Tuesday, October 8, 2013

ikram 4 syria

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

entry kali ini adalah entry serius berikutan dengan kekacauan yang telah berlaku di syria. semalam, aku attend talk ikram 4 syria di Multi-Purpose Hall, Menara TM.. Ya, sesiapa yang bergelar manusia memang akan tersentuh dengan pembunuhan secara kejam keatas manusia lain terutamanya pada kanak2.. penggunaan chemical weapon, bom yang mcm hujan, serangan 24/7.. tanpa henti.. ketika mereka tidur, ketika mereka sedang solat mahupun ketika mereka sedang makan (kalau ada makanan)..

walaupun issue ini telah berlanjutan selama 2 tahun, namun ianya masih belum terlambat untuk kita memberi sumbangan kepada mereka.. aku tahu, ada dikalangan pengumpul dana yang sekadar melepaskan batuk di tangga.. di mana mereka cenderung untuk menyampaikan bantuan sekadar di border sahaja.. mereka tak berani untuk masuk ke dalam syria/palestine/afghanistan.. tapi yang ini, confirm terus masuk.. ikhwan4islam.. bukan untuk meraih simpati, tetapi untuk mencabar kesedaran..

follow them on their facebook: ikram4syria

maaf, aku tak sanggup untuk share gambar2 kanak2 yang diseksa sebelum dibunuh, gambar orang dewasa yang mati bergelimpangan, gambar manusia yang menggelitik nyawa2 ikan.. bukan 1/2 orang.. malah beratus orang.. rejim assad nih pada aku, bukan manusia.. dia lebih teruk daripada binatang.. bahkan orang yahudi pun yang da sejak dari azali membunuh orang islam juga tidak pernah berbuat sedemikian..

bagi mereka yang prihatin dan masih berperikemanusiaan, hulurkan bantuan anda dengan DOA.. kerana DOA merupakan senjata terbaik umat islam.. dan bagi mereka yang bukan islam ataupun yang lebih berkemampuan, ini details untuk menderma.. (diambil direct daripada fb mereka)

Sumbangan boleh dilakukan kepada :

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com



p/s: kalau betul2 nak feel, buka youtube untuk saksikan sendiri apa yang telah berlaku di syria.. maaf, aku tak sanggup lihat mahupun share.. tp ada beberapa yang aku dah tonton dan dah mengalir air mata..


No comments:

Post a Comment