Saturday, April 2, 2011

gmail motion

assalamualaikum semua.. seperti yang dapat dilihat...pelbagai teknologi canggih kini telah digubal bagi menjadikan kehidupan harian anda lebih sihat, menarik dan menghiburkan.. hari ini, saya ingin memperkenalkan satu kaedah terbaru untuk membalas email hasil idea daripada team2 google mail atau lebih dikenali dengan nama manja mereka iaitu gmail.. teknologi baru ni dinamakan gmail motion..

idea utama gmail motion ini adalah untuk memperkenalkan kaedah terkini untuk membalas email.. TANPA MENGGUNAKAN sebarang kekunci.. tak kesah lah samada daripada keyboard dan mouse komputer di rumah anda mahupun touch screen dan kekunci android phone anda.. idea membalas email yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan BODY LANGUAGE... see? how interesting is that? huhu.. fun fun fun.. kalau korang nak tau dengan lebih lanjut.. sila tontoni vids di bawah:-



memang sengaja dibesarkan size vids yang di share kan nih.. bagi lebih jelas penggunaan gmail motion ni..

bagi yang berminat untuk menggunakan gmail motion ini, jgn lupa untuk downlad plugins daripada google.. dan pastikan device anda telah pun dilengkapi dengan camera bagi membolehkan segala pergerakan anda diteka oleh perisian ini..

hahaha, baiklah masa untuk berterus terang.. teknologi ini menarik tetapi agak aneh.. mungkin masih baru lagi kot [atau pengaruh model yg mempunyai ekspresi muka serius itu]... dapat tak korang bayangkan kita semua mcm mana kalau nak reply msg.. terpaksa buat lagak2 aneh [nak kata sign language, tak juga.. sebenarnya ianya adalah totally body language sahaja] didalam pejabat.. hahahah.. ok dan bayangkan jika nak cepat reply msg dalam masa 5 minit.. kena replay 2-3 email.. sila buat motion2 yg dikehendaki dengan keadaan pantas sekali.. hahahahaha ok, aku teringin sekali ambil video bagi mereka yang sedang menggunakan aplikasi ini.. selamat mencuba..

p/s: kalau dah try, sudi2 la bgtau saya ya.. boleh saya pasang cctv di tempat awak secara sorok2.. ;p

3 comments:

  1. most probably another flop from Google after Buzz... It just wont work out...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. huhu.. i'm sure that they've tried really hard to improve gmail.. bdw, my library apps in gmail is quite cool.. i can save all my ebooks there.. fun fun fun ;)

    ReplyDelete