Saturday, January 29, 2011

pencarian mengikut zaman

banyak perubahan telah berlaku setelah malaysia telah 6 tahun di isytiharkan sebagai negara maju. bukan setakat lifestyle malah tahap ekonomi rakyat malaysia juga telah jauh berubah berbanding 20 tahun dahulu. ah, patriotik pula hujah2 aku malam ni. baiklah, mari kita terus ke topik perbincangan utama: kaedah pencarian rakan2 mengikut zaman. aku terpanggil untuk menulis entry ini bila aku terigt satu conversation aku bersama seseorg yang berbunyi lebih kurang mcm ni:-[keadaan, aku sedang mencari seseorg]

aku: kat mana tempat dia slalu lepak?
orang: alah, kau carik je dia kat facebook, twitter or blogspot.. dia mesti hangout kat situ punye.


eeh? aku expect jawapan yang lebih kepada reality world.. bukannya virtual. tp iye, org yg aku cari tu lebih mudah dijumpai di tempat2 virtual kerana dia selalu melepak di situ.. hahaha, aku rase aku pon cm lebih kurang cmtu kot?

then, perkara ni membuat aku realize, bertapa berbezanya keadaan hidup remaja sekarang nih berbanding zaman2 aku n apetah lagi zaman2 kakak2 aku dan mak ayah aku.. berikut diselitkan beberapa modus operandi kita kalau kita nak carik org mengikut perubahan zaman:-


1. zaman mak ayah aku:

biasanya akan kita akan terus pergi ke rumah orang tersebut untuk berurusan dan bertanyakan khabar sekiranya dia di perantauan

2. zaman pakcik2 aku:

cari geng2 dia kat surau [zaman ni, budak nakal nyer port pon ada kat surau, belah2 belakang..skarang? amacam?]

3. zaman kakak2 aku:

alah, jumpe kat sekolah sudey.. sume kena gi skolah.. kene paksa atau rela tu blakang kira.. [kalau zaman kak molly, jumpa semua geng2 di pelusuk malaya ketika konsert double trouble wings dan search]



4. zaman aku:

call/text je kot? sume org da ade handphone. [tak logik langsung kalau takde]



5. zaman anak buah aku:

cari mereka di laman sosial secara virtual kerana mereka online 24/7.. huhu..

p/s: nasib baik aku berjiwa muda.. faham perangai budak2 ni.. jadi senang la nk monitor mereka.. hehe, aku memang makcik yg garang.. kah kah kah (gambar2 diambil dari en gugel terima kasih)

No comments:

Post a Comment