Tuesday, January 25, 2011

tak mau ketinggalan

ramai pulak yang update blog hari ni.. tak senang duduk aku dibuatnye.. pelik gak coz biasanya keadaan seperti ini hanya berlaku waktu hujung minggu.. tiba2 je hari ni cm musim durian pula.. ramai yg tiba2 pulang ke kampung untuk melawat kebun durian atuk saudara yang bau2 bacang dan mungkin langsung tak cam muka anda... eh, macam jauh tersasar point aku ni.. ok jom sambung balik..

time lunch hour tadi dah ada aura2 nak blogwalking.. tp aku tahan..takut tak sempat nak makan pula nanti..so aku plan nk berbuat demikian sebaik sahaja pulang ke rumah..huhu.. alhamdulillah hari ni task dapat siap tepat pada waktunya dan keadaan ini membenarkan aku untuk balik awal seperti normal [strictly..normal adalah satu line draw yang dibuat orang..terpulang pada individu untuk mentafsir..pada aku, tafsiran balik awal normal adalah 5.30 - 5.40 petang..huhu]

so, seperti yang telah dirancang, aku pulang dengan kemenangan gemilang [sedikit gembira kerana dah lama sangat tak balik awal cmni..huhu] dan terus berjalan2 di blog2 sekitar kawasan ini [wah..mcm jalan2 kat luar, walhal virtual]..selesai blogwalking.. skang turn aku plak update.. [eeeh, tak nak kalah].. huhu, selain topik pasal kerja, tak banyak yang aku boleh bincangkan disini (selain gosip artis, drama bersiri yg aku tengok, gosip rakan2, keluarga, perancangan duit, masalah stress, eeh.. melarat pula di sini)

hari ni seperti yang telah diketahui ramai, ianya merupakan hari bayaran gaji kepada semua staf2 kerajaan termasuk staf tetap dan kontrak seperti aku ni.. jadi, perancangan bulanan haruslah dilakarkan bermula pada hari ni.. walaupun selalu membuat perancangan kewangan, namun aku slalu tersasar jauh dengan plan2 yg telah dibuat.. jadik, untuk bulan ini, aku plan untuk buat perancanggan yg lebih strategik [aaah, kalo tak ikut, tak guna juga strategik mcm mana skalipun...ces]..ah, sudah lah..ni aku kepilkan tips mcm mana nak buat minyak kereta anda sentiasa penuh, aku terjumpa ini ketika browsing tadi..amek kat mane ntah :-

bernas bukan?

p/s: walaupun ada perasaan puas bila dah update blog hari ni.. ini tidak bermakna aku lupe pada perangai mamat 'kelapa dan orkid' hari ni..perlu ke kau provoke aku setiap kali, setiap tahun kau datang untuk renew pass pelajar kau? aku suspek kau memang dendam sesuatu dengan aku.. boleh pulak kau tendang2 pintu kaca tadi? eeeeh.. ni semua la ni.. secara normalnya aku patut takut, tp tadi aku marah smpai rase nak sepak muke kau.. sebab tu aku tenung muka kau sampai kau blah.. ape? igt aku takut ke hawau? dah la datang lambat, kau expect aku bagi kau satu special excuse pule? apehal? owh.. emosi di sini, maaf

6 comments:

  1. hahaha, tak marah..nasehat.. kah kah kah

    ReplyDelete
  2. buatlah perancangan secanggih mana pun tapi kalau kawan macam syaitan hasut pergi sana sini, memang tak dapat tolong. haha

    ReplyDelete
  3. hahahaaha.. tu la pasal, tp sengkek cmno pon, kalo korg nk pi vacation aku tetap follow ok!

    ReplyDelete
  4. vacation tahun ni dibatalkan. cuaca tak berapa bagus nak berjalan

    ReplyDelete
  5. Hahaha..cuaca kat mane yang tak mengizin kan ni? kalau ko plan nak ke antartika memang lah cuaca tak mengizinkan sepanjang tahun yow

    ReplyDelete