selalu kalau sesiapa pun termasak dan rasa terlebih masin, mesti orang tua2 cenderung akan melontarkan perkataan-perkataan seperti ini:
1. hoiiii... lori garam tergolek ke kat rumah kau?
atau ini:
2. kau ni nk kawen sangat dah ker? masin betul ni..
dan ini:
3. berapa beg garam kau taruk dalam lauk nih? ke kau masak pakai air laut?
dan yang terbaru ini:
4. banyak bonus kau tahun nih? berapa tan garam kau standby kat dapur?
haaa.. tapi ni bukan cerita aku yang masak.. pagi tadi, aku breakfast kat bawah mcm biasa.. biasanya mee goreng mamak adalah makanan yang sentiasa habis bila aku sampai.. so, hari nih.. nk dijadikan cerita, aku tiba awal di office.. dan terus p breakfast.. kelihatan mee goreng mamak masih banyak untuk di beli.. maka, aku pun dengan semangat ambil mee goreng mamak sebanyak satu pinggan..
tapi ianya ketara indah kabar dari rupa.. mungkin selama ini dia cepat habis kerana memang cafe tu masak mee goreng mamak dalam kadar yang sedikit.. masin gile nk pengsan.. sudahnya aku makan sikit then kekenyangan minum air..
sekadar gambar hiasan.. sweet kat kitorg minum silang2 cmni.. hehe
tapi tadi aku minum sorg la.. mane plak datang dak puteri kan? tu gambau masa raya yang lepas.. selepas kak molly menghadiahkan kami tumbler Starbucks.. yeay... hehe.. ok rakan2.. selamat bekerja..
p/s: 7 days to go.. hehe ;p
No comments:
Post a Comment