik.. rasanya aku tak pernah miss utk call diorg hari2 [kadang2 mmg miss call je, diorg pasti call balik..hak3].. sungguhpun begitu kerap panggilan telefon yang dibuat, namun gossip yg mendatang langsung tak pernah kering.. begitu juga ketika berjumpa.. banyak betul yg nak dibincangkan.. pelbagai perkara berbangkit yg pasti akan timbut.. rasanya kalau buat minit mesyuarat nih, mahu berjela2.. smpai kena bukak 2-3 file la kesimpulannya fuh.. berikut merupakan watak2 utama didalam kegiatan gosip menggosip..
3. call other family members
biasalah kan, lepas dah gossip2.. kita sebarkan kepada ahli keluarga yg lain.. takut2 diorg kecik ati plak.. hahaha, ok tipu je sebenarnya.. call yg lain2 just utk tanya kabar.. walaupun hari2 call, namun kadang2 kabar mereka berubah2 mengikut jam.. hehe, memang menghiburkan.. penting kena call diorg nih.. kalo terlepas beberapa jam je pun, anda mungkin ketinggalan beberapa babak penting didalam hidup anda.. huhu
4. blog walking
nih akan berlaku ketika aku online la.. aku akan lebih terjerumus utk melawati blog2 joker yg berada di sekitar kawasan liputan.. memang menghiburkan perangai sorg2 nih.. tak perlu lah aku petik nama sesiapa di sini.. u noe who u r.. hehe, ade saje idea dan bakat terpendam yg dapat dilihat setiap hari.. ni kalau kak pah tengok mesti dia amek jadi protege.. siap bawak g umrah taw.. huhu
5. gugel gambar2 lawak
oh ini memang habit yg agak rare.. tp iye, memang seronok ok bila dapat melihat gambar2 lawak nih.. berikut merupakan antara koleksi pilihan yg sempat di ambil daripada merata tempat..
ad yg lawak juga menghiburkan.. hehe
but like was said by others: there's always some truth behind any jokes.. hehe.. kadang2 sinis juga lawak2 nih.. hik2
6. melayari u-tube utk sumber joker yg lain
ini juga menghiburkan.. seronok ok bila ditemani perkara2 seperti ini:-
ok lah, da penat sebenarnya.. dah tiba masanya utk mengucapkan selamat malam sayang
Wednesday, March 2, 2011
musim durian
tahukah anda di kampung sekarang merupakan musim durian? ya, aku baru balik dari kampung.. tp dusun durian adalah di muar.. maka aku pun telah mentekedaghah (makan dengan banyak sekali dalam loghat org melaka) durian dengan banyak sekali.. oh, seronok duaronok tiga ronok..
tapi ini bukan tujuan utama kenapa aku balik ke kampung mgu lepas.. aku blk sbb cousin aku wat kenduri cukur jambul for her new born baby, mia.. comel kan?nih gambar hiasan..
on monday, aku kat kl, melepak seharian dengan bonda.. tengok movie, jln2... shopping, pedi-medi.. aah, all things that a daughter may do with their mommy lah kesimpulannya.. memang menghiburkan.. walaupun pembiayaan kos agak tinggi, tp berbaloi bila anda membelanjakannya untuk org yg tersayang.. isk, ayat2 ni buat aku rasa menyesal pulang ke jb mlm nih..haha
malam isnin, aku telah mengatur perjumpaan bersama SGF di CRK.. gelak tawa pecah perut sepanjang beberapa jam perjumpaan cukup untuk menjana semula semua cebisan semangat aku yg mula retak menunggu belah..huhu, sorry zack n pokya.. xdpt datang wedding korg.. tu la main reason aku cuti.. nk jmpa korg b4 korg blk terengganu.. semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit..ok lah.. da penat driving along d way from melaka.. i need some rest.. nite peeps..
p/s: cerita2 lawak daripada rakan2 ofis sejak hari isnin membuatkan aku tak sabar utk ke office esok.. kah kah kah.. aku taw korg windu aku.. hahahahaa
tapi ini bukan tujuan utama kenapa aku balik ke kampung mgu lepas.. aku blk sbb cousin aku wat kenduri cukur jambul for her new born baby, mia.. comel kan?nih gambar hiasan..
on monday, aku kat kl, melepak seharian dengan bonda.. tengok movie, jln2... shopping, pedi-medi.. aah, all things that a daughter may do with their mommy lah kesimpulannya.. memang menghiburkan.. walaupun pembiayaan kos agak tinggi, tp berbaloi bila anda membelanjakannya untuk org yg tersayang.. isk, ayat2 ni buat aku rasa menyesal pulang ke jb mlm nih..haha
after pedi-medi.. ah, kuku je berkilat.. tp tangan sorg2 gelap.. sabor je la [oh ya.. lupa mention, kak molly turut serta dalam kegiatan ini]
malam isnin, aku telah mengatur perjumpaan bersama SGF di CRK.. gelak tawa pecah perut sepanjang beberapa jam perjumpaan cukup untuk menjana semula semua cebisan semangat aku yg mula retak menunggu belah..huhu, sorry zack n pokya.. xdpt datang wedding korg.. tu la main reason aku cuti.. nk jmpa korg b4 korg blk terengganu.. semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit..ok lah.. da penat driving along d way from melaka.. i need some rest.. nite peeps..
p/s: cerita2 lawak daripada rakan2 ofis sejak hari isnin membuatkan aku tak sabar utk ke office esok.. kah kah kah.. aku taw korg windu aku.. hahahahaa
Subscribe to:
Posts (Atom)